Islam adalah ‘Agama Negara’, bukan sekadar Agama Rasmi untuk tujuan upacara (ceremonial purposes) sahaja. Undang-Undang Tertinggi Negara seawal Perkara 3 Fasal (1) memartabatkan – Islam is the religion of the Federation;
Tiada sepatah pun ungkapan ‘sekular’ termaktub dalam undang-undang tertinggi Negara. Aspirasi masyarakat bukan Islam mahupun sebahagian kecil umat Islam untuk menjadikan Persekutuan Negeri-Negeri Melayu sebagai sebuah Negara sekular tidak kesampaian apabila Raja-Raja Melayu memperkenankan Perlembagaan Persekutuan yang ada pada hari ini tanpa ungkapan “sekular”.
Kesinambungan kedaulatan (sovereignity) Kesultanan Melayu Islam tetap kekal teguh dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia jelas membuktikan Malaysia bukan lahir atas ihsan penjajah British semata-mata, malah atas perkenan Raja-raja Melayu untuk bersekutu.
Perlembagaan Perseketuan mewajibkan Pemerintah dan rakyat keseluruhannya memelihara kesucian dan kedaulatan Agama Islam – melalui Perkara 37 – dengan mewajibkan Ketua Utama Negara- Yang di-Pertuan Agong untuk bersumpah atas nama suci Allah bagi memlihara agama Islam pada semua masa.
Semua cabang Pemerintahan Negara – Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman terikat dengan sumpah Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan kesucian dan kedaulatan Agama Islam setiap masa.
Pendirian mana-mana parti politik (sama ada DAP, PKR, MCA, MIC hatta PAS atau UMNO) yang mendokong unsur menentang kedaulatan Islam sebagai agama Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip Rukun Negara – Kedaulatan Undang-undang, Keluhuran Perlembagaan dan Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
Mana-mana parti politik yang meletakkan prinsip sekular dan liberalisme mengatasi prinsip Islam wajib memperbetulkan fahaman politik masing-masing kerana sebagai warga Malaysia, rakyat Malaysia tiada pilihan lain selain dari menghormati prinsip Islam sebagai agama Negara dan memartabatkannya.
Karpal Singh membuat kenyataan yang mengelirukan seluruh rakyat apabila mengatakan Tun Salleh Abbas memutuskan Malaysia adalah Negara sekular dalam kes Che Omar B. Che Soh. Sedangkan pada hakikatnya Tun Salleh dalam kes tersebut hanya berpendapat undang-undang yang dilaksanakan Negara ini pada waktu itu, tahun 1988, adalah undang-undang secular. TUN SALLEH TIDAK SAMA SEKALI MEMUTUSKAN MALAYSIA NEGARA SEKULAR.
Suara-suara sumbang dan pandangan menyeleweng pelbagai pihak terutama dari kalangan para peguam, ahli politik, yang menjulang prinsip hak asasi manusia hingga menjejaskan kesucian dan kedaulatan Agama Islam adalah ancaman utama terhadap kestabilan politik Negara dan telah mengakibatkan terjejasnya kedudukan Islam sebagai agama Negara.
Tindakan menuntut hak kebebasan dari pengaruh kawalan prinsip Islam termasuk hak orientasi seks, hak kebebasan menghina agama Islam, hak kebebasan untuk murtad, hak kebebasan seks, hak kebebasan untuk menyelewengkan agama Islam, hak untuk bebas dari pengaruh Syariah adalah bukti jelas betapa sebahagian besar rakyat Negara ini terpengaruh dengan di’ayah kononnya Malaysia sebuah Negara sekular.
BAGI MENGELAKKAN SALAH TANGGAPAN SEBEGINI TERUS MENULAR DI KALANGAN RAKYAT DAN PENTADBIR NEGARA, PEMBELA MEMOHON PERKENAN RAJA-RAJA MELAYU UNTUK –
MENUBUHKAN SURUHANJAYA KEDAULATAN AGAMA NEGARA (SKAN) SEBAGAIMANA YANG TELAH DILULUSKAN DALAM RESOLUSI KONGRES MAJLIS-MAJLIS AGAMA ISLAM SELURUH NEGARA SETAHUN LALU.
