Sunday, April 8, 2012

RAJA NONG CHIK SEKOLAHKAN AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI !


YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN
KESEJAHTERAAN BANDAR

KENYATAAN BALAS BERHUBUNG DAKWAAN TIDAK BERASAS
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI BERHUBUNG PEMBANGUNAN SEMULA RUMAH PANGSA 4 TINGKAT KAMPUNG KERINCHI,
KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 05 APRIL 2012 Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam sidang media dan kenyataannya yang dikeluarkan di Bangunan Parlimen semalam, telah menyebut beberapa perkara melibatkan pembangunan semula Rumah Pangsa 4 Tingkat Kampung Kerinchi yang disifatkan sebagai pembohongan-pembohongan berbaur politik serta hasutan yang boleh mengelirukan rakyat, khususnya penghuni-penghuni yang telah berpindah dari Rumah Pangsa 4 Tingkat Kampung Kerinchi.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin berkata tindakan Ahli Parlimen itu yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), jelas mahu mengelirukan pelbagai pihak untuk kepentingan peribadi politik putar-belitnya.

Antara dakwaan beliau adalah seperti berikut;
 

1.     Pembangunan Rumah Pangsa 4 Tingkat Kampung Kerinchi tidak mengikuti prosedur yang betul kerana tidak mendapat persetujuan 100% daripada penduduk untuk pembangunan semula.

Tuduhan ini sengaja disensasikan oleh YB Nurul Izzah bagi meraih perhatian pihak media serta penduduk setempat, bagi memastikan projek pembangunan semula ini menemui titik kegagalan dan memberikan “political milage” pula kepadanya. 

Tindakan beliau ini secara tidak langsung dilihat, kononnya beliau adalah pejuang kepada kelompok minoriti 35 penduduk yang menentang dan enggan berpindah, sedangkan hakikatnya tidak langsung mengambil kira kepentingan dan penderitaan 432 penduduk lain yang secara terbuka dan bersedia menerima pembangunan di tapak kediaman asal mereka.

Harus diingat juga bahawa YB Nurul Izzah baru sahaja dalam lingkungan         3 tahun sebagai ahli parlimen di kawasan Lembah Pantai dan sebenarnya banyak perkara melibatkan permasalahan rakyat di kawasan Parlimen ini gagal ditangani dengan baik oleh beliau, termasuk isu Rumah Pangsa      4 Tingkat Kampung Kerinchi.

Jika dilihat dari segi senario di Rumah Pangsa 4 Tingkat Kampung Kerinchi, kepentingan suara majoriti yang bersetuju mengenai pembangunan semula kawasan ini perlu diambil kira sebagai point utama.

Bandingkan projek ini dengan projek pembangunan semula Flat 4 Tingkat Jalan Jelatek  untuk projek mewah Datum Jelatek. Dalam kes tersebut, Kerajaan Selangor juga tidak mendapat persetujuan 100% dari penduduk dan penduduk telah membawa kes tersebut ke mahkamah.

Tetapi mengapa Kerajaan Selangor meneruskan juga projek tersebut dengan menggunakan Akta Pengambilan Tanah bagi mengambil alih unit penduduk yang tidak bersetuju?,

Dan semasa penduduk yang tidak setuju dikeluarkan dari kediaman mereka, di mana YB Nurul Izzah dan pemimpin-pemimpin PKR lain berada? Mengapa mereka tidak turun padang untuk menghalang kerja-kerja pembangunan bermula?

Mengapa apabila Kerajaan Selangor menggunakan Akta Pengambilan Tanah, perkara ini tidak menjadi isu tetapi ianya dipolitikkan pula di Wilayah Persekutuan seperti yang berlaku di Rumah Pangsa 4 Tingkat Kampung Kerinchi?

Jelas kelihatan ‘double standard’ yang diamalkan oleh Nurul Izzah dan pemimpin-pemimpin PKR yang lainnya.

2.    Penggunaan referendum melanggar peraturan sedia ada

Penduduk telah hampir 30 tahun merayu agar kawasan rumah pangsa mereka yang usang dan uzur dibangunkan semula kerana tidak lagi sanggup hidup dalam keadaan serba kedaifan.

Sehubungan itu, demi memastikan kesejahteraan warga kota diambil perhatian maka Kerajaan hari ini yang prihatin terhadap kesengsaraan penduduk di Rumah Pangsa 4 Tingkat Kampung Kerinchi telah bersetuju menjadi fasilitator bagi memudahkan proses pembangunan semula di kawasan tersebut dilaksanakan.

Sebanyak empat (4) syarikat yang berminat untuk memajukan semula Rumah Pangsa 4 Tingkat Kampung Kerinchi, telah diberi peluang untuk memberikan penerangan kepada penduduk tentang pembangunan yang dicadangkan.

PENDUDUK SENDIRI YANG MEMBUAT KEPUTUSAN MELALUI UNDIAN BERHUBUNG SYARIKAT MANA YANG AKAN MENERAJUI PEMBANGUNAN.

Walau bagaimanapun setelah pemilihan dibuat sendiri oleh penduduk, syarikat terpilih masih perlu mengemukakan tawaran kepada para pemilik sebagi bukti sah persetujuan penduduk.

