Tuesday, June 21, 2011

PERBICARAAN DR KHIR TOYO MAKIN PANAS !

 Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini dimaklumkan bahawa tiada sebarang layanan istimewa kepada syarikat Ron Niaga Sdn Bhd milik Shamsudin Haryoni sungguhpun ia mendapat sokongan Menteri Besar Selangor ketika itu, Dr. Mohamad Khir Toyo.

Menurut bekas Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Datuk Harun Salim, semua permohonan penswastaan bersama dengan PKNS sama ada melalui Menteri Besar, EXCOm, ADUN atau yang terus kepadanya harus melalui prosedur yang sama.

Prosedur tersebut ialah melalui penelitian oleh Bahagian Korporat PKNS bagi menentukan kedudukan tanah, kemampuan syarikat dan faedah kepada PKNS. Mahkamah dimaklumkan bahagian korporat akan menyediakan kertas kerja penswastaan tersebut untuk di bawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Penswastaan PKNS.

Jawatankuasa Penswastaan PKNS dianggotai oleh Menteri Besar Selangor, Pengurus Besar PKNS, dua orang wakil kerajaan Persekutuan, Pengarah JKR Negeri (dan dua orang lagi yang disebut tetapi tidak jelas kepada pemerhati dalam mahkamah).

Pada perbicaraan yang masuk hari ketujuh hari ini, Harun juga memberitahu, bahawa Ron Niaga ada menghantar surat agar PKNS mempertimbangkan semula syarat berhubung bon pelaksanaan juga melalui Dr. Mohamad Khir.

Saksi menambah, pada surat itu terdapat tulisan tangan yang menyatakan ‘syarikat ini adalah syarikat bumiputera dan mempunyai rekod baik serta tidak mendatangkan masalah’ adalah sokongan daripada Dr. Mohamad Khir.

Bagaimanapun Mahkamah dimaklumkan oleh Datuk Harun bahawa hanya diberikan tempoh lanjutan sehingga April 2008 sungguhpun syarikat terbabit merayu  lanjutan tempoh sehingga 31 Disember 2009.

“Bagaimanapun permohonan yang dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Penswastaan PKNS dan diluluskan untuk dilanjutkan selama dua tahun, iaitu sehingga April 2008 sahaja,” kata Harun.

Sementara itu, menjawab soalan peguam M. Athimulan yang mewakili Mohamad Khir, saksi bersetuju bahawa Mohamad Khir tidak mempunyai sebarang penglibatan dalam perjanjian antara PKNS dan Roniaga.

Athimulan: Adakah kelulusan oleh Jawatankuasa Penswastaan kepada Ron Niaga adalah berdasarkan perkara-perkara yang akan membawa keuntungan kepada PKNS mengikut syarat kepada syarikat-syarikat lain?
 Harun: Ya.

Athimulan:  Adakah terdapat kelonggaran diberikan pada mana-mana syarikat?
 Harun: Tidak boleh, ia salah dan tidak pernah.

Athimulan: Tidak ada dasar pilih kasih? Jika syarikat tidak layak, ia tidak akan diluluskan?
Harun: Ya.

Harun juga menegaskan Dr Khir tidak mempunyai kuasa meluluskan sebarang projek biar pun ia mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa penswastaan.

Saksi memaklumkan bahawa penukaran Bon Jaminan kepada Jaminan Pengarah/Pemegang Saham Syarikat yang diminta oleh RON NIAGA dan disokong oleh Dr. Khir bukanlah perkara luar biasa.

Ada syarikat-syarikat lain juga mendapat penukaran ini, namun saksi tidak ingat jumlahnya dan sejak bila amalan tersebut dilakukan. Mahkamah juga dimaklumkan syarikat Ron Niaga membayar bahagian PKNS mengikut jadual dan perjanjian yang ditetapkan.

Saksi juga menegaskan Dr. Mohamad Khir tidak masuk campur dalam sebarang urusan perjanjian antara Ron Niaga dengan PKNS.

 Dalam sesi pemeriksaan semula oleh Pendakwaraya, saksi menyatakan sama ada MB setuju atau tidak, keputusan muktamad adalah oleh Jawatankuasa Penswastaan.

Menjawab pertanyaan Hakim, saksi turut sahkan tanah yang hendak dibangunkan ialah milik PKNS bukannya milik kerajaan negeri.

