Wednesday, April 11, 2012

ANWAR DAPAT SAWAN BABI LAGI.

 Bala Dari Mongolia Menghempuk Kepala Anwar

Asalnya Anwar Ibrahim dan ramai pemimpin PR yang lain mengharapkan kedatangan bapa Altantuya, Dr Setev Shaariibuu ke Malaysia akan membantu pembangkang untuk memanaskan semula wayang fitnah kisah pembunuhan bekas model Mongolia yang selama ini di propagandakan bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, namun sebaliknya pula yang berlaku.

Semalam, Dr Setev Shaariibuu dalam satu wawancara dengan media tempatan telah menjawab khabar angin kononnya kerajaan Malaysia pimpinan Najib telah merasuah imbuhan wang supaya menutup mulut berkaitan kes kematian anaknya, Altantuya.

Bapa kepada model warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada Isnin menafikan dakwaan kononnya beliau menerima wang daripada kerajaan Malaysia bagi 'menutup mulut' berhubung kes anaknya.

Dr Setev Shaariibuu berkata, wujudnya khabar angin yang mengatakan beliau mengadakan rundingan dengan kerajaan Malaysia dan bersetuju supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pembunuhan Altantuya.

"Dakwaan ini tidak betul, saya tidak mengambil sebarang duit daripada Malaysia," katanya dengan bantuan juru alih bahasa pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Petikan: Mstar Online

Kenyataan Setev itu bukan sahaja mematikan terus khabar angin berkaitan isu menutup mulut, lebih dari itu ia juga membuktikan Perdana Menteri sedikit pun tidak pernah campurtangan dalam kes tersebut apatah lagi terkesan dengan cerita dongeng dan fitnah pembangkang yang berusaha mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya.

Mereka cuba menggambarkan seolah-olah Najib adalah kekasih Altantuya dan kematian Altantuya pula dikaitkan dengan arahan langsung atau sebaliknya dari Najib dan Rosmah. Realitinya tidakpun begitu. Kalaupun misalnya semalam Setev tidak menyatakan sedemikian pun, hakikatnya antara Najib dan Altantuya bukannya saling mengenali satu sama lain.

Malah Najib sendiri sejak fitnah tersebut hebat didendangkan pembangkang suatu masa dulu telah sekurang-kurangnya tiga kali mengangkat sumbah mubahalah atas nama Allah s.w.t dengan mengucapkan kalimah "Wallahi, Wabillahi, Wataalahi" menafikan dirinya pernah mengenali Altantuya apatah lagi terbabit dalam pembunuhan kejam tersebut.

Lebih tiga tahun berlalu hingga kini, Alhamdulillah tiada bala mahupun laknat Allah s.w.t menimpa Datuk Seri Najib sebaliknya satu demi satu tembelang & fitnah ciptaan Anwar pula yang pecah menyebabkan bau busuk ke seantero pelusuk negara termasuklah pendedahan terbaru oleh bapa Altantuya dalam isu rasuah menutup mulut yang terbukti hanya omong kosong puak pembangkang sahaja.

Isu Komisyen RM540 Juta

Demikian jua halnya dengan fitnah oleh Anwar, Wan Azizah dan pemimpin pembangkang lain yang pernah menjaja propaganda kononnya kerajaan Malaysia telah membayar sejumlah 114.96 juta euro (RM540 juta) kepada syarikat Perimekar Sdn. Bhd untuk komisyen pembelian dua buah kapal selam Scorpene juga terbukti tidak berasas apabila laporan rasmi kontrak perolehan menjelaskan sebaliknya.

Komisyen RM540 juta yang diwar-warkan oleh Anwar dan balacinya sebagai komisyen pembelian kapal selam tersebut sebenarnya adalah nilai kontrak yang diberikan kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd bagi tujuan penyediaan khidmat sokongan dan koordinasi untuk tempoh selama enam tahun manakala pembayaran oleh kerajaan kepada syarikat tersebut pula dilakukan secara berperingkat bergantung kemajuan projek yang dilaksanakan.

Syarikat Perimekar Sdn. Bhd yang dimiliki secara bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad serta K.S Ombak Laut Sdn Berhad bertanggungjawab secara langsung dalam pelbagai skop kerja sokongan & koordinasi misalnya;-

i. Penyediaan kemudahan kediaman & kelengkapan untuk kegunaan 27 keluarga dari team projek yang berada di Perancis dan Sepanyol.

ii. Penyediaan pejabat urusan, kediaman dan kelengkapan untuk keperluan 156 orang krew kapal selam TLDM bagi tempoh 4 tahun di Perancis dan Sepanyol.

iii. Menyediakan insuran kesihatan bagi melindungi krew kapal selam serta ahli keluarga team projek selama mereka berada di Perancis dan Sepanyol.

iv. Pembayaran elaun harian serta elaun untuk krew yang berjumlah 50 euro sehari untuk setiap orang bagi 3 tahun pertama dan 60 euro sehari bagi tiga tahun seterusnya.

v. Pembiayaan kos penerbangan pergi balik (balik bercuti di malaysia) untuk setiap krew setiap 4 bulan sekali serta lain-lain keperluan berkaitan sepanjang semua krew dan team projek berada dalam latihan di Perancis dan Sepanyol.