MENGENAKAN TINDAKAN PENDAKWAAN TERHADAP MANA-MANA PIHAK YANG SENGAJA MENCETUSKAN PERASAAN TIDAK MENGHORMATI AGAMA NEGARA.
Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)
Aku sokong 200%... laksanakan segera demi maruah agama kita...Semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan berkenaan...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletememang jelas dan susah hendak di nafikan... bahawa negara kita adalah sekular.. pasal tu Tun Salleh Abas takleh nakbuat apa. undang2 syariah melibatkan zina dan murtad tidak sama dgn kehendak Islam sebenar. so apalagi PM... cepat teggak kan ISLAM.. tunjuk kat dia org Islam yg Sebenar.
ReplyDeleteDr M: Tak seperti DAP, saya isytihar M'sia Negara Islam
ReplyDeleteDr Mahathir Mohamad berkata, pendiriannya tidak bersetuju dengan hudud yang dituntut PAS tidak boleh disamakan dengan DAP kerana Malaysia sudah diisytiharkan sebagai negara Islam ketika zaman pentadbirannya.
Justeru, bekas perdana menteri itu menafikan dakwaan beliau anti-Islam kerana tidak melaksanakan hukuman hudud semasa pemerintahannya.
"Ada dua perkara (DAP tak setuju). Tak setuju hudud dan negara Islam.
"Saya isytihar Malaysia negara Islam. Itu saya sokong. Soal hudud ini, (ia) intrepretasi PAS dalam hudud. Itu kita tak boleh sokonglah.
"Hudud soal lain. (Pengerusi DAP) Karpal (Singh) tak setuju nak jadikan negara Islam ala PAS. Kita memang dah (isytihar negara) Islam dah," katanya.
Haram Sokong DAP - Mufti Perak
ReplyDeleteSHAH ALAM – Majlis fatwa Kebangsaan tidak akan mengambil tindakan terhadap Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Saamah berikutan kenyataannya, haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, ini kerana kenyataan Abdullah tidak sama sekali bercanggah dengan Islam, bahawa adalah haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP yang terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
“Tidak perlu tindakan terhadapnya, kerana kenyataannya itu selari dengan Islam yang jelas haram bagi umat Islam menyokong DAP,” katanya mengulas saranan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik yang meminta Majlis Fatwa Kebangsaan berani mengambil tindakan dan menegur Abdullah Samaah.
Menurut Maszlee, kenyataan itu mencetuskan provokasi dan mungkin membuka jalan kepada ekstremis bangsa serta golongan subversif menumpahkan darah ahli-ahli DAP. - Sinar Harian
Malaysia Negara Islam Contoh: Dr Tantawi
ReplyDeletePUTRAJAYA 10 Julai - Sheikh Al-Azhar Dr. Mohammad Sayed Tantawi berkata, Malaysia merupakan contoh bagi negara Islam lain kerana Malaysia mengamalkan ajaran sebenar Islam.
``Sudah tentu Malaysia merupakan negara Islam contoh. Lihat sahaja pembangunannya yang amat pesat dan rakyatnya juga berpegang kepada ajaran sebenar Islam dengan aman dan damai tanpa rusuhan dan huru-hara.
``Ini adalah ciri-ciri negara Islam kerana Islam adalah agama yang memajukan, bukannya memundurkan umatnya,'' katanya pada sidang media selepas mengunjungi Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.
Dr. Tantawi yang ditemani Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman berbincang mengenai pelbagai perkara berkaitan umat Islam selama 50 minit dengan Dr. Mahathir.
Dr. Tantawi berkata negara Islam lain harus mencontohi Malaysia dalam usaha memajukan umat Islam di negara masing-masing.
Beliau berkata, Islam juga tidak suka kepada penceroboh dan orang yang memerangi orang lain.
``Islam menyuruh pengikutnya tahu akan haknya, sama ada hak itu bersangkutan dengan agama atau keduniaan.
