Sunday, July 8, 2012

PKR PENING DENGAN SKANDAL RM1 BIL TALAM.



Rafizi Ramli, ayam tambatan PKR dan anak emas Anwar Ibrahim berkokok lagi, kali ini bukan ke atas diri seorang menteri tetapi terhadap Perdana Menteri sendiri.

Budak hingusan yang tidak tahu untung ini terus menerus bertindak melawan kerajaan seolah-olah mahu dijulang sebagai hero oleh partinya walaupun kepandaiannya adalah hasil biasiswa kerajaan yang diperolehinya melalui Petronas.

Seperti anak-anak muda lain yang pernah dirosakkan Anwar samada dari segi moral atau pemikiran mereka, Rafizi tergolong sebagai salah seorang pencacai beliau yang tersohor.

Malah tindakan Rafizi yang membuat siri pendedahan kononnya kerajaan Barisan Nasional mengamalkan rasuah dalam pentadbirannya sudah dilihat seakan-akan menjurus ke arah meroyan dan fanatik.

Ia bukan lagi untuk mempertahankan integriti atau perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan tetapi telah menjadi satu perlumbaan di kalangan pemimpin pembangkang siapa yang paling banyak membuat pendedahan.

Samada perkara yang didedahkan berlandaskan kepada fakta atau berunsur fitnah dan tohmahan bukanlah satu perkara yang penting.

Yang maha penting bagi pembangkang sesuatu isu itu ada kene mengena dengan kerajaan BN dan lebih beruntung bagi mereka bagi mereka jika isu tersebut mempunyai nilai negatif.

Menghidu sesuatu yang boleh memberi kelebihan politik kepada mereka, pembangkang tidak menunggu lama tetapi terus menerkam untuk menuduh kerajaan dan menconteng imej seburuk yang mungkin.

Tujuannya hanya satu iaitu untuk meraih undi dan simpati rakyat pada pilihan raya umum akan datang dengan harapan dapatlah mereka merasa kerusi empuk di Putrajaya.

Tindakan individu seperti Rafizi bukan didorong oleh perasaan tanggungjawab dan cinta kepada negara tetapi agenda peribadi dan politik yang jijik.

Biar kerajaan Malaysia dan pemimpinnya yang dipilih secara sah oleh rakyat dihina, dicaci dan difitnah, hatta di persada antarabangsa sekali pun, namun pembangkang sedikit pun tidak berasa salah malah mendapat kepuasan luarbiasa daripada perbuatan mereka.

Pernahkah Rafizi terfikir beliau telah melakukan kesalahan dengan melanggar Akta Institusi Kewangan 1989 apabila beliau mendedahkan 21 dikumen yang berkaitan dengan akaun milik NFCorp dengan dibantu oleh seorang kakitangan bank berkenaan yang juga penyokong PKR.

Beliau dengan mudah sekali berkata 'terlupa' untuk menyemak akta tersebut sebelum membuat pendedahan butiran akaun dan menyebarkan salinan kepada pihak media.

Akibatnya, seorang menteri kabinet yang tidak bersalah terpaksa meletak jawatan dan seorang kakitangan bank yang telah berkhidmat 20 tahun serta mempunyai keluarga hilang pekerjaan dan berdepan dengan risiko dipenjara 5 tahun dan denda RM5 juta.

Kini setelah NFC tidak lagi menjadi isu glamer bagi Rafizi dan bosnya, Anwar, maka mereka beralih pula untuk menghentam Perdana Menteri, dengan harapan kejayaan mereka mendesak seorang menteri melepaskan jawatan boleh juga diulangi terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Semua ini dilakukan berdasarkan pembohongan atau dalam bahasa pakar propaganda 'half truths' yang dipintal atau 'spin' supaya dilihat sebagai 'credible' atau berwibawa dan seterusnya boleh diyakini oleh rakyat.

Objektifnya adalah untuk mngalih pandangan rakyat daripada isu yang lebih besar yang membelenggu pembangkang terutamanya janji-janji yang mereka gagal laksanakan yang dibuat semasa pilihan raa lalu dan skandal kewangan dan rasuah yang terpalit pada pemimpin mereka.

