Wednesday, February 29, 2012

CUBA ANDA TAFSIRKAN FOTO SI MANGKOK NI ?

tafsirkanlah dari kepelbagaian sudut yang anda fikirkan logik.

ZULNORDIN : PERSOALAN YANG PERLU DIUNGKIT.

good point. artikel terbaru zulnordin memang mudah paham..mohon disebarkan kepada seluruh rakyat malaysia. KLIK SINI

UMNO LOSING MALAY SUPPORT, KATA ZULKIFLI AHMAD.

orang pas kata dr zulkifli ahmad ni bijak dan penuh dengan ide.

dr zul merupakan ahli parlimen kuala selangor, merangkap pengarah kajian dan penyelidikan pas.

oh lupa, dia parasit nombor 2 selepas kalid samad.

kata dr zul, umno kehilangan sokongan orang melayu..fakta dan justifikasi dr zul berlandaskan kepada peristiwa 1969 dan 2008..

pada tahun di atas (1969) dakwa dr zul orang melayu menyokong umno dan pas.

hari ini (pasca 2008) dakwa dr zul, melayu sudah menyokong pas,pkr dan dap..

jadi dr zul bertanya MENGAPA ORANG MELAYU MENINGGALKAN UMNO .

SOALAN .

betul ke orang melayu meninggalkan umno ?
apa benarkah dakwaan dr zul orang melayu meninggalkan umno ?

dr zul aku nak tanya kau..sejauh mana kuatnya dakwaan yang mengatakan melayu itu semakin kuat menyokong pkr dan dap ?  

kau ni realistik atau berhalunisasi...

dakwa dr zul, pada hari ini orang melayu sudah meninggalkan umno..jadi arakiannya pada pandangan dr zul itu adalah tanda katastrophi bagi parti umno dalam mendepani pru ke 13 nanti..

sayang dakwaan dr zul tidak disertakan dengan hujahan mantap.

dia cuba menutup fakta dan aku nak jawap dakwaan low class dr zul berlandaskan fakta.

pada pru 2008 . pertembungan kerusi parlimen, pas hanya memperolehi 23 kerusi manakala umno memperolehi hampir 80 lebih kerusi parlimen.

perbandingan simple ini jelas menunjukkan akan bukti bahawasanya umno tidak pernah kehilangan sokongan orang melayu jika dibandingkan dengan pas.

pertembungan 8 pilihanraya kecil yang terbaru menyaksikan umno sekali lagi berjaya menambat sokongan luar biasa pengundi melayu... apakah dr zul lupa kekalahan teruk pas di tangan umno pada bagan pinang,tenang,kerdau,merlimau ?

kajian dan pembentangan fakta perbandingan seharusnya berlandaskan kepada keputusan semasa dan bukannya retorik pemalsuan khayalan melayang yang tidak kukuh sepertimana dakwaan dr zul..

umno kehilangan sokongan pengundi melayu kata dr zul..

aku mengambil contoh fakta 3 pilihanraya yang lepas, atau lebih tepat pada pilihanraya umum 1999,2004 dan 2008.

1999 pengundi melayu menampakkan kecenderungan menyokong barisan alternatif.
2004 pengundi melayu beralih seratus peratus kepada umno.
2008 kerusi parlimen umno masih kekal dalam angka yang sama.

isu hilang sokongan bukanlah satu wacana perbincangan yang tepat.. kajian dan fakta pembentangan dr zul terlalu berlegar pada halunisasi persepsi semata-mata..

kenapa dr zul tidak melayangkan fakta bahawasanya pas juga pernah kehilangan sokongan orang melayu hingga menyebabkan hj hadi tidak lagi menjadi menteri besar trengganu pada pru 2004.

kasihan justifikasi dr zul dalam mendakwa umno kehilangan sokongan melayu merupakan khayalan dan cubaan menutup kelemahan..

dr zul enggan bercakap benar. fakta dan hujahan yang dibentang sekadar mahu meyedapkan hati sahaja..

pas pada saat ini sedang menghadapi sakaratulmaut politik.

melayu sokong dap ? lawak upin dan ipin dari dr zul.setakat ni hanya 2 orang gila je yang meroyan sokong dap.

pkr ada penyokong melayu ? buka balik keputusan pemilihan parti pkr, cuba lihat kaum mana yang lebih dominan.

dr zul, tolong realistik sikit. kasi malu pas je kau ni.

