Friday, August 20, 2010

KEPINCANGAN SYARIKAT PRASARANA NEGARA BERHAD ( BAHAGIAN 3)

laporan terakhir kepincangan syarikat prasarana negara berhad.diharapkan agar pihak kerajaan dapat menghalusi laporan ini demi menyelamatkan SPNB daripada dipolitikkan oleh pihak pembangkang sedangkan yang bermasalah di sini hanya melibatkan 3-4 kerat player yang kotor akhlak pengurusannya.

masa untuk membersihkan SPNB wajib bermula. harus dimulakan dengan penyingkiran nama-nama penting yang punyai kepentingan peribadi seperti nor mohamed yakop,dato idrose,zooridah haron (ketua pegawai kewangan) dan zulkifli mohd yusof (ketua pegawai teknikal).

dibawah ini adalah laporan khusus mengenai kegiatan mereka.


dato idrose mohamed. pengarah urusan kumpulan

untuk makluman bekas CEO yang telah meletak jawatan encik shaipudin shah harun adalah bekas pegawai kewangan citibank. beliau pernah menyatakan antara sebab perletakan jawatan beliau adalah kerana tidak dapat menerima tekanan untuk memberikan projek-projek kepada pihak berkepentingan yang ada kaitan dengan khairy jamaludin dan kamaludin abdullah.

malah ini juga merupakan sebab utama pergeseran encik shaipudin dengan datuk siti hadzar (penasihat nor mohamed yakop) yang tidak senang dengan keengganan encik shaipudin untuk bekerjasama dengan khairy dan kamaludin.

justeru itu perletakan jawatan encik shaipudin merupakan berita gembira kepada dato siti hadzar kerana ia memudahkan kemasukan dato idrose ke jawatan ketua pasukan petugas khas pengangkutan awam (PTTF) sebelum melompat masuk ke SPNB !

salah satu langkah awal dato idrose tatkala menguasai SPNB adalah mengubah dasar SPNB dimana beliau secara langsung campurtangan dalam proses perolehan dengan bantuan pegawai-pegawai yang rapat dengan beliau iaitu dari bahagian teknikal.

terdapat keraguan dalam projek pemindahan pejabat korporat SPNB dari wisma RKT yang kini disewa dengan harga RM3 sekaki persegi ke wisma UOA bangsar dengan harga sekitar RM5.50 sekaki persegi.

perbelanjaan ubahsuai dalaman yang bernilai RM5juta dilakukan oleh rakan dato idrose sendiri iaitu majidah design.kesemua perbelanjaan ubahsuai ini dilakukan dengan peruntukan stimulage package yang diperuntukkan kepada SPNB.

projek depoh bas bukit pancor seberang prai selatan bernilai RM8.2 juta juga hasil kerja dan campurtangan pegawai korup dalam sistem perolehan.


zooridah haron-ketua pegawai kewangan

beliau telah dilantik sebagai ketua pegawai kewangan syarikat semenjak penstrukturan semula SPNB dan pernah digantung jawatan pada tahun 2004 akibat salahlaku terhadap ketua pegawai eksekutif (dato ridza abdoh).

beliau pernah terbabit secara halus dalam perlantikan broker insuran dengan tidak melalui proses yang sebenar melibatkan pembayaran jutaan ringgit. malah broker insuran dari YPM insurance broker tanpa segan silu memberitahu semua underwriter da insuran company bahawa beliau punyai pertalian rapat dengan zooridah.

zooridah pernah mengeluarkan surat lantikan semula broker secara open offer letter bertarikh 25nov 2008 kepada YPM insurance brokers untuk perkhidmatan insuran bagi tempoh 1/1/09 hingga 31/12/09. surat lantikan itu dikeluarkan tanpa menetapkan jumlah premium insuran yang harus dibayar oleh SPNB yang mana sebelum itu tiada quotation diperolehi terlebih dahulu !

ini menyebabkan syarikat insuran syarikat broker tersebut berpeluang untuk membida dengan harga terbuka tanpa perlu persaingan (open price biding).