``Pada waktu yang sama, mereka tidak boleh menceroboh. Allah tidak suka kepada orang yang memerangi dan menceroboh hak orang lain,'' katanya.
Dr. Tantawi tiba di Malaysia hari ini untuk menghadiri persidangan tiga hari Multaqa Ulama Sedunia yang dirasmikan oleh Dr. Mahathir di sini pagi tadi.
Beliau akan menyampaikan ucaptama bertajuk Beragama yang sebenar dalam era globalisasi esok.
Beliau berkata, agama Islam juga menuntut pengikutnya supaya saling bantu membantu sesama mereka dan kepada orang lain untuk kebaikan dan ketaqwaan dan bukan untuk melakukan dosa dan mencetuskan permusuhan.
``Saya bersetuju dengan pandangan Perdana Menteri bahawa umat Islam perlu bekerjasama di antara satu sama lain. Seperti sebuah bangunan, setiap juzuk bangunan itu saling menyokong di antara satu sama lain.
``Ulama Islam juga perlu memberi penerangan yang betul kepada orang Islam dan rakyat mengenai apa sahaja perkara yang berkaitan dengan umat Islam,'' katanya.
Ditanya mengenai Multaqa itu, Dr. Tantawi berkata, ia dapat memberi manfaat kepada umat Islam kerana ia menghimpunkan ulama dari segenap pelosok dunia atas dasar persaudaraan sejati.
``Kita semua berjumpa bertujuan untuk menerangkan gambaran Islam yang sebenarnya. Menerangkan kepada manusia sejagat bahawa Islam adalah agama yang membina, membawa kemakmuran dan kebaikan, bukannya meruntuhkan, menghancurkan dan merosakkan,'' katanya.
Beliau berharap multaqa kali ini dapat meningkatkan kefahaman terhadap Islam, agama suci yang diturun oleh Allah itu membawa kebahagiaan manusia dan bukan kesusahan.
Dr. Tantawi juga bersetuju dengan pendapat Dr. Mahathir yang menyebut bahawa umat Islam berpecah-belah kerana wujudnya fahaman berbeza.
``Islam adalah agama untuk bersatu padu dan berbaik-baik, bukan untuk berpecah belah. Adalah tidak munasabah bagi umat Islam berpecah belah dalam perkara remeh-temeh ini sehingga membuatkan kita mundur dan lemah.
``Saya menyeru semua ulama supaya berganding bahu menyampaikan kefahaman dan ajaran sebenar Islam bagi menyatu-padukan ummah dan membina kekuatan,'' katanya.
Beliau berkata, umat Islam memerlukan ilmu pengetahuan, ekonomi selain kelengkapan ketenteraan bagi mempertahankan diri.
Mengenai cadangan Dr. Mahathir mengenai penggunaan Dinar Emas dalam urusan perdagangan, Dr. Tantawi berkata walaupun beliau kurang arif dalam hal ekonomi tetapi yakin Perdana Menteri lebih arif dan berpengalaman dalam perkara itu.
``Jadi saya pasti pakar ekonomi telah mengkaji segala-galanya sebelum Perdana Menteri mengutarakan suatu rancangan yang begitu besar kesannya dan tentu ia akan memberi faedah yang amat besar kepada umat dan negara Islam.
``Pada dasarnya, saya menyokong penuh pandangan Dr. Mahathir itu,'' katanya. - Bernama
Duta Yemen: Malaysia sebuah negara Islam contoh
ReplyDeleteKUALA LUMPUR - Yemen amat mengagumi pembangunan ekonomi di Malaysia dan mahu mencontohinya, kata Dutanya di sini Abdulla Mohamed Al-Montser.
Untuk itu, Perdana Menteri Yemen Mohamed Salem Basundwa telah mengundang khas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang beliau sifatkan sebagai “arkitek dan pemikir di sebalik keajaiban ekonomi di Malaysia" ke Saana untuk perbincangan, katanya kepada Bernama dalam wawancara eksklusif di sini hari ini.
Mahathir dijadual melawat Yemen hari ini.
