Sunday, September 12, 2010

PERKASA PERTAHANKAN PERJUANGANNYA !

KUALA LUMPUR 9 Sept. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak memerlukan sokongan mana-mana parti politik untuk membolehkannya berjuang terutama bagi mempertahankan hak Islam dan Melayu seperti mana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sebaliknya, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, Perkasa amat memerlukan sokongan rakyat negara ini khususnya mereka yang bersetuju dengan agenda perjuangan pertubuhan itu.

‘‘Sejak Perkasa ditubuhkan kami telah menetapkan beberapa agenda perjuangan dan paling utama adalah mempertahankan Perlembagaan daripada dicabul oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

‘‘Selain itu, Perkasa turut memperjuangkan kewujudan kerajaan yang amanah, adil, saksama, tidak rasuah, tidak menyalahgunakan kuasa, mempunyai sistem penyampaian yang cekap serta mesra rakyat,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media hari ini bahawa Barisan Nasional (BN) dengan sokongan sebulat suara 13 parti komponennya terutama UMNO membuat keputusan untuk menjauhi Perkasa kerana dikhuatiri ia boleh menjejaskan kewibawaan dan keupayaan BN meraih sokongan pengundi pelbagai kaum.

Dalam keputusan pada mesyuarat bulanan BN bagi memperkukuhkan gagasan itu yang pertama kali diadakan di Putrajaya semalam, semua parti komponen turut mengalu-alukan tindakan UMNO apabila mengambil langkah pertama menyatakan pendirian mahu menjauhkan diri daripada Perkasa.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, UMNO tidak akan menyokong Perkasa atau Presidennya pada pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu berpotensi menghakis sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN.

Ibrahim berkata, dalam agenda perjuangan Perkasa, pertubuhan itu juga mahukan pemimpin atau wakil rakyat yang beriman, bertaqwa, menjaga solat, celik al-Quran, berakhlak mulia, amanah, mesra rakyat dan tidak sombong.

‘‘Pemimpin atau wakil rakyat juga tidak boleh sama sekali melakukan maksiat, mempunyai sifat tamak haloba dan melakukan perkara-perkara tidak bermoral,’’ katanya.

Mengenai pendirian 13 ahli komponen BN tersebut, Ibrahim berkata, beliau percaya jika Perkasa tidak wujud sekali pun sokongan bukan Melayu kepada BN tetap sama selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

‘‘Ia kerana komponen BN terutama pemimpinnya mempunyai bermacam-macam rekod yang boleh menyebabkan rakyat menolak parti itu dan janji Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada mereka,’’ katanya.

Beliau berkata, Perkasa memberi kebebasan penuh kepada mana-mana ahli-ahlinya untuk membuat penentuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

5 comments:

  1. Lagi satu episod perpecahan orang Melayu kerana kebodohan orang Melayu semepena Aidil Fitri tahun ini.
    Rupanya baik ramai orang yang dikatakan pemimpin berbangsa Melayu walaupun kelulusan tinggi tetapi masih mentah dan tak bijak bermain politik dipentas bumi Tanah Melayu kini.Petualang bangsa.
    Dalam PERKASA pun 3/4 ahlinya adalah orang UMNO yang kecewa dengan pimpinan UMNO sendiri yang serba terok dari imej akhlak dan sebagainya
    .PERKASA teruskanlah fungsinya pada amaran UMNO itu.Nanti suatu hari mereka akan gila talak macam nak perpaduan konon.Tunggulah kalau tak percaya.Bila kuat UMNO akan mula gelabah.PERKASA perlu bijak sebagai NGO Melayu yang unggul.UMNO nampaknya dah nak tinggal tunggol yang terdapat pemimpin opurtunis diatasnya.
    Lihatlah betapa ramainya pemimpin main selamat dalam UMNO daripada menjadi penyelamat bangsa.UMNO akan terus merekah danb retak dibawah angkara pemimimpin UMNO yang bodoh sombong.

    ReplyDelete
  2. HARAP GAP DPT BUAT KOLON KECIK KAT MANA BERADER TU BAKAL BUAT CERAMAH! TAK SABARNYE NAK BUAT LONTARAN 7 TELUR BUSUK KAT DIA. PATUTLAH TDM MASUKAN CEPAT2 MAMAT NI DLM JAIL..DULU KITA PUNYA KEJI CARA TDM.! HA SKRG..? TU DIA..MAMAT NI KAKI JUAL. KAT YAHUDI, KAT GEREJA, KAT CINA TAMAK..SEMUA DIA JUAI ! Skrg kita dah hampir comfirm: Andai ZOO sleuruh negara boleh mengundi, anwa akan berkata: Ini negara Binatang2 yg punya! PAS:Dalam quran tak kata binatang tak bulih meliwat.DAP:YA Meliwat hak demokrasi jugak

    ReplyDelete
  3. minta kuar gambar ahli pekasa kwsn nazri dll bersatu,.buat statement level dr mahathr :cukup pedah tp penuh makna! (melayu tolong jgn sakastik mcm sarkas! biar mahathr sorang jawab!..melayu kalau melulu kira tahap indon berak atas bendera jelah.) INGAT TU MELAYU..BG YG BIJAKSANA TARIK RAMBUT DLM TEPUNG! k

    ReplyDelete
  4. melayu gampang dalam UMNO dah tunjuk kebodohan,kesundalan kebingaian mereka. Pastikan mereka ni x wujud dalam senarai calon PRU13 nanti. Kalau x, UMNO Hancus. Aku harap perkasa keluarkan senarai gampang-gampang ni dan blacklist mereka. senarai ni aku bagi skit bermula dengan yang Paling GAMPANG.
    1. Khairi Lembu
    2. Nazri bingai
    3. Ku Nan Bodo
    4. Zahid Hamidi Pu*i
    5. Ahmad Maslan dungu
    6. Khalid Nordin cip**

    dan lain2.

    GAP nak letak no berapa pun x pe. Tapi ni list aku yang aku edarkan kat seluruh ahli keluarga dan rakan2.
    thank you

    ReplyDelete
  5. haha, aku baru je isi borang jd ahli perkasa. aku pedulik hapa ada pemimpin bodoh dlm umno tolak perkasa. bukan semua pemimpin umno yg bongok camtu. dorang x reti ertikata dasar perjuangan perkasa, sbb tu dorang tolak. ikut sgt ckp mca. cam x de pendirian. ada ke patut mca yg beri arahan pd umno, pakai otak la melayu woi!!.. umno yg patut bg arahan pd mca, baru betul macha. apa2pun aku ahli perkasa & masih ahli umno stakat ni, lain hari keahlian dlm umno xtau...

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.