1. Selaku bekas Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Selangor dan berpengalaman dalam politik saya berpendapat isu ini memang disengajakan oleh satu gerakan dalaman PKR sendiri untuk menghilangkan keyakinan sultan dan rakyat kepada peribadi dan kepimpinan seterusnya kewibawaan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.
2. PKR seolah-olah SENGAJA MEMBIARKAN MALAH MENGGALAKKAN YAB TAN SRI KHALID terus membuat kesilapan demi kesilapan yang dianggap besar sehingga sanggup mempertikaikan perkenan DYMM Tuanku Sultan. Ini menyebabkan segala tindak tanduk sebagai seorang YAB MB tidak mendapat keyakinan dan restu DYMM tuanku Sultan.
3. Akibatnya, bila isu ini menjadi semakin besar sehingga sanggup memperlekehkan kedaulatan DYMM Tuanku Sultan, kemungkinan besar DYMM Tuanku Sultan akan mengeluarkan titah bahawa DYMM Tuanku Sultan tidak dapat bekerjasama dengan Tan Sri Khalid dan akan menggantikan dengan muka baru untuk menjadi MB.
4. Sebenarnya , PKR cuba mencari alasan kukuh untuk membuang Tan Sri Khalid daripada memimpin kerajaan Negeri Selangor. PKR tidak akan dengan sewenang-wenangnya untuk membuang Tan Sri Khalid kerana PKR memikirkan kekangan politik yang wujud ditambah dengan nilai persahabatan yang telah terjalin sekian lama kecuali jika tindakan Tan Sri Khalid sudah di luar batasan hingga sanggup menentang sultan.
5. Gerakan menolak dan mengenepikan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai pemimpin PKR yang berwibawa seterusnya sebagai YAB Menteri Besar telah telah lama dirancang oleh pemimpin dalaman PKR sendiri.
YB Dato Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi Selangor sepatutnya menasihatkan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dalam segala tindakannya di or apatah lagi bila berurusan dengan DYMM Sultan. Adalah sesuatu perkara yang sangat mustahil jika Datuk Seri Anwar membiarkan sahaja Tan Sri Khalid menentang DYMM Tuanku Sultan tanpa memikirkan kesan jangka panjang yang terpaksa ditanggung oleh PKR. Tetapi hakikatnya ini yang sedang terjadi dalam politik PKR. YB DSAI dan Timbalan Presiden dan Ketua PKR Selangor YB Azmin Ali dan pemimpin PKR yang lain nampaknya berdiam diri dan malah tidak lansung menyokong dalam menyelamatkan karier politiknya. Sandiwara PKR untuk mencampak Tan Sri Khalid juga dapat dilihat melalui Keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Azmin mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Selangor berkuatkuasa serta merta yang pada asalnya dipegang oleh Tan Sri Khalid. Kini kedudukan Azmin juga telah lebih kukuh apabila memenangi Jawatan Timbalan Presiden PKR.
6. Jika kita kaji, PKR telah menyedari bahawa Tan Sri Khalid tidak mampu memimpin sebuah kerajaan yang besar seperti kerajaan negeri Selangor tetapi hanya sesuai berada dalam kelompok dunia korporat. Malahan sejak memimpin Kerajaan Negeri Selangor, Tan Sri Khalid banyak membuat tindakan demi tindakan yang membuatkan rakyat hilang keyakinan terhadap Pakatan Rakyat. Bermula dengan isu Hutang Talam, Rampasan Tanah YBK, pembatalan Projek UiTM Serendah, Projek Mengorek Pasir di kawasan Paya Indah, Penutupan Institut Kemahiran Yayasan Selangor dan isu terbaru mempertikaikan keputusan Pelantikan SUK Selangor.
7. Gerakan membuang Tan Sri Khalid daripada memegang kerusi MB oleh PKR juga semakin ketara sehingga penasihat MB tidak mahu bekerjasama dalam isu ini
9. Melalui pengalaman saya sebagai Setpol MB, saya tidak pernah bercakap bagi pihak Menteri Besar. Tetapi dalam isu Tan Sri Khalid, Setpol beliau Faekah Hussin yang merupakan orang kanan Datin Seri Wan Azizah dan Azmin yang dilihat seperti memanipulasi keadaan hingga menggambarkan Tan Sri Khalid begitu agresif menentang keputusan sultan sedangkan itu hanya pandangan peribadi daripada Faekah.
10. Kita telah sedia maklum, kerusi MB Selangor merupakan kerusi panas semasa ianya di bawah pimpinan BN pada masa dahulu apatah lagi ianya kini semakin pincang di bawah pimpinan Pakatan Rakyat yang sememangnya tidak mendapat sokongan Kerajaan Pusat.
Oleh itu, saya melihat dan meramalkan terdapat 3 kemungkinan yang bakal berlaku terhadap kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid :
1. DYMM Tuanku Sultan akan melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan Tan Sri Khalid dan membuat titah untuk jawatan MB diganti dengan yang lain
2. Tindakan Tan Sri Khalid meneruskan Sidang Dun tanpa perkenan DYMM Tuanku Sultan tanpa kehadiran Datuk SUK baru yang dilantik akan memberikan kesan negatif hingga mengakibatkan Sidang Dun tidak sah.
3. DYMM Tuanku Sultan boleh mengisytiharkan Darurat di Negeri Selangor akibat pergolakan politik yang meruncing kerana Tan Sri Khalid & DYMM Tuanku Sultan tidak boleh bekerjasama dengan baik.
A very good and plausible theory and hypothesis! This theory did cross my mind as well...
ReplyDeleteI kind of thought too that this whole "crisis" was actually cooked up and engineered by PKR leadership, perhaps including Anuswar Ibrahim and Assmin Ali too.
In a nutshell: this whole thing is, to use PKR's favorite word, a CONSPIRACY (Konspirasi) by PKR to topple Abdul Khalid and have him replaced by someone else..
The silence of top PKR leaders over this issue is deafeningly stunning! None of these top PKR leaders seem to want to come to the defense of Khalid. Why? What's the matter? Khalid is left alone to fight by himself in a losing battle..
The top BN leadership is also silent, which is pretty uncharacteristic! Najib , Muhyiddin Yassin, etc have made no shattering statements about this Selangor "crisis". Perhaps they believe that silence is golden, that keeping silent will work better in BN's favor. Perhaps they think the "crisis" will play itself out in BN's favor as Khalid gets more entangled..
Punaisihat/Punahsihat KERAjaan ngeri Selangor nak naikkan jambu batu, jambu ayer & jambu tetek dia lah tuh!
ReplyDeleteTuh sbbnye MB GAGAP dibiorkan berGAGAP-GAGAP & terGAGAP-GAGAP ngan Sultan & sume oang.
SAPElah mangkok2 yg pilih MANGKOK GAGAP nih dolu ekk???