Friday, February 18, 2011

KHAIRY JAMALUDIN SUKA BUANG MASA.


patutlah lama tak nampak. rupanya tengah praktis payung terjun.

baguslah sekiranya dia mahu menjadi lebih patriotik. namun dalam keadaan suhu politik yang panas, kj nampaknya salah untuk meletakkan keutamaan.

aku kritik berdasarkan isu.

pada prk tenang , selama 10 hari kempen khairy jamaludin hanya berkempen setengah hari sahaja.

kenapa khairy tidak meletakkan kepentingan (priority) politik dalam tindakannya menimbulkan persoalan.

adakah dengan mendapat sayap penerjunan ini akan mengembalikan sokongan kepada parti ?

pemuda wajar realistik dalam menentukan halatuju.

sewaktu kes kalimah ALLAH, khairy lebih memilih untuk menyepikan diri.

dalam keadaan kemuncak momentum prk, khairy lebih prefer untuk berkhalwat seorang diri.

maaf aku terpaksa tegur khairy..

di mana usaha pemuda umno untuk merapatkan jurang penambahan pengundi baru antara BN dan pakatan ?

mana inisiatif kamu ?

jumlah pengundi muda pada PRU 13 nanti dianggarkan berjumlah 4 juta. mana pergi  LAB PEMUDA dalam melaporkan isu mengenai  keberhasilan menambahkan pengundi ?

minggu lepas lokman adam bercakap mengenai baju wan azizah yang mahal.

sungguh haru pemikiran lokman. isu selangor,isu nasional terlalu banyak untuk pemuda kupas tapi sayang setakat itu sahaja yang mampu dilontar.

wanita umno sudah terlalu menonjol dan cukup berani dalam setiap pertembungan prk.

aku sudah pasti akan berkata YES sekiranya mereka meminta peruntukan lebihan untuk kuota wanita dalam kerusi dun dan parlimen. 

pemuda umno harus tambah pengundi.
bukan cerita bab baju wan azizah.
bukan terjun kapal terbang.

inisiatiflah dalam menambah pengundi muda.

mungkin sudah tiba masanya setiap ketua perhubungan negeri mengarahkan setiap ketua pemuda bahagian mendapatkan/menambahkan pengundi baru seribu orang setiap bulan.


ini NKRA untuk pemuda. 

38 comments:

  1. Bab KJ nak pi terjun ka ..itu mampuih pi kat dia la ..

    tapi pengundi muda ini memang aku tengok bukan setakat Pemuda UMNO ..tetapi UMNO Bahagian pun lembab .

    macam bahagian aku Permatang Pauh lagi la teruk ..Pemuda lesu terus nak tarik pengundi muda daftar sbg pengundi .

    sekarang ini NGO belia Gerakan Beliau 4B Permatang Pauh pulak ambil alih tugas Pemuda UMNO iaitu sedang buat kempen daftar pengundi di sekitar parlimen ..

    boleh layari blog kami

    http://belia4bpermatangpauh.blogspopt.com


    Budak Belia

    ReplyDelete
  2. sedara jangan disamakan KJ dengan mereka yang lain... mereka tu ada jawatan dalam kabinet memang lar senang guna jabatan masing2... KJ hangpa tak bagi semua tu nak guna platform mana nak berkempen... yang aku tahu pemuda memang prefer KJ berbanding "anak bapak".... hang pa tau lar sapa.... bukan semasa PRK jer nak berkempen... agenda KJ baru ni yang berkempen satu malaysia baru ni pun the best aku rasa.... Aku sokong KJ 100%, mana ada orang lain yang ada inisiatif macam ni... aku gerenti kalau dibagi post menteri... macam2 akan KJ buat.... bukan "anak bapak" jer mampu buat....

    ReplyDelete
  3. Assalam Bro

    Masih ada ke Ketua Pemuda UMNO lagi. Suruh aje dia berhenti sebab tak menjalankan tugas. Tengah sibuk nak jadi ketua pengganas ke apa...? Bangganya Pak Mentua yang tak tahu apa-apa tu...