Umpamanya Anwar sehingga kini terus membisu mengenai dakwaan memiliki aset bernilai RM3 bilion dalam 20 akaun besar semasa menjadi Menteri Kewangan ataupun pendedahan video seks dengan seorang pelacur berbangsa Cina.

Azmin Ali pula membisu mengenai pemilikan wang, harta yang aset yang besar serta saham jutaan ringgit di bawah nama isterinya.

Begitu juga di Selangor, Anwar membisu mengenai isu geran Selangorku berjumlah RM300 juta yang dpercayai adalah dana politik PKR yang dicuri daripada perbendahaan negeri.

Hakikatnya semakin banyak isu yang dibongkar oleh pembangkang, semakin rakyat sedar bahawa mereka sebenarnya amat terdesak atau 'desperate' untuk mencari populariti.

Setelah gagal membuktikan kemampuan mereka membela nasib rakyat, pembangkang tidak ada pilihan lain kecuali mereka-reka fitnah terhadap kerajaan dan Perdana Menteri.

Rakyat memerlukan sebuah kerajaan yang menjadi jaguh kebajikan mereka bukannya saudagar yang menjual mimpi dan fantasi yang belum pasti menjadi realiti.

ends

24 comments:

  1. .

    Merokok merbahayakan kesihatan ... kurangkan merokok .

    .

    ReplyDelete
  2. mcmana x peningg.... x habis cerita 3 bilion....

    tup2 muncul cerita 1 billion plak siap dgn dokumen dll...

    tak selamanya anwar boleh divert isu...

    central command BN skrg lagi dahsyatt dari PKR...

    skrg pegi mana2 pun org dah meluat nak ckp pasal anwar...rata2 org da percaya dgn keputusan bertulis hakim mat diahh...

    anwar selamat dari kes liwat 2 hanya sbb teknikall...tapi liwat tetap berlaku...

    hahahahaha....padan muka ko nuarr...

    ReplyDelete
  3. GAP,

    agak-agaknya bila PRU ni? I dah tak sabar nak mengundi untuk menghalau PKR dan sekutu-kutunya keluar dari bumi selangor ini.

    ReplyDelete
  4. ms pearl

    aku pun dah tak sabar nak menunggu keadilan dipadang masyar...bila semua perbuatan dan kata2 kita akan diadili dgn seadil2nya oleh Allah..siapa yg benar dan siapa yg salah..Maha Suci Allah sahaj yg Mengetahuinya..

    masing2 tunggu jer lah hari pembalasan itu.Waulahualam

    ReplyDelete
  5. gua pun tak sabo nak beri nuar telo masa pru 13 nnt...

    ReplyDelete
  6. ku pun dah tak sabar nak menunggu keadilan dipadang masyar...bila semua perbuatan dan kata2 kita akan diadili dgn seadil2nya oleh Allah..siapa yg benar dan siapa yg salah..Maha Suci Allah sahaj yg Mengetahuinya..

    masing2 tunggu jer lah hari pembalasan itu.Waulahualam

    HAAAAAA...BETUL LA TU. DI PADANG MAHSYAR NANTI AKAN DITANYA SI MUNAFIK2 MENGAPA DISOKONG SI PELIWAT DURJANA? WALHAL ADA SAKSI, ADA BUKTI? BERSEDIAKAH?

    ReplyDelete
  7. aku pun dah tak sabar nak menunggu keadilan dipadang masyar...bila semua perbuatan dan kata2 kita akan diadili dgn seadil2nya oleh Allah..siapa yg benar dan siapa yg salah..Maha Suci Allah sahaj yg Mengetahuinya..

    masing2 tunggu jer lah hari pembalasan itu.Waulahualam

    ========

    Memang betul tak kira UMNO ke PAS ke ularmak2 yang jual agama ke akan diadili seadil-adilnya....

    ReplyDelete
  8. Biarkan si Peliwat Tegar pembelot Bangsa dan Agama pening sampai dia MAMPOS!!!

    ReplyDelete
  9. So what? kalaulah tahu yang Rafizi menyalahi undang-undang Peraturan Kewangan kerana mendedahkan 21 dokumen syarikat dari bank, TETAPI, kenapa kerajaan tidak mendakwa beliau? Maknanya beliau tidak bersalahlah. Tak guna kita nak menyatakan kesalahan itulah inilah sedangkan pihak berwajib maseh berpeluk tubuh tanpa mengambil sebarang tindakan, Tidak ker menampakkan kelemahan dipihak kerajaan?

