Friday, May 13, 2011

UMNO : PANDANGAN SEORANG INTELEKTUAL HEBAT.

2 comments:

  1. keadilan Rakyat (PKR) tidak gentar berdepan dengan tindakan undang- undang dari Ketua UMNO Hulu Selangor, Datuk Mohamad Idris Abu Bakar bersabit dakwaan memohon status kewarganegaraan kepada hampir 2000 warga asing untuk tujuan pilihan raya umum akan datang.

    Idris sebelum ini dikesan menghantar surat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien dengan menyenaraikan senarai nama 'bakal pengundi' yang akan mengundi parti itu kelak.

    Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamarudin berkata pihaknya yakin dan tidak sangsi akan kebenaran surat tersebut berikutan ianya diterima dari seorang kakitangan awam yang sudah tidak tahan dengan pengkhianatan seumpama itu.

    "Kalau mereka ingin ambil tindakan mahkamah, teruskanlah. Pada pandangan saya, surat itu kami dapat dari sumber yang sahih, persoalan siapa yang tandatangan surat itu ?, terpulang kepada pihak polis untuk jalankan siasatan, jadi apapun surat itu hadir daripada pihak mereka," kata Zuraida.

    Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Idris yang berkemungkinan mahu mengambil tindakan undang- undang terhadap PKR kononnya dakwaan itu tidak benar.

    Idris juga menegaskan beliau tidak pernah menandatangani surat yang didedahkan PKR itu.

    Zuraida bagaimanapun melihat penafian Idris itu sekadar melepaskan diri dari penyalahgunaan kuasanya sebagai ketua UMNO Hulu Selangor.

    "Dia (Idris) telah nafi, kemudian dia telah 'cover up' dan kini trend terbaru mereka, pergi masjid dan angkat sumpah,"

    Untuk rekod, 11 Mei lalu, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPP) PKR, Khalid jaafar membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Sentosa, berhubung konspirasi itu.

    Khalid menyifatkan mondus operandi untuk memenangkan UMNO BN semasa pilihan raya seperti itu sudah lama diaplikasikan parti perkauman itu.

    Pemberian kad pengenalan Malaysia atau status kewarganegaraan kepada warga asing dikatakan berleluasa di Sabah semasa pemerintahan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

    Ia dilihat sebagai cara paling berkesan untuk memastikan BN terus berkuasa di negeri itu.

    Adalah dipercayai hampir 600 ribu warga asing menerima kad pengenalan dan hak untuk mengundi menerusi operasi sulit yang membabitkan agensi- agensi persekutuan.

    Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang ketika dihubungi TvSelangor berkata tindakan 'menjual' kerakyatan ini bingkas dilakukan sebaik sahaja Perdana Menteri Najib Razak dilaporkan mengarahkan UMNO Selangor menggunakan segala 'senjata' bagi merampas kembali negeri itu dari pentadbiran Pakatan Rakyat.

    "Niat yang memang berputik dari pimpinan UMNO-Bn yang benar-benar mahu mengunakan apa senjata sekali pun untuk merampas kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat," ujarnya.

    ReplyDelete
  2. UMNO tak perlu orang asing untuk dapatkan balik Selangor.Menang dulu pun dengan bantuan orang UMNO yang memprotes badawi dan menantunya.

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.