Monday, February 7, 2011

YB SHAMSUDIN LIYAS RUPANYA ?

 buat pertama kali aku dengar yb sungai burong, iaitu shamsudin liyas bercakap.

bercakap pulak dalam ceramah umno anjuran bahagian shah alam. agak terpaku bila otai ni rupanya cukup petah bercakap dan cekap berhujah.

memang kadang-kadang ada slang jawa, tapi memang oraitlah yb ni. 

ceramah malam tadi tajuknya SIAPA DERHAKA ? semua rakyat selangor dah tahu adun sri muda suhaimi shafie kepala penderhaka di selangor.
 
kupasan yb shamsudin lias cukup bersahaja, lenggok bahasa cakap orang kampung. mudah sangat difahami.

tak percaya ?

meh sini aku bagitau. yb shamsudin bagitau hadirin kenapa ADUN BN menolak usul pindaan yang diusahakan oleh pakatan rakyat dalam isu mengembalikan semula kuasa sultan.

jawapannya mudah. dalam rang perubahan enakmen itu, TERSELIT MUSLIHAT  yang jika tak difahami betul-betul boleh memerangkap DYMM TUANKU SULTAN !

cara pakatan nak perangkap sultan ?

dalam perenggan ke 2 penggubalan enakmen tersebut  perkataan  SHALL digunakan dan bukannya MAY. seperti contoh.

DYMM tuanku sultan wajib (shall) meluluskan sebarang enakmen  setelah mendengar nasihat MB.

bahasa perundangan yang membabitkan perkataan SHALL dan MAY boleh membawa intepretasi yang cukup berbeza.

tatkala keterangan ini disampaikan oleh yb shamsudin, bersoraklah hadirin yang hadir malam tadi.

gagap-gagap pun nak menipu jugak. baguslah ada sesi penerangan sebegini. biar rakyat faham tembelang sebenar pakatan selangor. 

yb shamsudin liyas rupanya seorang orator yang ganteng !

NANTIKAN ARTIKEL PANAS JAM 4 PETANG INI ! 
20 ORANG XXXXXX

4 comments:

  1. Orang Jawa ni anggap diri Jawa dulu ke orang Melayu.
    Orang Jawa kan suka Republik (macam kat Indonesia). Dah tak de Sultan di sana.
    Boleh percaya ke cakap mamak hang ni?

    ReplyDelete
  2. yes bahasa undang undang memang agak sukar di fahami oleh orang biasa. maksudnya satu tapi penerangannya berbelit belit :D

    ReplyDelete
  3. aduh anon.... ko lupa agaknya "di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung" takla mcm puak2 yg sana, asyik memandang langit seberang, sampai terlupa bumi yang dipijak" angan2 lebih je!!

    sekurang-kurangnya aku jawa yang ada dalam rumpun melayu dan aku tak pernah lupa asal-usul dan suku sakat aku yang masih berkait dengan melayu.....

    -pemerhati-malam-anak-jawa-serumpun-melayu-

    ReplyDelete
  4. Pengkhianat sebenar ialah UMNO.

    Mohon rujukan kembali kepada Utusan Malaysia yang bertarikh 5 Feb 1993 yang bertajuk Nasib Melayu Bukan Kerana Raja. Antara sikap pengkhianatan UMNO ialah kenyataan ini dikeluarkan oleh Mantan Timbalan Ketua Menteri P.Pinang ketika itu, Dr Ibrahim Saad.

    Begitu juga kenyataan akhbar utama Mingguan Malaysia 1993 yang bertajuk Sidang Khas Hapus Kekebalan Raja.

    Serta banyak lagi kenyataan yg dikeluarkan oleh Arwah Tun Ghafar Baba, Datuk Seri Nazri Aziz dan sbgnya lambang pengkhianatan UMNO terhadap Raja Melayu.

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.