Thursday, September 27, 2012

BAJET : BN TAWAR KAN PENYELESAIAN KEPADA MASALAH.



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan belanjawan negara bagi tahun 2013 pada hari Jumaat 28 September.

Ini merupakan bajet yang ke empat yang dibentangkan di Dewan Rakyat sejak memegang tampuk pentadbiran negara pada April 2009.

Walaupun ramai yang mengatakan ini adalah bajet pilihan raya kerana ini adalah bajet terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang hingga April tahun depan, namun bagi kerajaan Barisan Nasional ia adalah sana sahaja, samada pilihan raya atau tidak.

Program serta projek pembangunan bagi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara perlu diteruskan walaupun rakyat bakal memilih parti mana yang bakal menerajui kerajaan untuk tempoh lima tahun akan datang.

BN sentiasa yakin sokongan padu rakyat kerana ia tidak perlu berbohong mengenai rekodnya yang cemerlang jika dibandingkan dengan pembangkang.

Sebab itu tidak salah kalau Perdana Menteri memberi lebih tumpuan kepada kebajikan rakyat dan pertumbuhan ekonomi dalam belanjawan kali ini.

Malah jika belanjawan kali ini pro-rakyat adalah kerana itulah yang dijanjikan oleh Datuk Seri Najib ketika melancarkan slogan pentadbirannya yang mendahului rakyat dalam segala aspek program pembangunan negara.

Setakat ini Perdana Menteri telah menepati segala janjinya yang dibuat kepada rakyat ketika melafazkan sumpah jawatan dahulu.

Inilah yang menjadi jurang perbezaan yang amat ketara antara kerajaan BN dan pembangkang yang menamakan diri mereka Pakatan Rakyat.

Jika dilihat daripada kemelut air yang berlanjutan di Selangor, kegagalan kerajaan negeri PAS Kelantan membekalkan air bersih kepada rakyat, usaha menumbangkan Menteri Besar PAS oleh anggota Exco daripada parti sendiri dan sikap rasis, sombong dan bongkak yang ditunjukkan oleh DAP di Pulau Pinang, tidak silap kalau dikatakan pembangkang hanyalah satu pakatan untuk menipu rakyat.

Sementara kerajaan BN di bawah Datuk Seri Najib mengorak langkah dan menyusun strategi rapi untuk meningkatkan tahap pendapatan rakyat dan negara di tahun-tahun mendatang, Ketua Pembangkang pula tidak segan silu menabur janji-janji manis yang beliau sendiri tahu tidak mampu di tepatinya.

Ambil sahaja contoh janji-janji yang dibuat Anwar untuk meraih undi antaranya menurunkan harga petrol, menjanjikan pendidikan percuma, menghapuskan PTPTN, menurunkan harga kereta dan terakhir menjanjikan rumah mampu milik kepada rakyat.

Memang bunyinya sedap didengar dan apabila dibaca janji-janji ini di dalam kitab mereka yang dinamakan Buku Jingga, ada juga yang terpikat dan terpangaruh.

Namun hakikatnya adakah semua janji yang dibuat pembangkang praktikal kepada rakyat dan menguntungkan ekonomi negara dalam jangka masa panjang?

Umpamanya Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ingin menjadi juara kereta murah.

Jika kereta murah memang berduyun-duyun rakyat daripada setiap lapisan masyarakat mungkin akan mampu memiliki kereta idaman mereka tetapi bagaimana pula dengan perancangan untuk mengurangkan kesesakan dan juga kemalangan.

Jika jumlah kereta sudah sesak di jalan raya, kerajaan terpaksa pula membina lebih banyak jalan dan lebuh raya untuk mengatasi kesesakan.

Tol pula perlu dikenakan di lebuh raya baru oleh syarikat konsesi untuk tempoh beberapa dekad.

Rakyat kini merungut kerana di kebanyakan kawasan perumahan tempat meletak kereta tidak mencukupi.

Sudahkah Rafizi memikirkan bagaimana mengatasi masalah tempat parkir yang amat terhad jika cadangan beliau itu menghasilkan lambakan kereta yang tidak terkawal?

Contoh yang mudah ini sudah cukup untuk membuat rakyat faham bahawa pembangkang tidak mampu menjana penyelesaian kepada masalah yang dihadapi samada sosial, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Anwar hanya menyediakan alternatif bukannya penyelesaian - jika harga petrol kini didakwa tinggi, beliau hanya mengambil jalan mudah dan populis dengan berjanji untuk menurunkan harga.

Begitu juga dengan PTPTN - jika kini pinjaman diberikan kepada ribuan pelajar kolejm dan universiti, Anwar hanya mengambil jalan mudah untuk menghapuskan segala hutang PTPTN dan menjanjikan pendidikan percuma.

Persoalannya adakah pernah Anwar menerangkan walaupun sedikit kepada rakyat cara mana atau mekanisma cadangan-cadangan beliau atau yang terdapat di dalam Buku Jingga ingin dilaksanakan? 

