Sunday, February 20, 2011

GAPS BOGELKAN PAKATAN SELANGOR, ESOK !

 Kenyataan media

Salahguna  wang rakyat adalah pelengkap SKANDAL KONGRES PKR 2010

Penggunaan RM80,500.00 (Ringgit Malaysia Lapan Puluh Ribu dan Lima Ratus Sahaja) wang rakyat untuk membiayai penginapan perwakilan PKR ke Kongres PKR ke 7 2010 pada 26-28 November 2010 di Petaling Jaya merupakan satu jenayah penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah oleh kerajaan pakatan Selangor dibawah pimpinan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pencurian dan rompakan harta rakyat di Selangor sekarang bukan lagi dilakukan secara tersorok di malam hari seperti skandal pasir oleh kerajaan pakatan Selangor, malahan ianya dilaksanakan secara terang-terangan di siang hari. Tempahan dan pembayaran 100 bilik hotel di Petaling Jaya oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) pada 25-29 November 2010 merupakan bukti jelas sudah terang lagi bersuluh salahguna kuasa dan penyelewengan oleh Menteri Besar.

Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) sebagai sebuah NGO pemantau kerajaan pakatan Selangor amat kesal harta dan wang rakyat Selangor dirompak untuk membiayai penginapan perwakilan ke mesyuarat agung tahunan PKR itu.

Khalid Ibrahim wajar membezakan peranan nya sebagai seorang Menteri Besar dan pemimpin parti. Harta negeri merupakan harta rakyat dan bukannya harta milik parti PKR yang boleh dibelanjakan sesuka hati mengikut nafsu serakah mazmumah kepartian.

GAPS juga mempunyai bukti yang jelas mengenai rompakan harta rakyat disiang hari ini. GAPS akan membuat lapuran kepada pihak yang berkuasa dalam tempoh yang terdekat.

Salahguna kuasa ini juga merupakan pelengkap kepada SKANDAL KONGRES PKR 2010 yang sebelum ini di cemari dengan pelbagai salah laku seperti korupsi kuasa, penipuan dan pemilihan paling kotor yang dipenuhi dengan adegan pergaduhan, baling kerusi, pengantungan cabang, perletakan jawatan pemimpin dan keluarnya ahli beramai-ramai dari parti itu.

Tidak ada cara lain untuk kerajaan pakatan Selangor keluar dari salah guna kuasa dan penyelewengan dan rasuah ini kecuali Menteri Besar Khalid Ibrahim meletakkan jawatan atau membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor untuk menyerahkan mandat kepada rakyat memilih kerajaan yang lebih bersih dan bertanggungjawab.

Hamidzun Khairuddin
Pengerusi
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

ayuh raikan lagi pesta mengganyang pakatan.
esok semua akan terlondeh.
pakatan selangor akan dibogelkan.

tapi elizabeth wong
tak perlu dibogelkan, dia membogel dengan sendiri.

7 comments:

  1. salam.

    Bagus bogelkan sgala kslhan mereka spy mreka jd lbih telus.

    kalau betul dakwaan gaps aku hormat dan aku sokong tp jgn fitnah plak!

    sambil2 tu bogelkan juga la Kerajaan Negeri yang lain dan juga Kerajaan Persekutuan. Jgn sebelah pihak je..

    Apa yg salah perlu diberitahu kpd umum. Apa yg betul disokong. Tp jgn pla memfitnah.

    ReplyDelete
  2. pandai plak mala'un nie cakap harta rakyat jgn disalah-gunakan..tp bila UMnOK salah guna jentera harta kerajaan(rakyat mesia), tak pulak ditegurnya .......dasar munafik.....

    kalau dah jenis dtgnya dari Tong Taik(UmNOk),semuanya dibuta-tulikan , tp kalau dari pembangkang, sekejap ajee berita dah tersebar, w/pon kebenaran citer nie masih boleh dipertikaikan.....

    ReplyDelete
  3. hahaha terbaik
    hok ni kawe tunggu

    ReplyDelete
  4. Mintak GAP jugak kaji selangor Science park2, macam tak ada apa pun, kononya pernah masuk berita investor dari korea melabur kat situ tapi tak ada pun,

    Cuma perubahan yang saya lihat di cyberjaya banyak perubahan sejak najib ambil tampuk kempimpinan negara.

    ReplyDelete
  5. bn komfem sakit ati duit rakyat dh dirompak. apakata pas dan dap? x sakit ati ke? asyik main setujus je pas ni....

    ReplyDelete
  6. BAGUS! Syabas GAPS!

    Zaman hamPAS/DAPig/PKRuntuh fitnah BN main duit kerajaan telah diterbalikkan Allah ke muka mereka pula.

    Tapi kita tak main lah fitnah..kita main fakta.. Setakat cakap UMNO/BN itu ini, caci maki, carut marut, gelak2 dlm ceramah jamban tak main la kan...

    Anon 9.08pm,
    Banyak lagi bakal dilondehkan. Sabor..ni baru sikit..

    Senarai yg dah londeh tapi penyokong/pengundi pembangkang buat-buat tak nampak:
    1. Tuduh Tun Dr M kronisme nepotisme. Sedangkan itu semua fitnah. Yg kroni bg Tun hanya orang Melayu (UiTM, MARA, etc). Sekarang, lagi hebat Lim Kit Sial, Keparat Singh, Anwar Jubur dan N.ajis anak beranak menantu laksanakan dinasti mereka.

    2. Tuduh UMNO kafir sbb bekerjasama dgn kafir (dah tak ngaku lak sekarang). hamPAS sekarang?? Dgn DAPigs oi..yg terang-terang sokong Chin Peng dibwa balik. Komunis kafir harbi tu. "Langkah mayat sblm tubuh negara Islam". Ada MCA/MIC hina Islam macam tu???

    3. Tuduh Tun Dr M conspiracy bila pecat Anwar Jubur. Sekarang?? Jelas kenapa dia buat mcm tu. Bayangkan PM Malaysia yg ngam dgn Yahudi?? Ngam dgn IMF??

    4. PASberg dulu kan main menyalak pasal kilang arak tepi federal highway tu.. Sekarang??

    Sekian buat masa ini. Nnt sambung ye..

    -aku je..-

    ReplyDelete
  7. macamni la en anon 9:08 pm. masa bn buat taik mentekedarah duit rakyat dulu aku cukup marah, menyumpah x puas ati. tp sekarang pkr (pr) main taik yang sama apa jadahnya? ada apa2 beza bn dan pr? tarak beza yang jelas bro. yang membezakannya sekarang ialah sapa lagi kuat BUAT TAIK!!! celako!celako!celako! en. suka buat taik jugak ke?

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.