Sunday, October 24, 2010

ZAHID HAMIDI HARGAI MEDIA BARU !

 aku nak ulas apa yang aku ingat. maaf sahabat, terlupa nak catat di kertas beberapa isu penting yang diucapkan oleh 3 naib presiden,timbalan dan presiden.

zahid ada serang pakatan. ni pra syarat NKRA  utama yang bloger pantau, nampaknya zahid memenuhi kriteria 'isu kesukaan' kami. tahniah..

apa pun, dalam keadaan letih 4 hari di PWTC, terubat sedikit hati bila naib presiden umno ini secara jelas menghargai peranan media baru dalam situasi 'perang politik' sekarang..

aku mewakili rakan bloger,facebook dan twitter mengucapkan terimakasih atas penghargaan naib presiden.

namun walaupun kami dihargai, ini tidak bermakna kami tidak akan menegur kerajaan dan parti umno. harap maklum, teguran kami bermakna kami sayang parti yang banyak membantu islam/melayu..

zahid dalam ucapannya ada menyebut tentang kisah '6 abu' di zaman rasulullah saw. peranan media baru ditamsilkan (dicontohkan) tugasnya seperti peranan abu hurairah r.a..seorang sahabat nabi saw yang menjadi perawi hadis. 

apalah hendak dibandingkan kami,tugas kami,jasa kami dengan sahabat yang paling mulia ini..namun bila zahid mengingatkan nama ulung ini di perhimpunan agung umno, insyaallah kami akan lebih tekun lagi untuk mempertahankan maruah islam/melayu di tanah madayo yang tercinta ini !


terima kasih zahid hamidi.

4 comments:

  1. Syabas GAP....

    Dato Zahid dah kata blogger penyokong UMNO Abu Huraira' maka teruskan usaha keluarkan Abu Jahal & Abu Lahap dari UMNO.

    dinzi

    ReplyDelete
  2. Zahid di lihat antara Naib presiden yang bercakap berlandaskan keadaan semasa dan kurang berretorik. Tamsil yang di buat cukup baik dan penuh kematangan. Tak macam satu lagi naib presiden dari selatan...hampasss.

    Zahid ada aura untuk PM akan datang ciri-ciri islamik sering ada dalam ucapan dan tindakkannya.

    ReplyDelete
  3. he had gone through quite a number of challenges...and i believe given a present political scenario, a tough and obedient Muslim leader is vital...

    ReplyDelete
  4. Hai, saya dari Singapura. Saya sanjung tinggi kecekapan ucapan Dato Zahid menerusi tv 1 rtm. Amat memberansangkan. Kalaulah Singapura didalam keadaan seperti PP sekarang, amat hebat dan tepat sekali haluan ucapannya. Syabas..! Dato Zahid, yang sangat dihormati pemikiran dan semangatnya.

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.