432 (421 penghuni & 11 peniaga di unit kedai) dari 467 penduduk telah menerima tawaran, hanya 35 sahaja yang menentang dan tidak bersetuju. Ini bermakna 92.5% penduduk telah bersetuju dengan tawaran syarikat pemaju terpilih.

Ingin ditekankan juga, bahawa referendum bagi memilih pemaju untuk membangunkan semula kawasan mereka adalah yang pertama diadakan di negara ini dan tidak pernah dibuat oleh mana-mana Kerajaan negeri termasuklah Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Kaedah referendum yang diamalkan dalam proses ini adalah contoh terbaik menunjukkan Kerajaan Barisan Nasional benar-benar demokratik. Sepatutnya YB Nurul Izzah memuji tindakan Kerajaan kerana mengutamakan suara rakyat, bukannya cuba mensabotaj usaha murni Kerajaan.
 
3.     Isu rumah sementara belum siap punca penduduk tidak berpindah.

Semalam telah diadakan majlis penyerahan kunci kepada 21 dari 34 penghuni yang enggan berpindah (sebelum ini 35 dan seorang mengambil kunci pada 29 Mac 2012), manakala 13 penghuni lagi telah menandatangani surat perjanjian menyewa PPR dan diberi tempoh sehingga 10 April ini untuk mengambil kunci.  Sekiranya rumah belum siap, bagaimana boleh diadakan majlis penyerahan kunci?

Rumah tersebut telah pun disediakan lebih lama semenjak tawaran yang pertama lagi dikeluarkan pada tahun 2009, bagaimana pun hanya           35 penghuni sahaja yang enggan berpindah kerana terpengaruh dengan hasutan YB Nurul Izzah.  Rumah berkenaan juga telah beberapa kali dibaikpulih kerana terlalu lama dibiarkan kosong dan ini jelas menambahkan lagi kos penyelenggaraan oleh pihak DBKL.

Walaupun tidak perlu menyediakan rumah sementara kerana penduduk yang membantah telah diberikan pampasan, kesudian Kerajaan BN menyediakan kemudahan tersebut menunjukkan keprihatinan Kerajaan BN.

·        Nota: Sehingga kini 28 dari 34 penduduk yang sebelum ini enggan berpindah telah menerima tawaran dan mengambil kunci bagi rumah PPR dari DBKL.

Sekian, terima kasih.

YB DATO’ RAJA NONG CHIK BIN DATO’ RAJA ZAINAL ABIDIN
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar

5 APRIL 2012,  KUALA LUMPUR

13 comments:

  1. ragBapak perangai mcm BABI anak pun perangai macam BABI..menyondol tak tentu pasal..

    Apa apahal pun, tahniah diucapkan pada mamat yg bagi sebijik penumbuk pada anak ikan Anwar Ibrahim..

    Tak kisah dia dari mana, yg penting, Adam Adli makan penumbuk, lepas tu, dgn bacul dan pondannya..melarikan diri dalam jagaan polis yg dihinanya sendiri sebagai anjing..

    Ini aksi, jilat balik ludah sendiri gak nih.

    Nurul Izzah ni malaun yg tak tau matematik agaknya.. 432 vs 34 org, mana yg lebih afdhal dibantu??

    Dan kepada yg 28 daripada 34 yg kemudiannya ambik jugak kunci rumah sementara...bagus la..kalau dari dulu korang join yg 432 kan ke senang??

    Yang majoriti 432 org tu...

    SILA BOIKOT malaun 34 org ini tadi.

    Menyusahkan orang betul..kecik kecik tak nak mampos..dah besor menyusahkan orang..

    Yang YB LEmbah Pantai..awatnya..baru sekarang terhegeh-hegeh nak tunjuk muka kat lembah pantai?? 4 tahun lepas ngko pegi mana???

    Oh, Nurul Izzah..jgn lupa..ABBABI ye.. Asal Bukan Bapak Anwar Bin Ibrahim..

    ReplyDelete
  2. GAP!

    Cuba hg siarkan jugak 'kenyataan penuh' Izzah....!

    Jgn jadik macam Hassan Ali.....teringin nak jadi Menteri Pelajaran pulakkk......!

    ReplyDelete
  3. .

    Marilah kita semua menjadi manusia yang bertanggungjawab , jujur dan amanah .

    .

    ReplyDelete
  4. ini lah bahananya kalau yg tak tau pasal politik dok tunjuk heroin..bapak jd hero tamil,hero hak asasi biseksual,hero yahudi laknat..ni anak nak jd heroin lembah pantai..dia ni kalau ada masalah rakyat yg takda kepentingan jgn dok harap nak nampak batang hidung dia..tp klu benda yg boleh dipolitikkan mak oi..anak ngan bapak yg kedepan..depa je la jaguh yg dpt selesaikan masalah rakyat..cukup mudah point dia..minoriti tak mau pindah..depa pun ada hak asasi gak..kepada puteri reformasial..kau kena ingat demokrasi bukan hanya kepentingan hak asasi sahaja..untuk menegakkan demokrasi itu perlu suara MAJORITI!!majoriti penduduk sana nak pembangunan la cikak oii... sama mcm majoriti rakyat yg tak mau tgk muka meluat bapak ko tu!!

