setiausaha agung BN ku nan berkata akan ada kejutan dalam konvensyen BN hujung bulan ini.
samada kejutan itu masih berlegar dalam ruang lingkup 'sensasi' konvensyen aku tak pasti. namun bila mentafsirkan definisi kejutan, maka pendapat aku ia mestilah melibatkan sesuatu keputusan yang diluar jangka.
BN adalah wadah gabungan parti pemerintah dari semenanjung,sabah dan sarawak.
ini pendapat aku. BN bukan sekadar wajib buat kejutan malah harus wajib merubah game politik untuk menang pilihanraya. BN adalah pengkisahan pilihanraya.
BN pernah ditolak hampir sebahagian daripada rakyat. banyak sebab yang membuatkan BN tewas. protes rakyat dan protes dari kalangan ahli pari komponen itu sendiri.
tiada yang lebih baik untuk BN menang pada pru ke 13 nanti selain mengkaji semula/menghapuskan sistem kuno meletakkan calon parlimen/dun berdasarkan kuota parti dan sejarah legasi.
perkongsian kuasa akan dilihat bijak bila kesemua parti bersetuju untuk meletakkan calon paling popular dikalangan rakyat untuk bertanding pilihanraya. tiada lagi sistem legasi lama.
aku bagi contoh. parlimen kota raja sudah lama orang melayu idamkan calonnya datang dari umno. begitu juga dengan kerusi parlimen di taiping yang ditandingi oleh kayveas.
pru 13 melibatkan perancangan winning strategy. kalau calon umno itu sendiri boleh memenangkan kerusi parlimen/dun maka sewajarnyalah pihak lain melepaskannya dengan hati terbuka.
ide dan makna kongsi kuasa pun harus diterjemahkan semula. kongsi kuasa tak berguna kalau tewas pilihanraya. kongsi kuasa hanya ada nilainya bila BN merampas semula negeri yang tewas dan seterusnya mendapat 2/3 majoriti.
pru 13 cukup istimewa dan boleh dianggap paling getir untuk perjuangan BN. lanskap politik sudah jauh berbeza. strategi lama pru dalam konteks BN sudah lapok dan wajib masuk muzium.
perkiraan kita sekarang adalah MENANG. calon/parti yang dirasakan tak boleh menang tolonglah berundur.sudah tiba masanya komponen parti memahami maksud berkorban.
aku setuju sangat dengan pandangan ini. Yang dah lama tu dan agak kurang berapa sihat tolonglah beri laluan kepada yang baru...sama-samalah kita menyokong untuk buat perubahan..dahulu mereka ini yang menyokong kita untuk mencapai kemenangan dan kini giliran kita pulak untuk menangkan mereka pada PRU 13....terima kasih...
ReplyDeleteGAP
ReplyDeleteMmg hebat kenyataan GAP ni... calon & wakil rakyat sedia ada wajib baca & cermin diri.
hebat, hebat, mmg hebat...
Tahniah GAP....
ReplyDeleteSiapa yang nak dengar suara bloger macam kita nie, ramai pemimpin UMNO dan BN masih tak mengakui peranan Abu Hurairah (pinjam gelaran yang di beri oleh zahid hamidi) dalam perjuangan politik tanahair, Mereka masih tidak mahu belajar dari pengalaman PRU 12.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/11/20/nation/20101120133141&sec=nation
ReplyDeleteAnwar berangan nak jadi Suu Kyi plak... Suu Kyi ada ke bela anak ikan, pembancuh kopi?
Tuan,
ReplyDeletePandangan GAP memang baik, jika parti komponen BN merasa dirinya kuat bertandinglah di kawasan majoriti kaumnya. Jangan hanya menang dikawasan majoriti anggota BN yang lain.