    ReplyDelete
  10. ya..aku setuju..kalau dia salah fitnah ka apa ka saman saja..biar dia terkincit..ni apa pun tadak..cakap saja lebih.

    ReplyDelete
  11. .


    Pangkahlah DAP... jika menang 51-49

    Kerajaan Perak berulang lagi..rakyat yang rugi...


    .

    ReplyDelete
  12. Kepada penyokong2 Pakatan Rakyat, sila tabik kepada Tuan Besar kamu yang baru iaitu Lim sekeluarga dari Parti DAP. Mereka akan mengetuai kamu semua dalam PRU13 nanti. Jika PR menang, LGE akan dinobatkan sebagai PM bukan Melayu yang pertama dalam sejarah Malaysia. Jika PM Melayu dilantik pun, pasti akan diremote control dari jauh oleh DAP sebagai PM Boneka.

    ReplyDelete
  13. Anon 7.02 PM. 8/7/2012.
    Teman setuju bebenor kata2 mike tu. Tak payah ulas pnajang2 kita tenggok sajalah diSelangor sekarang ini. Siapa yang me"remote control"kan seorang MB berbangsa Melayu dalam mentakbir negeri tersebut? Konon hebat sangat tapi habis khazanah dan harta rakyat diSelangor dirompak. Siapa yg mendapat untong? Adakah rakyat negeri Selangor? DAP senyap2 berpasta merayakan keuntungan yang mereka perolehi. Orang Melayu bercakaran sesama sendiei.

    Begitu juga di Perak dahulu. Seorang MB "bidan terjun" Melayu begitu bangga kononnya Islam sudah bertapak dinegeri itu. Dicanang seluruh pelusuk kampong kononnya Islam sudah berjaya. Hebat sekali lakonan mereka. TAPI dia lupa yang dirinya sudah menjadi alat "remote-control" DAP sehinggakan sanggup derhaka kepada DYMM SULTAN PERAK. Sultan yg menjadi pelindung dan payung bagi rakyat Perak. Kerana tunduk pada arahan DAP sanggup derhaka, sanggup baring atas jalan sanggup memaki-hamun baginda Sultan. Sayangnya dia juga lupa perbuatan memaki-hamun Sultan samalah juga memaki-hamun bangsa dia sendiri. DAP tepok tangan. Inilah "kebodohan" orang Melayu dalam PR.

    ReplyDelete
  14. SULTAN Ahmad Shah bertitah mengesahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan menghantar bantahan rasmi berhubung dakwaan Myanmar menurunkan pemain lebih umur pada pusingan kelayakan Piala Asia Bawah 22 Tahun, yang berakhir Selasa lepas di Yangon.Sehubungan itu, Presiden FAM bertitah agar tidak mempertikaikan umur mereka kerana "semua cerita telah selesai."Pihak sekretariat FAM juga kena berhati-hati supaya bantahan itu tidak akan memberi implikasi yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti FAM," katanya. Malaysia membuat bantahan awal sejurus tamat perlawanan terakhir kumpulan G pusingan kelayakan kejohanan itu yang menyaksikan skuad kendalian Ong Kim Swee tumpas 1-2 kepada tuan rumah Myanmar.Bantahan itu dibuat hasil pemerhatian dalam laman web rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa dan kelab Yangon United serta laporan media yang mendapati Myanmar membariskan empat pemain melebihi usia 22 tahun iaitu penjaring dua gol Myanmar ketika menentang Malaysia, Kaung Si Thu (25 tahun), kapten Kyaw Zayar Win (24), Ye Zaw Htat Aung (26) dan Thet Naing (23).Azzuddin berkata, AFC telah menghantar surat jawaban kelmarin, terhadap protes yang telah dibuat pasukan Malaysia dan memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan FAM.
    ..........................
    HAMPANYA AKU..

    ReplyDelete
  15. Tolongggg...aq xnak pakatan yg memerintah...tgk jer kat Perak dulu ..wlpon penganut PAS yg jadi MB tapi remote control di pegang oleh DAP..smp tergadai tanah kat Perak 999 tahun kat cibai DAP..tu baru bbrapa bulan mmrintah...kalo 5 tahun mahu tergadai negara di buatnya...'