Selain mengadakan pertemuan dengan Mohamed Salem dan menteri-menteri kerajaan yang lain, Dr Mahathir juga dijadual mengadakan pertemuan dengan pemimpin sektor awam dan swasta.
Abdulla berkata Yemen mengagumi kejayaan Malaysia dalam semua bidang dan percaya semua negara Timur Tengah yang lain juga mempunyai pendapat serupa.
"Kami semua menyifatkan Malaysia sebagai Negara Islam Progresif Contoh dan amat menghormati Mahathir atas sumbangan beliau dalam meletakkan Malaysia pada kedudukannya pada hari ini," katanya.
Beliau berharap lawatan itu akan dapat meningkatkan lagi hubungan perdagangan, kebudayaan dan ekonomi antara Malaysia dan Yemen.
Musyidul Agong PR pulak nak persoalkan tentang status Malaysia sebagai negara Islam. Siapa dia?? Ulama muktabar ke...??
ReplyDeleteDi zaman Rasulullah, hudud dijalankan kepada org2 Islam sahaja kerana org kafir (nasrani/yahudi) ada peraturan/hukuman mereka sendiri dlm agama mereka (agama kitab/agama tauhid) Sekarang?..... adakah org2 Kristian masih ada dan mengamalkan hukuman utk kesalahan2 tertentu mengikut agama mereka. bgmana pula dgn org2 yg beragama buddha, hindu, org asli dll. Adakah mereka ada hukuman dlm agama mereka? Dlm msyarakat majmuk spt m'sia kaedah yg digunakan pakai sekarang sudah dikira telah menepati kehendak agama kerana dlm menjatuhkan hukuman prinsip yg utama adalah keadilan. Selain hukuman hudud, qisas dan takzir juga termasuk dlm hukum2 Islam juga.
ReplyDeleteSila tuan2 betulkan sekiranya saya tersilap. Harap maaf.
Benar anon 3:52 PM.... Islam pentingkan keadilan dalam melaksanakan undang-undang, pakai la nama undang-undang ILsam ape pun, tapi kalau konsep keadilan tu tak ade, ia langsung tak memberi makna. Hanya nama Islam akan menjadi buruk di mata bukan penganut Islam.
ReplyDeleteContoh paling mudah, jika seorang wanita dirogol dan mendakwa polan si polan yang merogolnya dan bila hendak didakwa bawah undang-undang hudud, wanita berkenaan dikehendaki mengemukakan 4 orang saksi yang tidak fasik dan adil dan melihat perlakuan rogol itu benar-benar berlaku. Jika tidak, wanita berkenaan boleh di dakwa dengan dakwaan qazaf.
Sudah la dirogol, saksi tiada, kemudian didakwa pula... Apakah itu keadilan yang Islam mahukan buat penganutnya?? Disitulah terdapat undang-undang lain iaitu takzir yang boleh menerima qarinah (bukti) seperti DNA air mani si perogol, laporan dari doktor yang bertauliah, bukti CCTV dan sebagainya. Dari bukti-bukti itulah keadilan dapat ditegakkan... dan barulah orang akan pandang tinggi pada Islam kerana menghukum pesalah secara adil...
kenapa perdana menteri kita tak mcm cina ..kemelayuan takda....cina ni kecinaan kuat..org umah terbakar pun dpt seratus ribu..ahli umno setengah abat wat keje untuk umno dia buat mcm bangkai..ramai melayu yg susah tapi dia tetap tolong cina dpd sejak jd menteri pendidikan...apa dia ingat cina jr yg bole bg dia kaya...tgk dia boleh bagi tak kalau ahli umno umh terbakar ..seribu pun mustahil..kalau bg pun 3 hari dok tayang dlm tv bagi bantuan..org melayu yg dok setinggan dihalau..org cina dok setinggan bg tanah..najib najib...tak kan tak kaya2 lagi baik dgn cina..org paham..tjd la melayu sikit
ReplyDeleteDR MAZLEE SURUH TANGKAP ULAMAK FASAL KAFIR HARBI.
