Monday, April 16, 2012

GIMIK MANSUH PTPTN : PAKATAN KERING IDE DAH WEI !

Kelam kabut pemimpin-pemimpin BN apabila PR mencadangkan agar PTPTN dihapuskan. Sejak perkara ini dibangkitkan boleh dikatakan setiap hari akhbar-akhbar perdana serta blog-blog penyokong kerajaan termasuk yang picisan cuba menjustifikasikan bahawa cadangan PR itu adalah mustahil dilaksanakan.

Kata mereka cadangan itu akan menyebabkan kerajaan akan menanggung beban sebanyak RM43 billion di mana segala beban itu akan berpindah ke bahu rakyat dan rakyatlah yang akan menderita.

Nampak benar yang kerajaan BN tidak mampu berfikir panjang atau berfikir di luar kotak. Tidak mungkin Dato’ Seri Anwar, seorang yang berpengalaman sebagai Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran akan mencadangkan sesuatu yang tidak masuk akal dan membebankan rakyat.

PR sentiasa mendahulukan rakyat dan tidak akan sekali-kali membiarkan rakyat menderita sepertimana yang dilakukan BN hari ini. Kerana itulah, PR menjanjikan pendidikan percuma untuk semua peringkat jika PR memerintah.

Bagi membuktikan kepada rakyat bahawa PR bukannya bercakap kosong seperti yang dituduh oleh BN, maka kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan cadangan ini di dua IPTS iaitu Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Universiti Industri Selangor (UNISEL) sebaik sahaja menang pilihanraya yang dijangka paling lewat pada September depan.

Untuk makluman, jumlah untuk menampung kos pendidikan di KUIS ialah RM369.98 juta dan UNISEL RM851.29 juta. Dengan jumlah sebanyak itu, BN memandang sinis janji PR dan menuduhnya sebagai janji palsu.

Namun, PR mempunyai pemimpin yang mampu memandang ke hadapan dan menyedari bahawa untuk melahirkan generasi yang cemerlang, maka ia harus bermula dengan memastikan para pelajar tidak dibebankan dengan hutang serta tidak perlu menanggung kerisauan memikirkan kos pengajian dan sara hidup. Hanya dengan cara ini maka mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran.

Sebenarnya, memberikan pendidikan percuma di kedua-dua universiti ini bukan mustahil sepertimana yang dimomokkan BN.

Dengan kebijaksanaan kepimpinan PR di Selangor, belanjawan Selangor 2012 negeri ini mengaggarkan peningkatan hasil cukai (8.23%) dan hasil bukan cukai (40.12%) untuk 2012. Simpanan tunai kerajaan Selangor kini mencecah RM1.2 bilion – jumlah tertinggi dalam 28 tahun.

Kecekapan dan ketelusan kepimpinan membantu menjadikan penjimatan dan pelonjakan pendapatan negeri sesuatu yang berterusan dan dengan itu, pendidikan percuma kepada kedua-dua universiti tersebut adalah tidak mustahil sama sekali.

Hari ini, walaupun mendapat pinjaman PTPTN, masih lagi ada pelajar yang bekerja secara separuh masa di hari minggu untuk menampung hidup mereka. Kita juga sering membaca pendedahan mengenai pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi yang membuat kerja-kerja haram termasuk menjadi GRO atau pelacur.

Kita faham bahawa tekanan pelajar hari ini bukan sahaja untuk lulus periksa, tetapi yang lebih sukar ialah tekanan arus kemodenan dunia di mana gajet atau barangan teknologi canggih adalah satu keperluan dan bukan lagi kemewahan. Kerana itu, ramai pelajar-pelajar universiti terpaksa mencari wang tambahan untuk memenuhi keperluan ini.

Jelaslah di sini bahawa pinjaman PTPTN yang tidak seberapa itu tidak membawa erti kepada mereka.

