Monday, March 28, 2011

TUN DAIM BELASAH ANWAR. INI ADALAH FAKTA SEJARAH.

 Bagaimana Tun melihat Datuk Seri Anwar sejak beliau menyertai politik dan masa depan sebagai pemimpin pembangkang serta kes liwat yang dihadapinya?

TUN DAIM: Tun Dr. Mahathir membawa Anwar masuk UMNO di awal tahun 1982, sebaik saja beliau menjadi Perdana Menteri. Sejak itu saya kenal Anwar. Ini kerana Tun Dr. Mahathir menyokong Anwar di semua segi, Anwar naik dengan mendadak dalam kerajaan, dari Timbalan Menteri hingga Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dalam jangka kira-kira 10 tahun saja. 

Dalam UMNO pula dia naik dari Ketua Pemuda UMNO hingga ke Timbalan Presiden pada jangka masa yang sama. Semua ini termungkin kerana Tun Dr. Mahathir melihat Anwar sebagai calon utama untuk ganti beliau bila tiba waktunya. Jadi ketika itu seluruh jentera di belakang Presiden UMNO juga bergerak serentak menyokong Anwar. 

Tanpa Tun Dr. Mahathir dan jentera UMNO di belakangnya, Anwar tak mungkin menjadi Timbalan Presiden parti. Apa yang berlaku sehingga beliau dipecat daripada UMNO bukan satu konspirasi politik. 

Teori konspirasi politik itu sengaja dicipta Anwar kerana mahu dirinya dilihat sebagai 'The Fall Guy, iaitu insan yang dianiayai guna meraih simpati serta sokongan bagi menutup hakikat kecacatan peribadi sendiri. 

Pada pengamatan ramai, Anwar tak menunjukkan kebolehan luar biasa sebagai pentadbir. Tidak nampak sebarang 'reformasi' di mana-mana kementerian yang dipegangnya ketika menjadi Menteri. 

Kehebatannya lebih kepada seorang, yang pintar berpidato bagi membakar semangat dan emosi khalayak walaupun isi ucapan cuma igauan politik saja. Berdasarkan ini, sekarang ini rakyat tak yakin Anwar boleh jadi pemimpin yang berkesan, meskipun setelah kesnya di mahkamah selesai.

Apakah pakatan pembangkang masih lagi relevan atau semakin kehilangan arah?

TUN DAIM: Pakatan Rakyat, saya pernah berkata, hanyalah satu konspirasi politik. Saya lihat kumpulan ini tak akan dapat capai kata sepakat dalam hal penting mengenai kebaikan negara kerana masing-masing parti taksub kepada pendirian dan prinsip sendiri. 

DAP itu parti chauvinis kecinaan, PAS pula perguna Islam, bukan sebagai ad-Din tapi sebagai topeng politik untuk mengabui mata orang-orang Melayu di kampung. PKR hidup kerana Anwar dan untuk Anwar. 

Tanya kawan Anwar, mereka kata Anwar pakai macam-macam topeng sejak masih di universiti. Waktu dia jadi pelampau bahasa Melayu, bahasa Inggeris diketepikan hingga ramai anak kita yang lahir selepas tahun 1969 hilang kompetensi dalam bahasa Inggeris. 

Dalam dunia globalisasi, Internet dan teknologi komunikasi sekarang, kekurang fasihan warga kita dalam bahasa Inggeris adalah satu kemunduran.

Tapi sekarang ini Anwar menjadi pejuang multi-culturalism dan 'liberalisme utopia' pula, sehingga ada di kalangan mereka mempersoalkan kedudukan Raja-raja Melayu. 

Sikap dan tindakan politik begini yang menggadai segala harga diri, maruah, martabat dan prinsip untuk mendapat sokongan tertentu mengingatkan kita kepada watak utama drama Christopher Marlowe, Dr Faustus.

