Friday, December 24, 2010

PAK MENTERI. TOLONG BERHENTI MENYUSAHKAN KAMI !

 sudah tiba masanya kerajaan memerhatikan dengan lebih serius akan peningkatan kos kehidupan di bandar. 

ramai orang yang mudah aku sebut sebagai 'middle class' pasti bersetuju dengan pandangan akan perlunya beberapa insiatif,insentif dan tindakan responsif dengan kadar segera dilakukan oleh kerajaan bagi mengurangkan kos hidup di bandar.

ide sistem ekonomi berlandaskan konsep sosialisme yang menguntungkan syarikat GLC sudah tidak praktikal untuk diimplementasikan dalam konteks politik sekarang.

baru-baru ini GLC dari kumpulan TNB bercadang untuk menaikkan kadar tarif elektrik. 

aku tahu GLC memikirkan keuntungan tetapi pada masa yang sama juga 'kuasa rakyat' dalam menentukan jatuh bangun sebuah kerajaan harus diambil kira.

sudah tiba masanya perjanjian TNB dengan 4 syarikat pembekal elektrik dikaji semula.

semalam wujud pula isu kisah saman di berikan kepada syarikat swasta.

apa perlunya ditubuhkan syarikat ini aku kurang pasti. 

namun jangkaan aku ia akan mengalami sindrom penyakit yang sama sepertimana pernah CITOS buat onar dulu. ingat lagi kes CITOS yang banyak menyusahkan rakyat dalam kes pinjaman.

perlukan konsep penswastaan kutipan saman ini dilakukan ? sewajarnya tugas ini wajib dilaksanakan oleh PDRM sekaligus melenyapkan akan ide 'untung atas angin' syarikat yang dilantik.

bagi aku sudah tiba masanya menteri yang tak paham kesusahan hidup rakyat di gugurkan daripada senarai. sungguh menyusahkan dan langsung tak meletakkan kepentingan rakyat sebagai asas mentadbir negara.

tak takut hilang undi ke BN ? ikhlas aku tanya. KLIK SINI

8 comments:

  1. Bro,

    Kadangkala teramat penat berkempen utk BN dan berperang dgn pembangkang apabila pak menteri pak menteri OUT OF TOUCH, semacam langsung tak perdulikan rakyat. Undang-undang negara macam undang-undang cowboy dia yang punya. Mereka seolah-olah suka sangat menggali kubur sendiri.

    Seriously, memang ramai orang yang berdoa wujudnya pilihan ketiga kerana Pakatan Pembangkang mmg lagi teruk. Kini BN pun 2 X 5.

    ReplyDelete
  2. nak ke depa tu dengar masalah rakyat marhaen ni ?...tengok bini diaorang dah la bro....satu handbag je dah 3 bulan gaji aku...camne la rakyat tak sedih...bila tang rakyat depa suruh berjimat...bila tang depa takde jimat nye...memang depa dulukan rakyat..tapi dulu susahkan rakyat...tolong la berubah pak menteri semua...aku tak nak pembangkang..tapi kalau hangpa semua bangang...tak tahu la ape nasib nanti

    ReplyDelete
  3. yang aku tahu syarikat ini adalah syarikat proksi kj dan chang kong choi / mca masa pak lah dululah mereka buat semua ini. ini pasti

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Teruskan perjuangan.
    Mohon dipaut ke blog tuan.
    TQ

    ReplyDelete
  5. Memang saya terkejut baca berita saman ni nak di swastakan. Sebab sebelum ni pun dah jadi jenaka di kedai-kedai kopi. Mereka kata kalau kerja menyaman ni diswastakan, memang untung besar. Setiap 1 km letak 1 kamera. Satu orang yang lalu jalan tu, contoh hiway seremban - kuala lumpur akan kena berpuluh-puluh saman. bayangkan berapa banyak dapat duit saman. Satu hari beribu-ribu kereta lalu. Modal kamera dengan 1 orang menjaganya berapa lah sangat. Tapi... siapa yang jadi mangsa?

    Rakyat dan kerajaan. Rakyat akan menderita asyik bayar saman. Kerajaan pulak, terutama PM, menteri, hilang jawatan... kerajaan akan tumbang! Percayalah.

    Kita sayang kerajaan yang ada sekarang.. PM dan menteri2 nya. Jadi jangan buat keputusan bodoh.

    ReplyDelete
  6. Pak Menteri semua hidup mewah. Petrol pun ditanggung oleh kerajaan.

    Rakyat biasa macam kami jugak yang hidup susah walaupun petrol naik 5 sen.

    ReplyDelete
  7. korang undilah saya jadi PM.
    Janji saya:
    1. nanti harga minyak saya kasi diskaun 90% (*).
    2. bil Air boleh claim 50%. (*).
    3. Bonus tahunan sebagai warga Malaysia yang baik sebanyak RM2000 (*).
    4. Pasangan yang berkahwin secara sah di Malaysia dapat wang saku RM5000 (*).
    5. Pasangan yang kekal kahwin lebih dari 30 tahun dapat anugerah RM100,000 sekali seumur hidup. (*)
    6. Elaun pengangkutan awam RM200 sebulan untuk rakyat miskin(*)
    7. Tiada cukai pendapatan untuk rakyat berpendapatan bawah RM100,000 setahun, tapi setiap RM10,000 selepas tu, cukai 1%. Maksimum 80%. Bermaksud kalau pendapatan tahunan RM200k, cukai adalah 10%. Kalau RM1juta, cukai adalah 80% = RM800k. (*)
    * tertakluk pada syarat dan terma

    ReplyDelete
  8. kekuda
    * tertakluk pada syarat dan terma

    apa syarat syaratnyer

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.