Wednesday, August 29, 2012

KENYATAAN MEDIA PEMBELA.



KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN MUAFAKAT SEJAHTERA MASYARAKAT MALAYSIA BERSAMA
PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM (PEMBELA)
29 Ogos 2012 bersamaan 11 Syawal 1433
  1. PEMBELA mengulangi penegasan bahawa pertubuhan-pertubuhan Islam yang diwakilinya tidak berminat dengan persaingan mendapatkan sokongan melalui politik kepartian. PEMBELA juga tidak terpengaruh dengan sebarang sikap dan tindakan partisan para pemimpin Negara, sama ada di pihak kerajaan ataupun di pihak pembangkang yang ghairah memperjuangkan dasar dan manifesto masing-masing, khususnya di dalam mengemudi kehangatan bahang Pilihanraya Umum ke-13.
  1. Tetapi, PEMBELA tidak akan berdiam diri mahupun berkompromi apabila persoalan kedaulatan Islam disentuh dan dijadikan modal percakaran di kalangan parti-parti politik.
  1. Umat Islam menjadi semakin gusar, khususnya apabila saban hari menyaksikan kebiadaban para pemimpin politik yang secara terang-terangan menghina Islam bukan sahaja disebabkan kejahilan mereka, tetapi provokasi yang disengajakan untuk mendapat publisiti murahan dan meraih keuntungan politik yang bersifat sementara.
  1. PEMBELA bertegas bahawa sikap dan tindakan sebegini adalah sangat tidak bertanggungjawab, kerana melanggar keluhuran Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Negara melalui Perkara 3 (1). Kenyataan-kenyataan yang biadab sebegini harus segera dihentikan dan ditarik semula.
  1. Kedua-dua Yang Berhormat Karpal Singh a/l Ram Singh, selaku Pengerusi DAP dan Yang Berhormat Donald Lim Siang Chai, selaku Pengerusi MCA Negeri Selangor merangkap Timbalan Menteri Kewangan I, serta lain-lain pemimpin politik di setiap lapisan, wajib menghentikan kenyataan-kenyataan yang tidak bertanggungjawab mengenai Islam di Negara ini.
  1. YB Karpal Singh bersungguh-sungguh memperjuangkan konsep Negara sekular dan ini menggambarkan kejahilan beliau yang melampau tentang peranan Islam yang telah membina masyarakat Islam yang baik di Negara ini hatta sejak sebelum Perlembagaan Persekutuan hadir di dalam sejarah penubuhan Negara. Prinsip-prinsip ideal dan sumbangan Islam dalam membina individu Muslim yang baik telah menyumbang kearah pembinaan masyarakat Malaysia yang mantap, sejahtera dan harmoni. Mengapa YB Karpal Singh beria-ia memperjuangkan konsep Negara sekular, yang jelas rapuh, bermasalah dan telah terbukti menghancurkan tamadun lain di dunia, khususnya Negara-negara barat?
  1. Kenyataan YB Donald Lim yang ingin menghalang sebuah Negara Islam pula bersifat pramatang, menghasut serta mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab di dalam menjaga sensitiviti terhadap umat Islam yang menjalankan kehidupan beragama mengikut lunas dan ruang lingkup Perlembagaan Persekutuan. Khususnya bagi seseorang yang berstatus menteri kabinet Kerajaan Persekutuan, kenyataan tersebut menggambarkan kejahilan beliau tentang kedudukan Islam sebagai agama Negara, hakikat perlindungan terhadap agama-agama lain dan sumpah Yang DiPertuan Agong bagi memelihara dan mempertahankan kemuliaan Islam yang jelas termaktub pada perkara 37(1), Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.