ALAHAI CHUA JUI MENG.

Johor PKR chief Dr Chua Jui Meng, who was also among the panellists, also concurred with Dzulkefly that the rift is evident. However, he opined that race-based politics are becoming “irrelevant”.

itulah petikan kata chua jui meng (CJM) sewaktu menghadiri diskusi anjuran sinar.

CJM kata politik berlandaskan ras sudah tidak relevan.

ya betul telahan itu, tapi fakta itu hanya layak untuk digunapakai untuk orang macam CJM.

dia kalah dalam pemilihan parti MCA, kemudian lompat masuk parti caca marba ala rojak macam pkr...

sepatutnya audience tanya CJM, jikalau waktu pertandingan merebut kerusi presiden MCA tempoh hari dia menang.... 

adakah CJM akan kata race based party (sebut MCA) sudah tidak lagi relevan ?

jawapannya mungkin tidak. 


CALON TIMBALAN PRESIDEN PAS (NON MUSLIM) SUDAH DIKETAHUI..

aku berkeyakinan saranan dr zulkifli ahmad ( parasit pas) yang mengizinkan kemasukan bukan islam untuk dilantik menjadi timbalan presiden pas semakin hebat diperdebatkan dikalangan ahli pas.

mungkin ramai yang membantah , namun pada ketika ini bantahan sebegini tiada mampu mendatangkan impak besar kerana majoriti pimpinan pas pusat sudah dikuasai oleh kumpulan parasit.

cuma rakyat ingin bertanyakan pandangan kepada dr zulkifli, siapa gerangan calon bukan islam yang layak untuk menjadi timbalan presiden pas ?

jika aku diberi peluang memberi cadangan, aku akan menyertakan HANYA satu nama paling sesuai untuk menduduki tampuk kerusi timbalan presiden pas..

tak lain...
tak bukan...
ambiga sreevanesan.
inilah calon paling cocok dalam mengetuai hala tuju perjuangan pas.


Tuesday, February 28, 2012

PAS SEDIA TERIMA TIMBALAN PRESIDEN BUKAN ISLAM. (PERCAKARAN PAS/DAP BERMULA).

kasihan..kenapa begitu terdesak hingga terpaksa mengumumkan kesediaan pas untuk menerima timbalan presiden dari bukan islam ?

adakah percaturan parasit zulkifli ahmad pas ini mahu memecahkan terus ruang sokongan non muslim kepada parti pkr dan dap yang nampak lebih sesuai platformnya untuk non muslim ..

persoalan besar sekiranya timbalan presiden pas itu non muslim ?

jika hj hadi mati, adakah kupusamy dan ah chong akan menjadi presiden kepada parti yang namanya parti islam semalaysia aka pas ?

jelas pengumuman parasit zulkifli ahmad dari pas ini menyerlahkan kepincangan tersembunyi pakatan.

di kalangan mereka sudah timbul riak saling tidak percaya mempercayai.

jika benarlah mereka itu berpadu dan bersatu, maka tugasan mendapat sokongan daripada pelbagai kelompok etnik di segregate/dipecahkan kepada parti yang punyai kelayakan...pkr dan dap.

aku berkeyakinan tindakan pengumuman ini merupakan satu tindakbalas langsung pas terhadap keghairahan dap dalam menjemput beberapa kerat pimpinan melayu menyertai dap.

pas merasa cukup terancam dengan tindakan dap membuka ruang keahlian melayu.

ini perancangan jangka panjang..dap dijangka akan meletakkan calon melayu untuk bertanding di kerusi dun dan parlimen.. sekiranya dap menang, maka mudahlah mereka menama calonkan ahli mereka sebagai penjawat  exco dan menteri besar dari dap..

pada saat itu pas sudah tidak relevan lagi di mata dap.

jadi untuk menutup kemaraan melampau dap, pas terpaksa mengumumkan pemberian satu jawatan penting iaitu kerusi timbalan presiden kepada bukan muslim..

bunuh membunuh dalam pakatan semakin menampakkan kebenaran.

jelas pengumuman pas ini menggambarkan satu lagi realiti penting..

selemah-lemah umno dahulu pun tidak pernah sama sekali untuk sanggup menggadai parti...manakala pas pula terpaksa melakukan penggadaian secara berkala, secara bertubi hanya kerana mahukan sekelumit undi non muslim.

di kala pas sedang mengejar undi non muslim hingga terpaksa melacurkan perjuangan, pada saat yang sama ahli pas yang melayu islam semakin jauh terpinggir..


pas kini berada dalam situasi gelabah politik tahap kronik.

benarlah kata hasan ali, parasit sudah menguasai pas..pas sudah boleh dibelasungkawakan.