ReplyDeleteJELAS DAN NYATA LIM KIT SIANG DAP SURUH MELAYU MATI PADA PERISTIWA 13 may 1969. Dia pence thus PERISTIWA BERDARAH ITU.
NAK Tanya dr mazlee....APA TINDAKAN YANG KITA BOLIH AMBIL KPD LIM KIT SIANG.
TATANG DIA SEBAGAI PM ALAYSIA, Dan HUMBAN ULAMAK MASUK PENJARA !
SUNGGUH "cerdik" DR MAZLEE NI KAN.........
Menarik gak Suruhanjaya Kedaulatan nih.
ReplyDeleteKalau bagus, tubuhkanlaa.
August 13, 2012 3:52 PM
ReplyDeleteAugust 13, 2012 4:03 PM
Kata2 kamu memang betul.
apakah ada negara yang mana semua agama menikmati kebebasan mutlak terutama dalam hal-hal keagamaan?
ReplyDeletesungguhpun Barat amalkan sekularisma tetapi dalam hal keagamaan tetap ada satu agama yang diletakkan lebih dominan berbanding lain-lain.
ReplyDeleteAugust 13, 2012 3:52 PM
ReplyDeleteAugust 13, 2012 4:03 PM
Sangat setuju dengan anda...
Apa akan terjadi jika setiap agama minta hukuman dijatuhkan mengikut undang2 atau fahaman agama masing2. Huru2 hara Negara.
Negara Islam tidak semestinya dengan melaksanakan hukum hudud.
Undg2 Islam adalah luas bukan hanya berkisar dengan Hudud sahaja.
Istihar negara Islam! Guna undang2 sekular....
ReplyDeleteUMNU selalu bermain dgn 'wayang kulit'!
kalau Amerika tidak mendominasi dunia pada hari ini, ada kuasa lain untuk mendominasi dunia ini.
ReplyDeletedalam konteks agama juga sama. kalau bukan agama A yang dominan, agama B, c, dll pasti mengintai ruang untuk jadi dominan.
6:22 PM said: Negara Islam tidak semestinya dengan melaksanakan hukum hudud.
ReplyDeleteINI RACUN AKIDAH!
Nauuzubillahiminzalik...!
August 13, 2012 3:52 PM
ReplyDeleteAugust 13, 2012 4:03 PM
...kenyatan ini lari jauh sgt dgn hudud!!!
Klu jahil jgn bercakap!!!
kau nk dh maksum sangat ke
DeleteGolongan yang mengatakan rogol dibawah hudud, sebenarnya mereka menggunakan teori mazhab hanafi yang menggunakan kaedah dalalah an-nas. Ini kerana, rogol dibandingkan dengan hudud dengan sama2 mengandungi maksud melakukan persetubuhan haram. Ia difahami melalui uruf bahasa sahaja.
ReplyDeleteSedangkan dalam mazhab syafie, ia tidak semudah untuk mengadaptasikan hukum rogol dengan merujuk kepada hukum zina dengan semata-mata mengatakan ia adalah persetubuhan haram. Ini kerana, antara zina dan rogol, ia mengandungi banyak perbedaan. Antaranya adalah, zina dilakukan dalam keadaan suka sama suka, sedangkan rogol dalam keadaan paksaan; zina tidak melibatkan kepada mangsa, sedangkan rogol wujud mangsa yang tidak bersalah dan sebagainya. Wallahualam.
Secara peribadi, aku lebih bersetuju mengatakan hukum rogol ini tidak diletakkan dibawah hukum hudud, tetapi diletakkan dibawah hukum ta’zir, kerana ia banyak memberi kemaslahatan kepada rakyat Malaysia. Jika diletakkan dibawah hudud, ia memberi polemic yang kedua, iaitu dalam menentukan pembuktian dengan merujuk kepada empat orang saksi, yang sudah pasti mangsa rogol sukar mendapat hak pembelaan. Wallahualam.
ReplyDeleteNamun begitu, ia bukan bermakna mangsa rogol boleh menuduh orang sesuka hati sehingga boleh tersebar kezaliman.