Justeru, sebaiknya pelajar tidak dibebankan langsung dengan yuran dan kos-kos lain. Dengan cara ini, mereka tidak perlu mencari wang tambahan dan bolehlah menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran dan sekali gus menjadi insan yang berjaya di masa hadapan.

9 comments:

  1. Kalau le begitu tak payah tunggu jadi PM baru mau laksana, bukan kah kedua2 ipt yg di sebut tu dalam negeri PR buat dulu jgn dok pembohong sampai tak masuk akal......biak rayat tengok dan kaji.....ada berani?

    ReplyDelete
  2. Tahun ni sepatutnya kerajaan umumkan "Barang Sesiapa Atau Pelajar Yang Melanjutkan Pengajian Di IPTS Milik Pakatan Pembangkang Tidak Akan Ditawarkan Pinjaman PTPTN" sebabnya pendidikan disana akan diberi percuma(mengikut janji mereka).

    ReplyDelete
  3. Anda mahu PTPTN dihapuskan? Mudah sahaja. Tidak perlu berdemo, solat di tempat pejalan kaki (walhal masjid dekat) dan tidak perlu menjerit dan memekik-mekik. Anda mahu tahu?

    "BELAJAR RAJIN-RAJIN DAN DAPATKAN FIRST CLASS DEGREE...!!!"

    Pinjaman anda akan automatik ditukar kepada BIASISWA. Kalau belajar kat bilik panas, apakata pergi belajar kat perpustakaan e.g Perpustakaan Tun Sri Lanang (UKM). Ruang bacaan berhawa dingin dan dilengkapi dengan segala buku dan bahan ilmiah. Takde sapa nak halau anda pun kecuali anda berdemo, memekak atau cuba membuat onar di sana.

    akuantiPAKATAN.

    ReplyDelete
  4. Aku dulu masa belajar kerja restoran sampai 7 jam sehari nak tanggung hidup. Tak da komplen pun. Biasa lah binatang-binatang ni, dah kena racun dgn bapak Setan.

    Persendakan orang nama Melayu kahwin Kristian! Website Malaysia Chronicle sengaja cabar dan hina Islam dan Melayu!

    Sekarang pengikut bapak Setan dah mainkan pulak hina kata pasal Islam x boleh kawin Kristian. Apa agenda mereka sebenarnya?

    ReplyDelete
  5. PTPTN tu tak wajibpun..yang dia orang terhegeh-hegeh macam mintak sedekah kat PTPTN tu apasal... nak masuk u free.. mintaklah dengan yayasan azmin ali atau yayasan anwar aljuburi...yayasan2 tu lagi banyak duit...saham mereka beribu2... sstakat nak bayar u belas2 ribu tu macam kacang kuda je lah... tapi bila dah bangsat sangat dok mengemis kat ptptn...maka kena akurlah dengan perjanjian...dok gitu...bebal2nya dia ni ye...mak ayah dia orang tak ajar nak terima kasih ke...

    ReplyDelete
  6. adat meminjam kenalah bayar balik, cuba org pinjam duit ko beribu2 tapi taknak bayar, ko marah tak? kalau ko tak marah aku pun nak pinjam duit ko...

    ReplyDelete
  7. tak mustahil untuk dihapuskan. Korajaan hanyo buet pengumuan jo nak hapuskan PTPTN. eden setuju sobab lopes tu suruh lah sipeliwat tu bori duit ket kunco dio untuk bayar yuran dan lln untuk masuk universiti. apo susah sangat ko. hapus jo dan kito tengok berapo ramai anak melayu yang bolih bayar dan masuk universiti. bior dio oran cari duit untuk bayar hostel,makan minum pakaian dan tambang bas.
    kito tengok lah. eden setuju hapuskan itu kohondak dio jangan lopes tu salahkan korajaan.

    ReplyDelete
  8. Yahoo... Tak lama lagi dapatlah anak aku belajar free kat Unisel. hehe

    ReplyDelete
  9. Yahoo.. dapatlah anak aku belajar free kat unisel nanti. hehe

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.