Isu (Hutang Talam)
Kerajaan Selangor tidak bermoral dan tidak beretika kerana "membeli" hutang daripada syarikat korporat Talam Corporation menggunakan wang kerajaan / duit rakyat.
Dewan Undangan Negeri telah meluluskan bajet tambahan berjumlah RM392 juta untuk membeli hutang Talam Corp.
Secara prinsipnya adalah tidak bermoral dan tidak beretika menggunakan duit kerajaan / “duit rakyat” untuk membeli mengambil alih hutang sebuah syarikat swasta.
Yang pelik, pada masa yang sama kerajaan menekan Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor (YBK) yang berjunag untuk membasmi kemiskinan sehingga mahu merampas tanah milik YBK.
Strategi pengambialihan hutang ini menggunakan kaedah round-tripping iaitu “syarikat menjual aset yang tidak digunakan kepada syarikat lain, dan pada masa yang sama setuju untuk membeli kembali aset yang sama atau yang bersamaan nilainya pada harga yang sama”.
Memetik kata-kata Mantan Setiausaha Agung PKR, Datuk Salahuddin Hashim yang mengkritik pembelian mekanisme round-tripping ini sebagai “Ini adalah muslihat lama yang digunakan oleh penyangak penyangak di dalam sektor korporat” ( "This is an old trick used by the crooks in the corporate sector.")
kelakor laaa...
ReplyDeletekalau korang jalan jalan dalam negeri selangor ...
korang akan nampak banner warna merah kat tiang tiang lampu ...
muka mamat kalid ni tengah tersenyummmm .... (( sori bro the real mamat khalid ))
""" terima kaseh kerana ...."""aaahhh malas laa aku nak tulisss.....
bencik aku ...!!!!
malu laaa....jasa tak ade pon ...
mak bapak aku yg tua meregeh kat kampong tu sampai sekarang tak dapat bantuan ...sesen pon ....
dorang beria ria memangkah pkr ...
yg kelakornya ...pkr ni ..adelah kononnya nak bersedekah kat penduduk ...dibaginya tepong gandum aje ..2 bngkus sorang ....
ape ke he..???
2 bungkus tepong tu brapa nilainya ...
tapi bila bercakap dalam mesyuarat ..bukan main megah ... beso sangat ke tepung gandum 2 kilo tuuu ..????
cakapnya macam org kasi hamper...
hihihihi ...
tepong gandum 2 kilo sorang ...!!!
kahkahkahkah ....
tepong gandum 2 kilo sorang ...
heheheheheh ....
Untung juga dapat tepung, kami di DUN Dusun Tua (Hulu Langat) ada sesetengah kampung sejak Perompak Rakyat memerintah langsung tak dapat apa. Pengerusi JKKKN makan gaji buta. Sign board aje besar puji diri sendiri, bagi bantuan itu ini tapi hampeh. Dasar Perompak Rakyat.
ReplyDelete