Azizan Perlekeh Istana Kedah
Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak buat kesekian kalinya membuktikan sifat takbur Ulama-ulama PAS apabila meletakkan fatwa yang di keluarkan oleh Mufti atau Jawatankuasa Fatwa sama ada diwartakan atau tidak, sebagai tidak boleh dicabar atau dirayu atau disemak dinafikan atau dipersoalkan oleh mana-mana Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah.
Alasan beliau iaitu fatwa Ulama adalah jauh mengatasi sistem mahkamah seolah-olah meletakkan kedudukan Ulama menjangkaui taraf manusia biasa iaitu tidak mungkin berbuat silap, malah mungkin juga berhak mengampunkan dosa manusia lain seperti mana yang pernah dilakukan oleh Nik Aziz.
Pendirian seperti ini, jelas menyalahi ajaran Islam dan menyerupai Kristian yang meletakkan padri sebagai wakil Tuhan. Sedangkan menurut Islam, Ulama juga manusia biasa iaitu ada kelemahan masing-masing malah Islam juga memperingatkan kita tentang wujudnya Ulama jahat hatta sejahat-jahat manusia ialah Ulama yang jahat. Jika tidak, tidak mungkin kita diperingatkan tentang Ulama-ulama jahat yang sering menyesatkan ummah.
Fatwa bukan statik dan ia boleh berubah atau dipinda mengikut kesesuaian masa. Ia juga bukan satu hukum tetapi merupakan pandangan tentang hukum agama. Ulama pula bukan maksum dan bukannya menerima wahyu terus dari Allah SWT.
Oleh yang demikian, apakah jaminannya yang pandangan para Ulama tersebut tepat? Dan apa pula jaminan yang Ulama yang terlibat dalam membuat fatwa itu adalah Ulama yang sebenar-benarnya sedangkan ijazah agamanya hanya diiktiraf oleh manusia, bukan Allah SWT.
Sesiapa juga, hatta orang kafir juga jika mengikuti pembelajaran agama Islam di universiti dan belajar bersungguh-sungguh tidak mustahil akan lulus dengan cemerlang juga. Maka apakah mereka juga boleh dikira sebagai lebih tinggi darjat di sisi Allah SWT dan diangkat sebagai Ulama?
Akibat dari ‘ketakburan’ kerajaan PAS ini, Tunku Laksamana Kedah, Tunku Mansor Tunku Kassim telah membuat kenyataan yang membayangkan pihak istana juga merasa tersinggung kerana tindakan ini dikhuatiri mencabar kuasa DYMM Sultan Kedah sebagai Ketua Agama Islam Negeri.
Jika Ulama-ulama PAS sudah meletakkan diri mereka sebagai lebih tinggi darjat dan taraf dari manusia biasa, maka Tunku atau DYMM Sultan juga tentunya berada di kedudukan lebih rendah dari mereka serta tidak berhak mempersoal atau mencabar pandangan mereka.
Dari segi rekod, bukan sesuatu yang asing apabila fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa bercanggah atau berbeza dan kemudiannya diubah setelah mendengar pandangan umum. Ini adalah perkara biasa kerana yang terlibat di dalam Majlis Fatwa ialah manusia biasa.
Kerajaan negeri Kedah seharusnya kembali berpijak di bumi nyata dan merendah diri. Bukankah Ulama itu seharusnya bersifat zuhud dan sedia mendengar pandangan semua.
Kedegilan dan ketakburan yang ditonjolkan oleh kerajaan Negeri Kedah hanya menjauhkan lagi orang kafir dari Islam. Cukup-cukuplah PAS mencemarkan imej dan nama agama Islam, janganlah ditambah lagi penghinaan terhadap orang Islam dengan menunjukkan sikap yang bertentangan dengan Islam. Entah kenapa PAS sering menonjolkan sikap yang salah di tempat yang salah. Contohnya, apabila perlu bertegas dalam isu murtad, mereka berlembut tetapi apabila perlu bersikap terbuka seperti dalam isu fatwa ini, mereka berdegil dan berkeras pula.
Kita pasti, pemimpin PAS Kedah bukannya akan mengambil masa untuk merenungkan kebenaran dalam artikel ini, tetapi sebaliknya tidak akan membuang masa langsung untuk mencaci dan menuduh penulis sebagai jahil, sesat dan sebagainya. Begitulah sifat orang yang takbur akibat terlalu sibuk mengejar dunia.
Saudara/ri,
ReplyDeleteTidak manis dan tidak sopan kalau mana-mana individu/kumpulan menghina mana-mana agama.
Namun dalam mangkuk politik kontemporari lain keadaannya. Penghinaan dibenarkan! Justifikasinya...?
