Friday, January 21, 2011

SIDANG DUN 24 JAN : FAKTA PANAS UNTUK RAKYAT SELANGOR !

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah bahawa, tindakan baginda menandatangani proklamasi memanggil mesyuarat Dewan Undangan Negeri pada 24 Januari ini jangan disalahertikan bahawa baginda menyokong mana-mana pihak.

"Beta telah menandatangani proklamasi untuk memanggil mesyuarat Dewan Negeri di bawah sub-peraturan 10 (3) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri yang ditetapkan pada 24 Januari 2011,” titah baginda dalam satu perutusan yang dikeluarkan hari ini.

Sultan Selangor bertitah, proklamasi itu ditandatangani baginda selaras dengan kuasa dan tanggungjawab baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara LXX (1) dan LV (1) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Baginda juga berharap agar mesyuarat dewan pada kali ini dapat dijalankan dengan teratur mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.

"Janganlah hendaknya perjalanan kuasa Beta menandatangani proklamasi ini disalahertikan bahawa Beta menyokong mana-mana pihak dan janganlah Beta diseret dan dilibatkan masuk dalam kancah politik oleh mana-mana pihak berkepentingan yang tidak bertanggungjawab,” titah Sultan Selangor.

2 comments:

  1. Tuanku Sultan dalam keadaan tertekan,'diluah mati emak, ditelan mati bapa'. Kalau dia tak perkenan, PR kata dia berpihak kepada BN. Sekarang dia terpaksa perkenan. Walaupun dia tahu akibatnya nanti MB seperti kaduk naik junjung.

    Ini semua kerja si goblok Khalid Gagap boneka DAP. Sampai hati nko politikkan Sultan aku. Celako nko Khalid, celako, celako, celako.

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan,
    mohon link ke blog Tuan
    T Kasih

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.