Selain khidmat sokongan di atas, nilai kontrak RM540 juta (114.96 juta euro) itu juga meliputi khidmat koordinasi yang perlu disediakan oleh syarikat Perimekar Sdn Bhd.

Perkhidmatan koordinasi yang dimaksudkan itu antaranya merangkumi tanggungjawab syarikat Perimekar Sdn Bhd untuk memastikan syarikat-syarikat dari Malaysia terbabit secara langsung dalam proses pembinaan, program off-set, membantu kontraktor utama membabitkan urusan maklumat prosedur perlaksanaan kontrak, penyelarasan latihan krew kapal selam dengan kontraktor dan kerajaan termasuklah penyediaan koordinasi bagi setiap enam bulan.

Lebih penting lagi untuk kita maklumi, nilai kontrak RM540 juta itu selain ianya bukan bayaran komisyen, ia juga sama sekali bukan merupakan keuntungan bersih untuk syarikat Perimekar Sdn Bhd sebaliknya nilai tersebut meliputi segala kos langsung dan tidak langsung yang perlu ditanggung selama 6 tahun sebagaimana terkandung dalam kontrak tersebut.

Berkemungkinan untung bersih tahunan yang menjadi miliki syarikat tersebut adalah dalam jangkaan sekitar sejuta euro atau lebih sedikit, pendek kata ia bukannya satu kontrak yang mewah atau satu komisyen jatuh dari langit seperti yang di fitnah ke sana ke mari oleh Anwar dan pemimpin PR terhadap PM dan kerajaan.

Dalam apa saja isu yang Anwar cuba palitkan pada PM dan kerajaan Malaysia akhirnya Allah s.w.t membuka pintu kebenaran di penghujungnya sekaligus meletakkan Najib serta kerajaan pimpinannya di tempat yang sewajarnya jauh berbeza dengan nasib Anwar dan pemimpin pembangkang yang hingga kini satu demi satu aib mereka di buka dan menjadi tontonan ramai.

Pendek kata lain yang diharapkan oleh Anwar lain pula yang dia dapat. Bala yang diharapkan jatuh atas batu jemala Najib akhirnya jatuh gedebuk menghempak kepala Anwar dan pemimpin PR.

9 comments:

  1. Marilah kita semua menjadi manusia yang bertanggungjawab , jujur dan amanah .

    .

    ReplyDelete
  2. 1. anuar rasa dia memimpin sebuah pasukan yang baru ditubuhkan cukup hebat untuk menentang lawan.

    2. dia rasa dengan bakat dia mengelecek bola dan jaringan pantas menggunakan tangan akan dikira oleh pengadil.

    3.dalam permainan sebelum ini, anuar dengan team baharu nya telah mempersonakan penonton dengan gaya lincah tapi tak menang laa

    4. tetapi lawanya bukanlah pemain2 hebat,sudah tua dan tidak berbakat langsung,permainan tak da taktik,asyik bertahan menyebabkan team situa kutuk dengan menantunya hampir kalah, masih menang laaa

    5.kali ini diperlawanan kalah mati,anuar merasa debarnya,apa tidaknya,setelah popular dia dipalit dengan berbagai skandal, skandal lubang kunyit laa, skandal saksi besi laa,dan terbaru anuar telah membeli pemain baru dari yahudi.

    7. lawannya kali ini masih sebaya,stamina cukup kuat, walaupun belum diuji tapi orang tau dan percaya lawannya kali ini mampu menjaringkan gol lebih banyak dari yang lepas,terutamanya striker ah jib gor,anuar perlu waspada.

    8. anuar merasa dia masih hebat seperti dahulu,percayalah kali ini anuar akan kalah dan tak mungkin akan mendapat seri malah kalah berguni2........bodoh anaur!!

    ReplyDelete
  3. 1. anuar rasa dia memimpin sebuah pasukan yang baru ditubuhkan cukup hebat untuk menentang lawan.

  4. Bapa kepada Altantuya Shariibuu, gadis Monggolia yang mati dibunuh dengan kejam di Malaysia, Setev Shariibuu memberitahu, anaknya menunjukkan sekeping gambar sebelum pergi ke Kuala Lumpur menjelang pembunuhannya.

    Di dalam gambar itu terdapat tiga orang iaitu Datuk Seri Najib Razak, Abdul Razak Baginda dan anak beliau, Altantuya.

    Semasa menunjukkan gambar itu, anaknya memberitahu, dia akan pergi mencari orang-orang ini.

    Setev berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di pejabat Suaram hari ini.

    Suaram adalah NGO yang sedang berusaha untuk membongkar skandal pembelian kapal selam Scorpean di mahkamah Paris, Perancis.

