TULISAN DR MASHITAH IBRAHIM.
Awal minggu ini, sebuah NGO mendakwa gerakan memurtadkan umat Islam bertumpu di Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Melaka.
Berdasarkan maklumat yang ia terima daripada mereka yang pernah terjebak, gerakan kristianisasi dijalankan secara berkumpulan dan setiap kumpulan menyasarkan sehingga 400 orang Islam untuk dimurtadkan. Ini prospek yang cukup menggerunkan.
Antara langkah awal yang dijalankan gerakan ini ialah menterjemah Injil ke bahasa Melayu. Umat Melayu-Islam di Asia Tenggara menjadi sasaran sejak abad ke-17 di era penjajahan kuasa Belanda dan Portugis yang mendominasi rantau kaya sumber ini.
Kegiatan mubaligh kristian di Indonesia ditaja oleh Syarikat Hindia Timur, syarikat Belanda terbesar ketika itu. Kerani syarikat bernama Albert Cornelius Ruyl dan Jan van Hasel adalah perintis kerja menterjemah Bible ke bahasa Melayu antara 1628-46, dan disambung oleh dua paderi, Justus Heurn (1651) dan Daniel Brower (1662).
Pada 1691, Gereja Batavia (Jakarta) mengarahkan Dr Melchiar Leidekker pula meneruskan usaha ini dan beliau sempat menyiapkan 90 peratus sebelum meninggal dunia 10 tahun kemudian.
Dengan bantuan Rev. Peter van der Vorm, Bible pertama dalam bahasa Melayu Rumi dicetak di Belanda pada 1733 dan versi Jawi di Jakarta pada 1758. Bible inilah digunakan mubaligh kristian untuk memurtadkan
umat Melayu-Islam di Malaysia sehingga 1853 dan Indonesia sehingga 1916.
Selain paderi Belanda dan Portugis, paderi British yang berpusat di Pulau Pinang juga terbabit dalam usaha menterjemah Bible ke bahasa Melayu. Mereka yang berusaha memperbaiki versi Leidekker ialah Robert Hutchings and J. McGinnis, yang dikatakan memiliki penguasaan bahasa Melayu lebih baik daripada Willam Marsden yang menghasilkan kamus Melayu.
Penaja paling aktif ialah London Missionary Society (LMS), yang menjadikan Melaka sebagai pusatnya di rantau ini mulai 1841.
Apa yang menarik dalam rencana “The History of the Translation of the Bible into Bahasa Malaysia” tulisan Robert A. Hunt dalam Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (Bil 62 Bahagian 1 No. 256 Jun 1989) ialah pembabitan tokoh bahasa, Abdullah bin Abdul Kadir atau Munshi Abdullah, yang pernah diwawancara oleh pelajarnya, William Milne untuk sebuah penerbitan tajaan LMS.
Apabila ditanya pandangannya mengenai Bible bahasa Melayu, beliau berkata terdapat banyak kesalahan dari segi pemilihan perkataan, maksud, nahu dan penggunaan bahasa.
Kata Hunt: “It is no exaggeration to say that for the forty years after this interview, Abdullah would dominate efforts to translate the Bible into Malay, despite the fact that his contribution was rarely acknowledged publicly, and was sometimes hidden” (hal 38)
Fakta ini mengejutkan kerana kebanyakan kita tidak pernah tahu bahawa Munshi Abdullah berperanan besar menyediakan Bible bahasa Melayu yang diguna untuk memurtadkan umat Islam.
Mungkinkah Abdullah telah terperangkap? Antara mubaligh Kristian yang membantu Abdullah termasuk Claudius Thomsen, Benjamin Keasberry, John Stronach dan Thomas Beighton. Mereka menghasilkan istilah-istilah seperti kerajaan syurga (Kingdom of Heaven), mulut Allah (word of God), anak Allah (son of God) dan Bapamu yang ada di syurga (Our Father, who are in Heaven).
