Semalam, Saifuddin Nasution bising tentang sejumlah wang yang telah dibelanjakan oleh NFC untuk Salleh Ismail, suami Sharizat Jalil dan Pengerusi Eksekutif melakukan ibadah umrah di Makkah. Katanya, duit umrah itu adalah DANA RAKYAT dan Salleh telah menyalahgunakan dana rakyat untuk kepentingan dirinya.
Setiausaha Agung PKR itu barangkali BUKANNYA SEORANG ISLAM yang sangat prihatin dengan Makkah dan Kaabah. Disebabkan itu, tidaklah dia faham maksud sebenar ibadah ziarah.
NFC merupakan pengeluar daging halal dan untuk jangka panjang, ia akan bertukar menjadi skala besar dengan golden share kerajaan di dalamnya. Arab Saudi merupakan pasaran halal terbesar memandangkan negara tersebut menerima kunjungan umat Islam paling ramai sepanjang tahun kerana Makkah, Madinah, Kaabah dan makam Rasulullah s.a.w.
Sebagai Pengerusi Eksekutif sebuah syarikat yang mendapat pinjaman bagi mengeluarkan daging halal untuk umat Islam, pastinya pasaran pertama yang akan diterokai adalah Arab Saudi. Dan untuk menggalas tugas tersebut, maka sejumlah peruntukan diperlukan memandangkan zaman sekarang, orang ke Makkah tidak lagi menunggang unta, berjalan kaki, berenang atau berlayar di lautan menumpang kapal.
Dan apabila sudah berada di Arab Saudi, sebagai seorang MANUSIA YANG BERIMAN dan KASIHKAN NABI-NYA, maka ibadah ziarah dilakukan. Selain daripada mencari keuntungan duniawi, alang-alang berada di negara yang menempatkan dua tanah suci, maka jalankanlah ibadah umrah.
Itu yang dilakukan oleh Salleh Ismail. Malah sesiapa sahaja yang beragama Islam dan mengaku beriman kepada Muhammad s.a.w. Salleh Ismail membuat promosi daging halal keluaran syarikatnya di Arab Saudi. Kesempatan berada di Arab Saudi menghantarnya untuk melakukan sekali ibadah ziarah.
Malangnya, Saifuddin Nasution terlalu buta untuk melihat hal itu. Kemunafikan yang membalut hatinya, amat keterlaluan sehinggakan orang yang mengambil kesempatan untuk melakukan ibadah ziarah pun dikatakan sebagai menyeleweng DANA RAKYAT.
Saifuddin Nasution barangkali tidak pernah melihat contoh teladan seperti itu di sekelilingnya. Ketuanya, Anwar Ibrahim berulang kali ke Jeddah dan Riyadh, tetapi amat liat singgah ke Makkah.
Bahkan Anwar yang mengaku telah dua kali menunaikan Haji, langsung tidak mempunyai sebarang bukti untuk membuktikan kata-katanya, sekadar satu pengakuan yang seringkali dibuat oleh kaum Taslim, Bahai, Brawel dan Qadiani.
Salahkah seorang manusia seperti Salleh Ismail, dalam usaha menjual produk syarikatnya di Arab Saudi yang dibiayai oleh syarikatnya, mengambil kesempatan daripada ruang masa yang tersisa untuk melakukan ibadah umrah?
Setiausaha Agung PKR itu cuba menyamakan Salleh Ismail dengan Anwar Ibrahim!
Satu kesilapan yang menampakkan betapa MUNAFIKNYA seorang Setiausaha Agung PKR yang tidak mempunyai sebarang kecintaan BAHKAN BESAR KEMUNGKINAN TIDAK MEMPUNYAI CITA-CITA untuk melakukan ibadah ziarah sepanjang hidupnya!!!
Terserlah kejahatan kemunafikan dan kezindikannya itu sepertimana kaum Yahudi Zionis yang bukan sahaja merampas tanah kaum Palestin, bahkan mengusir dan membunuh mereka beramai-ramai. Saifuddin Nasution mendesak kerajaan agar membekukan aset dan operasi NFC untuk menunjukkan yang dia bercakap benar.
BAGAIMANA DENGAN 150 kakitangan NFC yang sedang bertugas sekarang di ladang fidlot di Gemas, Senawang, mahupun di tempat-tempat lain? Apakah Saifuddin Nasution mempunyai back-up plan untuk memperjuangkan dan memastikan kebajikan kaum keluarga 150 orang kakitangan NFC yang bukan sahaja kehilangan kerja, bahkan kehilangan mata pencarian ekoran pembekuan dan pemberhentian operasi NFC sebagaimana Kerajaan Negeri Selangor memberhentikan operasi Program Pertanian Untuk Komersial selepas 2 tahun beroperasi pada Februari 2010?