Bukan saja Pakatan Pembangkang tak mempunyai asas politik yang kukuh, dalam parti pun PKR terus bergelumang masalah. Bolehkah PKR menjadi teras kepada kumpulan ini dan bolehkah pakatan begini meyakinkan rakyat yang ia boleh menjamin masa depan bangsa dan negara lebih baik daripada UMNO dan BN yang sudah membina negara seadanya selama lebih 50 tahun? 

Dalam setiap demokrasi berparlimen, perlu ada parti pembangkang. Jadi dari segi relevansi, ya, pembangkang itu relevan setiap masa. Bukan pembangkang yang bangkang-bangkangan semata, yang menolak semua usaha kerajaan walaupun usaha itu jelas memberi faedah kepada rakyat. 

Pembangkang yang relevan ialah yang menjadi check and balancechauvinistic dan tidak berpandangan sempit (tunnel vision), yang boleh menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. Jika kita perhati kepada keadaan parti pembangkang sekarang, jelas mereka tidak hilang arah. Cuma, masing-masing ada arah sendiri. 

Mereka mengamalkan prinsip kahwin monyet (marriage of convenience). Mereka juga mencedok format BN tapi secara setengah jalan saja, bukan sepenuhnya. Ini bukan satu alternatif yang unggul bagi rakyat. 

Parti pembangkang di luar yang ingin mengambil alih kerajaan ada "shadow cabinet. Mana shadow cabinet Pakatan Rakyat? Jika mereka benar-benar jujur ingin menjadi parti alternatif, mengapa tidak bubar semua parti dalam pakatan dan tubuh satu parti saja yang dianggotai rakyat semua kaum? 

12 comments:

  1. wow....apabila seorang perompak harta negara memberikanpandangan yg dangkal........syabas....

    ReplyDelete
  2. Salam

    Maaflah GAP, saya memang tidak bersetuju sangatlah Tun Daim menyertai politik sekarang, beliau bukan politikuspun, lagipun sejarah buruk peninggalan Tun Daim masih kuat, maka pembangkang akan menggunakan Tun Daim untuk digunakan isu menghentam Rasuah dikalangan UMNO. Lagipun Tun Daim itu, seorang pengecut dan bacul, apabila anwar sudah teruk hendak tersembam, baharu berani hendak keluarkan kenyataan, semasa anwar masih kuat populariti, kenapa diam sahja menikus. Silat silap Tun Daim kena hentam belasah balik oleh pembangkang

    Maaaf, saya memang tidak bersetuju Tun Daim dibawa masuk sebagai senjata untuk jatuhkan anwar

    Lagipun jasa Tun Daim bukan seberapa sangat.........kalau bukan pengaruh dan kebijaksanaan Tun Mahathir
    g4umno.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Ini le yg maksudnya diam-diam ubi berisi. Sekali dia tembak "kebabomm..!!" Hambik kau Anwar Namrud al-takut sumpah.

    Fakta.Jelas.Berbukti. Sila lah saman kalau Tun Daim cakap tu salah.

    Bukan macam bapak munafiqun Anwar Namrud. Pembohong.

    Mana bukti2 kerajaan UMNO/BN zalim yg dikatakan ada dlm simpanannya berkotak-kotak?? Satu pun tarak

    Mana bukti2 surat-surat cinta dari Ummi Hafilda?? Satu pun tarak

    Mana bukti kau kena HIV?? Pembohong

    Mana bukti kau kena Arsenik?? Pembohong

    Memang manusia lahanat la Anwar nii..!!

    ReplyDelete
  4. Sex..sex..sex..Masih tak habis-habis udara Malaysia dicemari kisah-kisah sex sepertinya pemimpin2 & blogger2 PR & BN sudah tak ada kerja lain, membincang soal-soal sex yg hanyir itu saja pada setiap hari.

    Kesian Malaysia, dunia sedang mentertawakan kebodohan kita yang membiarkan rakyat terjebak dalam isu sex yang memualkan tekak itu. Tak ada sandiwara lain lagi kah nak dipentaskan oleh pemimpin2 PR & BN serta pengikut2 mereka, mencipta escapism ketika rakyat sedang bertarung dengan harga barang yang semakin melambung?

