konvensyen barisan nasional akan diadakan minggu depan. 2 hari lepas aku ada keluarkan artikel mengenai halatuju BN dalam memenangi pru ke 13.
kesimpulan artikel pertama aku itu mudah, sistem legasi dan kuota pemilihan calon dah tak relevan dalam suasana politik sekarang. mudah kan cerita, jika calon melayu dari umno boleh menang di kawasan parlimen komponen parti, maka mereka hendaklah memberikan laluan.
sambungan artikel ke 2 aku lebih menegaskan kepada aspek sejarah. persetujuan dalam mencapai kemerdekaan gagal dikhatam faktanya oleh pemimpin komponen barisan nasional.
isu mengenai artikel 153 yang disistem barterkan dengan pemberian hak kewargenegaraan kurang diberi penghayatan oleh komponen barisan.
sebagai contoh, MCA dalam konvensyennya 3 bulan lepas masih terus menerus mengaplikasi kaedah 'tuntut menuntut' hak cina dalam sektor ekonomi.
ide 30% kuota melayu masih terus diserang habis-habisan atas dasar keterbukaan dan ide langit terbuka.
orang melayu tidak pula menuntut akan hak yang sudah mereka perolehi.
MCA melihatkan kelemahan kuasa politik melayu sebagai senjata untuk mereka menuntut hak yang bukan-bukan. presiden MCA yang pernah berlakon filem lucah adalah manifestasi pemimpin yang takde akhlak berpolitik.
dia gagal memahami subjek sejarah, namun pada masa yang sama dia tidak gagal dalam subjek pendidikan seks.
masanya sudah tiba. ku nan setiausaha BN menjanjikan kejutan dalam konvensyen. rakyat sedang menunggu kejutan yang diwar-warkan. harapan rakyat, jangan lah kejutan ini sekadar berlegar kepada GIMIK KONVENSYEN SAHAJA.
kita nantikan konsensus atau deklarasi bersama oleh semua pemimpin komponen BN untuk tidak menyerang lagi sejarah perlembagaan yang telah lama dipsersetujui.
beranikah chu soi lek berikirar mempertahankan hak melayu yang sudah tersedia termaktub dalam perlembagaan ?
jika ini berlaku, inilah sebenarnya kejutan yang rakyat nanti..
Aku berharap apa pun keputusan nanti jangan lah merugikan melayu dan bumiputra sebagai penduduk asal negara ini.
ReplyDelete