Saturday, April 21, 2012

ANWAR RAMAL BN MENANG DI SELANGOR !



Anwar Ramal BN Menang Di Selangor

Sebelum ini Menteri Besar Selangor pernah membayangkan yang Selangor tidak akan membubarkan DUN jika pilihanraya diadakan sebelum Jun 2012.  Alasan beliau, kerajaan PKR perlu lebih masa untuk menunaikan segala janji dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat ke atas bahu mereka.  Dan semalam, Anwar Ibrahim pula membuat kenyataan bahawa Selangor tidak akan menyertai Pilihanraya ke-13 jika tuntutan Bersih tidak ditunaikan.  

Tetapi, itu hanyalah apa yang tersurat, yang tersiratnya ialah, Anwar sudah meramalkan yang BN akan menang besar di Selangor.  

Anwar boleh memberi apa jua alasan untuk Selangor tidak menyertai PRU, tetapi rakyat tetap melihatnya sebagai tanda-tanda yang Pakatan Rakyat sudah ‘kecut perut’ dan langsung tidak punya keyakinan untuk menghadapi pilihanraya kali ini.   Entah ke mana hilangnya segala laungan yang mereka mendapat sokongan padu rakyat.  Entah ke mana hilangnya keangkuhan yang ditonjolkan ketika kemenangan dalam PRU 2008 yang lalu.  

Nampaknya keyakinan, laungan dan keangkuhan PR tenggelam bersama dengan isu pasir, isu air, isu judi, arak, pusat hiburan, rumah urut serta isu murtad.  Tidak ketinggalan juga isu video seks, isu salahguna wang negeri oleh DAP sehingga membawa kepada kematian Teoh Beng Hock.  Begitu juga dengan isu lama yang kekal hangat seperti isu Shamsidar dan isu biseksual Anwar Ibrahim.  

Kemudian, dalam keghairahan Anwar memikat hati tuannya di barat, beliau terlupa yang wawancaranya dengan Wall Street Journal boleh dicapai oleh rakyat Malaysia hanya dengan satu ‘klik’ di komputer.  Maka, pecahlah tembelangnya menyokong zionis dan sehingga kini isu ini tidak dapat ditanganinya dengan baik.   Malah, habis kelam kabut dan pening lalat Nik Aziz, Hadi Awang dan semua ustaz-ustaz PAS kerananya.  

Di celah-celah itu, isu pemecatan Dato’ Dr. Hasan Ali juga memberi impak yang hebat terhadap sokongan Melayu terhadap PR, terutama sekali di Selangor.  

Dan kini, isu kebodohan Anwar Ibrahim yang mencadangkan pemansuhan PTPTN pula timbul, sehingga menyaksikan pertengkaran hebat dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang diadakan semalam.  Jelas, DAP dan PAS benar-benar ‘bengang’ dengan Anwar kerana mencadangkan perkara bodoh yang akhirnya memakan diri dan parti.  

Sementara itu, BN pula semakin hari semakin mantap dan yakin bergaya.  Tanpa perlu berbuat apa-apa BN hanya tersenyum menyaksikan PR memperbodohkan diri sendiri, berpusing keliling menepis peluru yang mereka tembak sendiri.   Tergelak kita melihat mereka terlompat-lompat bila peluru mengenai kaki.  

Di masa yang sama siri-siri demonstrasi yang digerakkan PR sama ada secara langsung atau dengan menggunakan penyamaran di bawah berbagai-bagai nama NGO untuk menggugat BN dan kepimpinan Dato’ Seri Najib juga langsung tidak memberi kesan.   Sudahnya, rakyat menjadi muak dengan gelagat para pendemonstrasi, sekali gus meluat dengan PR yang menjadi dalangnya.   

Mungkin kerana itu, maka BN akhir-akhir ini telah mengambil sikap ‘malas melayan’ karenah manusia tidak berguna ini.  Jika mereka ingin berdemo, biarkan sajalah, malah pihak berkuasa juga bersedia memberikan tempat untuk mereka berdemo dengan aman asalkan mereka bahagia.   Yang pasti, di kala mereka berdemo, BN pula sibuk berkhidmat untuk rakyat.  

Semua faktor inilah yang membuat Anwar atau PR Selangor cuak untuk menyertai PRU.  Setelah puas mencuba membuat huru-hara dan melingkupkan negara, sedar-sedar sudah hampir Pilihanraya dan mereka belum pun membuktikan apa-apa kepada rakyat.  Yang ada hanya janji-janji di dalam Buku Jingga yang bukan saja tiada jaminan tetapi tidak masuk akal sama sekali.   Lebih buruk lagi, beberapa soal yang menjadi kontroversi dalam pakatan mereka seperti hudud juga masih belum dapat diselesaikan.  

Semua yang dipaparkan di atas membuktikan hanya satu perkara, iaitu PR sememangnya tidak mampu dan tidak layak memerintah walaupun sebuah negeri.    Khalid Ibrahim sudah mengakuinya secara tidak langsung apabila membayangkan keengganan membubarkan DUN, dan kini Anwar pula berbuat yang sama.   Alasan enggan sertai PRU kerana ‘tuntutan Bersih tidak dipenuhi’ sebenarnya hanyalah untuk menutup malu jika rakyat tahu yang mereka sudah takut.  