    ReplyDelete
  5. Bapak BABI ...anak pun ikut perangai BABI...

    Rugi dunia kena sumpah, akhirat ? Wallahualam apa Allah beri balasan nanti pasal memecah belahkan umat..

    Kesian..PRU13 total lost, masa tu kau tengok cane kau merempat..I'Allah dunia lagi Allah bayar kau cash..

    ReplyDelete
  6. Masa'alah PKR dan kroni ini senang sahaja di selesaikan. Jangan undi PKR,DAP dan PAS pada PRU 13. Kalau semua pengundi hendak masa depan yang gemilang, aman dan ekonomi yang maju berbanding dengan negara-negara jiran, pilihlah BN atau UMNO.
    Jangan undi kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar seperti PRU - 12 yang lepas. Padahlah sekarang dalam pemerintahan PKR di Selangor. Tanggunglah sahaja akibat yang buruk akan datang.
    Undi mengikut akal fikiran yang waras.
    Parti manakah yang memperjuangkan Gagasan 2020 ? Bukankah Tun Mahathir ? Bukankah PM Najib ? Jangan rosakkan perancangan yang di lancarkan kesinambungan oleh tokoh tokoh yang handal ini.
    Undi PKR, DAP, PAS menjahanamkan negara pada masa depan.

    ReplyDelete
  7. ahli parlimen berjuangkan kebaikan rakyat ker utk keburukan rakyat?

    rasanya kerajaan buat utk kesejahteraan rakyat tapi kenapa
    ahli parlimen ini putar belit utk
    political mileage dirinya?

    akhirnay bebal dan dungu yg terdedah!!

    ReplyDelete
  8. TRIMA KASIH

    HERO HERO KERAJAANNN

    AKU PUNG INGAT HERO2 KERAJAAN lembu2 je

    TERNYATA MEREKA DIAM2 UBI BERISI

    TAHNIAH DR RAKYAT KPD HERO2 Yg berdiam diri selama ini...

    .....
    setelah dibaca...aduyaaa
    KPD NURUL BELAJARLAH ILMU POLITIK YG BERSIH...

    JGN BELAJAR DARI DADDY..
    TENGOK SEKITAR ASIA MANA2 Contoh trbaik yg blh dijadikan TELADAN..

    ReplyDelete
  9. aduss dalam baik si nurul ni kena lempang lembut olih menteri jangan pandai cakap je nurul macam bapak borek anak rintik

    ReplyDelete
  10. musangka

    seronok tengak latah bangang kau.

    hehehe

    ReplyDelete
  11. Anak, Bapak dan Emak sama saja!!

    Sudah tertulis di dalam sejarah keluarga berpolitik ini.

    Si Bapak di selubungi maksiat termasuk jadi barua Yahudi bercita2 besar menjadi Perdana Menteri..

    Si Emak merelakan segala perbuatan maksiat si suami malah berusaha bersungguh untuk meakinkan si Pemaksiat sebagai Anugerah Tuhan.

    Si Anak bersekongkol dgn si Bapak dan Si Emak Pemaksiat. Berusaha untok meracuni pemikiran rakyat agar bangsa berpecah belah.

    Semoga rakyat melayu Malaysia bersatu menolak Bangsat2 ini.

    ReplyDelete
  12. Bapak jadi babi jantan si anak babi betina ,sendol kamu berdua....

    ReplyDelete
  13. IKUT LAGIK LA OOOOI..

    KENA UTAMAKAN YANG MAJORITI!!! YANG MINORITI TU SEDAR2 LAH DIRI TU SIKIT. BUKANNYA HAK KORANG KENA CANTAS PUN..

    PAKATAN RAKYAT NI TERBUKTI AMAT TIDAK BERKUALITI. UTAMAKALLAH YANG MAJORITI PAKATAN BINGAI OOOOOI..
    KALAU KORANG MENANG PUN SEBAB DAPAT UNDI MAJORITI WALAUPUN HANYA LEBIH SATU UNDI. HUKUM MANTIK CAMNI PUN TAK TAHU KE??

    JANGAN BUAT PENGUNDI MUDA CAM AKU NI MAKIN MENYAMPAH DGN KORANG!!1 BAHLOL! DULU KITORANG DAH SOKONG KORANG. TUNJUKKANLAH KORANG BETUL2 BERKUALITI UTK GANTI KERAJAAN SKRG. JANGAN TUNJUK BODOH JE MEMANJANG!!!

    LAGI SATU, TU TERESA KOK YANG BANGANG TU. ASYIK2 SERANG POLIS APEHAL?? CAMNE NAK DAPAT SOKONGAN POLIS DAN KELUARGA MEREKA? HAK ASASI PUN HAK ASASI JUGAK LAAAA..TAPI INGAT JUGAK HAK ASASI RAKYAT MAJORITI YANG INGINKAN KESELAMATAN DAN KEAMANAN!!!

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.