Tuesday, July 31, 2012

TANDA PUTERA : KETUA POLIS NEGARA DITEMBAK MATI.


Pada pukul 7 pagi, 7 Jun 1974 negara dikejutkan dengan berita yang penuh tragis. Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Ketua Polis Negara yang ketiga itu telah di tembak 11 das oleh 2 lelaki di Jalan Tun Perak. Tujuh daripada 11 tembakan itu mengenai tubuhnya. Kejadian berlaku ketika beliau dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Persekutuan di Bukit Aman bersama dengan Sarjan Omar Yunus. 

Dua penjenayah yang dipercayai anggota subversif komunis, seorang daripadanya Lim Woon Chong, alias Ah Kwong, 21 tahun dipercayai pemimpin Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (TPRM) seorang lagi Ng Foo Nam 23 tahun melepaskan tembakan yang membunuh Rahman. Mereka juga terbabit dalam pembunuhan Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Khong di Jalan Ashbay, Ipoh pada November 1975. Mereka telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati mengikut Aktar Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1978.


Tan Sri Rahman Hashim berpengalaman luas dalam kerjaya sebagai seorang pegawai polis dan telah berkhidmat selama 33 tahun. Dalam rentetan peristiwa yang telah dilalui, beliau baru berkhidmat dua bulan apabila tentera Jepun menyerang Pearl Harbour pada 8 Disember 1941 yang membawa kepada tercetusnya Perang Pasifik. Abdul Rahman adalah pegawai polis pertama yang memberikan kerjasama kepada tentera Jepun yang menyerang negeri Kedah. Tindakan itu bertujuan mengembalikan keamanan kepada negeri itu. Beliau turut menjadi anggota polis ketika pendudukan Siam di Kedah pada tahun 1943.



Tan Sri Abdul Rahman bin Hashim telah dilahirkan pada 7 Julai 1923. Bapa beliau ialah Hashim bin Md Saman berasal dan Kampung Ceruk Tun Kun, Bukit Mertajam. Pak Hashim sebelum menjadi Guru Besar Sekolah Sungai Limau, beliau bekerja dengan Nyak Hussein (bapa Prof Ismail Hussein) di kedai jahit Tuk Su Hanafi. 


Pada 17 Oktober 1941 Tan Sri telah dilantik sebagai seorang pegawai dalam polis negeri Kedah berpangkat Sub-Inspektor. Dalam pasukan polis beliau telah berkhidmat selama 33 tahun dalam berbagai jawatan di negeri-negeri Kedah, Selangor, Johor, Perak dan Pulau Pinang. Di Kedah beliau telah berkhidmat di Bandar Baharu, Baling, Gurun, Kuala Nerang dan Alor Setar. Pada masa Perang Pasifik tamat beliau adalah Ketua Polis Daerah Kuala Nerang. Pada tahun 1949 beliau telah dipindahkan ke Kajang sebagai Pegawai Penyiasat. Ini adalah pertukaran pertama baginya di luar Negeri Kedah. Ketika itu beliau berpangkat Inspektor. 

Pada bulan Januari 1952 beliau telah ditukarkan ke Kulai, Johor bertugas sebagai Penolong Ketua Polis Daerah berpangkat Penolong Penguasa Polis. Beliau kemudian mengikuti Kursus Siasatan Jenayah di Mill Meece, Stafford, England pada 1953. Sekembalinya beliau bertugas di Ibu Pejabat Cawangan Khas di Kuala Lumpur. Pada bulan September tahun 1957 beliau sekali lagi dihantar menjalani Kursus Pegawai Kanan selama enam bulan di Ryton-on-Dunsmore.

 Pada tahun 1960 beliau telah dinaikkan pangkat kepada Superintenden dan menjadi Ketua Jabatan Cawangan Khas di Pulau Pinang. Beliau kemudian dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman pada tahun 1963 dan menjawat jawatan pengarah pada tahun 1971. Jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara disandang pada 31 Januari 1972 dan Pemangku Ketua Polis Negara pada 1 Februari 1973 menggantikan Tun Mohamad Salleh Ismail.