    Altantuya dipercayai terlibat dalam pembelian kapal ini sebagai penterjemah. Beliau dikatakan mati dibunuh dengan kejam di hutan dekat Puncak Alam, Selangor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bodoh la mgkuk ayun ne.bkti gmbr pon nk cy.vdeo sek nuar siap ad grakan x nk cy plak.bangang thap babon geng pkr ne.stakat gmbr ape la sgt.klu placur chow kit bgmbr dgn pmimpin korg adkh bmkna dorg maen nga placur tu?pmimpin mst rmai sbuk nk bgmbr.bkn gmbr tgah kongkek mcm vdeo pmimpin korg.x phm juak pkr y bdoh n bta hati.double standard dlm mnilai isu y sma.nama jew pati keadilan tp mcm sial.bangang

      Delete
    2. betuila tu tiga org ..yg mcm tian chua tunjuk tu..
      sapa nak tengok gambar ni angkat kaki...

      keh keh keh... dulu2 boleh la aku tercengang dgn cite antutuya..
      skrg priority jatuhkan dap lg tinnggi

      pikir la..antutuya mati ka..hidup ka..

      DAP JADI PM/TPM itu tanda soal dalam kepala

      ada kesan ka betui ka tak betui ka dgn DANGEROUSNYA DAP DPT KUASA TPM yg LEBIH TINGGI KUASA DARI MENTERI PERTAHANAN

      MANA YG AKAN KACAU 'MASA DEPAN ANAK2 KITA' KISAH ANTUTUYA ATAU DAP DPT BYK KUASA????

      paham ke tak

      AYAM MATI KAT JALAN RAYA... DGN ADA ATAU TAKDA MRSM YG ANAK HANG NAK MASUK TU.. ATAU LAIN U SUSAH MASUK ..ITM JA ADA SPACE BYK ADA..

      AYAM KA MRSM
      AYAM KA ITM.

      Delete
  5. 1. anuar rasa dia memimpin sebuah pasukan yang baru ditubuhkan cukup hebat untuk menentang lawan.

    2. dia rasa dengan bakat dia mengelecek bola dan jaringan pantas menggunakan tangan akan dikira oleh pengadil.

    3.dalam permainan sebelum ini, anuar dengan team baharu nya telah mempersonakan penonton dengan gaya lincah tapi tak menang laa

    4. tetapi lawanya bukanlah pemain2 hebat,sudah tua dan tidak berbakat langsung,permainan tak da taktik,asyik bertahan menyebabkan team situa kutuk dengan menantunya hampir kalah, masih menang laaa

    5.kali ini diperlawanan kalah mati,anuar merasa debarnya,apa tidaknya,setelah popular dia dipalit dengan berbagai skandal, skandal lubang kunyit laa, skandal saksi besi laa,dan terbaru anuar telah membeli pemain baru dari yahudi.

    7. lawannya kali ini masih sebaya,stamina cukup kuat, walaupun belum diuji tapi orang tau dan percaya lawannya kali ini mampu menjaringkan gol lebih banyak dari yang lepas,terutamanya striker ah jib gor,anuar perlu waspada.

    8. anuar merasa dia masih hebat seperti dahulu,percayalah kali ini anuar akan kalah dan tak mungkin akan mendapat seri malah kalah berguni2........bodoh anaur!!

    ReplyDelete
  6. xpe la kita sedekahkan n.9 kat ko anwar jadilah PM(B) kat sana...rakyat sana mmg menanti mu wahai anwar...selangor xboleh lah..

    HARAP KITA SEMUA BEKERJA KERAS...UTK TERUS MENGOREK KEBENARAN.. DEMI MENYEKAT DAP KOMUNIS..NAIK KE ATAS. SUATU YG XDAPAT DIBERI PADA CIBAI2 ni...

    smlm bbp truck askar lalu kwsn aku....naik bulu romang aku.. CINA WALAU BERADA DI SEBERANG TAMBAK SGT BERMINAT BETUL TTG MALAYSIA..ngapa ya..

    ReplyDelete
  7. mcm sial muka setan ni!!!!baru2 ni aku ada gi ceramah dia..tak habis2 ngan turki..plg lawaknya ada sekali dia ckp pm turki nak cal dia tp dia ckp hari ni tak dpt attend coz nak mai jumpa penduduk sini..biasa la disambut ngan tepukan gemuruh...pastu dia mai kat janji wajib..ini hari jd pm esok minyak turun.pun depa tepuk..tp dia tak ckp minyak apa..minyak urut anu kot.. alih alih dia ckp klu lps pru keputusan diumum lewat tuan2 fhm la yg pakatan tengah menang..mgkn 2am baru diumum..daripada ketua penipu dia dah jd ahli nujum.. sebelum ni dia meramalkan sesuatu yg dah berlaku..dia ramal ikut aspirasi dia..tp kali ini dah ramal sesuatu yg belum terjadi..dah makin hebat tilikan nuar nujum pak siam ni...

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.