Rupanya tahu juga si Anwar ini merasa malu, walaupun beliau nampaknya tidak malu langsung bila seluruh dunia menyaksikan dirinya ‘beraksi’ tanpa seurat benang dengan ‘china doll’.   Pesan beruang, kalau dah takut, buatlah cara takut.  Tidak perlulah memberi berbagai-bagai alasan.  Bukankah lebih baik dilihat sebagai penakut daripada dilihat sebagai bodoh? 

15 comments:

  1. artikel burung helang or beruang

    beruang mana plak

    ReplyDelete
  2. Maso ceramah bukan main hebat lagi, lawan totap lawan. Sekarang tak nak bubar DUN lah pulak. Apo dah jadi ni Nua?. Mano poi tolo kau?. Dah tonggalam dalam jubo sapo lak gamak eh tu!!!. Sohihlah kau ni 'kedi' macam cite 3 Abdul tu. Nak jua pun tak laku.

    ReplyDelete
  3. BERSIH. BERSIH. BERSIH
    MMARI KITA SOKONG BERSIH UNTUK BERSIHKAN MELAYU DARI TANAH MELAYU INI.
    BIAR MELAYU JADI KOSONG DI TANAH MELAYU INI.
    BERSIHKAN MELAYU
    BERSIHKAN MELAYU
    BERSIHKAN MELAYU
    SOKONG ALJUBURRI..................

    ReplyDelete
  4. Aku SOKONG 10.10
    HANCURKAN Melayu Dan BERSIHKAN melayu DI BUMI melayu ini.
    Aku pun SOKONG BERSIH 3.0
    Aku SOKONG AMBIGA,SAMAD said Dan pastinya ANWAR Ibrahim ANU GERAH TUHAN.

    ReplyDelete
  5. "... Alasan beliau, kerajaan PKR perlu lebih masa untuk menunaikan segala janji dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat ke atas bahu mereka....."

    Memang betullah cakap YB MB tu, sebab selepas sahaja PER13 memanglah PR bukan sahaja tiada masa tetapi tidak peluang langsung untuk menunaikan janji2nya dulu MEMANGLAH TIADA MASA SEBAB PR KALAH
    Dan secara tak langsung beliau meramal BN akan menang di Selangor!!!!~

    ReplyDelete
  6. Takde masa??? Aik????
    Itu je alasan yg boleh diorang cipta???
    Punaisihat..punaibengkok..tarak guna punya punaisihat singgit.

    Oi pakatan rosak, lu olang abis modal ka? Jangan bagi alasan bongok camni boleh tak?

    ReplyDelete
  7. "hari ini menang esok akan di tunaikan......"

    Itulah antara perkataan keramat anwar bila berceramah.Sekarang dah masuk thn ke lima ada ke patut kata tak cukup masa.Masa bercakap lembut lidah dari gigi.

    KESIMPULANYA, ANWAR MEMANG PENIPU!
    Oleh itu jangan lupa 16sept adalah Hari Anwar Menipu yng akn di sambut di seluruh dunia kihkihkih.

    Hep..hep..horayyyyyyy..
    Selamat menyambut Hari Bumi(ERTH DAY)!


    EXpkr

    ReplyDelete
  8. Aku setuju kata blogger, biar dorang berdemo bn teruskan jumpa rakyat dan beri perkhidmatan kpd rakyat, bantu org yg susah, selesaikan lah masalah mereka lagi baik buat begitu. Dan jgn lupa buat solat hajat permudahkan urusan pru 13 kali ini.

    ReplyDelete
  9. Baik juga mahasewel berkhemah kat tgh kl. Golongan gelandangan yg tak berumah, boleh join sekaki dpt kan khemah percuma, makan minum percuma.

    Ada lagi 7 hari utk berbuat demikian.

    Lepashabis tujuh hari ni, boleh ke anjung singgah semula..

    ReplyDelete
  10. Khemah percuma. Tauke khemah yg untung. Cina.

    Yg rugi, pihak yg sponsor khemah, mahasewel yg buang masa depan.

    Oi, mahasewel, apakata demo yg kecik dulu. Demo hak asasi manusia menggunakan jamban percuma. Amacam?

    ReplyDelete
  11. parlimen,dun aku undi BN,nyesal dah dulu undi pembangkang

    ReplyDelete
  12. puek aku rindu sama musangka lah
    korang rindu tak..


    manalah diaorng pergi

    ReplyDelete
  13. kalau bubar serentak dgn parlimen, pkr takut akan menang..... menang...gung kekalahan. ahak..ahak..ahak....

    ReplyDelete
  14. MURTAD MUSANGKA AL YAHUDApril 22, 2012 at 9:39 AM

    Anon 7.57

    Mungkin Musangka tengah bercuti maklumlah dah pening dengan Pakatan yang dari sehari ke sehari semakin bercelaru dengan isu murtad, pluralisme, PTPTN, sokong Yahudi dan sebagainya yang ternyata amat merugikan PR.

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.