Friday, April 13, 2012

FAKTA SCORPENE YANG DISEMBUNYIKAN PAKATAN.

Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan pemimpin pembangkang lain yang pernah menjaja propaganda kononnya kerajaan Malaysia telah membayar sejumlah 114.96 juta euro (RM540 juta) kepada syarikat Perimekar Sdn. Bhd untuk komisyen pembelian dua buah kapal selam Scorpene. Berdasarkan laporan rasmi kontrak perolehan terbukti fitnah pembangkang nyata tidak berasas.

Komisyen RM540 juta yang diwar-warkan oleh Anwar dan balacinya sebagai komisyen pembelian kapal selam tersebut sebenarnya adalah nilai kontrak yang diberikan kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd bagi tujuan penyediaan khidmat sokongan dan koordinasi untuk tempoh selama enam tahun manakala pembayaran oleh kerajaan kepada syarikat tersebut pula dilakukan secara berperingkat bergantung kemajuan projek yang dilaksanakan.

Syarikat Perimekar Sdn. Bhd yang dimiliki secara bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad serta K.S Ombak Laut Sdn Berhad bertanggungjawab secara langsung dalam pelbagai skop kerja sokongan & koordinasi misalnya;-

i. Penyediaan kemudahan kediaman & kelengkapan untuk kegunaan 27 keluarga dari team projek yang berada di Perancis dan Sepanyol.

ii. Penyediaan pejabat urusan, kediaman dan kelengkapan untuk keperluan 156 orang krew kapal selam TLDM bagi tempoh 4 tahun di Perancis dan Sepanyol.

iii. Menyediakan insuran kesihatan bagi melindungi krew kapal selam serta ahli keluarga team projek selama mereka berada di Perancis dan Sepanyol.

iv. Pembayaran elaun harian serta elaun untuk krew yang berjumlah 50 euro sehari untuk setiap orang bagi 3 tahun pertama dan 60 euro sehari bagi tiga tahun seterusnya.

v. Pembiayaan kos penerbangan pergi balik (balik bercuti di malaysia) untuk setiap krew setiap 4 bulan sekali serta lain-lain keperluan berkaitan sepanjang semua krew dan team projek berada dalam latihan di Perancis dan Sepanyol.

Selain khidmat sokongan di atas, nilai kontrak RM540 juta (114.96 juta euro) itu juga meliputi khidmat koordinasi yang perlu disediakan oleh syarikat Perimekar Sdn Bhd. 
Perkhidmatan koordinasi yang dimaksudkan itu antaranya merangkumi tanggungjawab syarikat Perimekar Sdn Bhd untuk memastikan syarikat-syarikat dari Malaysia terbabit secara langsung dalam proses pembinaan, program off-set, membantu kontraktor utama membabitkan urusan maklumat prosedur perlaksanaan kontrak, penyelarasan latihan krew kapal selam dengan kontraktor dan kerajaan termasuklah penyediaan koordinasi bagi setiap enam bulan.

Lebih penting lagi untuk kita maklumi, nilai kontrak RM540 juta itu selain ianya bukan bayaran komisyen, ia juga sama sekali bukan merupakan keuntungan bersih untuk syarikat Perimekar Sdn Bhd sebaliknya nilai tersebut meliputi segala kos langsung dan tidak langsung yang perlu ditanggung selama 6 tahun sebagaimana terkandung dalam kontrak tersebut.

Berkemungkinan untung bersih tahunan yang menjadi miliki syarikat tersebut adalah dalam jangkaan sekitar sejuta euro atau lebih sedikit, pendek kata ia bukannya satu kontrak yang mewah atau satu komisyen jatuh dari langit seperti yang di fitnah ke sana ke mari oleh Anwar dan pemimpin PR terhadap PM dan kerajaan.

Dalam apa saja isu yang Anwar cuba palitkan pada PM dan kerajaan Malaysia akhirnya Allah s.w.t membuka pintu kebenaran di penghujungnya sekaligus meletakkan DS Najib serta kerajaan pimpinannya di tempat yang sewajarnya jauh berbeza dengan nasib Anwar dan pemimpin pembangkang yang hingga kini satu demi satu aib mereka di buka dan menjadi tontonan ramai.

28 comments:

  1. Tak payah cerita berjela-jela.

    Paparkan semua penerimaan dan perbelanjaan Perimekar tu sejak projek bermula.

    Kan lebih jelas.




    Pengodit.

    ReplyDelete
  2. Boleh tak saudara sertakan maklumat tentang kapal selam yang dimiliki di negara ni sebab ada member saya ( yg kuat sokong pembangkang) selalu berhujah Scorpene tu dijadikan muzium di Melaka.

    ReplyDelete
  3. Syukur Alhamdulillah. Maha Besar Allah. Malaysia akan terus maju dan selamat di bawah pemerintah Barisan nasional. Amin.