    Melayu/Islam pakatan penghancor masa depan n HAK org Melayu/bputra di Malaysia..

    ReplyDelete
  16. Anon 4:11 nak sebut ayat penutup tu pon x reti nk mengajar org konon...jalan da...

    ReplyDelete
  17. Indahnya islam. Tiba masa dan ketika, umat islam semuanya disoal. Digantung kitab amalan setiap kita..usah dikeji, dihina sesama kita. Bersatulah bangsa demi agama mulia.. Kelak semua pasti berjaya..tunggulah masa, tangan dan kaki berkata. Mulut dikunci. PM ke, ulamak ke, guru ke, politikus ke, pelacur ke, bomoh ke, semua akan disoal. Bersediakah kita? Jadi cakap siang pandang2, ckp malam biarlah tahajud.. Hebat didunia akhirat belum tentu. Umno ada salahnya, pas ada salahnya, semua punya cita cita. Bangkitlah umno, sedarlah pas. Islam itu indah.

    ReplyDelete
  18. tq anon atas skali, aku dh brenti merokok beb.
    utk rafizi, lambat laun lu punya spende akan terlondeh jugak. rajin sgt korek lubang org, ramai org tunggu nk korek lubang lu. tungguuuuu!!!

    ReplyDelete
  19. Ms pearl nk BN berkuasa balik di sgor sbb nk sorok balik hutang Trinity kpd glc negeri...kejap ada kejap takde...

    ReplyDelete
  20. GAP KEMBALI POSTED

    Pernahkah Rafizi terfikir beliau telah melakukan kesalahan dengan melanggar Akta Institusi Kewangan 1989 apabila beliau mendedahkan 21 dikumen yang berkaitan dengan akaun milik NFCorp dengan dibantu oleh seorang kakitangan bank berkenaan yang juga penyokong PKR.
    ===================================
    walawei GAP...org kalu nk benteras jenayah dia dh tak kira langgar lampu merah ka lebih had laju ka...pandu terus..jenayah sdg berlaku di hadapan...tak kan tu pun aku nk ajar..kau bukan budak sekolah lg...

    ReplyDelete
  21. GAP KEMBALI POSTED - July 8, 2012 11:47 PM

    walawei GAP...org kalu nk benteras jenayah dia dh tak kira langgar lampu merah ka lebih had laju ka...pandu terus..jenayah sdg berlaku di hadapan...tak kan tu pun aku nk ajar..kau bukan budak sekolah lg...


    orang yang macamana yang dibolehkan berbuat demikian, hanya pegawai pegawai polis sahaja orang yang menjalankan undang undang yang dibolehkan dan bukanya SEMUA orang. Kalau suma dah boleh, tak yahlah nak ada undang undang. Patutnya kamu yang kena sekolahkan dulu. Sudah jadi dasar pembangkang, saperti juga nafsu yang tidak kenal undang undang.

    ReplyDelete
  22. Anon 7:14AM

    salah tu...keamanan & kesejahteraan negara adalah tanggungjwb kita bersama...kalu tak kita duduk tgk je lah mat rempit meragut..kalu kau bole tgk je kau tgk lah...aku akan kejar...sbb aku tk sanggup biarkan mangsa tu sendirian...tk kira lah dia apa bangsa atau agama..kita malaysian..

    ReplyDelete
  23. Rafizi patut desak khalid pasal talam... Jgn diam membisu pulak.. Desak anwar jelas pasal 1billion... Kalau ada isu pasal MRT kenapa nak terus kaitkan Najib... mintakla Najib buatla sesuatu dan siasat... Cara depa bangkitkan isu seolah2 Najib punya arahan...Najib terelibat?.. PM tu sibuk ... Dalang2 dlm projek mega ni jgn2 orang PR sendiri... Kalau rafizi betul2 pejuang keadilan... Barulah lh dihormati..ini tak .... Akhirnya berjuang untuk periuk nasi sendiri...

    ReplyDelete
  24. Utk anon kat atas tu... Setuju merokok merbahayakan kesihatan... jadi berhentilah merokok... Pada perokok... Masukkan duit nak beli rokok tu dalam tabung ... Hujung tahun tengok...banyak mana dah terkumpul..

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.