KUALITI PAKATAN SETAKAT PARAS LUTUT.



sebelum pru 2008, hampir keseluruhan rakyat ditarbiyahkan akan betapa perlunya pengundi menghantar wakil rakyat pembangkang (dun dan parlimen) yang berkualiti ke sidang dewan.

kata mereka, ia bakal menjadi penampan terhadap sebarang  salah laku kerajaan.

malah ada yang berkata lebih jauh daripada itu. pembangkang yang berkualiti perlu dihantar ke dun dan parlimen sebagai alat untuk check and balance dasar kerajaan.

tanyalah mana-mana pengundi, kewajaran dan keperluan pembangkang untuk check and balance merupakan ide yang menarik.

dengan adanya pembangkang yang berkualiti segala dasar kerajaan yang dikira tidak menguntungkan rakyat boleh diperbahaskan dalam dewan yang mulia.

bukan sahaja dasar boleh diperbahaskan, malah ide penambahbaikan kepada dasar juga boleh dilakukan.

samada ia mengenai akta mahupun enakmen, ia tetap menjuruskan kepada kesejahteraan rakyat. kerana itulah mereka ini dinamakan wakil kepada rakyat.

sejak 2008 rakyat diperlihatkan dengan pelbagai tindakan aneh ,aksi dan kelakukan mual yang dipamerkan oleh wakil rakyat pakatan.

ada yang kerap keluar dewan.
ada yang kerap boikot dewan.
malah ada yang mempamerkan sikap agresif yang sewajarnya tidak dipertontonkan dalam dewan.

rakyat telah memberi peluang kepada pembangkang untuk menjadi wakil mereka di dewan yang mulia.

sewajarnyalah segala permaslahan,ide perdebatan dan solusi dilontarkan secara optima tatkala setiap kali dewan bersidang.

namun performance mereka dilihat tidak mencapai par. tidak melepasi garis kehendak sepertimana yang rakyat mahukan.

anwar yang dulunya punyai pengalaman luas dalam kerajaan gagal membawa dan menunjukkan satu bentuk contoh yang baik tatkala berada dalam kelompok oposisi.

masalah moral bertimpa timpa.
masalah perbezaan dasar antara parti dalam pakatan dilihat semakin meluas.

malah perbezaan dasar yang berbeza di negeri pemerintahan pakatan juga menampakkan ikatan jitu mereka sebenarnya tidaklah stabil.

pengundi mahukan pembangkang yang berani keluar dari kepompong dan stail politik murahan.

sebagai contoh, aku berada dalam kelompok golongan pengundi muda.

sebenarnya aku teringin untuk melihat keupayaan pembangkang dalam membahas/mengutarakan solusi kepada peningkatan harga rumah yang melambung tinggi di bandar utama negara.

kenapa pembangkang tidak memberikan ide dan cadangan timbal balas kepada kerajaan akan perlunya beberapa langkah diambil bagi mengurangkan harga rumah ?

mana pergi kajian.
mana pergi data peningkatan.
mana pergi solusi dan ide penambahbaikan.
kata nak lakukan check and balance, sayang output tak nampak.

yang dihebohkan adalah siang malam 24 jam buat ceramah mintak rakyat hantar mereka ke putrajaya.

rakyat dah hantar ke dewan, dia sibuk mengupas isu dalam kandang rostrum ceramah. apa ceramah boleh menyelesaikan masalah dan dasar ke ?

rugi..rakyat semakin rugi kerana punyai kualiti pembangkang yang tak appreciate undi rakyat.

dalam pentadbiran kerajaan negeri di bawah pakatan aku melihat mereka ini sekadar MENERUSKAN sahaja pentadbiran lama. contoh terbaik di selangor. kalid sekadar meneruskan tradisi pentadbiran BN. yang nampak ada pembaharuan di selangor adalah jalan makin banyak berlubang dan rumput tepi jalan mengalahkan panjangnya lalang.