    ReplyDelete
  4. KEnapa dengan bloggers pro BN? Apa yang Khairy buat semua salah. Dia buat bising salah, dia diam salah, dia kata nak berhenti pun salah! Kalau nak cari salah orang yang kita tak suka, memang senang. Kalau orang yang dipuja, buat salah pun bloggers diam.Tapi lagi orang kutuk dia, lagi ramai orang simpati dengan Khairy sebab orang dah muak dengan sikap tidak adil sesetengan blogger ni. Karut je!

    ReplyDelete
  5. budak rembau suka cari populariti dan perhatian.. macam perangai budak budak beb.. anak saya yang 7 tahun pun macam tu... suka main ultraman la, suka lompat lompat la. Pokoknya asalkan dapat perhatian beres..jangan dilayan sangat la.

    ReplyDelete
  6. dulu...sibuk sangat nak jawatan ketua...bila dapat...x berapa aktif pulak...
    aktf tu...kenalah tunjukan kerja dan kejayaannya yg ko bawak untuk pemuda umno..bukan aktif benda2 lain yg x berkenaan..
    apelah ko ni kj..

    ReplyDelete
  7. GAP, kalau dah dibuang, buat apa nak menggatal tunjuk terror. Buang masa saja. Khairy tahu dia dah tak lama dlm politik. Lebih baik masuk bidang lain yg lebih berpotensi (seperti yang dia buat sekarang). Tak gitu Khairy?

    ReplyDelete
  8. Aku sokong KJ bab masuk Wataniah. Di Galas dan Batu Sapi YB KJ juga yang giat berkempen. Banjur di Kedah juga yang pertama turun.

    Prog JOM pon dia giat turun 5 negeri dan berpuluh parlimen dia buat kerja amal baiki rumah dan bagi bantuan bersaam GIATMARA.

    KJ contoh baik

    Wassalam.

    ReplyDelete
  9. biarlah dia GAP.. lagipun dia dah nak pencen.. tak payah mikir kan org mcm ni..

    ReplyDelete
  10. PRU13, orang dah tak mau calon payung terjun...

    ReplyDelete
  11. Cemburu. Tu aje yang aku boleh katakan pada yg anti KJ ni.

    ReplyDelete
  12. anon 3:43pm

    kj tidak pertahankan isu kalimah ALLAH .

    kj tak nampak ke giatnya pakatan tambah pengundi.

    ini keutamaan yang boleh memenangkan BN pada PRU.

    terjun kapal tak mendatangkan undi.

    ReplyDelete
  13. SAMBUTAN MAJLIS MAULIDURRASUL AL-KUBRO AL-JENDERAMI KE-11 : http://wp.me/piAx4-443

    Sambutan Maulid al-Rasul di Baalawi KL : http://wp.me/piAx4-45i

    MAJLIS MAHABBAH RASULULLAH DI SURAU/MASJID AL-MAHDI, BUKIT SUBANG : http://wp.me/piAx4-4c5

    SENARAI MAJLIS2 TERKINI MAULIDURRASUL : http://www.facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998

    ReplyDelete
  14. sayap payung terjun? wow!! ada kemajuan. biarlah dia terjun. nk terjun ikut dialah. x ajak pak mentua skali ke?

    ReplyDelete
  15. Bagus. dan Tahniah akan kejayaan memperolehi sayap pasukan para.

    Tapi seharunys KJ perlu ingat akan tanggungjawabnya pada Pemuda.

    Bebas melakukan apa sahaja kerana tidak mempunyai jawatan dalam kabinat adalah bukan alasan untuk tidak memperdulikkan Pemuda yang diketahui sebagai salah 1 organisasi UMNO yang lemah dan keliru.

    KJ, harus memainkan peranan sebagai ketua pemuda dengan begitu agresif lagi.

    Sudah berapa lama KJ memegang jawatan ketua Pemuda? setahun, dua tahun, tiga tahun?

    Dan apa yang telah pemuda capai selama KJ memegang jawatan sebagai ketua pemuda?

    Bukan la ingin katakan bahawa KJ tidak berkerja, tapi ia masih belum cukup.

    Dan dari kelemahan itu la, terjadi dan muncul akan NGO2 yang mula mengambil tugas Pemuda. KJ tidak seharusnya melenting pada mereka, kerana semuanya terjadi disebabkan KJ.