Tan Sri Abdul Rahman tidak berkhidmat lama sebagai Ketua Polis Negara. 


Anugerah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ yang diterima daripada Yang di Pertuan Agong pada 5 Jun 1974 tidak berpanjangan.


Beliau hanya sempat mengecapi gelaran itu selama dua hari sebelum ditembak 11 das oleh dua penjenayah di Jalan Tun Perak pada 7 pagi 7 Jun 1974. 


Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Ampang dengan penuh penghormatan negara. Beliau meninggal seorang balu Puan Sri Halimah Mohamed Isa. 

Tan Sri Abdul Rahman amat disenangi oleh kakitangan pelbagai peringkat. Ini ialah kerana beliau mementingkan kebajikan kakitangannya. Beliau sentiasa mengambil berat dan prihatin mengenai hal ehwal kakitangan termasuk keluarga mereka. Pemergian beliau disambut dengan linangan air mata oleh setiap anggota polis dan rakyat negara Malaysia.


Sepanjang hayatnya Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman dikurniakan Ahli Mangku Negara (1961), Johan Mangku Negara (1968), Bintang Republik Indonesia (1970), Mahkota Kelas Pertama Thailand (1970, Bintang Bhayong Karya Indonesia (1972), DPMK, SMK, PMN. Tempat beliau digantikan oleh Tun Mohd Haniff Omar, Ketua Polis Negara Keempat.

25 comments:

  1. Al-Fatihah untuk kesemua perajurit & pahlawan yang telah berjasa untuk agama bangsa & negara. Moga beliau ditempatkan dikalangan para salihin dan tayyibin.

    ....kalau si tua Kit Sial si pencetus huru-hara mampus nak ditempatkan kat mana? ~khak ptuih!~

    -nik ajis mahafiraun-

    ReplyDelete
  2. SEJARAH YANG MASIH RAMAI GENERASI MUDA TIDAK TAHU ! LALU MEREKA MENYOKONG PEMBANGKANG MEMBUTA TULI.

    ReplyDelete
  3. Kit Siang..bapak fasis semalaysia!!!!!

    -pejuang hamas-

    ReplyDelete
  4. Berita Panas: http://bit.ly/M7xrqP

    ReplyDelete
  5. salam pejuang hamas!

    ...lama kita x bersembang! hang lupa beberapa ekor lagi gelaran bapak wajar diberikan kepada:

    1) al-juburi = bapak munafik
    2) kapal sinki = bapak anti islam
    3) pork nick = bapak kaper
    4) guan eng rainbow = bapak racist

    -nik ajis mahafiraun-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi satu...mat sabu...bapa kominis....

      Delete
  6. kita kena tgk sejarah..ahli politik pun kena blja sejarah semula

    ReplyDelete
  7. umur 21 dan 23 tahun?

    wow, kaedah pisko apa yang diguna pakai untuk mengubah manusia biasa jadi mesin pembunuh!

    soalnya, apakah buku panduan kelahiran manusia bobrok itu masih disimpan oleh pihak tertentu?

    RENUNGAN

    ReplyDelete
  8. pukul curi apa pun boleh

    ayam betina pun boleh buat

    kalau betul ayam jantan

    berdepanlah satu sama satu

    ReplyDelete
  9. kalau bukit kepong dijustifikasikan sebagai pekerja kolonialis, insiden selepas merdeka ini apa pulak spin dan justifikasinya?

    ReplyDelete
  10. Bomo Siam dengan zat tak mai lagi dalam entry ni, lepas ni depa pasti akan mengamuk sakan dengan entry ni, sebab depa benci sangat dengan filem Tanda Putera ni. Malahan fakta sejarah dalam filem ini pun depa tak suka, kerana nak jaga tuan besar depa dalam DAP tu.