Mungkin ada baiknya, jikalau Saifuddin Nasution mengarahkan ahli-ahli PKR untuk mengenalpasti kakitangan NFC dan anggota-anggota keluarga mereka. Kumpulkan kesemua mereka dan bakar atau tanam mereka hidup-hidup kerana penderitaan itu jauh lebih kecil berbanding membiarkan mereka terseksa tanpa mata pencarian sebagaimana yang dirancangkan oleh otak syaitan Saifuddin Nasution!!!!
[TFK]
patut saifudin ni diperintah buang negara je...ada jugak ahli ;politik low class mcm ni kat msia...
ReplyDeletekasih awan
nik aziz pegi umrah sampai kebalkan tu ade dia komen ape2 ke?? pakai duit sape pulak tu??
ReplyDeleteUmgok bahalol,kalau dah bodoh bertingkat2 macam otak lembu kak izat kamu tak yah lah nak menulis,nampak sangat kamu ni kebahalol han dan ketololan yang tak boleh diajar,nfc tu rugi,bukan duit mak bapak dia yang dia guna bahalol itu yang orang nak bagi tau kalau dia nak buat umrah guna duit dia apa ada hal,tonggong.
ReplyDeleteekekekeke.....muka bulan ni coba nak dptkan perhatian bro...
ReplyDeleteciannn diekkk....
ceta lembu dah tak lakuu....
suruh muka bulan ni pertikaikan plak macamana diaorg baya duit bil api, air, duit beli susu anak, duit isi minyak keta...ekekeke
tu seme duit rakyat apa...??? ekekeke...
napa tak nak pertikaikan....
org yg otak lembu je yg suka ikut cara saifudin lembu berfikir.... ekekeke...
nik aziz guna duit billboard pergi umrah mcmana plakk??
ReplyDeletebodoh bebal muka bulan jalan tar tak berturap! .. aku lebih suka Diana Nasution.. cantik, suara & lagu dia pun sedap!!
ReplyDeleteSalahkah seorang manusia seperti Salleh Ismail, dalam usaha menjual produk syarikatnya di Arab Saudi yang dibiayai oleh syarikatnya, mengambil kesempatan daripada ruang masa yang tersisa untuk melakukan ibadah umrah?
ReplyDeletebaca apa yang gap tulis ni...
penah baca kisah sahabat nabi yang memerintah, apabila datang seseornag yang bukan urusan rasmi, beliau akan memadamkan lilin dan menggunakan lilin beliau sendiri... pahamkan apa yang aku nak maksudkan... jadi gunakan akal fikiranmu untuk berfikir... setiap makhluk mempunyai otak tetapi manusia ni istimewa sbb dianugerahkan akal, jadi gunakan sebaik mungkin... tak salah nak pergi mekah buat umrah, tak da sapa nak marah. tapi hangpa pikiaq la sendiri pegi mekah buat bisnes pakai duit syarikat sambil2 buat umrah(sambil menyelam minum air) hahahahahaha
Nasutioan tu nama marga Batak. Memang keturunannya semua perangai macam tu. Tengok muka dia macam biawak comodor
ReplyDelete11:49 - nik aziz yg tetiba batalkaan nak pegi mekah atas tajaan apahal?
ReplyDeletebodoh bertingkat2 mcm mangkuk tingkat.
Celakalah saifudin nasution
ReplyDeletesi saifudin ni dah pergi haji ke belum?
ReplyDeleteeden syorkan paling hormat nyo lotak jawatan lah. tak do lagi isu kalo dah lotak jawatan. sobab nyo isu dimain kan ialah korano dio suami montori-eden dah kato "conflict of interest" and the honourable thing to do is resign.
ReplyDeletelaim kali tok pm kalo nak lotak oran jadi CEO jangan lah istori atua suami montori, timbalan montori ataupun oran politik. kalo ia ini akan menjojaskan kredibilit korajaan.
eden mintak tok pm buet keputusan yang baik
Isu yang sebenarnya adalah..... timbulnya hasad dan dengki yang melampau daripada seketul hati yang kotor, ia itulah yang disebut hati.
ReplyDeleteMereka pasti tidak akan senang apabila melihat Melayu berjaya...