Ikuti perbicaraan Dr Khir secara langsung di dalam Facebook.com

11 comments:

  1. AMARAN : Rakaman Video hanyalah besi....takde mata dan telinga...

    ReplyDelete
  2. Kita tunggu je lah hasil perbicaraan ini.

    Nurul Izzah suka makan benda haram? Baca di sini!

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Dulu heboh dikatakan azmin target jawatan menteri besar..apabila mb punya kawasan bubar..dan pengerusi pkr negeri alih ke azmin utk mb beri tumpuan pd negeri'...

    bandingkanlah isteri azmin dgn isteri khir toyo ni

    Amacam geng2 barua dap .apa u all nak kata..

    ReplyDelete
  4. Isteri Azmin lebih hebat.... keterbukaan dan intelektual... bukan mcm isteri Khir... ala2 orang darat....

    ReplyDelete
  5. 12.38 Fikiran terbuka lar!

    ReplyDelete
  6. Makan Rasuah Haram = Makan Babi = Siksa didunia dan akhirat...

    ReplyDelete
  7. KUALA LUMPUR: Peguam Perancis yang mengendalikan skandal Scorpene yang difailkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di Mahkamah Perancis, akan tiba di Kuala Lumpur pada 20 hingga 24 Julai ini.

    Kedatangan mereka ke negara ini adalah untuk memberikan maklumat terkini tentang siasatan kes itu.

    Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel memaklumkan KeadilanDaily.com sewaktu ditanya tentang perkembangan terkini siasatan skandal Scorpene melibatkan pembayaran ‘komisen’ hampir RM500 juta kepada sebuah syarikat yang dikenali sebagai Perimekar Sdn Bhd.

    Perimekar dimiliki Ombak Laut, syarikat kepunyaan kenalan rapat perdana menteri, Abdul Razak Baginda dengan pemegang saham terbesar syarikat itu adalah isteri Razak.

    Menurut Cynthia, peguam dari Perancis, William Bourdon dijangka berada di Malaysia selama empat hari untuk memberi penerangan kepada Suaram dan juga orang ramai berhubung status terkini siasatan itu.

    “Peguam Perancis yang menyiasat skandal Scorpene ini akan tiba lewat bulan Julai sekitar 20 hingga 24 Julai untuk memberi maklumat dan memaklumkan kita tentang perkembangan terbaru siasatan skandal Scorpene di Perancis.

    “Beliau dijadual menyampaikan ucapan pada 21 Julai di Pulau Pinang dan 23 Julai di Kuala Lumpur. Di antara ahli politik yang sudah bersetuju untuk turut serta adalah Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua,” kata Cynthia.

    Akhbar Suara Keadilan baru-baru ini mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.

    Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia.

    Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

    ReplyDelete
  8. apasal nak hebohkan pembelian kapal selam scorpene....transaksi pembayaran komisyen kepada perimekar adalah pembayaran kepada broker persenjataan yang menemukan pembeli dan penjual kapal selam ni...
    serupa dengan bayaran kepada broker tanah....transaksi ini sah dari segi perniagaan tak ada unsur rasuah...

    ReplyDelete
  9. AKU DAH MELUAT NAK CERITA ATAU KOMEN BEKAS MB SEL NI...

    KADANG2 AKU KESIAN BAHKAN SEDIH DGN MEREKA2 YG MASIH BERTUNGKUS LUMUS NAK MEMENANGKAN UMNO/BN DLM PRU KE 13 AKAN DTG INI...

    KEBANYAKKAN PEMIMPIN UMNO/BN YG BERJAWATAN INI PERANGAI MMG MUSIBAT...

    YG JADI MANGSA ADALAH PEJUANG2 YG TIDAK BERJAWATAN...

    MCM DI KEDAH, KETUA PUTERI UMNO BAH JERLUN BERKHALWAT DGN SETIAUSAHA UMNO BAHAGIAN...

    ADA SEORANG KETUA UMNO BAHAGIAN PUN D KEDAH ADA D PERKATAKAN YG PEMIMPIN INI MELIWAT BEKAS PEMANDUNYA...

    KALAU KORANG NI SEMUA NAK JADI BABI ATAU PUKIMAK JANGANLAH JADI PEMIMPIN UMNO, KLU BOLEH JGN JADI AHLI UMNO...