    Jika rasa diri tidak mampu, buat apa hendak bertahan? jika rasa diri sudah buntu, cepat - cepat la jalan.

    ReplyDelete
  16. ada baik juga kj terlibat wataniah, boleh tarik golongan muda join,

    mcam prince willam uk pun terlibat dengan askar..

    ReplyDelete
  17. eh gap sng aje kao nak kritik
    yg kao bersengkolol dgn bloggers yg siang malam hentam kj camana?
    ramai pemuda dah meluat dgn bloggers umno/perkasa. isu digembar gemburkan ttp hakikatnya kita merana krn ekonomi yg tak menentu. aku sokong kj klu terus dikritik je dan disisihkan olh golongan2 tertentu carilah bendaq lain.

    ReplyDelete
  18. Cemburu kepala hotak kamu laa..!! Takde sapa nak cemburukan KJ tu.. Orang menyampah je.. Aku yang ahli UMNO ni pun tak boleh nak jawab tohmahan pembangkang bila depa kata "Sudahlah, jangan cakap banyak. Ketua pemuda kamu perasuah!"

    Kalau dia ni jadi menteri, rakyat akan kata BN lantik menteri perasuah! Kamu boleh jawab?? Lagi baik Datuk Najib lantik Zul Noordin jadi menteri daripada si perasuah ni.

    ReplyDelete
  19. GAP dan seangkatannya ...maaf le tn saya meluat tgk cara tn2 semua mengkritik KJ ....teruk betol...seolah olah dia teruk sgt berbanding dgn tn2n blogger ..come on la ...nampak gaya tulisan kamu semua melampaui batas seorang pengkritik ...berhemah le ...dan yg lebih menyedihkan langsung tiada sokongan dr pihak blogger tn2. Kamu kena ingat apa yg telah dibuat w/pun tiada jawatan berbanding yg ada jawatan ....fikir2 le ....

    ReplyDelete
  20. rasanya eloklah dia mendalami / pelajari serta menimba pengalaman dari kehidupan sebenar...

    ReplyDelete
  21. Inilah masalahnyaa kalau dapatkan jawatan melalui Pak mentua dan wang. Akhirnya apa yang kita dapat adalah si kitol yang jadi liabiliti pada parti.
    Masa pak mentua berkuasa dia dapatlah tunjuk super power. sekarag dia dah hilang semangat dan arah sebab kuasa miliknya adalah kuasa palsu bersama pengikut palsu. Eloklah PRU13 dia dinyahkan dari jadi calon.

    ReplyDelete
  22. Setuju dengan GAP... Orang melayu takyah ler merintih dengan nyanyian anak kecil main api.. melayu kini hanya tinggal kuasa.. kalau tak mengundi apa lagi kuasa Melayu yang tinggal?

    Gerakan Pengundi Melayu

    ReplyDelete
  23. Bile KJ gi buat2 rajen, tolong berkempen di Tenang, nanti ade plak suara2 yg kutuk dia... So, biarkanlah dia dgn payung terjun...

    ReplyDelete
  24. xtau knape, tpi mmng perlu tindakan segera..... rmai org yg x ske kt khairy, bdk sklh pown cmtu, ak tau sbb ak nmpak sme tu, rmai yg mnyampah kt khairy, ak sndri x tau sbb apa....

    dan lgi stu, bakal pengundi generasi bru yg akn mncpai umur lyak mngundi 2-3 thn lgi brkemungkinan besar akn tumbngkn BN dan angkt ANUAR sbg PM, ak ni x smpai 20 thn duk kt mka bumi ni......bru tngglkn sklh, dan jelas mse sklh dulu rmai membe yg skong pembngkang, dan 2 nama yg jadi pujaan diorng x kira lelaki atau perempuan adalah ANUAR IBRAHIM & TUAN GURU NIK AZIZ.......... x kira sekolah jenis apa pon, SBP, harian biasa, teknik,sukan...... ideologi sme je.............

    ReplyDelete
  25. aku pun bkn ske kj tp kekadang kita kena realistik. Kalau kj dikatakan lembab, cmne dgn semua pak menteri yg lembab.