    Syabas kepada pembikinan filem Tanda Putera, filem ini adalah bertujuan untuk menyedarkan generasi muda akan bahayanya komunis dan kegiatan subversif serta perlakuan chauvinist yang sangat melampau hingga mencetuskan keganasan yang dahsyat. Rakyat Malaysia samada bumiputera, cina dan india perlu bersatu padu dan mengambil iktibar akan bahayanya golongan komunis, subversif, dan chauvinist yang sekarang ini dipelopori oleh Penipu Rakyat dalam gerak kerja kotor mereka untuk merampas pemerintahan negara ini. Sedarlah rakyat Malaysia sekalian, kita semua boleh hidup aman damai dan makmur sejahtera kerana adanya pimpinan negara yang bersungguh-sungguh membangunkan negaa ini demi kepentingan agama, bangsa dan tanah air sebagaimana yang diusahakan oleh pimpinan Barisan Nasional. Sikap buruk seperti menghasut orang ramai membenci kerajaan, berdemontrasi liar, ceramah maki hamun siang dan malam yang diamalkan oleh Penipu Rakyat hanya akan merosakkan negara ini dan akhirnya rakyat akan sengsara. Lihatlah kerana kepentingan politik dan iri hati atas daya usaha kerajaan Barisan Nasional hendak membantu penduduk di Lembah Klang yang berhadapan dengan isu air, maka Penipu Rakyat sanggup menyekat projek air Langat 2, kerana iri hati sebab projek Langat 2 adalah projek usaha Barisan Nasional, itulah Penipu Rakyat mana tau buat apa, sibuk ceramah maki hamun, hasutan dan demontrasi liar, itulah kerja mereka, macamlah rakyat boleh hidup aman damai dan senang lenang dengan perkara-perkara keji sebegitu rupa, sungguh memalukan, keji dan sangat menghinakan sikap Penipu Rakyat ini.

    Marilah bersama-sama kerajaan Barisan Nasional untuk memajukan negara ini dengan berbagai usaha yang gigih dijalankan oleh pihak kerajaan, rakyat perlu memberi kerjasama yang padu dan jitu untuk menjayakan agenda pembangunan negara ini demi kepentingan agama, bangsa dan tanah air, jangan dihiraupkan propaganda komunis Penipu Rakyat itu, mereka sememangnya komunis, mereka adalah komunis moden yang meracuni pemikiran rakyat untuk bersikap liar, kasar dan bersikap tidak beradab dengan berdemontrasi liar melalui hasutan-hasutan keji mereka, jauhilah para komunis seperti Penipu Rakyat ini kerana mereka adalah perosak negara dan perosak rakyat, bersama-samalah Barisan Nasional bagi membangunkan negara ini menjadi aman sentosa dan makmur sejahtera.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Saya masih ingat bagaimana Tugu Negara juga di letupkan oleh anasir di percayai kominis pada tahun 70an .Mungkin ada sesiapa yang masih ingat akan perkara ini .

    ReplyDelete
  12. harap-harap pengganas ini langsung tidak berbaki...sume masuk ke dalam atau dilenyek setimpalnya.

    namun, mungkinkah ada yang terlepas atau belum insaf?

    kalau ada, cam no tu?

    ReplyDelete
  13. Terima kasih Barisan Nasional, kerajaan yang prihatin kepada rakyat dulu, kini dan insyaAllah hingga ke akhir waktu.

    Syabas Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  14. mesti ada sebab kenapa negara negara paling liberal dan demokratik (AS) tidak benarkan ideologi kal marx + matlamat halalkan cara (komunis bersenjata)bertapak di bumi depa.

    ReplyDelete
  15. dulu poligraf tak ada, makanya pengakuan insaf diterima tanpa ada pengesahan saintifik.

    apapun diharapkan pihak yang tersasar berkenaan telah betul-betul kembali ke pangkuan massa.

    ReplyDelete
  16. Anonymous said...

    harap-harap pengganas ini langsung tidak berbaki...sume masuk ke dalam atau dilenyek setimpalnya.

    namun, mungkinkah ada yang terlepas atau belum insaf?

    kalau ada, cam no tu?