takde ide, takde inisiatif dan tiada pembaharuan. contoh lain di kedah. mereka sibuk mengupas ulas ceritera perlantikan exco yang tak sependapat dengan menteri besar. dalam DUN diheret pula pertarungan peribadi parti. kelompok itu lawan kelompok ini.

rakyat berada dalam kerugian yang amat dahsyat.

isu lynas. aku pernah dijemput menghadiri sidang dun negeri pahang yang lepas.

pembangkang tak bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan kononnya masalah lynas dalam sidang dun. dalam dewan taknak selesai. 2 hari lepas mereka buat demo kat dataran kuantan. punya jahil ilmu politik pakatan ni, sepatutnya selesaikanlah isu ini di sidang dun.

beberapa bulan yang lepas, pakar nuklear yang juga merupakan ahli parlimen pas membidas akan politikal stereotaip pembangkang dalam menghujahkan isu lynas.

kenapa pakatan tidak mahu membawa hujahan pakar nuklear ini ? kenapa di bawa fauziah yang jelas bukan pakar dalam bidang ini ? jawapannya takde lain, solusi pakar nuklear tak memberi mileage politik sebaliknya fauziah boleh menjadi keldai yang volunteer 24 jam pusing cerita...

debat antara ilmu dan politik sensasi..pakatan tidak menerimapakai hujahan ilmu.. kerana itulah kebanyakan stail solusi politik pakatan sekadar boleh pergi setakat ketinggian paras lutut sahaja.

sayang pembangkang berada dalam 3rd class punya mentaliti.

pada saat aku menulis ni, aku terbayang wajah kalid samad,anwar,nizar,nga kor ming,kit siang,mat sabu dll..

aduh berikan aku 1 petunjuk betapa nama di atas punyai kualiti sebagai pemimpin ?

aku dapat rasakan proses kematangan pengundi sebenarnya berada dalam tahap tertinggi sepanjang mereka menempuh pelbagai persembahan pembangkang sejak mac 2008.

aku berkeyakinan undi yang rakyat berikan kepada pembangkang pada mac 2008 merupakan satu kesilapan besar.

pembangkang tidak perform.
pembangkang gagal menyakinkan rakyat terhadap keupayaan mereka.

kepada rakyat, jom tolak pakatan. 
jom pilih wakil rakyat yang nampak lebih praktikal dan bukannya retorikal.


TS MAHMOD ADAM AKAN BERSARA ?

dikabarkan tan sri mahmod adam akan bersara tak lama lagi. jika benar maka pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan dan jasa besar ts mahmod adam dalam melaksana hatta memperkemaskan lagi agenda perubahan dalam kerajaan.

kalau kita lalu kat area lembah klang, pasti akan kelihatan laluan pejalan kaki berpagar yang dipasang  di beberapa lokasi strategik. sebenarnya ide ini merupakan cetusan ts mahmod adam dalam mengekang aktiviti jenayah ragut di lembah klang.

sejak ia dilaksanakan, dah berkurangan berita di akhbar utama akan kes ragut jalanan..

apapun sewajarnya pengalaman luas ts mahmod adam diguna pakai walaupun setelah beliau bersara nanti.. 

mungkin langkah pertama yang wajar tan sri mahmod adam lakukan adalah menulis buku mengenai pahit maung dan kenangan manis sepanjang puluhan tahun beliau bertugas.

ide menulis biografi yang datangnya daripada orang berpengalaman seperti ts mahmod adam boleh menjadi rujukan untuk barisan pelapis khususnya dari kakitangan kerajaan yang baru bekerja..

kepada tan sri terima kasih di atas jasa anda pada agama bangsa dan negara. 

PANDANGAN BERKUALITI.

nilaikan sendiri pandangan penuh berkualiti daripada ungku aziz. KLIK SINI

Monday, February 27, 2012

FAKTA : PAS YANG TONGANG LANGGANG.

tak tahu membezakan yang mana HAK dan yang mana palsu.
bezakan 2 tajuk di atas.
jadikan ia bahan kempen pru 13.

