malam tadi sempat hadir di ceramah cara kampung di felda chempelak barat.
aku kata cara kampung pasal stail kempen politik ini berciri kemelayuan.
hidangan lauk kampung makan cara berjemaah, disulami dengan alunan muzik ghazal dan alunan merdu suara qasidah cukup mengkhayalkan minda.
rintik hujan tak menghalang hampir seluruh penduduk kampung bertandang di rumah penganjur.
dalam suasana adab susila melayu lama, ia lebih meriah tatkala rais yatim bersuara. inilah terletaknya pengalaman orang lama.
rais cukup pandai mengkhayal minda puluhan penduduk kampung yang hadir. sulaman kata diatur satu persatu. jika anak muda boleh terleka apatah lagi yang tua.
rais bijak mengolah isu, mengheret persoalan politik lalu dikupas dengan penuh cermat.
apa yang lebih menarik terjahan rais terhadap raja drama anwar ibrahim adakala ia disusuli dengan pantun dan seloka, gurindam yang pasti menggoncang jiwa si puaka bangsa.
penonton terpesona. mesej politik yang disampaikan rais umpama bob marley yang berjaya merastakan pengikutnya.
kami tidak silap untuk hadir di majlis penuh kemelayuan ini.
secangkir kopi yang dihidangkan dengan kuih kaswi bersalut inti kelapa sudah cukup untuk kami mengalas keroncong di perut.(teringat arwah nenek aku yang pernah menjual kuih kaswi,kuih lapis dijaja dalam klinik zaman 80an..alfatihah untuk wan)
tahniah pak rais, kerana tuan senantiasa berada dalam kelas anda yang tersendiri. beruntungnya tok ai apabila pak rais membantunya dalam prk dun tenang.
saksikan foto kelibat aksi pak rais memencak silat , menerajang anwar ibrahim sampai lumat.
takde ke video tok rais berucap?
ReplyDeleteassalamualaikum wbt bro...
ReplyDeletekalau lah kiranya boleh ada video ceramah yang bro maksudkan, upload sama..
insyaallah akan diusahakan. ada orang rakam malam tadi.
ReplyDeletekhayal mendengar ucapan pak rais
Masa aku tertengok program ASK 2010 baru2 ni, rais yatim & bini pun hadir sama, gelagat artis & menterinya amat menjolok mata. ala-hollywoods / bollywoods.... perangai & mentaliti menteri & pegawai2 serta artis2.. .. pemujaan melampau kepada nilai barat ... nilai & identiti puak2 melayu jenis ini amat menyanggahi nilai melayu, nilai Islam, nilai timur, dasar kebudayaan kebangsaan, dan rukun negara ke5: kesopanan & kesusilaan ... kalau fitnah ini berlaku terhadap dirinya .. gelagat budaya hidup kebaratannya ini… logiknya kes ni masih relevan... relevan... pdrm perlu siasatan lanjut.. mana AG gurka .. tak buka fail ke… boleh dakwa dalam UMNO Kangaroo Court nanti… hakim coklat hack kata.. tak relevanx99 … terlepas jugak engko raisyatim... heheheeheee
ReplyDeleteWah ini cara baru kempen yg ada klas dan membina jatidiri Melayu.Siapa kata agama suruh buang jatidiri bangsa?Ajaran songsang kot.
ReplyDelete