    July 31, 2012 3:38 PM

    ----------------------------------------------

    Ramai lagi golongan komunis dalam Penipu Rakyat, mereka berselindung di sebalik istilah 'hak asasi manusia', mereka inilah yang menjadi agen subversif yang meracuni pemikiran rakyat melalui hasutan-hasutan keji untuk memecah belahkan rakyat dan menghasut rakyat bersikap liar membuat demontrasi ganas. Apa yang diamalkan oleh Penipu Rakyat ini adalah amalan komunis yang digelar 'political agitation' untuk mencetuskan kegelisahan politik supaya rakyat jadi keliru dan marah dengan pemerintah. Kerana Penipu Rakyat mengamalkan budaya komunis, maka Penipu Rakyat itu sendiri adalah komunis yang sebenarnya, dulu komunis menentang kerajan dengan senjata, sekarang komunis dalam Penipu Rakyat dah ubah strategi, senjata mereka bukan lagi senapang atau bom, tapi senjata mereka adalah orang ramai, orang ramai dijadikan alat untuk komunis berkuasa, orang ramai dijadikan bahan untuk komunis menentang kerajaan. Lihatlah dalam perhimpunan liar terutamanya BERSHIT, orang ramai telah dihasut dan ditipu dengan berbagai hasutan dan penipuan supaya menentang kerajaan, orang ramai dihasut supaya bersikap liar, bersikap ganas menyerang kerajaan dan merosakkan harta benda, lihatlah budaya komunis yang ada dalam Penipu Rakyat sekarang ini, mereka hanya berpura-pura kononnya hak asasi manusia, tetapi mereka menggunakan istilah hak asasi manusia untuk mempergunakan rakyat menjadi 'senjata' mereka untuk 'bertempur' dengan pihak kerajaan. Bila rakyat yang termakan hasutan Penipu Rakyat merusuh dan berkelahi dengan pasukan keselamatan, maka Penipu Rakyat bukannya nak membantu, malahan mereka lagi suka kalau ada kematian di kalangan perusuh itu supaya mereka boleh politikkan isu ini supaya lebih ramai rakyat termakan hasutan mereka untuk menentang kerajaan. Taktik ini adalah taktik komunis, jelas Penipu Rakyat adalah komunis.

    Sedarlah rakyat sekalian, negara kita diancam oleh komunis yang bergerak cara baru, mereka tidak lagi menggunakan senjata untuk berperang, tetapi mereka memperalatkan rakyat yang mereka hasut dan tipu untuk menjayakan apa saja rancangan kotor mereka, mereka sanggup mengorbankan sejuta rakyat demi kekuasan politik, sungguh memalukan sedangkan pihak kerajaan berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan berlakunya perkelahian dan keganasan, tetapi Penipu Rakyat komunis baru tidak peduli itu semua, kerana kuasa adalah lebih penting dari nyawa rakyat, mereka tidak peduli berapa ramai rakyat yang akan mati akibat hasutan dan penipuan mereka itu, kerana lagi ramai mati, adalah suatu kelebihan bagi mereka mempolitikkan isu itu demi kepentingan politik mereka.

    Oleh itu marilah kita semua rakyat Malaysia sekalian menyokong penuh dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional yang mahu memupuk perpaduan di kalangan rakyat. Sokonglah usaha kerajaan Barisan Nasional yang mahu membangunkan negara ini demi agama, bangsa dan tanah air.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  17. 3:51,

    ideologi kiri tanpa 'matlamat halalkan cara' tidaklah ada risiko.

    ideologi kiri bergabung dengan matlamat halalkan cara jangan pandang ringan.

    ReplyDelete
  18. Anonymous said...

    3:51,

    ideologi kiri tanpa 'matlamat halalkan cara' tidaklah ada risiko.

    ideologi kiri bergabung dengan matlamat halalkan cara jangan pandang ringan.
    July 31, 2012 3:59 PM

    -------------------------------------------

    Penipu Rakyat adalah komunis yang berbahaya, Menteri Amaran pulak sibuk dok main anak patung dan masak-masak kat pejabat, habis akta untuk lindungi keselamatan negara dijahanamkan, hak asasi manusia kononnya, dia tak sedar yang komunis dalam Penipu Rakyat bertepuk tangan dan melompat-lompat kegembiraan bila ISA dan Akta Hasutan dimansuhkan, sekarang ni katanya Akta Mesin Cetak dan beberapa akta lagi nak dimansuhkan, ko nak pelingkup negara ke Hisham Obor-Obor? Hisham Obor-Obor ni jenis tak sedar diri, ko mansuhlah semua akta yang ada, lepas tu ko pula kena bom dalam bangunan KDN, baru puas hati ko, itulah bila ada akta perlindungan, ko mansuhkan, hak asasi apa, untuk suspek jenayah hak asasi apanya, kena beri kerjasama, hak asasi untuk orang yang tak buat salah saja, golongan penjenayah tak perlu diberi muka. Penipu Rakyat adalah komunis!

