Kata orang kejayaan seorang lelaki adalah kerana wanita di belakangnya, tetapi kejatuhan seorang lelaki juga adalah kerana wanita. Mungkinkah Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Khalid Ibrahim akan jatuh kerana wanita yang bernama Faekah, iaitu Setiausaha Politiknya?
Khalid nampaknya tersepit antara sayang dengan tanggungjawab. Kita tahu Khalid sayang pada Faekah kerana itu beliau telah cuba sedaya upaya untuk membela Faekah dengan berkata, “Faekah hanya menandatangani surat sokongan itu tanpa dia sendiri mempunyai kuasa untuk memberikan projek kepada syarikat yang disokong”.
Dalam kes ini, Faekah didapati telah merekomenkan syarikat anak saudaranya sendiri sebagai panel peguam kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri.
Nasib baiklah, Khalid tidak perlu membuat keputusan sendirian, tetapi perlu diambil secara kolektif melalui mesyuarat Exco. Apa yang berlaku ialah para Exco telah mengambil keputusan bahawa Faekah perlu meletakkan jawatannya esok.
Ramai yang berkata bahawa Faekah adalah sumber kekuatan Khalid dan apa yang berlaku ini amatlah melukakan hati Khalid.
Di saat Khalid terpaksa berhadapan dengan begitu banyak ancaman dalaman, kehilangan walaupun seorang dari pengikutnya pasti akan menjejaskan moral dan semangatnya.
Faekah bukan sekadar setiausaha, tetapi juga penghubung peribadi antara Khalid dengan Presiden parti, Wan Azizah. Melalui Faekah, masalah-masalah parti dapat dibincangkan secara peribadi dengan Presiden tanpa perlu terikat pada protokol sepertimana di dalam mesyuarat parti.
Apatah lagi apabila ramai di dalam parti yang tidak menunjukkan penghormatan yang sepatutnya terhadap Khalid walaupun beliau adalah Menteri Besar hubungan peribadi seperti ini amatlah penting baginya.
Kurangnya rasa hormat terhadap beliau, menyukarkan beliau mengawal dan memantau keadaan. Malah, sebahagian besar dari masanya, perlu dihabiskan untuk melihat sekeliling bagi memastikan dirinya tidak ditikam dari belakang.
Dengan ketiadaan Faekah, semakin sukarlah bagi Khalid untuk menjaga diri.
Kes Faekah itu sendiri memberi peluang kepada musuh-musuhnya untuk menembaknya dari dalam. Dengan timbulnya kes ini, kelemahan beliau sebagai seorang pemimpin terserlah dan tidak boleh dinafikan lagi.
Faekah tidak mungkin berani menandatangani apa-apa surat sokongan jika Khalid adalah seorang ketua yang tegas dan tahu bagaimana untuk mendidik orang-orang sekelilingnya. Sikap Khalid yang terlalu bergantung kepada Faekah membuatkan Faekah tidak berfikir panjang apabila menandatangai surat sokongan yang menjadi isu ini.
Tidak guna Khalid menyalahkan Azmin atau sesiapa sahaja di kalangan Exco atas apa yang berlaku kepada Faekah. Walaupun pahit, beliau perlu terima bahawa apa yang berlaku adalah berpunca dari kepimpinannya yang lemah.
Apapun, adalah tidak wajar untuk meletakkan kesalahan ke atas Khalid seratus peratus kerana sesungguhnya, memimpin sebuah negeri di bawah payung parti PKR bukanlah mudah. PKR adalah parti yang tergolong di dalamnya manusia-manusia yang berbagai jenis termasuk yang tidak normal atau songsang.
Mereka-mereka ini berpegang kepada kebebasan mutlak. Orang yang berpegang kepada kebebasan mutlak, pastinya sukar dikawal. Kerana itu, kita menyaksikan pemilihan parti PKR yang lepas adalah pemilihan yang paling kotor dalam sejarah.
Khalid Ibrahim tentu menyedari bahawa perletakan jawatan Faekah juga menandakan yang nyawa politiknya sendiri sudah tidak panjang lagi. Tidak mustahil ia akan berakhir sebelum PRU ke-13. Keputusan Exco yang tidak menyebelahi pendapat peribadinya menunjukkan yang beliau tidak punya sokongan lagi di kalangan Exco sendiri. Bagaimana seorang Menteri Besar mampu bertahan tanpa sokongan Exco?
Lebih dari itu, kita pasti, sasaran musuh-musuh Khalid adalah lebih jauh dari sekadar Faekah iaitu Khalid sendiri. Pada bila-bila masa, peluru baru akan dilancarkan untuk menghapuskan Khalid pula dan kali ini, tanpa Faekah di belakang untuk menahannya.
.
ReplyDeleteMerokok merbahayakan kesihatan jadi kurangkan merokok .
.
I loike the photo...trnyata Khalid lebih hensem sbg Fred Khalid..xde macam kuih serabaii...
ReplyDeletehik hik haktuiii
AKU BUAT SEMUA BETUL, ORANG LAIN BUAT SEMUA SALAH...........ITU LAH PAKATAN RAKYAT, YANG KOTOR LAGI MENGOTORKAN.
ReplyDeletelogo printed on the letter could not do anything to prevent cronyism even the 3 star logo.
ReplyDeletethis new letter head is wasting the people's money in it own ways
macam-macam slogan ditulis atas kepala surat bagi mengambarkan integriti pembakngang tetapi surat berslogankan integriti itu juga lah membuktikan integriti pembakngang telah masuk longkang.
ReplyDelete.
ReplyDeletegap nie peminat filem kartun flienstones....YA..BA DA...BEDU...
.
kronisme tidak pupus kalau ia hanya manifesto semata-mata
ReplyDeleteia akan pupus kalau parti-parti yang diberikan mandat mentadbir akan "walk the talk"; bikin apa yang dicakap.
kronikayaism adalah sebahagian dari konsep "berkebajikan" di serambi meka.
ReplyDeletejusteru, willma masih ada ruang untuk untuk buat kebajikan pada keroni kalau berhijrah ke serambi berkenaan.
dalam konteks jerung dan bilis, kes faeqah ini hanyalah bilis aje.
ReplyDeletekes kronisme melibatkan jerung merah apa cer bro...takkan lepaskan gitu-gitu kot?
walau apa sekali pun sebelum Selangor MUSNAH fred and wilma messti GET LOST....
ReplyDeleteLagi banyak mereka bertelagah semakin jelas kehancuran mereka. Dari awal memerintah sehingga hampir kepada PRU13 nampaknya kerajaan Selangor semakin kusut masai. Itulah agaknya yang menjadi penyebab Khalid Ibrahim tak sempat menyikat rapi rambutnya.
ReplyDeleteYa..beda..bedu...
mtk
Karya politik terbaik bro GAP.. Aku suka penceritaan lu.. Natijahnya tetap sama, Selangor semakin kembali kepada BN.. Puak Pakatan tnpa sedar telah berusaha mnyerahkan kembali dgn percakaran dalaman yg tiada nokhtah sejak 2008.. Selangor akan kembali maju..!
ReplyDelete