Bagi kerajaan BN pula, setiap dasar, program dan projek pembangunan yang hendak dijalankan telah melalui satu proses penilaian yang ketat supaya apabila dilaksanakan kelak menepati tujuan dan matlamat.

Bukannya seperti program air percuma Pakatan Rakyat di Selangor tetapi akhirnya rakyat sendiri yang menyaman kerajaan negeri kerana tidak mampu menunaikan janji.

25 comments:

  1. Tiap inci tubuh penuh dgn subsidi kerajaan. Bukan dia sorang, anak beranak, 2-3 keturunan semua enjoy dgn usaha kerajaan. Yang palatnya nak pergi buat dakyah rosakkan bangsa, agama dan negara pun pakai minyak subsidi...tapi perangai tetap macam setan..tak bersyukur. Eh..pegi mampos la PR..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budget untuk stadium runtuh ada tak??

      Delete
  2. Aku Sayang Tun MahathirSeptember 27, 2012 at 8:26 PM

    pada aku PR dah lama mampos!!!!!!

    ReplyDelete
  3. Mahathir sebelum ini menggelarkan Soros sebagai seorang tolol dan turut menyalahkan jutawan berkenaan atas krisis kewangan yang melanda Asia pada 1997.

    Namun, Mahathir berbaik semula dengan Soros dan mengadakan sidang media bersama pada 15 Disember 2006.
    Mahathir turut mengutus surat sepanjang tiga halaman bertarikh 11 Januari 2006 kepada Soros untuk meraih sokongan ke atas projek Forum Keamanan Global yang diusahakannya.

    ReplyDelete
  4. Projek ternak lembu apa cerita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jet bapak kau apa cita?air bersih macam mana?lebuhraya rakyat apa cita?pendidikan percuma apa cita?

      Delete
    2. Bagi kat 1.3 juta pelajar yang layak sebanyak 260 juta..

      Bagi kat lembu kak ijat sorang 250 juta..

      Budget nk bodohkan orang melayu

      Delete
    3. Sedih, nilai pelajar hanya 200 sorang.. Kalah dengan nilai lembu kak ijat..

      Baik jadi lembu dari jadi pelajar...

      Delete
    4. Kerajaan BN telah mengambil tindakan sewajarnya terhadap NFC.. Sharizat dgn hormatnya telah melepaskan jawatannya sbgai menteri.. Pemimpin PR walaupun dh ada bukti rakaman video dan cctv tp masih berlakon?? Setiap manusia pasti mempunyai kekhilafan tetapi bukan semua yg berani mengaku.. Tahniah pemimpin tertinggi BN kerana anda walaupun ada melakukan khilaf bila ada teguran anda memperbaiki bukan mcm pemimpin PR dh ada bukti tetapi penyokong masih menyokong pemimpin yg rendah akhlaknya kerana dendam dgn pihak BN.. mungkin ada hikmah dr yg maha Esa bg setiap pekara yg terjadi.. InsyaAllah..

      Delete
  5. Semoga Malaysia terus aman dan maju di bawah kepimpinan DS Najib..

    ReplyDelete
  6. Pakatan Haram figure out BELANJAWAN HARAM diornag berdasarkan DATA input mana? Dr mana ANUGAY nk tahu INPUT2 statistik terkini belanjawan Kementerian2 sebelum dia boleh plan unjuran atau kuncupan!

    CELAKA LAH DAJJAL NUAR PR penipu besar!!

    ReplyDelete
  7. anon 8.26pm
    kita cerita pasal SOROS bg dana kpd proksi politik Meloyakini.com. So buat apa dia bg dana byk2 just utk niat 'sedekah'..kafir mana der 'sedekah2'.. xbaik ko fitnah Tun M utk memutihkan kejahatan SOROS Yahudi tu.

    ReplyDelete
  8. PR bawak ler citer apepun rakyat xde nk percaya dh..
    Manifesto pun boleh jd 'air kencing' jer.. abis tu benda lain yg besar2 nk percaya lagi ke? Sorry lahh.. berok pun lari bai..

    ReplyDelete
  9. masa kerajaan bentang bajet tiap tahun semua nampak bagus, hebat tapi hakikatnya longgokan besar bajet diboloti oleh kontrak & syarikat2 kroni yg dekat dengan pm atau menteri2....... eg. PKFZ, NFC, LRT ampang (GK), IPP, AP, syed bukhari, taib mahmud, ...

    rakyat tetap dibebani dengan kos hidup yg tinggi, krisis sosial yg meruncing, korupsi yg kronik, institusi awam yg pincang, tadbir urus yg lemah .......

    maka, isu nasional masih mencengkam rakyat majoriti ...