    Najib Vs pembangkang..?? Najib sorang kah org BN..?

    ReplyDelete
  26. Saya pun menyampah juga dengan KJ beruk Google ni, TETAPI.. sepatutnya UMNO/BN adan para bloggers pro BN berbangga kerana ada pemimpin yang BERANI buat penerjunan, bukan main hentam saja. Korang ingat penerjunan ni benda main-main ke? Nyawa jadi taruhan bro!

    Cuba korang naik helikopter dan cuba terjun? Saya rasa bagi 10 paracute pun korang tak berani, hilang telur! Siapa berani mari beri kontek number kat saya, saya boleh aturkan penerjunan. Ada berani?

    Jadi, respek sedikit atas kejayaan seseorang, bukan kerana dia seorang pemimpin tetapi atas keberaniannya.

    Tajuk GAP ini sangat tidak bersesuaian kerana boleh menyinggung perasaan ahli penerjun dan ATMnya. Ayat 'BUANG MASA', seolah menunjukkan penerjunan adalah kerja tak berfaedah. Jaga sikit mulut tu bro, nanti kawan keliling kita cabut lari. Jangan ingat kita kuat sangat sehingga tidak memperdulikan sensitiviti.

    Walaupun maksud BUANG MASA tu adalah membuat kerja yang tak berkaitan dengan tugas sebagai Ketua Pemuda UMNO tetapi lebih GAP lebih berhati-hati dengan sebarang tajuk yang diberi.

    Jangan lupa, sekali orang tersinggung mungkin kita akan kehilangan dia selamanya. Tentera merupakan aset negara dan penyumbang besar (bakti dan UNDI) kepada kerajaan sedia ada.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  27. anon 8:08

    tolonglah dalam bijak membaca artikel.

    aku kata kj buang masa buat benda lain, isu politik kalimah ALLAH dan penambahan pengundi langsung tak sentuh.

    ada aku kritik tentera ke dol ?

    come on lah psywar nak alih isu ni memualkan la bro.

    typical kj la kau ni. jawap persoalan aku.

    mana tumpuan pemuda nak menang pru kalau nisbah pengundi baru pun teruk BN kalah.

    jangan buang masa la. buat kerja politik la.

    aritu bukan main rak nak jawatan, bila dah dapat tak nak buat kerja pulak.

    ReplyDelete
  28. Salam semua,

    Kj nak terjum ke...menyelam ke..ikut suka dia la.

    Yang kita fokus sekarang ialah bagaimana nak tarik poengundi muda supaya bersama dengan kita.

    KJ dah tak terbukti tak mampu laksanakan tugas ini. Sekarang pemimpin2 pemuda yang lain sudah susun gerakan ini dengan baik tanpa KJ.

    YAB DS Najib tidak lantik KJ ke jawatan lain sebab nak harapkan dia tumpukan sepenuhnya kepada membetulkan semula poergerakan pemuda. Tapi KJ gagal memahami sebaliknya asik sibuk suruh geng setiakawan desak DS Najib beri jawatan kabinet padanya.

    Sebenarnya jawatan KETUA PEMUDA tu lebih besar dan sangat penting kepada UMNO yang jadi tulang belakang kerajaan. Tapi sayangnya KJ tak nampak.

    Lupakanlah KJ ni...kita ada banyak kerja untuk hadapi PRU 13.

    ReplyDelete
  29. kj tu buat taik, pandaila.....dia saja nak cari glamer.........aku masih ingat taik paling busuk dia buat.....kasi passport si jubur tu.....

    -anti jubur-

    ReplyDelete
  30. Pengaruh KJ dlm UMNO mmg dah makin menurun setelah Pak Dol bersara dan dia tak dpt jawatan menteri kabinet. Sbb tu skang ni dia try cari pengaruh lain, masuk wataniah nak cari pengundi pos dan drp maklumat yg saya terima, dia mungkin try nak rebut jawatan Naib Presiden UMNO dan "mangsanya" kemungkinan besar Zahid Hamidi. Zahid Hamidi atas portfolio beliau jd Menteri Pertahanan byk kritikan drp pujian sebenarnya. Masih byk kes2 dalaman yg belum dpt diselesaikan dan belum nampak lg peningkatan dlm Kementerian Pertahanan dr segi KPInya. Kita mesti ingat tujuan utama dia masuk politik nak jd PM paling muda dan tak mustahil dia akan menggunakan pelbagai cara selagi bapak mertua masih hidup.