  1. Adalah sangat malang bahawa YB Karpal Singh dan YB Donald Lim, mahupun mana-mana pihak yang sealiran dengan mereka membiarkan pemikiran dipengaruhi unsur-unsur stereotaip dan label media-massa musuh-musuh Islam di dalam membuat kenyataan-kenyataan mengenai Islam, yang jelas tidak berwibawa dan berprasangka jahat terhadap Islam. Malah, ramai di kalangan pemimpin Muslim sendiri tidak membantu menjernihkan kekeliruan ini, tetapi sebaliknya menambah-kusut kecelaruan mereka disebabkan sikap prasangka buruk, hasad dengki dan taasub kepartian mahupun individu, lantas membuat kenyataan-kenyataan yang mengesahkan kejahilan mereka tentang kedudukan Islam di Malaysia.
  1. PEMBELA menegaskan kepada para pemimpin politik khususnya, bahawa sebarang pendekatan yang boleh memprejudis kedaulatan agama Islam sebagai agama Negara boleh menghakis prinsip “Kesetiaan kepada Raja Negara” dan prinsip “Keluhuran Perlembagaan” yang menghilangkan kelayakan untuk menyertai proses pemerintahan Negara.
Justeru dalam menangani masalah yang timbul dari sikap sebegini, PEMBELA dengan ini:
  1. Bersepakat dengan pertubuhan-pertubuhan Islam untuk membuat aduan polis terhadap kedua-dua YB Karpal Singh dan YB Donald Lim, serta mendesak pihak berkuasa melakukan penyiasatan kenyataan-kenyataan mereka di bawah Akta Hasutan 1948 dan peruntukan undang-undang yang relevan, serta mengambil tindakan-tindakan yang perlu mengikut saluran sedia wujud;
  2. Menyeru agar semua pertubuhan-pertubuhan Islam di Negara ini menyertai PEMBELA dan rakan-rakan pertubuhan Islam lain di dalam menzahirkan kegusaran dan bantahan terhadap sikap tidak bertanggungjawab para pemimpin politik Muslim dan non-Muslim, tidak kira di pihak kerajaan mahupun pembangkang, yang membuat kenyataan-kenyataan jahat dan tidak adil mengenai Islam di Malaysia;
  3. Memohon persefahaman dan kerjasama utuh dengan Majlis-majlis Agama Islam Negeri dalam usaha melaksanakan hasil percambahan fikiran strategik dari masa ke semasa, demi mengurangkan pergeseran di kalangan umat Islam dan mendepani salah faham tanggapan terhadap kedudukan Islam di Negara ini di kalangan Muslim dan non-Muslim;
  4. Menyeru umat Islam terus mengekalkan iktibar dan didikan bulan Ramadhan yang baru sahaja berlalu, di dalam bermunajat kepada Allah SWT supaya diberikan taufiq dan hidayahNya untuk mengukuhkan kesatuan hati dan menghadapi mehnah kecelaruan pemikiran di kalangan masyarakat yang menyebabkan Islam terus-menerus diserang dan diganggu-gugat anasir-anasir daripada kalangan non-Muslim dan Muslim sendiri.
PEMBELA ingin menegaskan bahawa seruan dan tindakan kami hendaklah dilihat sebagai usaha mengekalkan keharmonian beragama di kalangan masyarakat Malaysia. Dengan menyanggah kenyataan-kenyataan tidak bertanggungjawab para pemimpin politik, PEMBELA sebenarnya mengembalikan citra dan keizzahan jati diri Islam sebagai agama Negara, yang telah dimomokkan dan diganggu-gugat persaingan politik partisan yang tidak bertanggungjawab.
Sambutan dan iktibar ulang tahun kemerdekaan ke 55 tanahair ini tidak akan bermakna sekiranya kekuatan Islam yang diibaratkan Mahkamah Tinggi sebagai “pohon jati”, dan tidak dipersoalkan sehingga ke Mahkamah Persekutuan, tetapi diremehkan dan diberikan kedudukan yang tidak adil di sisi Perlembagaan Persekutuan yang disanjung seluruh warganegara Malaysia.
 