    RASUAH,
    DADAH,
    PATI,
    BOROS,
    KENAIKAN HARGA,
    TOL,
    BIL,
    CUKAI,
    ZINA,
    RAGUT,
    ROMPAK,
    ROGOL,
    BUNUH,
    TIPU,
    PENYELEWENGAN...
    KOS HIDUP MEMBEBANKAN...
    politik wang & ugutan..

    rakyat hanya mampu mengeluh..
    ada yg berani, ada yg takut...

    yg berani... akan buat perubahan.. tsunami pru13?!

    ReplyDelete
  10. Benda macam itu kau nak salahkan kerajaan juga?manja betul kau ni..subsidi kau balun jugak.apa cita,?malu lah,tak pernah aku dengar ada orang bunuh diri sebab cukai terlalu tinggi,kos hidup meningkat.Boleh je travel seluruh malaysia...amacam?

    ReplyDelete
  11. jenayah meningkat... polis tak buat kerja... asyik berpolitik.....

    pendatang haram berleluasa.... syarikat kroni nk untung cepat ambil pekerja asing yg murah .. rakyat tempatan menganggur dan disonggok dgn dadah.... akhir jd penagih tegar... buat kerja jijik.. lacur, ragut, pecah rumah , curi motor, rempit. selok saku, ugut ibubapa, bunuh ibubapa...

    nasib bangsaku...... selepas 55 tahun merdeka..... mereka terjajah dibumi sendiri oleh bangsa sendiri..


    pru13... ubah, tukar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kata if kau ubah dahulu cara pemikiran kau menjadi positif! Then kau tukar pekerjaan kau jd bisnesman dan ambillah belia2 kita yg menggangur jd pekerja kau then lepas tu kau komen lah.. Aku tabik org yg selalu berusaha memperbaiki kelemahan bukan org yg selalu mengeluh.. Tegurlah pemimpin anda dgn cara baik dan bijaksana insyaAllah setiap keburukkan akan terbenam.. Allah suka kpd sesuatu yg baik.. Maaf jika menyinggung!

      Delete
  12. Budget kelentong rakyat jer ni..budget untuk rayuan pru13,

    Lepas jer pilihanraya, klu depa menang, standby jer lah barang naik (bn). Harga minyak masak yg akan awal sekali naik diikuti ron 95, harga keperluan asas n last but not least, highway tol juga sudah lama ditahan dari x naik...

    ReplyDelete
  13. Tajuk gap, bn tawarkan kepada penyelesaian masalah

    Ingat dah lama berkuasa, masalah xde, bila nyawa dah nak kiok baru mengaku ada masalah..

    Sendiri create masalah sendiri nak cuba solve..

    Nampaknya lepas pru13 klu depa mnang lagi, makin terbebanlah masalah yang dihadapi rakyat terutama orang melayu..

    ReplyDelete
  14. Setuju ngan anon 10.09

    Rakyat akan terbeban terutamanya orang melayu

    ReplyDelete
  15. budget tak bentang lagi dah mcm2 suara sumbang,

    semua mende nak free tapi gaji nak tinggi,

    masalah2 kat atas tu 100 peratus salah gomen ke atau salah individu tak buat kerja

    Tukar la gomen apa pun, kalau pekerja dlm gomen tu tak amanah takan ada perubahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong! Tukarlah sesiapa pun jd pemerintah jika pekerja xde amanah dan tanggungjawab still masalah xkan selesai.. Yg bermasalah tu sikit je tp itulah punca kpd masalah.. Selesaikan je!

      Delete
  16. mengapa kerajaan tak pecat je pegawai pemalas, penipu dan rasuah...

    ReplyDelete
  17. anon 8:26,

    Tun minta sokongan soros utk KEBAIKAN ka utk KEMUSNAHAN?

    KALAU DUA BENDA NI PUN HANG TAK BOLEH NAK BEZAKAN, SAH HANG JILAT LA ANWAR SAMPAI BILA2!!!!!!!

    anon 11:39 PM,

    RASUAH tu kalu hang tak bagi, takdak orang nak ambik!! tu sj cara nak hapuskan rasuah!! jgn bagi & jgn ambik! ni kerja orang persaorangan, bukan kerja kerajaan nak suruh orang amalkan rasuah!! dah ramai mala'un yg terlibat ditsangkap & didakwa dlm kerajaan!

    dlm pembangkang adaka sapa2 ditangkap & didakwa oleh parti/pakatan? tak dak punyala sbb masing2 pandai buat bodo!!!!!

    ReplyDelete
  18. Anonymous said...
    Sedih, nilai pelajar hanya 200 sorang.. Kalah dengan nilai lembu kak ijat..

    Baik jadi lembu dari jadi pelajar...

    September 28, 2012 1:29 AM

    ________________________________

    to anon 1;29,

    lu sorang je lah yg jd lembu...mungkin kawan2 PR lu sekali akan ikut lu transform jd lembu....bingai!!!

    bersyukur lah yg lu dapat jimat rm200 SEORANG...wa ulang SEORANG utk belanja sekolah anak...wa rase kalu lu ade 10 ekor anak, lu dah jimat rm2000 dah....bodo piang!!!

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.