ReplyDeletePenentuan takzir itu pun, hendaklah dibawah kerangka maqasid ammah, iaitu mencapai keadilan dan menolak dari berlaku kezaliman di atas muka bumi AllahSWT.
logik akal mengatakan kalau penganut agama A lebih ramai dari penganut agama B makanya agama A akan jadi agama dominan.
ReplyDeletenamun kedudukan itu boleh diterbalikkan kalau kepentingan lain lebih utama dari kepentingan agama.
sejarah telah membuktikan status kedominasian sesebuah agama boleh berubah-ubah dan elok dijadikan iktibar.
Hudud hanya di kenakan kepada kesalahan2 yg tak mampu diubati olih akal manusia!
ReplyDeleteMencuri misalnya. Jika sipencuri didapati mencuri atas faktor kelalaian tuan punya...hudud tidak dikenakan!!!
Begitu jugak jika mencuri kerana lapar. Hudud diketepikan!
Barang curian yg tak seberapa harganya...jugak hudud akan diketepikan!
Mencuri dgn cara memaksa tuan punya menyerahkan harta...ini dikenakan hudud!
sebagai kuasa unggul dunia, Amerika pasti mahu berbuat apa saja untuk kekalkan status quo.
ReplyDeleteadalah tidak masuk akal untuk membayangkan Amerika akan serahkan dominasi yang dimiliki pada pihak lain!
justeru tak dapat bayangkan macam mana agama yang selama ini dominan, akan dikedurkan dominasinya kerana ada perkara lain lebih penting dari agama.
Jika Malaysia dikatakan sebagai negara Islam, kenapa perlembagaannya tidak menyebut AlQuran & Hadis sebagai rujukan wajib bagi perlaksanaan undang2 negara...???
ReplyDeletedunia adalah pentas persaingan. persaingan mengujudkan pemenang.
ReplyDeletesoklannya:
anutan mana bakal jadi pemenang selepas ini?
1. anutan sedia ada?
2. anutan musuh?
3. akan ada kompromi, yakni tak perlu ada pemenang?
apa pandangan anda?
betulkah kesaksamaan dalam beragama akan tercapai jua di man-mana penjuru dunia?
ReplyDeleteapakah Tanah Melaise akan jadi negara pertama capai status saksama agama?
wow gold medal tuh!!!
tok moh cari alasan! nak bela golongan kawarij yg banyak belasah bini org. dia nak bagi kepala org lain pusing macamana otak dia pusing.
ReplyDeleteAla bumuh SIAL, cakap je boleh la. Tapi ape pulak alasan hang bila kerajaan Kedah sendiri tak pernah bentangkan draf hudud untuk dilaksanakan di Kedah???
ReplyDeletePemimpin PAS ni ade beza-beza pendapat untuk hukum hudud yang satu ke???
Ada pihak cuba memberikan hujah mengelirukan dengan mengemukakan hujah kes Che Omar Che Soh yang sering digunakan pengamal dan pelajar undang-undang kononnya Tun Salleh Abas pernah memutuskan Malaysia ialah negara sekular.
ReplyDeleteCerita ini amat mengelirukan kerana Salleh hanya mengatakan undang-undang yang sedang berkuat kuasa adalah undang-undang sekular, bukannya negara ini negara sekular.
Mahkamah Persekutuan iaitu mahkamah tertinggi negara dalam kes Lina Joy lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sudah memberikan tafsiran lebih meluas kepada Islam iaitu satu cara hidup yang lengkap merangkumi semua bidang aktiviti manusia, persendirian atau awam.
Jelaslah mahkamah tertinggi negara telah menggubal tafsiran Islam yang diberikan Tun Salleh dalam kes Che Omar kepada tafsiran yang luas. Hairannya, kenapa umat Islam masih mahu berpegang kepada tafsiran sempit itu.
Dalam isu ini, Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari berpendapat, apa pun tanggapan kita terhadap kedudukan Islam dalam Perlembagaan hari ini, satu yang jelas ialah Malaysia bukan negara sekular.
Katanya, dari segi konsepnya adalah ganjil mengatakan negara ini sekular sedangkan pada masa sama, ada peruntukan mengenai agama dalam Perlembagaan.