    KORANG YG MEMANTAT, KAUT KEKAYAAN, SALAH GUNA KUASA, JADI ANJING, JADI BABI, SEMUA AHLI UMNO YG TAK BERDOSA MENJADI MANGSA D MAKI & D CERCA OLEH RAKYAT YG LAIN...

    TOLONGLAH BERUBAH SIAL, KEMBALI KE PANGKAL JALAN, """JANGANLAH""" JADIKAN UMNO INI SEBAGAI PLATFORM UTK BUAT PERANGAI PUKIMAK...

    KORANG NAK BUAT RMH JUTA2 KE, BAWA CASH KE OVERSEA KE, NAK MKN RASUAH KE, SALAH GUNA KUASA KE, KAYAKAN ADIK BEADIK DGN CARA GAMPANG KE, NAK SIMPAN GUNDIK KE, AKU MOHON PD KORANG JANGANLAH SERTAI & GANGGU UMNO INI...

    KORANG BUAT PERANGAI MCM GAMPANG KEMUDIAN BERDIRI ATAS PENTAS PEGANG MIC, KORANG BERCERAMAH YG KORANG INI PEJUANG BANGSA...

    PANTAT KORANGLAH SEMUA, ELOK KORANG MAMPUS DALAM LUBANG NERAKA LA...

    BIARLAH BAHASA AKU INI TIDAK BERTAMADUN, KORANG PUN BOLEH MAKI AKU KLU BAHASA AKU INI TERLALU GAMPANG BUAT KORANG SEMUA, BAGI AKU DGN BINI AKU SERTA ANAK AKU, UMNO INI TIDAK BERDOSA, JGNLAH KORANG JADIKAN UMNO INI SEPERTI D LIHAT IANYA BERDOSA PD UMAT YG LAIN...

    KPD RAKYAT YG MASIH CINTAKAN UMNO & BN, JGNLAH KORANG AMBIL KISAH SGT CERITA2 PEMIMPIN UMNO YG MCM GAMPANG NI, SATU SHJ AKU KASI TAU PD KORANG, TADAHLAH TANGAN PD ALLAH TAALA AGAR ALLAH TAALA AKAN MEMBISIKKAN CALON2 WAJAH BARU SERTA HRPN BARU DLM UMNO/BN UTK D KETENGAHKAN DLM PRU KE 13 NANTI KE TELINGA DS NAJIB TUN RAZAK, JGNLAH KORANG LUPA...

    KLU BENAR "BERSIH" D TERUSKAN JUGA 9 HB JULAI INI, AKU MINTAK SELURUH RAKYAT MALAYSIA TURUN BANTU NGO2 YG D PIMPIN TOK HIM SERTA KUNCU2NYA DLM MENGHADAPI ANJING2 ANWAR INI...

    DLM MASA YG SAMA KORANG LIHATLAH SENDIRI, BERAPA RAMAI KETUA UMNO BAH2, TIMBALAN2, NAIB2, KETUA2 PEMUDA, KETUA2 WANITA BAHKAN KETUA2 PUTERI YG AKAN TURUN MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN NEGARA 153, KORANG TENGOKLAH MASA SAF PEMUDA UMNO TURUN NANTI, ADAKAH YG BERJAWATAN INI AKAN BERSAMA DGN APA CARA SEKALIPUN UTK PERTAHANKAN PERLEMBAGAAN NEGARA, KORANG LIHAT SENDIRILAH...

    NAMUN BILA PASANG BADAN NAK JADI CALON PILIHAN RAYA, PUKIMAK2 INILAH SETENGAH MATI TONJOLKAN DIRI DEPAN DS NAJIB, BAHKAN D BANTU OLEH SEGELINTIR WARTAWAN TERMASUK BLOGGER YG BERKEPENTINGAN...

    BERUBAHLAH SEBELUM BENAR2 REBAH...

    YA ALLAH YA RAHIM, KAU AMPUNKANLAH PEMIMPIN2 UMNO DARI DAHULU DAN HINGGA KINI YG PERANGAINYA MCM GAMPANG, SEBOLEH2NYA PADAMU YA ALLAH KAMI LETAKKAN HARAPAN YG TINGGI UTK KAU RESTUI BAKAL2 PEMIMPIN BARU YG TERBAIK BAGI MENGGALAS HARAPAN RAKYAT...

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.