    ReplyDelete
  31. Gap,

    KJ menjadi contoh yang baik kepada pemuda dan belia supaya ada rasa patriotisme pada jiwa dan raga.

    Syabas prog Jelajah One Malaysia juga, masuk ke kampung dan pinggiran bandar. Jangan lah negatif sangat.

    Kampung saya di Indera Makhkota pon dia masuk.
    Perubahan dah ada. KJ semakin matang.

    ReplyDelete
  32. korang mmg hati busuk sbb bos korang kalah ngan KJ semua KJ buat tak betul, mcm bos korang handal sgt , asal kalah kalau handal, sian lah korang ni. lebih baik main layang layang lah..... aku tahu lah si anak bapak tuh x berani nak terhun si Toyol tuh tak cukup tinggi, mana ada hebat .... tubyg korang jeles.........

    ReplyDelete
  33. korang tak ada kerja lain yg lebih baik ke nak buat selain dari balun org UMNO juga.

    ReplyDelete
  34. AKu pn ada benda tak suka kat KJ ni.. banyak benda yang aku tak suka kat dia ni... tapi aku rasa dalam hal ni, aku kena respect sbb dia berani & ambik satu tindakan yang betul... Aku rasa ini antara posting2 yg aku tak setuju sepanjang aku follow GAP....

    KJ mungkin tak layak jd ketua pemuda, tp skurang2nya kali ni dia tunjuk benda yang berfaedah....org macam dia, dah kaya, tak perlu susah2 nak p aktiviti payung terjun, muka naik hitam, letih sana sini...tp dia buat pilihan nak sertai aktiviti ni, kita patut sokong dan bagi semangat...

    mungkin yang sblm ni dia salah,tp manusia mana yang tak buat salah, bro..jgnla terlalu hentam dia tak tentu hala....

    Cuma lain kali dia kena pilih masa sesuai nak buat training...skg ni agak tak sesuai la...tp korang hentam dia kena hati2 skit, jgn smpai org ingat blog ni takde keja lain, asyik menghentam saja....

    ReplyDelete
  35. anon 2:am

    tak boleh menilai antara maksud tegur dan hentam ke ?

    ReplyDelete
  36. XTAU KNAPE, XTAU MNE SILAPNYE, IMEJ KJ SUSAH NAK DIPULIHKAN.........

    ReplyDelete
  37. Belum pernah ada satu Ketua Pemuda parti politik semasa yang ada semangat seperti KJ. Tahniah KJ

    ReplyDelete
  38. woi..relax..relax..yg kita bertekak pasal KJ ni kenapa??

    fakta dari aku:
    1. KJ bersuara (it's a sad day for Malaysia) ketika gereja di dibakar tetapi menyepi ketika surau dibakar dan dihina dgn kepala babi. Kenapa? Sungguh orang Melayu/Islam macam saya rasa tersinggung.

    2. Cina DAPig takutkan semangat nasionalis KJ. Jika semangat ini boleh diterjemah ke dalam perjuangan PEMUDA alangkah baiknya. Tetapi kosong..

    3. "Tingkat 4". Kisah 20% bertiup sangat kencang.

    4. Pemuda UMNO dilihat sebagai lesu di bawah kepimpinan KJ. Orang Melayu masih marah dgn bekas ketua Pemuda yg meminta maaf semata-mata kerana mencium lambang orang Melayu. Dan kami mengharap KJ bawa keluar PEMUDA dari tidur yg panjang. Tapi kosong.

    5. Family KJ memang asalnya berharta walaupun sebelum jadi menantu Pak Lah. Salah KJ kerana tidak kuis langsung tuduhan yg dilemparkan kepadanya.

    Harapan saya cuma satu orang Melayu dapat bersatu menentang kebatilan dan onar yg berlaku di Tanah Melayu ini.

    -aku je..-

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.