Makanya jangan hairan kalau Lim Buk It A/L D'apek mendapat keistimewaan berkenaan menerusi 'fatwa' yang di cipta oleh Parti Agama senusantara.
nanti Sultan tak perkenankan sebagai MB baru padan muka... baru tahu langit tinggi atau rendah...
ReplyDeletePas Sengal Selama lama nya !
ReplyDeleteKalau hinaan dalam konteks agama mahu dibenarkan dalam mangkuk politik nusantara, ia sepatutnya ditujukan dan dihadkan kepada individu atau parti itu sendiri tetapi bukan terhadap agamanya.
ReplyDeleteMakanya, timbul pertanyaan ini: Apakah kelayakan di pihak Parti Agama Senusantara untuk mengeluarkan ketetapan berupa 'lu (Lim Buk It) munya suka mahu hina wa munya agama'
Saudara/ri,
ReplyDeleteNah! mana-mana politikus tidak seharusnya diberikan 'lesen' bagi memperkecil-kecilkan mana-mana agama tetapi politikus seumpama Lim D'Apek boleh dan layak melakukannya terhadap mana-mana parti berkaitan agama sebanyak mana yang perlu atau dimahukan!
Ini kerana, sesebuah parti itu kalau dalam konteks kemaksuman adalah berkategori TIDAK maksum. Parti hanyalah sebuah organisasi yang dianggotai oleh insan-insan biasa. Justeru, cakaplah apa saja tentang parti agama tetapi jangan 'cakap ikut sedap mulut' ke atas agama sebagai sebuah entiti.
Apalah nak jadi...setiap yang 'baru' wajar dipertikaikan lebih2 lagi bila ianya datang dari timbang tara dan akal manusia.AQ jua yang HAQ...berpandulah pada AQ dan sunnah rasululullah insyaAllah 'LEBIH TENTERAM'.
ReplyDeleteBiar dari siapa pun asal bertentangan dari keduanya...PERTIKAIKAN,Lillahi Taala bro.
Tobat lahom kami orang Kedah tak pangkah Pas dah lepaih niee...cakap pandai ceramah pongpang!pongpang! siang malam..Selamat tinggai Pas Kedah.
ReplyDeleteUst Azizan aku kira sudah terjerat dengan orang yang dipercayai. Cara dia mempertahankan pindaan UU ini di dalam DEWAN jelas sekadar mahu menjaga maruah parti dan kerajaan, sedang hakikatnya dia sendiri tahu pindaan ini akhirnya akan memakan diri sendiri.
ReplyDeletePengerusi Jk pindaan dan usul, Pengerusi pre cauncil Dewan juga perlu bertanggungjawab apabila secara sengaja memberi keutamaan membawa usul pindaan ini untuk kelulusan dewan yang sepatutnya diperhalusi secara adil
Kini Mufti Kedah kalau dilihat dari UU Negeri, mempunyai kuasa mutlak untuk mengeluarkan sebarang fatwa walaupun atas nama Mufti secara individu dan tak perlu merujuk kepada majlis fatwa ( Bila merujuk kepada bait dan ayat kenyataan pindaan UU terbaru seperti yang telah diluluskan oleh dewan negeri).
NAMPAKNYA SETIAP FATWA MUFTI, WALAUPUN DITERBITKAN MELALUI SEKEPING KERTAS A4, maka tiada siapa lagi rakyat Negeri Kedah yang boleh mempertikai, merayu, hatta tidak boleh dicabar samada di mahkamah sivil atau pun di mahkamah syariah
Secara rasionalnya aku yakin Ust Azizan tahu dan faham impilikasinya. Amat nyata ' ruang ' sudah terbuka kepada mufti untuk mengatasi kuasa sultan sebagai ketua agama di negeri bertuah ini
Enakmen sebegini memang tak sesuai utk dicabar di mahkamah! Jika sesuatu dipertikaikan, bawak saja ke majlis fatwa! Kedudukan institiusi fatwa adalah lebih tinggi dari mahkamah, dlm hal berkaitan.
ReplyDeleteDYMM Sultan, hanya lambang pd institiusi...!
Dalam negeri bukan teokratik yakni yang berpegang pada demokrasi dan pemimpin agama dijulang, mana mungkin ada pihak boleh dijulang lebih tinggi dari institusi kehakiman kerana bertentangan dengan semangat demokrasi!
ReplyDeleteSoalnya, apakah negeri teokrasi masih bersarang di hati atau telah dihumban jauh ke tengah lautan Andaman?
Kalau telah di humban ke Lautan Andaman, adalah tidak logik untuk pihak ini meminta untuk mengamalkan teokrasi tanpa mahu menjadikan teokrasi sebagai satu sistem tertinggi. Bukankah ini seumpama: 'mulut kata ya tetapi hati kata tidak'?
kenapa nak hairan..seperti kata Menteri Besar Terenggganu..PAS..Parti Ajaran Sesat...memang menyesatkan,,
ReplyDelete