DR ASRI BAPAK SETAN, KATA BADRUL AMIN.


badrul amin kata dr asri bekas mufti perlis bapak setan.
arakiannya selepas setahun ucapan itu dilakukan.. dia kemudiannya...
ish ish ish...
maka begitulah ceritanya cucu sekalian..



Saturday, February 25, 2012

TAHNIAH BADRUL AMIN..(DITANGKAP KHALWAT DENGAN BINI ORANG)

kes dah kantoi.
badrul amin dah boleh join kelab 121.
mat sabu presiden.
badrul amin timbalan presiden.


apa badrul amin buat dengan bini orang jam 3 pagi dalam bilik ?
takkan bagi kuliah agama kot ?
errr...apa komen mat sabu ?



APA PANDANGAN ANDA MENGENAI PARTI INI ?

foto sewaktu hari penamaan calon pilihanraya kecil dun tenang.


sebagai serang islam, apa pandangan anda mengenai parti ini.

Friday, February 24, 2012

AKU NAK BUAT PENGAKUAN..?!


ketua pemuda pas keluarkan kenyataan bahawa pas perlu keluar dari kepompong pembangkang yang hanya tahu membangkang.

apa maksud di sebalik kata-kata ini ?

maknanya nasrudin mengesahkan pembangkang (pakatan) yang ada sekarang berada dalam kualiti low class.

perlu keluar dari kepompong pembangkang yang hanya tahu membangkang..

ahh aku terbayang wajah mahfuz,anwar,kalid gereja,dr hatta,nizar dll..

hari ini aku nak buat pengakuan.
aku terpaksa bersetuju dengan pandangan nasrudin..
memang oposisi berada dalam tahap low class.

GUAN ENG SAHKAN NILAI ANWAR MEMANG SERINGGIT.

2 hari lepas telah dikeluarkan statisitik kemasukan pelaburan sektor perkilangan di malaysia.

lim guan eng AKHIRNYA terpaksa mengaku dan mengucapkan terima kasih kepada MITI kerana keterbukaan kerajaan BN untuk tetap mempromosikan penang sebagai hab pelaburan negara.

kerana usaha MITI yang tak mengira siapa yang mentadbir kerajaan negeri , menyebabkan negeri selangor menduduki tempat ke 2 dalam senarai FDI kemasukan pelabor baru.

ucapan terima kasih guan eng terhadap kerajaan mengesahkan dan menguatkan lagi dakwaan memang benarlah nilai penasihat ekonomi selangor, dato seri anwar ibrahim hanya berlegar pada kada seringgit sahaja.

KAKITANGAN AWAM : DASAR CELARU PKR DAN DAP.

nurul izah dalam kenyataannya semalam mendesak agar kerajaan menuruti permintaan CUEPACS dalam hal kenaikan gaji untuk kakitangan awam.

syor tersebut akan melibatkan kenaikan sebanyak RM700 hingga RM2500 untuk kakitangan awam GRED 1 hingga 54.

manakala pada 1 november 2011, dalam siaran akhbar sin chew,  tony pua pula menyatakan kesediaan pakatan untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam sekiranya pakatan memerintah.

asas pengurangan adalah berfaktorkan kepada kos semasa dan kenaikan yang bakal ditanggung.

DAP mahu kurangkan kos manakala PKR mahu tambahkan kos.

MANA SATU DASAR YANG PAKATAN NAK PAKAI NI ?

petikan kenyataan tony pua.

Tony Pua berkata, Pakatan akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja. Ia akan ambil contoh cara negera China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi. Kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.

TERBARU MENGENAI KALID GEREJA.

dalam bulan januari kalid gereja buat ceramah kat shah alam.

di seksyen 24 dia dan adun batu 3 buat ceramah besar-besaran. yang datang tak sampai 25 orang. kalid berucap sekejap kemudian dia belah.

di seksyen 18 selepas kedatangan hasan ali kalid buat ceramah. berdasarkan maklumat tak sampai 50 orang yang hadir, itu termasuk petugas dan peniaga.

nyawa politik pakatan di parlimen shah alam dan dun batu 3 dah boleh dalam dalam ruangan belasungkawa.

Thursday, February 23, 2012

EMAIL :DALIL MENGAPA BAIAH PAS ITU WAJIB DITOLAK !