    ReplyDelete
  19. Kembalikan ISA dan kembalikan Akta Hasutan untuk keselamatan rakyat, rakyat tidak perlukan menteri yang gila glamor seperti Hisham Obor-Obor, rakyat perlukan perlindungan keselamtan dari anasir komunis dan subversif yang berbahaya. Kembalikan ISA dan Akta Hasutan, itu yang diperlukan. Akta Perhimpunan Aman dan Akta Keharmonian Negara boleh buang dalam lubang tandas sajalah, itu semua banyak memberi ruang kepada komunis dan anasir subversif merosakkan negara ini, negara ini jadi kacau bilau baru ko nak puas hati Hisham Obor-Obor? Senangkah hati ko bila ribuan rakyat mati, berpuluh ribu cedera parah, cacat, kehilangan tempat tinggal akibat pemansuhan ISA dan Akta Hasutan? Saya melihat pemansuhan ISA dan Akta Hasutan amat berbahaya, selama ini kalau nak berhimpun, lebih dari lima orang kena minta kebenaran polis walaupun dalam premis, tapi sekarang, tak payah kebenaran, bagitau saja, lepas ni komunis buat perhimpunan sebarkan ideologi mereka melalui perhimpunan liar Penipu Rakyat, polis boleh buat apa lagi, nak tangkap tak boleh, sebab Akta Perhimpuan Aman benarkan perhimpunan sedemikian rupa, Akta Keharmonian Negara pun penuh dengan lompong untuk komunis lepaskan diri.

    Kerajaan perlu kembalikan ISA dan Akta Hasutan, kerana kalau ISA itu teruk, apahal Amerika Syarikat tiru ISA, memanglah mereka tak panggil ISA, tapi Patriot Act di Amerika pun sama macam ISA, tangkapan tanpa bicara bari kes-kes melibatkan keselamatan negara yang tidak boleh nak tunggu keputusan mahkamah.

    Jadi kembalikan ISA dan Akta Hasutan kerana ia penting untuk keselamatan negara.

    ReplyDelete
  20. ni ceta sejarah kene di beritau pada bdak2 muda...

    supaya tak senang kene klentong dgn anak cina dan nuar liwatt...

    tahniah GAP.

    ReplyDelete
  21. Dendam mereka telah lama .. semenjak kesedaran Politik kita memuncak tidak menerima MALAYAN UNION dengan Jus Solinya..

    masa tu semua DARAH MUDA, untuk kelangsungan kaumnya mereka terdesak dan dalam masa yang sama apa yang mereka inginkan adalah sebuah negara Republik.

    KERAJAAN KITA terlalu berlembut dalam hal ini. Kalau AKTA ISA dan AKTA HASUTAN boleh di mansuhkan, maka Kerajaan boleh memikirkan bagaimana membina satu RAKYAT Malaysia yang bersatu padu/harmoni dan bertolak ansur..

    " SATU SEKOLAH ASAS PERPADUAN "

    JIKA TIDAK,JANGAN BERANI BERKATA KITA SUDAH MEMPUNYAI ASA PERPADUAN YANG UTUH.

    ReplyDelete
  22. " kesian PM kita kerana MELAYU tidak bersatu terpaksa PM kita mengalah dengan tuntutan mereka.."

    ReplyDelete
  23. pohon copy bro..pendedahan yang perlu disebar sebarkan..

    ReplyDelete
  24. Puak DAP dah terketar-ketar dengan kehadiran filem ni.

    Mari ramai-ramai Like:

    www.facebook.com/TandaPutera

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.