YPM insurance broker adalah syarikat yang didalangi oleh rakannya,roslan mat kassim yang mana secara terang meminta imbuhan peribadi dari syarikat insuran yang ingin menyertai skim perlindungan insuran SPNB dan ia menyebabkan harga premium yang ditawarkan SPNB tidak lagi kompetitif.

disamping itu sebagai seorang ahli lembaga pengarah panorama langkawi,zooridah juga telah menggunakan pengaruhnya untuk mempengaruhi dato idrose serta pengurusan panorama langkawi untuk memberi kontrak bernilai RM2 juta dalam hal penyelenggaraan cctv di cable car langkawi kepada syarikat rakannya, imran dari gapurna sdn bhd untuk tempoh lapan tahun yang mana pada awalnya mendapat tentangan dari lembaga pembangunan langkawi (LADA) yang merupakan pemilik aset kereta kabel langkawi.

zulkifli mohd yusof-ketua pegawai teknikal

onar yang dilakukan adalah seperti berikut.

perjumpaan dengan pembekal di hongkong pada 10/11/12 april 2009.

ketua pegawai teknikal zulkifli mohd yusof telah meninggalkan kumpulan pegawai prasarana dan rapid KL semasa lawatan teknikal proof of concept di china untuk terbang ke hongkong pada 10 april dengan tujuan berjumpa dengan vendor union park company limited,hong kong.

mengapa zulkifli secara sendirian berjumpa dengan vendor di hongkong sedangkan segala urusan penghantaran dan nilai muktamad pembayaran adalah sedang dalam proses transaksi. adakah zulkifli mengambil habuannya di sana ?

cubaan mempengaruhi urusan rundingan harga

zulkifli baru-baru ini cuba mempengaruhi pegawai prasarana/rapid KL dalam proses strategi rundingan harga bagi projek automatic fare collection untuk sistem keretapi dibawah tanggungjawap prasarana.

rundingan tersebut melibatkan syarikat antarabangsa seperti samsung dengan usahasama tenaga progresif iaitu anak syarikat ARA group dan spain usahasama antara indra dan iris teknologi.

tindakan zulkifli yang banyak mempersoalkan strategi rundingan harga yang disusun oleh bahagian perolehan meragukan kedudukannya samada beliau menyebelahi pihak prasarana atau pihak usahasama. sekali lagi ARA group ada kaitan dengan isu ini.

berdasarkan 3 artikel berturut-turut yang dilakukan bagi mendedahkan kepincangan serius SPNB, adalah wajar pihak kerajaan meneliti,menyiasat dan memikirkan semula nama-nama yang telah didedahkan daripada terus berkuasa di SPNB.

16 comments:

  1. Tuan,
    Saya juga berharap agar kerajaan dibawah pentadbiran DSN dapat melakukan sesuatu agar penyelewengan-penyelewengan yang telah berlaku tidak berlanjutan. Rakyat ramai yang telah sedar, jadi untuk menjaga kepentingan rakyat jelata tak terjejas, tindakan perlu diambil dari sekarang. Menteri,CEO dan pegawai tinggi dah dapat gaji yang tinggi. Peruntukan dan wang keraian pun dapat, saya berpendapat tak usahlah lagi mereka memikirkan untuk mendapat komisyen.
    Syed anak Kedah

    ReplyDelete
  2. Tuan,
    Saya juga berharap agar kerajaan dibawah pentadbiran DSN dapat melakukan sesuatu agar penyelewengan-penyelewengan yang telah berlaku tidak berlanjutan. Rakyat ramai yang telah sedar, jadi untuk menjaga kepentingan rakyat jelata tak terjejas, tindakan perlu diambil dari sekarang. Menteri,CEO dan pegawai tinggi dah dapat gaji yang tinggi. Peruntukan dan wang keraian pun dapat, saya berpendapat tak usahlah lagi mereka memikirkan untuk mendapat komisyen.
    Syed anak Kedah

    ReplyDelete
  3. Salam GAP,
    Aku harap ini bukan surat layang.
    Tapi dalam 3 siri yg disiarkan ini, maklumat adalah konsistan.

    Benar. 2-3 kerat yg korup bakal menjahanamkan peluang BN utk menang dlm PRU13 akan dtg.

    Kita kena berishkan kerajaan, UMNO & BN drp sebarang anasir atau komplot seperti ini.

    ReplyDelete
  4. ITU AJER INFO PASAL SPNB KER...

    TAKKAN ITU AJER..

    ReplyDelete
  5. lapor kepada SPRM!