Soalan: Sebahagian kumpulan moden mengikat bai’at kepada
pemimpin-pemimpin mereka yang mereka pilih untuk diri mereka dan
mereka berkeyakinan wajibnya dengar dan taat kepada mereka
(pemimpin-pemimpin jamaat) sedangkan mereka ini berada di bawah
kekuasaan pemimpin-pemimpin yang sah yang dibai’at oleh umum kaum
muslimin.

Adakah perbuatan ini harus? Yakni adakah boleh di atas tengkuk
seseorang itu mempunyai lebih daripada satu bai’at dan sejauh manakah
kesahihan bai’at ini?

Jawapan Samahah al-Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz –rahimahullah- :

Bai’at ini adalah BATIL dan TIDAK BOLEH melakukannya; kerana ia akan
membawa kepada perpecahan kesatuan, fitnah (kekecohan) yang banyak,
dan pemberontakan ke atas pemerintah secara tidak syar’ie. Telah sahih
bahawa Nabi s.a.w bersabda:

أوصيكم بتقوى الله والسمع والطاعة وإن تأمر عليكم عبد ، فإنه من يعش منكم
فسيرى اختلافا كثيرا ، فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين من بعدي ،
تمسكوا بها وعضوا عليها بالنواجذ ، وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل محدثة
بدعة ، وكل بدعة ضلالة

Maksudnya: “Aku berpesan kepada kamu supaya bertakwa kepada Allah
serta dengar dan taat walaupun kamu diperintah oleh seorang hamba,
kerana sesungguhnya barangsiapa yang hidup antara kamu dia akan
melihat perselisihan yang banyak, maka wajib atas kamu berpegang
dengan sunnah ku dan sunnah para Khalifah al-Rasyidin selepasku,
berpegang teguhlah dengannya dan gigit dengan geraham kamu serta
hati-hati olehmu akan perkara baharu kerana setipa perkara yang
diadakan (-dalam agama-pent-) itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu
sesat”. [al-Tarmizi, Ibn Majah, dan Ahmad].

Serta sahih juga baginda bersabda:

على المرء السمع والطاعة فيما أحب وكره ، ما لم يؤمر بمعصية الله ، فإن
أمر بمعصية الله فلا سمع ولا طاعة

Maksudnya: “wajib atas seorang muslim itu mendengar dan taat dalam
perkara yang dia suka dan benci selama mana dia tidak diperintah
melakukan maksiat kepada Allah, jika dia diperintah melakukan maksiat
kepada Allah maka tidak wajib dengar dan taat”. [Muslim].

Dan baginda s.a.w bersabda:

إنما الطاعة في المعروف

Maksudnya: “Sesungguhnya ketaatan itu hanya dalam perkara makruf”.
[al-Bukhari dan Muslim].

Dan baginda s.a.w bersabda:

من رأى من أمره شيئا من معصية الله فليكره ما يأتي من معصية الله ولا
ينزعن يدا من طاعة

Maksudnya: “Barangsiapa yang melihat pemerintahnya melakukan sesuatu
maksiat kepada Allah maka hendaklah dia membenci apa yang dia lakukan
daripada maksiat kepada Allah itu namun jangan pula dia mencabut
tangan daripada ketaatan (bai’at)”. [Muslim].

Hadis-hadis dalam perkara ini sangat banyak semuanya menunjukkan wajib
taat kepada para pemerintah dalam perkara makruf serta tidak boleh
memberontak kepada mereka melainkan mereka melakukan kekufuran yang
jelas yang ada pada pemberontak bukti daripada Allah.

Tidak diragukan lagi bahawa wujudnya bai’at kepada sebahagian manusia
akan membawa kepada perpecahan dan pemberontakan kepada pemerintah
maka WAJIB MENINGGALKANNYA, dan HARAM MELAKUKANNYA, kemudian wajib
atas mereka yang melihat pemerintahnya melakukan kufur yang jelas
untuk MENASIHATINYA sehingga dia (pemerintah) meninggalkan perbuatan
itu, dan tidak boleh memberontak kepadanya jika pemberontakkan itu
membawa keburukan yang lebih banyak kerana mungkar tidak dihilangkan
dengan perkara yang lebih mungkar, seperti yang dinyatakan oleh para
Ulama seperti Syeikhul Islam Ibn Taimiah dan al’Allamah Ibn al-Qayyim
–rahmatullahi ‘alaihima-. Wallahu waliyyut Taufiq.