    ReplyDelete
  4. awat pihak kerajaan tak bentang perkara ni?

    yang aku marah sgt pentadbiran najib ni. documen sulit kerajaan senang2 boleh tersebar. lps tersebar boleh pulak rilex duduk diam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kapal selam terlebih dari OSA...

      XKAN DA BOCOR SKET
      NAK BOCOR BYK..

      ISA MASIH RELEVENT

      KE TIDAK SENANG2 je Pembangkang upah dptkan maklumat

      Delete
  5. jadi apa motif 2 pegawai polis letup itu anak mogul.kenapa rekod perjalanan di padam seolah2 tak pernah dtg malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. antutuya..mati motif pasal apa?? aku pong tak tahu Berserah pada Allah...

      sama macam anwar dan kulapan walahualam ..Berserah pada Allah..

      Jika iman kita betul..berserahlah pd Allah..jgn serah pd Anuar..mcm2 nanti ..takut2 nama sheikh abdul qadir jilani pung dia lelong...(ingat dulu arqam pakai nama nabi muhd...bjumpa dgn nabi..bercakap2 dgn nabi..dgn xsemena2 dia diyakini mcm malaikat apa dulu oleh para pengikut dia...)

      anggaplah ini cabaran politik utk najib. kalu anwar dgn nalanya. mat sabu dgn mahnya..masing2 ada sorang satu..ok la tu..

      Delete
  6. kuat cover line nampak.berapa ko dpt GAP babi

    ReplyDelete
  7. Boleh saudara juga memberi penerangan juga kenapa perempuan Mongolia itu di bunoh supaya pihak PR tidak ladi buat cerita yang ia ada mengena dengan PM sebab ramai orang nak tahu

    ReplyDelete
  8. =Berdasarkan laporan rasmi kontrak perolehan terbukti fitnah pembangkang nyata tidak berasas.=

    Ah, saya nak tengok sendiri kontrak itu. Dan pemegang saham Perimekar dan bil-bil pembayaran, bank statement, dan jangan kata ini semua maklumat sulit

    ReplyDelete
  9. Setuju dengan saudara tak salah dapat 'komisyen' untuk 'adminisrative cost' di msia. Orang umno ambil'komisyen' perkara biasa.Semua orang tahu. Kes di France adalah sebab salah dari undang sana memberi 'komisyen' yang mereka panggil rasuah.Tapi orang Msia tak kisah.
    Tapi semua orang nak tahu kenapa perempuan mongolia yang tak berdosa di bunoh oleh orang yang tak ada kena mengena dengan dia.Itu sahaja.

    ReplyDelete
  10. Salam semua...
    x perlu kot nak bentang document2 tentang kontrak pembelian kapal selam ni.. kapal selam ni adalah aset strategik pertahanan negara so kena la secure skit.. salah satu agenda pembangkang terjah benda ni sbb nak kerajaan dedahkan document2 kununya nak tgk keteluasan pembelian kapal selam 2 biji ni.. walhal dorg nak korek skit2 rahsia ni. mungkin atas arahan musuh2 negara dorg gunakan politik untuk mendedahkan rahsia tentang scorpene ni.. so kita jgn layan sgt kehendak dorg ni.....

    ReplyDelete
  11. x perlu layan semua tuntutan pembangkang ni.. dorg bukan jenis faham bahasa pun.. nak korek rahsia aset strategik pertahan negara watpe. nak bg maklumat tu kat tuan besar israel dan singapore ke hahahaha... sendiri kuat songlap lagi mau kata BN korup kunun.. cermin la diri sendiri tu PR oiiii....

    ReplyDelete
  12. Anonymous 1.37 am mohon berakhlak sikit. Org mcm kamulah yg menyondol membabi buta menyokong org yg sondol jubo. Org mcm yg kau sokong tak layak jd pemimpin. Manusia yg mcm sesumpah boleh bertukar rupa ikut keadaan. Pemimpin tu bukan ada ilmu pun & kelulusan yg beliau miliki dah berguna zaman sekarang. Penyokong Umno akan pastikan beliau tak akan jadi PM M'sia. Negara akan jahanam.

    ReplyDelete
  13. Uiks..rmainye balaci2 pr..adoila..xabs2 lg ke kes atlantuya ni..tp kes tuya ni aku pelik jgk..klo la btul2 die mati ade kaitan dgn najib..np 2 org yg didakwa tu x dedhkn je sme dlm mhkmh..lgpn najib dh brsmph mubahalah yg die xknal pn tuya tu.trbkti ni sume putr belit pmbngkng yg diketuai oleh nuar berahi..sudh2la prcya nuar tu..brjnji time pru blhla.tp xreti nk lksanakan.so balaci pr.blh xbgto ape sumbangn pr pd rkyt selain air free kt selngr.tp air free tu pahang pn bg.so xde ape2 pon.hampeh.