    ReplyDelete
  6. buang aje mangkuk2 tuu....

    zek

    ReplyDelete
  7. idrose tu masa dlm plus pun byk seleweng. tapi kroni dia dlm plus jadi tukang sapu bawah karpet. jadi balaci tukang tutup lobang.

    tapi ada satu kes, walau dah tutup tapi tutup tak rapatt, boleh hidu. tu yg melambung keluar plus. tapi tukang cuci berak dia masih duduk dalam plus. muka tak malu.

    ReplyDelete
  8. semua tiada modal hanya kulit bawang

    ReplyDelete
  9. semua tiada modal hanya kulit bawang

    ReplyDelete
  10. ish..ish..ish... kenapa SPRM masih tidak menyiasat ni? ini kan duit rakyat?

    cukup-cukuplah memberikan kuasa kepada individu-individu seperti dato idrose, zulkifli dan zooridah haron. Pihak yang berwajib patutlah mengambil tindakan segera sebelum nasi menjadi bubur. Kami-kami sayangkan UMNO, mahukan BN terus memerintah dan tak mahu kepincangan syarikat SPNB menjadi ruang kepada pihak pembangkang untuk manghasut rakyat tentang kelemahan pentadbiran syarikat milik kerajaan

    ReplyDelete
  11. ish..ish..ish... kenapa SPRM masih tidak menyiasat ni? ini kan duit rakyat?

    cukup-cukuplah memberikan kuasa kepada individu-individu seperti dato idrose, zulkifli dan zooridah haron. Pihak yang berwajib patutlah mengambil tindakan segera sebelum nasi menjadi bubur. Kami-kami sayangkan UMNO, mahukan BN terus memerintah dan tak mahu kepincangan syarikat SPNB menjadi ruang kepada pihak pembangkang untuk manghasut rakyat tentang kelemahan pentadbiran syarikat milik kerajaan

    ReplyDelete
  12. as an x-staff of eng. dept in rapid i can confirmed this articles proven to be a true story.

    admin how do u korek?

    ReplyDelete
  13. SPRM! SPRM! SPRM!
    Investigate and get to the bottom of this!!! We can confirmed the info to be very consistent and it did happen!!! Act fast before proof of evidence is being manipulated!!!

    PRASARANA is wasting public funds...."Duit Rakyat"...1MALAYSIA

    Warga Telus, KL

    ReplyDelete
  14. alahai menteri banyak2 yg lebih dari ni tank pulak korg komplen.

    ReplyDelete
  15. Sekarang lagi teruk macam tak terurus .masingg masing nak kayakan diri sendiri ....buat semakan gaji untuk orangn orang berjawatan tinggi tapi mengunakan perkerja perkerja biasa sebagai alasan....sedangkan tujuan asalnya nak buat post atau anjakan gaji untuk diri sendiri....Nampak gaya pasarana dan anak anak akan bergolak dan tergolek tak lama lagi....tunggu

    ReplyDelete
  16. Amal Makhruf Nahi MungkarAugust 9, 2011 at 12:36 PM

    kalau cuma berani kat blog je bole la kutuk2 dan fitnah org2 ni.kalau betul semua yg ditulis di blog ni kenapa tuan punya blog sendiri tidak melapor ke suruhanjaya pencegah rasuah?negara kita ada undang2 dan ada channel yg betul untuk melapor.semua keputusan dan tindakan yg diambil SPNB semua harus melalui MOF dan PM dan saya pasti kalau tindakan yg merugikan rakyat pasti tidak akan disokong oleh pihak atasan.semua itu ada tertulis dalam laporan dan boleh disiasat kalau betul ada penyelewengan.kalau kita lihat kenyataan skang ni public transport kat Kuala Lumpur makin berkembang berkat org2 yg disebutkan.jgn sesuka hati sebarkan fitnah x berasas.kalau betul ada penyelewengan jgn jadi pengecut dan tulis kat blog je.buat tindakan yg betul dan lapor kepada pihak berwajib.saya kenal semua org2 yg disebutkan dan saya x rasa ada antara mereka yg ahli atau menyokong PKR.yg pasti SPNB bertambah maju dengan projek baru MRT.tuan punya blog sila hentikan fitnah x berasas dan kalau betul2 ikhlas nak menegakkan keadilan jgn kat blog je.pakai saluran yg betul.nampak gaya lebih mcm pembangkang je main tikam belakang kat blog.saya menyokong penuh semua org2 yg disebutkan supaya negara kita bertambah maju dan aman sejahtera.


    Salam 1Malaysia

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.