“Negara sekular yang sebenar tidak mengizinkan negara turut serta dalam membantu menegakkan agama atau mengizinkan wang pembayar cukai digunakan untuk tujuan agama,” katanya.
Penang n Selangor x buat hudud ke?
ReplyDeleteAku selalu skip komen dari bomo siam... Buang masa je baca.. X mendatangkan faedah langsung... Aku rase org lain pun sama
ReplyDeleteSHAH ALAM – Majlis fatwa Kebangsaan tidak akan mengambil tindakan terhadap Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Saamah berikutan kenyataannya, haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP.
ReplyDeleteMufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, ini kerana kenyataan Abdullah tidak sama sekali bercanggah dengan Islam, bahawa adalah haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP yang terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
“Tidak perlu tindakan terhadapnya, kerana kenyataannya itu selari dengan Islam yang jelas haram bagi umat Islam menyokong DAP,”
apakah ada insan sanggup lunturkan dominasi dalam sesuatu perkara dan dalam masa sama berikan laluan pada pihak lain untuk perluaskan dominasinya?
ReplyDeletecontohnya, dalam isu ekonomi, apakah pihak yang mendominasi ekonomi sanggup lunturkan dominasi berkenaan kerana gantinya adalah kuasa? ada ke?
ini menunjukkan pihak yang dominan dalam hal ekonomi tidak sanggup curahkan air di tempayan semata-mata kerana melihat adanya guruh berdentuman di langit.
bagaimana dengan umat? kenapa ada kompromi terhadap sasaran asal iaitu negara teokrasi kepada negara sosialis kerana terdengar guruh di langit?
fikir-fikirkan
anon 9.04..hamba pun serupa jugak...komen org bodoh
ReplyDeletebomo....ko pi kupas limau purut ngan semangkuk air holy water ko tu.......
ReplyDeleteulamak nak istihar hari raya pun kena ada muzakarah dulu.....tu semua pakar2.....
ko bomo.......perasan pulak lg pandai dari org lain.....ko pi rujuk nun kat uia sana........belajar lagi la syariah baru nak komen pasal hukum hakam ni......klu banyak sangat mengarut......nanti org tau ko bodoh......
aku tak reti nak komen pasal undang2 ni.....jadi baik aku diam.......tapi klu pasal bomo nyanyuk mcm ko...........24 jam aku bole komen.......sebab aku tahu......kalu ko dah mati kutu.......hilang terus.........bukan nak jawab pun......he he sorry bro......bukan nak kutuk, tapi banyak sangat dah aku jumpa org mcm ko......
-anti jubur-
-anti jubur-... camtu la modus operandi bumuh SIAL. Hantar komen bodoh banyak-banyak. Ade orang respon, dia pun akan balas la.. mula-mula nampak la sikit hujah-hujah yang bernas, lepas tu mula la melalut2 sebab idea dah semakin kontang. Lepas dah tak boleh jawab, divert ke isu lain. Bila dah nampak kebodohan dia, terus hilang tak mau jawab. Alih-alih dia pergi komen ke entri yang lain pulak.....
ReplyDeleteYang paling celaka pasal bumuh SIAL ni, kalau kita pamerkan komen-komen lama dia sewaktu jadi musang ungka dulu, boleh pulak selamba badak dia kata komen dulu tak boleh pakai, mungkin waktu tu dia bodoh sangat kot. Jadi, tak hairan la, komen-komen dia sekarang ni pun akan jadi 'komen bodoh' pada 4-5 bulan akan datang.
Cuma bumuh SIAL tu je yang tak perasan komen-komen dia banyak yang bodoh... yang pro-kerajaan dah lama tau sejak dia mula post komen dalam entri terbaru lagi... hehe, tak gitu?
DAP akan meminta cara bagaimana nak menghapuskan perlembagaan malaysia daripada sekutu kuat PAP.jgn kita lupa suatu masa dulu singapura pernah ada kesultanan melayu dan bagaimana licik nya LKY menghapuskan raja2 melayu tanpa melayu singapura sedari...