    Yang pasti kini malaikat Akib tak menang tangan mencatat dosa demi dosa demi dosa demi dosa demi dosa demi dosa demi dosa yang dicipta oleh pemimpin2 PR & BN serta blogger penyokong2 mereka .

    Kesiannn dengan pemimpin2 & blogger2 PR & BN yang kononnya Islam tapi tak takut kepada malaikat Akib tuuu....

    ReplyDelete
  5. JR SHOPPE
    sex nak buat macamana bro. skandal seks pemimpin ni ada merata. indon,berlusconi,korea,amerika dan anwar.

    anwar parah sikit bro pasal isu seks dia melibatkan hadis nabi takkan mengaku umat.

    ReplyDelete
  6. Anon 9.28.. sapa ckp jasa Tun Daim x seberapa.. Tun Daim laa yg bersusah payah dgn Tun Mahathir semasa kegawatan ekonomi malaysia dulu.. Beliau ahli ekonomi yg hebat.. Tun Mahathir selalu mintak tolong dgn Tun Daim. Tapi memandangkan Tun Daim jenis diam.. mmg laa org xtau apa sumbangan beliau.mcm2 dia kena tuduh.. tp sebenarnya Tun Daim laa antara penyelamat Malaysia satu masa dulu..

    ReplyDelete
  7. Yang pasti Daim lebih berjasa kpd Melayu dan Negara ini.
    Anwar sememang hebat berpidato kerana karisma yg ada pada beliau,itu saja dan tiada kelebihan selain dpd itu.
    Kehebatan itu mungkin datang dari darah keturunan keling yg semula jadi kebanyakan mereka pandai bercakap dan kelentong.
    Jika tidak mana datangnya perumpamaan " kalu jumpa ular dan keling,yg mana ketuk dulu".
    Anwar akan menyerang mereka yg tahu kepincangan,kelemahan dan kekurangan beliau dgn tohmahan , fitnah dan tujuan memberikan persepsi buruk kpd mereka2 dan agensi2 kerajaan pun tidak terkecuali.
    Lebih 15 tahun Anwar bersama mereka2 ini tidak pernah pula beliau bercerita tentang keburukan mereka tapi selepas dipecat semuanya tidak betul dan hanya beliau yg betul.
    Hanya mereka yg ada kepentingan saja akan membutakan mata dan hati tentang segala keburukan Anwar.
    DAP menjadikan Anwar sebagai alat utk mencabar status quo politik dinegara ini sudah tentu akan main wayang cina utk mempertahankan beliau dan mempengaruhi kaum cina khususnya membuat dakyah bahawa Anwar adalah ahli politik yg paling suci dan teraniaya dinegara ini.
    Sudah tentu Lim Kit Siang akan berusaha mempertahankan Anwar sekarang kerana jawatan TPM yg dijanjikan.Selepas itu apa DAP akan buat kpd Anwar.......semua dah tahu.

    ReplyDelete
  8. Biasalah...

    Yg bercakap tu bukan orang lain...musuh ketat pembangkang...orang UMNgOk...

    Kalau ada yg baik untuk Anwar...tak kan dia nak dedahkan...

    Keadaan sudah terdesak buat UMNgOk sekarang...jemputlah siapa pun untuk beri komen...ceritanya sama saja...jika ianya orang UMNgOk...atau pengampu UMNgOk...termasuklah ianya Dekan Universiti sekalipun...

    Kalau berani, tanyalah pendapat sesiapa saja dari pihak2 yg tidak pro pada kerajaan...dan siarkan dalam Utusan Meloye ke, Berita Hairan ke...atau siarkan dalam berita TV1 atau TV3suku...atau buat debat terbuka...baru adil...

    Ini tidak...tanya orang yg memang memihak dan pro keajaan...kutuk sana, kutuk sini, hentam sana, hentam sini...lepas tu biarkan jawapan nya tergantung...takde respon dari orang yg kena kutuk, kena hentam...adil ke?