    ReplyDelete
  14. Lari tajuk skit....kenapa mat sabu gelar "anwar aljuburi"...

    ReplyDelete
  15. satu lg fakta bodoh...pernah ada ke dokumen sebut bayaran utk rasuah..

    ReplyDelete
  16. Cerita scorpene dan segala rangkaian cerita mengenainya dah basi lah gap. Anwar sendiri pun tahu design yg dia build up ni tak cukup tajam malah senjata makan diri. Utk pru 13, dia sendiri pun tak akan bawa isu ni lagi. Spin tajuk lain je lah gap

    ReplyDelete
  17. Boleh lah reka cerita sesuka hati, sebab kamu BN/UMNO memang penyanggak dan pencuri hak rakyaat. Cuba bentangkan secara terperinci semua fakta yg disebut itu secara terbuka.

    Saya tak percaya langsung semua perbelanjaan sampai satengah billion ringgit untuk itu, paling tinggi di antar 250 ~350 Juta, dan yang lain tu songlap lap. Siapa tak tahu kerja BN/UMNO memang kaki sapu, pencuri dan mentahkadarah hak rakyaat. Sial punya orang UMNO.

    ReplyDelete
  18. BULLS*IT from GAP

    ReplyDelete
  19. Amin Ya Rabbiul Alamin .... semoga segala kemungkaran puak Pakatan dihapuskan tidak lama lagi.

    ReplyDelete
  20. persoalan yg aku masih tercari2 jawapan sebenarnya

    1.Azilah dan Sirul tidak pernah kenal Altantuya, apa motif pembunuhan ? Rogol, Rompak..? Mereka ialah anggota UTK yang berdisiplin dilatih mengikut arahan.

    2.Mana senjata pembunuhan, dalam kenyataan beramaran yang dibuat Sirul dia mengaku menembak Altantuya tetapi kenapa senjata pembunuhan tidak wujud dalam perbicaraan?

    3.Bagaimana rekod kemasukan Altantuya tidak wujud dalam rekod imigresen sebaliknya ada orang dihukum mati dalam negara yang tidak ada rekod Altantuya masuk ?

    4.Kenapa Azilah dan Sirul diberi keistimewaan tidak memperlihatkan wajahnya sepanjang keluar dan masuk mahkamah ?

    5.Perimekar dimiliki Ombak Laut, Ombak Laut milik penuh Abdul Razak Baginda manakala Isteri Razak merupakan pemilik Perimekar dengan saham terbesar dalam syarikat itu.laki bini punya bisness mcm nfc gak

    ReplyDelete
  21. Perimekar Sdn Bhd adalah anak syarikat KS Ombak Laut Sdn Bhd.
    KS Ombak Laut milik razak baginda manakala syer terbesar dlm perimekar adalah dimiliki oleh bini razak baginda. laki bini punye bisnes gak mcm nfc

    ReplyDelete
  22. kepada anonymus april 13 6.12pm..pelek awok kat phg duduk tang mana..sbb mok kwn kata takdok pun air free tipu2 free adelah..kalau bace bacaan meter betul2..mmg awok tahu ape yg konon2 subsidi tu tipu..yg kene bayor tu yg awok betul ikut bacaan meter pakai..lg hempehhh..

    ReplyDelete
  23. setuju dengan anon April 13, 2012 2:02 PM.

    Jika semuanya benar dengan pembelian ini. Keadaan tidak janggal atau cuak di pihak kerajaan Malaysia. Namun sehingga kini najib senyap, Utusan pun senyap dengan tidak menjelaskan maklumat seperti artikel anda, tentera senyap tanpa penjelasan, zahid kata tak mahu pergi (kalau betul seperti artikel ini so bawanya sebagai bukti oleh pihak zahid).. Namun sehingga kini isu scorpene ini tidak memihak kepada kerajaan Malaysia. Banyak isu dipertahankan melalui blog. Jika benar fitnah pakatan dan kerajaan peranchis maka ambil tindakan undang2. :-)

    ReplyDelete
  24. anon April 13, 2012 5:10 PM,

    Kebiasaan itu menjadikan yang haram sebagai halal dan jika ianya berleluasa akan menjadi darah daging dan menghancurkan bangsa. Isu komisyen kebanyakkan berlaku di dunia ketiga dan amat jarang didunia maju kerana kesedaran mereka. Lebih malang yang menentang 'komisyen' ini negara kafir dan menerima komisyen (rasuah) ini negara Islam

    ReplyDelete
  25. Maklumat terkini Perimekar syarikat pelancongan??

    ReplyDelete
  26. Sembang x gna tunjuk bukti bru blh ...indon pon dh mju dri segi ketenteraan igt kmi bdh ...dwt mlysia lgi mhl dri indon x kn la x blh thu
    ..sblm tls pasal scorpene 2 cbe pk yg logik ckt ini msty blaci

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.