Tuesday, February 28, 2012

TS MAHMOD ADAM AKAN BERSARA ?

dikabarkan tan sri mahmod adam akan bersara tak lama lagi. jika benar maka pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan dan jasa besar ts mahmod adam dalam melaksana hatta memperkemaskan lagi agenda perubahan dalam kerajaan.

kalau kita lalu kat area lembah klang, pasti akan kelihatan laluan pejalan kaki berpagar yang dipasang  di beberapa lokasi strategik. sebenarnya ide ini merupakan cetusan ts mahmod adam dalam mengekang aktiviti jenayah ragut di lembah klang.

sejak ia dilaksanakan, dah berkurangan berita di akhbar utama akan kes ragut jalanan..

apapun sewajarnya pengalaman luas ts mahmod adam diguna pakai walaupun setelah beliau bersara nanti.. 

mungkin langkah pertama yang wajar tan sri mahmod adam lakukan adalah menulis buku mengenai pahit maung dan kenangan manis sepanjang puluhan tahun beliau bertugas.

ide menulis biografi yang datangnya daripada orang berpengalaman seperti ts mahmod adam boleh menjadi rujukan untuk barisan pelapis khususnya dari kakitangan kerajaan yang baru bekerja..

kepada tan sri terima kasih di atas jasa anda pada agama bangsa dan negara. 

8 comments:

  1. TS Mahmood Adam... Selalu bila sembahyang jumaat, bila masa nak balik tu, alih2 mesti dia ada di belakang...

    Bila kita tengok dia, dia senyum saja.... gaya dia tak nampak macam seorang KSU pon... nampak sangat humble dan down to earth....

    Semoga Allah merahmati beliau...

    ReplyDelete
  2. Bro, bukan bibiliografi lah... tapi BIOGRAFI... Bibiliographi tu macam references atau rujukan yang biasa digunakan untuk penyelidikan atau ungkapan dari orang lain.

    Sekian, harapa betulkan dan teruskan perjuanganmu.

    Dr. NH

    ReplyDelete
  3. dah tak ramai yg tinggal, org2 melayu yg hebat mcm tan sri mahmod adam ni,....

    org melayu yg hebat2 ni banyak yg lahir sebelum merdeka, byk idea2 mereka cukup berkesan utk membangunkan negara....

    kebanyakan org2 yg hebat2 ni dah semakin pupus, apa yg tinggal hari ni yg memerintah golongan 50an byk yg lahir di zaman pop yeh yeh dan zaman pop ...

    golongan 40an skrg pula dtg dari zaman rock batu, jadi pada mereka2 ni la negara mengharapkan utk membangun...

    lepas zaman rock batu, kita ada pelapis zaman hip-hop, lepas tu zaman play station...

    tapi di zaman , pop ni kita tak nampak ada idea2 yg bernas yg dtg dari zaman ni...

    yg buat rosak hari ni kebanyakannya yg dtg dari zaman rock, hip hop dan play station,...

    perkara ni yg cukup merisaukan negara sebenarnya, apabila negara ni di ambil alih oleh ketiga2 zaman ni...

    adakah masih ada harapan utk melihat org melayu terus hebat dan pembangunan negara terus mampan..

    ReplyDelete
  4. dr NH
    saja je tulis salah..nak tengok reader baca sampe habis tak..

    ok diperbetulkan semula..hehe

    ReplyDelete
  5. Banyak yang boleh dipelajari dari orang yang ikhlas berkhidmat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemimpin politik sekarang hendak pegawai kerajaan yang dengar dan ikut arahan mereka. Itu sebab orang tegas macam Tan Sri Mahmood Adam hanya disambung kontrak satu tahun saja. Pegawai yang hanya mengganggok dan setuju apa yang di arah oleh pemimpin politik atau menteri akan disambong lebih lama kerana bersubahat dengan kegiatan yang boleh menguntungkan pemimpin tersebut.

      Delete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.