Abdullah meninggal dunia di Makkah pada 1854, dua tahun selepas terhasilnya New Testament dalam bahasa Melayu Rumi. Dua tahun selepas kematiannya, New Testament dalam Jawi dicetak dan diedar di seluruh Semenanjung, Sumatera, Sabah dan Sarawak.
Kata Hunt lagi: “In many ways, the year 1852 mark the end in Bible translation into Malay, an era which was defined, not by any mission strategy or social upheaval, but by the unrelenting efforts of Munshi Abdullah to convince Christian missionaries to do justice to their own scriptures in the language of the Malays.” (hal. 41)
Hunt mengenal pasti seorang guru bahasa di Normal School, Melaka bernama Suleiman serta beberapa pengajar Melayu lain turut terbabit menterjemah Bible ke bahasa Melayu.
Mereka membantu bekas askar British yang menjadi paderi, William Shellabear (yang turut menghasilkan naskhah Sejarah Melayu) mencetak Bible bahasa Melayu Rumi untuk golongan
Baba. Selepas Perang Dunia Kedua, kegiatan lebih rancak sehingga terhasilnya ‘Mengenal Alkitab Anda’ pada 1969, ‘Perjanjian Baru, Today’s Malay Version’ pada 1974 dan ‘New Testament in the Alkitab’ pada 1987.
Kegiatan ini berterusan sehingga sekarang. Justeru, umat Islam perlu ambil iktibar dan bertekad dalam usaha mempertahankan akidah demi kedaulatan agama.
bbrapa orang kawan yg beragama kristian mmg menggunakan kitab yg ditulis dalam bahasa Melayu/Indonesia(kurang ingat) sbb sy pernah membaca bbrapa bahagian kitab mrk..satu dinamakan sebagai perjanjian lama dan satu lagi dinamakan sebagai perjanjian baru..
ReplyDeletegerakan kristianisasi pula tidak mustahil ada memandangkan kitab berkenaan ditulis dalam bahasa yang kita fahami..cuma mungkin gerakan mereka masih kurang ketara, dijalankan secara sembunyi..
Saya sendiri menyimpan bible bahasa indonesia yang dinamakan ALkitab untuk dibaca sendiri. Tetapi semakin banyak dibaca semakin tidak menyakinkan kerana terlalu banyak ayat yang bertentangan.
ReplyDeletemiliki alkitab tak salah buat bacaan,perbandingan dan rujukan.....jgn pula terpengaruh,percaya dan amalkan...sudah ler....apepun yg berilmu tinggi jer yg patut miliki utk kajian.....
ReplyDeleteBahasa Melayu dan tulisan jawi adalah untuk bacaan bangsa melayu. Ini kerana rapatnya bangsa Melayu dgn Islam sehingga apabila disebut orang Melayu maka difahamkan beragama Islamlah dia.
ReplyDeleteIni berbeza sama sekali dgn bangsa cina, india, dan lain lain, iaitu tidak semesti seorang cina itu beragama budha, dan begitu juga tidak semestinya seorang india itu beragama hindu.
Jadi saya bersetuju bahawa usaha usaha menterjemahkan bible ke bahasa melayu dan tulisan jawi tidak lain tujuannya itulah saja. Bertujuan untu, memurtadkan umat Melayu.
Pada era ini, sungguh sesuatu yg pelik bila orang yg berserban, berjubah, berjanggut sejemput, dan diangkat sebagai alim ulama seperti nik aziz mahu menyokong usaha ini.
Bagi saya nik aziz tidak dapat tidak telah juga menggerakkan usaha memurtadkan umat Melayu apabila memberikan sokongan yg tidak berbelah bagi terhadap usaha menterjemah bible ke bahasa melayu.
Tidak cukup dgn itu, dia juga menambahkan usaha memurtadkan umat Islam ini dgn membiarkan nama Allah disyirikkongsikan dgn istilah kristianisasi.
