Tuanku Ismail Petra kelihatan berada dalam keadaan sihat ketika disorong dengan kerusi roda menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard.
Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Hamid Hamad berkata, Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra telah memperkenankan supaya ayahanda baginda dibawa pulang ke Istana Mahkota.
Juga menarik ialah apabila doktor peribadi Sultan Kelantan, Dr Amir Ramli menegaskan, penilaian tahap kesihatan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra yang dilakukan oleh panel perubatan dikuatiri tidak tepat kerana ia dijalankan dalam keadaan tertekan.
Beliau mempertikaikan kewibawaan 10 pakar perubatan yang menggotai panel itu berkata, ini kerana pemeriksaan berkenaan dilakukan secara mengejut selepas beberapa insiden yang berlaku sejak Selasa lalu.
Panel terdiri 10 pakar perubatan dilantik Kerajaan Negeri Kelantan dengan perkenan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra buat pertama kali berpeluang melakukan pemeriksaan kelmarin terhadap kesihatan Sultan Kelantan sejak dibawa pulang ke negeri ini pada 4 Mac lalu.
"Pemeriksaan yang dibuat secara mengejut itu tidak kena pada masanya ketika baginda masih berada dalam trauma.
"Dari segi etika memang tidak boleh buat laporan perubatan tanpa kerelaan dan keadaan pesakit yang tertekan, saya dapat tahu baginda tidak dapat rehat yang cukup sejak dua tiga hari lalu," kata Dr Ramli.
Selain itu Dr. Amir yang juga pakar perubatan dalaman berkata, beliau tidak menolak kemungkinan pada masa ini tahap kesihatan Sultan Kelantan semakin menurun jika dibandingkan sebelum ini iaitu sejak pulang pulang menjalani rawatan di Singapura.
"Sebelum ini Tuanku okay, rasional, sentiasa senyum dan gelak.
"Sekarang pasukan pakar perubatan di Istana Mahkota mengajar tuanku untuk bangun dan berjalan, boleh saya katakan perubahan dalam peringkat 80 peratus," kata doktor peribadi Sultan Kelantan sejak baginda pulang dari Hospital Mount Elizabeth.
Sultan Kelantan juga telah memfailkan satu writ habeas corpus berhubung penahanan yang didakwa dialami oleh baginda. Ia difailkan melalui enam peguam mewakili baginda.
Permohonan itu merupakan kes pertama seumpamanya yang akan didengar di Mahkamah Khas sejak ditubuhkan pada 1993.
Raja Aziz Addruse yang mengetuai barisan peguam berkenaan berkata, permohonan hanya dapat difailkan setelah mereka berjaya mendapatkan arahan daripada ahli keluarga diraja itu.
Lima pihak yang dinamakan sebagai responden dalam permohonan itu termasuk Ketua Polis Kelantan, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah HUSM Kubang Kerian.
Juga dinamakan ialah Ketua Pengarah Kesihatan (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan juga Kerajaan Malaysia.
Sehubungan itu, kerajaan juga dituntut supaya membuat penjelasan berhubung layanan yang diberikan ke atas Sultan Kelantan yang didakwa telah dinafikan hak dan kebebasannya.
Ditanya sama ada Pemangku Raja,Tengku Muhammad Faris Petra akan dinamakan sebagai reponden, peguam kanan Raja Aziz Addruze menolaknya dan menuding tanggungjawab itu ke atas kerajaan persekutuan dan polis, beliau berkata: "Bagi kami, Pemangku Raja tidak relevan dalam perkara ini.
Pihak yang aktif adalah polis dan kerajaan persekutuan - mereka adalah pihak yang menghalang sultan,” katanya.
Peguam Param Cumaraswamy, yang juga hadir pada sidang media itu berkata kerajaan persekutuan perlu menjawab banyak soalan.
Pada sidang media sama, seorang lagi peguam, Datuk Param Cumaraswamy berkata pihak polis perlu membuat penjelasan segera dalam isu melibatkan penahanan baginda tuanku.
"Kedua-dua ketua polis negeri Kelantan dan ketua polis negara ada banyak penjelasan yang perlu dibuat, mengapa sultan diperlakukan sebegitu rupa. Mereka bertanggungjawab (untuk jelaskan) kepada rakyat dan perlu bertanggungjawab atas segala tindakan yang telah diambil," katanya lagi.
Amat jelas kini kemelut istana Kelantan tidak berkisar dalam istana semata-mata kerana ia kini menjadi kes yang dibicarakan di mahkamah.
salam
ReplyDeletesaya bukan rakyat kelantan
tetapi
sangat ingin tahu sangat2 tentang kemelut yang wujud di istana negeri kelantan
kepada mereka yang dapat menjelaskan, terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih
penjelasan tentang "hak" sangat penting buat diri saya
wassalam
kalau sihat kenape.?? nak memerintah balik ke.??
ReplyDeleteTuan,
ReplyDeleteSaya berasa pelik masalah berlaku dalam kerajaan Negeri Kelantan tetapi kenapa pula kerajaan Persekutuan dipersalahkan. Dan peranan polis pula adalah untuk menjaga keselamatan kenapa dipersalahkan pula dan didakwa. Ada sesuatu yang tak kena di Kelantan ini. Peguam pembangkang pula berpenanan sebagai pembela padahal mereka sering mempertikaikan tentang ketuanan melayu. Mungkin ada agenda disebalik sokongan dan pembelaan.
salam..
ReplyDeletesalah satu agenda utk mempolitikan issue ini oleh Pakatan Rakyat.
bukan saya tidak menghormati Sultan Kelantan tetapi lihatlah barian peguam yang dilantik.
bukankan ada sekor malaun dari DAP?
dalam kes ni, mereka cuba membela nasib Sultan Kelantan yg kononnya telah dinafikan hak dan kebebasannya.
tapi dalam kes Sultan Perak pula, apa cerita? siap cabar Sultan Perak lagi..
nampak sangat sikap talam dua muka DAP yang sentiasa menangguk di air yang keruh....
jelaskan hal yang sebenar-benarnya apa yang berlaku tentang kemelut istana ini.rakyat berhak tahu
ReplyDeletePelik! Selesailah anak beranak..bukan orang lain naik takhta! sekarang org lain pulak menyibuk!
ReplyDeleteAsyik2 nak salahkan kerajaan Persekutuan. Peguam pun PKR punya - ada muslihat busuk DSAI lah tu. Kerajaan negeri yang luluskan pengganti sultan pun terlepas. Loyar buruk punya peguam.
ReplyDelete