[Sumber: Majmuk Fatawa Ibn Baz, jil 28, m.s 250-253].



hendaklah kita bezakan antara bai'at kpd pemerintah dgn bai'at kpd
parti.. sama ada parti itu UMNO atau PAS atau Lainnya, bai'at kpd
parti2 ini TIDAK BOLEH sama sekali. yg ada dlm ISlam bai'at kpd
pemerintah. konteks Malaysia Raja2 dan Sultan2 kemudian PM dan MB dan
KM yg dlantik oleh baginda2 raja x kiralah mereka tu dari parti mana.

PERTAMBAHAN PENGUNDI, KENAPA ANWAR PANIK ?

pada 13 februari 2012 anwar mengeluarkan kenyataan akan kerisauan beliau mengenai pertambahan pengundi yang  berlaku di selangor. dakwa anwar hampir 200 ribu pengundi baru terdapat selangor.

peningkatan pengundi yang mendadak ini berlaku SETELAH berlaku pilihanraya 2008.

kenapa anwar nak risau ?
apa yang anwar nak risau ?

SPR telah mengeluarkan kenyataan bahawa selepas pru 2008 dan hingga ke saat ini, terdapat hampir 4 juta pengundi baru yang layak mengundi .

pertambahan pengundi baru ini juga pernah berlaku pada zaman reformasi.

selepas pemecatan anwar, terdapat hampir 650 ribu pengundi baru telah mendaftar. jumlah pendaftaran ini dikabarkan merupakan signal sokongan golongan muda terhadap anwar...

namun 650 ribu pengundi ini tidak layak mengundi pada pru 1999. pembangkang mendakwa hampir 650 ribu pengundi baru yang mendaftar sejurus peristiwa reformasi itu merupakan kumpulan yang menyokong mereka.

kali ini pertambahan pengundi baru berlaku sekali lagi.

anwar bagitau ada 200 ribu pengundi baru di selangor. ia peningkatan membimbangkan.

apa adakah anwar sudah menghidu awal bahawa peningkatan pengundi baru di selangor ini merupakan signal ketidaksabaran pengundi baru untuk menolak pakatan di selangor ?


HARAKAHDAILY KALAU NAK MENIPU PUN BERAGAKLAH...

perhatikan wajah ini.. dalam laporan harakahdaily semalam ada menyebut bahawa nama lelaki ini adalah sanggam a/l raju.

harakahdaily mendakwa sanggam a/l raju adalah peneroka felda.

( ingat watak sanggam seorang peneroka yang disiarkan oleh harakahdaily semalam.)

pada 20 november 2011 BAR COUNCIL BUAT DEMO membantah bil perhimpunan aman.

kelihatan kelibat sanggam, si peneroka felda ada dalam demonstrasi BAR COUNCIL.

hebat mangkok pkr ni. 
semalam dia jadi peneroka.
 bulan november 2011 dia jadi lawyer.
dalam kes liwat anwar, dia jadi bodyguard.
berdasarkan maklumat bloger medan info, mamat ni pernah jadi penjaga sekolah.

mana satu yang betul ni ?! 

APA YANG LGE MAKSUDKAN DENGAN AYAT INI ?


Liew says in the police report that Lim had uttered, “PAS never killed a Chinese” during the wrap-up session of the head-to-head debate which was telecast live.

Liew said the Chinese community did not understand the true meaning of this remark and felt worried and afraid as Lim was playing on a racial issue.
He therefore wants the police to investigate whether Lim had violated “any racial issue laws”.

Speaking to the press after lodging the report, Liew said he wanted the police to investigate whether Lim had incited racial sentiments through his remark.

Liew claimed that he had received more than 10 complaints from the Chinese community over the last three days, all against Lim’s remark.

“I don’t understand the meaning, but let us imagine, if the Chinese community doesn’t support PAS, what will happen?”

Wednesday, February 22, 2012

HADI OH HADI..NAPE MAKIN MEREPEK NI ?

hadi kata negara kebajikan umno adalah rasuah untuk menang pilihanraya.

yang dia janji kat bawah ni bukan rasuah pilihanraya ke wahai hadi ?