Dalam konteks orang orang Melayu. Allah hanya satu. Dia tidak beranak dan tidak beristeri. Dia Maha Esa dan tiada sesuatu apapun yg menyamai Dia melainkan Dialah sahaja..
kpd yg berpelajaran, jangan takut baca bible. setelah membaca 5 atau 6 mukasurat, kita akan dapati ia umpama sampah. apayg dilakukan oleh pendajwah kristian ialah mereka menyembunyikan bahagian2 isi bible yang teruk yang berselerak dalam bible tp cuba mengetengahkan isi yg pada pandangan mereka relevant.
ReplyDeleteni fitnah pihak gereja utk gunakan nama besar org melayu supaya menyetujui agama kristian. berhati2. aku mmg tak pernah percaya apa2 tulisan mengenai org melayu hasil penulisan bangsa kristian.
ReplyDeleteotai
subang
Pada pendapat saya, tak payah lah takut sangat dengan Bible dalam bahasa melayu tu, sebab ada baiknya jikalau kalian boleh mendapatkan bible dalam bahasa melayu tu dan membacanya. Sebab kalian akan terjumpa banyak percanggahan dari satu ayat dengan ayat lainnya. Hal ini sudah dibuktikan oleh banyak paderi di Indonesia yang telah mendapat hidayah Allah SWT dan sekarang ini menjadi pejuang Islam. Kalian semua takut, karena kalian belum pernah membacanya dan mungkin akan mengatakan bahwa apa guna membaca bible sedangkan membaca Alquran sahaja tak pernah khatam.... tetapi saudara seimanku (Islam), justru para ulama di Indonesia, sebahagian besarnya beliau-beliau itu tahu dan banyak yang hafal tentang isi bible dalam bahasa Indonesia. Sehingga banyak para ulama di Indonesia tidak takut untuk berdebat dengan para paderi kristian, sebab para ulama itu tahu bahwa dalam bible itu teramat sangat banyak percanggah antara ayat yang satu dengan yang lainnya...
ReplyDeletea) memiliki senaskah bible utk koleksi peribadi tak apa, asalkan diri sendiri miliki asas ilmu yg ampuh bible itu tdk ada apa2, hanyalah buku karangan manusia yg tdk berkualiti dan tdk bernilai malah telah dirobah banyak kali
ReplyDeleteb) miliki bible boleh menjadi senjata apabila kjta berdebat dgn agama kristian kerana kita boleh tunjuk dan buktikan ayat2 mana yg bertentangan, ayat berulang, ayat2 lucah melampau, ayat2 Incest antara ibu dan anak ...ayah dan anak perempuan dan sebagainya, semua itu akan jd senjata ampuh asalkan kita bijak menyusun ayat menggunakan perkataan
c) Di Sabah dan sarawak, setiap hotel biasanya akan metakkan bible atau quran dlm laci meja setiap bilik, kadang2 hanya bible saja yg ada, masa check out ambil dan bawa bible tu jadikan koleksi peribadi, bible itu tak ada apa2 power atau maruah, ia boleh dibawa masuk tandas. ..boleh dilangkah2 atau dipijak diletak mana saja, bible itu hanyalah novel sampah tdk bernilai
So, if pets are to maintain a healthy body, they need large quantities of friendly bacteria I become sarcastic and abrupt We are all very busy people, some of us with 9-5 jobs and one hour commutes, and others of us busy making our lives at home work for us, with children at tow and a variety of chores to do as well as errands to run But virtually everyone else -- like the vast majority involving players along with the fans -- would suffer
ReplyDeleteThe same thing happens in an organization5 He can be reached on I'd try various products first
[url=http://www.authenticnikefalconsshop.com/tony-gonzalez-jersey-for-sale-c-15_22.html]Tony Gonzalez Jersey Sale[/url]
[url=http://www.authenticnikefalconsshop.com/julio-jones-jersey-for-sale-c-15_19.html]Nike Julio Jones Jersey[/url]
[url=http://www.authenticnikefalconsshop.com/julio-jones-jersey-for-sale-c-15_19.html]Cheap Julio Jones Jersey[/url]