    Orang bodoh, orang bebal yg tak tahu apa2, yg tak kisah apa2...memanglah mudah percaya...

    Atau memang dasar kerajaan sekarang...pengundi dan penyokong nya mesti terdiri dari orang bodoh dan bebal...tak tahulah...

    Sudahlah...bosan aku...

    ReplyDelete
  9. kita tak nampak jasa Tun Daim?

    Jasa dia byk, especially pasal ekonomi. tapi Tun Daim bukan macam Nuar Aljuburi. Dia tahu buat kerja, tapi tak pandai berkata2. Sebab itu kerjanya kita tak nampak. Tak macam nuar, ayam bertelur sebijik, riuh sekampung...

    Kalau org kata, Tun Daim ni mengkayakan diri sendiri. Minta SPRM check bil2 dan statement dari mana Tun Daim dapat duit dari sejak dia belum masuk politik dulu. Then... mintak statement dan bil semua dari Anwar, dari mana Anwar boleh kaya macam sekarang. Kita compare.

    ReplyDelete
  10. Seks..seks...seks...

    Orang Malaysia juga la yang suka dengan cerita2 mcm tue...tgk la paper mana yang rajin ditatap oleh segenap masyarakat pertengahan kita?

    Klu bangkit isu sumbang mahram, seks, zina laju jer beli..klu citer pasal masa depan negara, lambat2 beli..silap2 langsung x beli, baca menumpang paper yg orang lain beli..

    Bro JR Shoppe..dah hakikat rata-rata rakyat negara ini mmg sukakan benda2 yang berunsur seks..."human interest"..tgk la iklan ubat kuat kat internet, blog, paper (terutamanya paper pembangkang la) penuh.

    Mana nak mengelak? Kita pun dok pening dengan isu buang bayi kerana rata-rata remaja yang berotak biul tahu buat tp tak tahu nak bertanggungjawab x ker kerana penangan kuat seks?

    Nak salahkan saper klu minda kita sendiri yang x pernah nak berubah? salahkan kerajaan juga ker?

    ReplyDelete
  11. Tun Daim antara org Melayu terkaya tapi tak byk songeh. Rangkaian banknya ada di seluruh dunia. Orang macam ni patut dijadikan contoh, bukan yang melalak sana-sini kutuk orang dan balun sapa-sapa tak kira lelaki perempuan jantan betina semua sapu.

    ReplyDelete
  12. biasala..yg muda2 ni bukannya kenal siapa Tun Daim. seorang pendiam, tak pandai berceramah berdegar2 tapi sgt bijak memerhati. beliau merupakan antara melayu yg berjaya dlm perniagaan krn beliau berjaya membina empayar perniagaan dgn usaha sendiri. beliau bukan masuk politik utk mengejar kekayaan tapi beliau diminta membantu krn sudah sedia berjaya sblm jadi anggota kabinet. dia tuan punya daiboci, sedap food, syarikat maluri yg majukan taman maluri, cheras & mempunyai 30% ekuiti dlm sime darby-uep. bukan melayu haprak yg kamu orang asngka! bnyk yg busuk hati tak tahu pasal Tun Daim. beliau menjadi anggota kabinet setelah Tun M meminta bantuan kepakarannya utk menjana ekonomi malaysia waktu Tun M mula nak memajukan bidang ekonomi yg baru tumbuh serentak dgn pekembangan IT...banyak yg anak2 muda kita tak tahu...elok pergi baca psl kidah hidup Tun Daim & temuramah orang tua2 lain yg lebih kenal dia dari dgr puak2 yg suka hentam kromo sj. belajarla dari yg pandai, bukan dgr dari yg bodoh & dengki. siap tuduh Tun Daim perompak lagi!! biadap sungguh!! bacalah! iqra'!! http://en.wikipedia.org/wiki/Tun_Daim_Zanuddin
    kalau tak paham bahasa inggeris, belajar lagi!

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.