Friday, August 27, 2010

CAMPURTANGAN AZMIN, PKR SABAH BERGOLAK !

aku baca kenyataan setiausaha agung parti keldaian rakyat akan penggantungan 12 pemimpin utama pkr sabah yang berkuatkuasa semalam. 12 orang pemimpin PKR sabah itu adalah orang kuat jefry kitingan.mereka digantung kerana didakwa berkomplot menubuhkan parti cinta sabah (PCS) tahun lepas.

azmin ali sudah bagi signal kepada seluruh pemimpin yang bercita-cita mahu berebut jawatan dengannya.

jawatankuasa pemecatan ini diketuai oleh animah fera, bekas ketua wanita PKR selangor yang sememangnya merupakan talibarut azmin ali. disusuli dengan kenyataan media pemecatan oleh setiausaha agung, saifudin nasution.

animah dan saifudin adalah budak suruhan azmin ali. sementara jefry kitingan pula mewakili satu kem lain dalam PKR, dipercayai dari kumpulan chua jui meng dan zaid ibrahim.

menyantas kekuatan jeffry di sabah merupakan langkah awal azmin untuk menyekat 2-3 kumpulan lain daripada menguasai kerusi timbalan presiden PKR, yang bakal dikosongkan oleh syed husin pada pemilihan agung hujung tahun ini.

azmin ali mendapat arahan daripada anwar ibrahim. ini adalah hakikat kerana sememangnya hanya azmin ali sahaja yang layak mengetuai parti ini nanti bila anwar disumbat ke penjara sungai buloh nanti.

modus operandi anwar dan azmin sama. anwar sewaktu bertanding kerusi timbalan presiden umno memulakan langkah awalnya di sabah, manakala azmin ali pula mengikuti langkah operasi yang sama, memangkah 12 orang yang tidak sebulu dengannya dan melantik 12 lagi ketua baru. SELAMAT BERKUBUR PKR !

------------------------------------------------------------------------------------------------

KENYATAAN MEDIA PEJABAT SETIAUSAHA AGUNG PARTI KEADILAN RAKYAT

Pejabat Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 25 Ogos 2010 telah menerima hasil siasatan Jawatankuasa Disiplin terhadap aduan penubuhan Parti Cinta Sabah.

Laporan siasatan tersebut mengesahkan berlakunya perlanggaran terhadap disiplin parti mengikut Fasal 27.7 iaitu patuh kepada perlembagaan parti, menjalankan dasar-dasar parti dan memelihara nama baik parti yang membabitkan dua belas (12) penama yang diadu.

Jawatankuasa Disiplin juga telah mencadangkan hukuman penggantungan satu tahun dikenakan ke atas mereka yang akan hanya berkuatkuasa tertakluk kepada perakuan oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 29 Ogos 2010 yang akan datang.

Pada masa yang bersama dua belas (12) penama tersebut mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan dalam tempoh empat belas (14) hari bermula dari 29 Ogos 2010 nanti.

DUA BELAS PENAMA KES SIASATAN JAWATANKUASA DISIPLIN PARTI KEADILAN RAKYAT

1. Daniel John Jambun

2. Awang Ahmad Sah

3. Moses @ Mozes Michael Iking

4. Nicholas James Guntobon

5. Paul Kerangkas

6. Slyvester @ Balon Mujim

7. Innocent Makajil

8. Nasir Samie

9. Harry Kujukok Manisit

10. Rubbin bin Guribah

11. Gosibin Yosundang

12. Guandee Kohoi

Saifuddin Nasution Ismail

Setiausaha Agung

Parti Keadilan Rakyat

Tarikh 26 Ogos 2010

6 comments:

  1. BUDAYA CAH KETING SAMA KETING. KITE TENGOK TULANG KETING SAPE PATAH DULU KEHKEHKEH >|D

    ReplyDelete
  2. Azmin aww aww...
    PKR ni takde lain nak coverup al-juburi je. boleh pegi hancurlah parti kuat kencing rakyat nih.

    Lagi kafir masuk masjid

    ReplyDelete
  3. Apa persamaan antara Azmin dan AnWAR dalam konteks politik Malaysia???

    Jawapannya: GILA KUASA!!!!

    ReplyDelete
  4. Azmin, aku sokong engkau. Buatlah apa yang patut kat Sabah tu. Kalau perlu pecah, kau pecahkan mereka.

    agbr47: Kalau tak suruh pun dia buat juga.

    ReplyDelete
  5. unmo baik macam malaikat ....

    ReplyDelete
  6. anwar takut kalau azmin pecah lubang sbb ada sorang anak azmin tu sebenarnya anak anwar...he..he..he

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.