ReplyDeletehahahaha...bomoh sial komen pasal hudud, mcm dia sorang je yg paham dlm bab hukum hakam nih!...nik aziz, hj hadi, azizan tak atu apa pasal hudud ni, sbb tu di negeri dia org tak laksanakan hudud.
ReplyDeletehj hadi....hudud hanya 0.0001% drpd hukum Islam (msa jd MB Trg dulu), sbb tu dia tak buat.
nik aziz...pusat tak izinkan (kononnya), lebih takutkan kerajaan pusat drpd Allah.
azizan...hudud bukan keutamaan bg kerajaan pas kedah, lagipun negara kita majmuk...
hahahahahaha.....
hehehe,.....betuoiiii tu bro....
ReplyDeletesapa tun salleh abas nak memutuskan negara ni negara sekular... dia tu sapa...
agong? ketua agama? atau insan kerdil yg terkeliru dlm menafsirkan perlembagaan... hehehe..
sbb tu dibulan puasa ni aku memohon kehadrat Allah swt utk mengalahkan PAS dengan teruk pada pru 13 nanti...
aku harap PAS dan pembangkang akan kalah dgn teruknya dan diberi kemenangan mutlak pada UMNO dan BN...
dan aku harap ulamak2 tulin di dlm pas akan pecahbelahkan parti itu, tubuhkan hanim dsbnya...sama mcm zaman dato asri dulu...
masa tu lahh baru majlis raja2 akan akan batalkan parti politik yg dibuat atas nama agama...
politik tu sendiri dah pecah belah, kalau kita sayangkan negara ini maka wajiblah diharamkan parti politik yg ditubuhkan atas nama agama...
biarlah umno saja yg berjuang atas nama bangsa, agama dan negara...kalau nak tubuhkan parti lain atas nama sekular, sosialis dibolehkan tapi itupun dihadkan bilangannya..
parti pas yg gunakan topeng agama ini cukup mengelirukan dan membakar keupayaan org melayu di negara ini...
mereka menghancurkan segala inisiatif yg dilakukan oleh pemimpin terdahulu atas nama agama islam..
platform agama ini tiada kekebalan utk menangkis puak2 zionis, neo-con, syiah, dari menyusup masuk dan dilantik menjadi ketua di dlm PAS...
abg otai
subang
Harap2 bila dah buat kena tegas tindakannya.Kita boleh tengok Islam boleh dicabar macam kes Lina joy dan banyak lagi .Agama Islam ada dalam perlembagaan tapi masih boleh dicabar.Itu yang tak masuk akal tu.Penggubal undang2 Islam kena duduk semeja dan buat satu undang2 yang keras dan tegas dan sesiapa pun tak boleh mencabar dan mengubahnya. Dan tindakan tegas perlu diambil pada yang sengaja mempermainkan Islam.
ReplyDeleteSAYANG SEKALI RUKUN NEGARA ITU TIDAK LEGAL.JIKALAU DILEGALKAN BARU BOLIH DIAMBIL TINDAKKAN UNDANG UNDANG TERHADAP PENCABOLAN RUKUN NEGARA ITU.
ReplyDeleteeehh..ehh.. merapu lagi bomo sie ni.. ckp berpusing-pusing.. balik ke asal dan akhirnya menyokong hujah asal semula..
ReplyDeletekau tk berjaya nak confiuskan org2 pro umno ni bro..
kau pi kacau malaysiakini ke malaysia today ke lagi baik bro.. kau hampeh mcm langau..
satu lagi la bomo sie..kalau agak2 kau handal sangat dalam undang2 hudud ..cer draf satu, pastu kau bagi kat zizan ke..kat pok nik ke..suruh dia org usahakan utk diguna pakai...sebab tu tugas dia org la.. apa yg dia org draf tu hampeh.. ada ke boleh main ikut lubang blkg bro...
ReplyDeletekemudian ada faedah sikit kau wujud dlm dunia ni dan kepada puak2 pas yg bongok tuh..
ni jadi langau.. tk pekdah bro...