 
A. Karim Omar
Setiausaha Agung MUAFAKAT
Dan
 
Hj. Aminuddin Yahya
Pengerusi PEMBELA
 
Pertubuhan-pertubuhan yang bernaung di bawah PEMBELA – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Pertubuhan Jalur Tiga (JATI), Pertubuhan Profesional Muslim dan Ukuwwah Ummah (PROMUSLIM), Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Institut Kajian Islam dan Strategik (ISSI), Persatuan Ulama Malaysia -Pulau Pinang, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Institut Pemikiran Tradisional Islam (IPTI)
 
Sekretariat PEMBELA
d/a Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)
25 Jalan Bandar 3
Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur

15 comments:

  1. Islam memang terunggul....orang nya bagaimana!!!?

    ReplyDelete
  2. Islam terunggul, buang nama islam pada parti politik supaya umat tk keliru ingat sokong islam rupanya sokong parti baral dan balaci..

    ReplyDelete
  3. Undilah umno/bn.
    Jangan bagi undi pada PASial.

    Kenapa?
    PASial menggagalkn usaha supayaorang2 islam bersatu sedangkan banyak ayat di dlm Al Quran mengingatkan bahawa islam itu bersaudara.

    ReplyDelete
  4. ISLAM TERUNGGUL!!!

    ISLAM PAS BAHLUL!!!

    BUMU SIAL TULUL!!!

    ReplyDelete
  5. sepatutnya ada badan NGO ISLAM YG memantau parti parti politik terutama pembakang yang mana pada hari ini mereka mula menyerang org islam dan cuba merosakankan akidah umat islam dimalaysia supaya kerajaan yg diterajui olih org islam dapat disalahkan kerana tidak menjaga kepentingan umat islam badan badan ini ada lah kuasa ketiga yang bolih mengambil tindakan keatas perti politik yg cuba bermain isu ugama islam terutama parti pembbankang jangan sampai nasi sudah menjadi bubur itu sudah tak bolih buat apa pada pembela aku sokong untuk ambil tindakan mana mana parti politik yg bermain isu ugama.

    ReplyDelete
  6. tahniah para tiang KUAT PEMBELA

    MACAMANAN NAK JOINT PEMBELA

    KENA JOINT ANAK2 PERSATUAN DIA KE

    KALAU JOINT DIRECT XLEH KE

    ReplyDelete
  7. jemput 2x, sempena bulan kemerdekaan ni...hehehe

    http://kautahutak.blogspot.com/2012/08/si-kitul-moden-yang-merdeka.html

    ReplyDelete
  8. AKU SANGAT2 BERHARAP

    PAS MENDAFTARKAN SBG NGO BEBAS

    DAN BERENTI JADI PARTI POLITIK YG MERUGIKAN UMAT ISLAM

    YG DAH BIASA2 DGN JAWATAN PANGKAT NI JOINT NAJIB DUDUK TEMPAT2 PENTING HAL2 AGAMA...

    BERJIHAT KAT SITU

    YG LAIN YG SELALU BERPINDAH RANDAH BUAT PASAR MALAM BOLEH TUBUH JEMAAH ISLAH..BERGERAK MACAM ARQAM , TABLIQ,,,KALI ISLAMKAN ORANG DAP HABIQ HABIQ...

    YG PENCACAI TU BALIK KAMPUNG TANAM JAGUNG..

    SELESAI MASALAH MALYSIA..

    ReplyDelete
  9. undilah bn... undilah MCA donald lim, chua soi lek.. undilah karpal kerana umno tolak hudud & negra Islamiyyah seperti karpalsingh, soi lek, dll

    ReplyDelete
  10. undi bbbnn ..... umno=asobiah ke;;;;;ra;;;;;umno @@*&^%shhiiiiiiiii##^

    ReplyDelete
  11. undi bn... setuju rasuah, setuju kronisme, .... setuju pelampau perkauman,.......................... setuju pembanjiran boroh asing... setuju hub dadah yg berterusan ......

    ReplyDelete
  12. AKU SETUJU DENGAN ANON 10.30. SEMOGA MALAYSIA SENTIASA AMAN DAN UMAT ISLAM TERUS BERSATU.

    ReplyDelete
  13. Anon 9.59AM

    kau sah penjilat tegar aljuburin.

    ReplyDelete
  14. Mula-mula minta nik ajis letak jawatan dan diam. suruh kurangkan bercakap ayat2 yg boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT. Kalau ahli2 pas mati esok2..boleh ka dia tolong jawab soalan2 munkar & nakir utk hangpa? nanti suruh nik ajis bagi tau kat munkar dan nakir, bahawa si polan ni adalah ahli pas seumur idup. tak perlu soaljawab, terus masuk syurga. sebab dah ada tiket syurga. Tolong pikir sikit..

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.