Friday, September 28, 2012

KAJIAN UMCEDEL.


Kajian UMCEDEL Buktikan BN Akan Menang PRU 13

Berdasarkan laporan terbaru kajian pilihanraya yang dilakukan oleh Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) tidak syak lagi Barisan Nasional (BN) sudah berada di landasan yang betul untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU 13).

Kajian tersebut yang dilaksanakan bermula 1 September hingga 16 September 2012 lepas melibatkan seramai 1,536 orang respondan dari seluruh negara. Kurang 746 orang berbanding 2,282 orang responden yang ditemubual semasa tempoh kajian sebelumnya (31 Mac - 15 April 2012).

Di peringkat pusat, daripada 1,536 responden yang dikajiselidik itu, seramai 676 orang ataupun 44% daripadanya yakin BN akan memenangi PRU 13 dan mengekalkan penguasaan sebagai Kerajaan Pusat. Hanya 461 orang sahaja yang memilih Pakatan Rakyat (PR).

Manakala baki 399 orang ataupun 26% lagi memberikan jawapan tidak pasti, berkemungkinan besar terdiri dari golongan atas pagar. Angka 26% adalah amat besar bagi sebuah negara demokrasi yang membangun seperti Malaysia dan amat signifikan dalam menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan.

Sekiranya kajian dan rekod pilihanraya lalu dijadikan sandaran, golongan pengundi atas pagar acapkali akan mengundi berdasarkan isu semasa dan umumnya sebahagian besar golongan ini sebenarnya lebih cenderung bersama BN.

Dengan hanya 30% sahaja respondan yang memilih PR sebagai pemenang sementara baki 70% lagi jelas tiada keyakinan terhadap kemampuan PR, tidak sukar untuk kita jangkakan pada PRU 13 kelak akan menyaksikan PR terpaksa melepaskan banyak kawasan DUN dan Parlimen yang kini sedang dikuasai mereka.

Dalam PRU 12 yang dilangsung pada tahun 2008, calon-calon pembangkang menguasai sejumlah hampir 49% undi dari seluruh negara dan kesannya membolehkan mereka menang di 83 kerusi Parlimen.

Jika peratusan 30% yang memilih PR itu diterjemahkan dalam konteks peratusan undi pilihanraya, bermakna mereka akan keciciran lebihkurang 1 per 3 kawasan-kawasan Parlimen dan DUN yang kini dalam penguasaan PR.

Sementara itu, seandainya trend sokongan golongan atas pagar terus cenderung bersama BN termasuklah seperti mana yang dibuktikan dalam beberapa siri pilihanraya kecil sebelum ini, itu adalah satu petanda malang untuk PR.

PRU 13 kelak tidak hanya akan menyaksikan kebangkitan semula BN, lebih dari itu impaknya bakal menyebabkan penguasaan 22 tahun PAS di Kelantan juga bakal menemui noktah akhir.

Secara keseluruhannya, kajian oleh UMCEDEL itu membuktikan BN sudah pulih dari kejutan tsunami politik 2008 dan ia selari dengan kebangkitan semula BN sebagaimana ditunjukkan melalui peningkatan undi sokongan dan kemenangan dalam banyak siri pilihanraya kecil sebelum ini.

38 comments:

  1. ...janganla engkorang yang dalam UMNO berangan nak menang kat Kelantan, selagi si tua keramat hidup wali selipar tu ada.

    ...bukan aku nak merendah2kan usaha korang sama sekali tidak. cuma masalah org2 UMNO ni baru kena jack sket dgn survey mcmni mula la nak hidung kembang, bontot kembang, alpa, leka, lagho....udahnya terlepas lagi mcm PRU 2004 bila perbezaan kerusi adalah tipis.

    ...tu tak masuk bab merajuk x dipilih jadi calon la, cah keting la, satu surau imam dua la...

    ...baik la engkorang bekerja lebih gigih lagi...TU PUN KALAU NAK MENANG LA..KALAU X SMPAI SI TUA TU MATI PUN BELUM TENTU BOLEH MERASA NAK MENANG DI KELANTAN...ADA PAHAM!

    -nik ajis mahafiraun-

    ReplyDelete
  2. Baru kajian...tu pun mahu kecohh ke....blom kputusan sebnar lg fuhh nasib baek..

    Hidup UMNO?

    HIDUPPP PAS!

    ReplyDelete
  3. Aku xrasa BN boleh menang dikelantan. . Kecuali BN jadi pembangkang diperingkat pusat. . Ini kerana faktor kenegerian dan tanah adat dikelantan.
    Bagi org kelantan mmg mahu kemajuan tapi jika BN menang kemajuan yg dibawa akan mengorbankan hak peribumi kelantan. . Maka kaum melayu akan beransur kekampong jauh dari kawasan bandar dan dibandar pula dibolot oleh kaum kapitalis dan pedagang besar. .
    Ironinya biar air yg diminum itu keruh tapi kemajuan yg bakal dicipta tidak menganggu hak peribumi.
    Sbb itu kelantan rela digelar miskin. . Walau KDNK dia melebehi melaka dan perlis.
    Bukan nik ajis kuat dgn pengaruhnya tapi itulah saja org yg dpt menampan kegelojohan pemimpin2 PAS DAN UMNO yg ada agenda tersendiri. . .

    ReplyDelete
  4. sapa bakal MB kita yg baru... AWANG ADEK lg ko?

    gelak rakyat kelantan....

    ReplyDelete
  5. KELANTAN AKAN JADI KAYA.
    LEBIH RAMAI BOLIH TUNAIKAN HAJI DAN UMRAH.
    TAK PAYAH TUNGGU SPONSOR, GUNA DUIT SENDIRI.
    PEMBANGUNAN DALAM 5 TAHUN, BANDING DENGAN KEMUNDURAN 22 TAHUN BAWAH NIK AZIZ.

    PASTI NIK AZIZ AKAN RASA MALU, TAK MAMPU BAWA PEMBANGUNAN, FARDU KIFAYAH.........

    ReplyDelete
  6. Bagi yg sygkn bumi Malaysia sebenarnye mereka tiada pilihan...pembangkang belom ade kualiti...

    ReplyDelete
  7. Apa2pun harap BN menang di Selangor!!!

    ReplyDelete
  8. Hakikatnya pembangkang masih xmampu lagi utk memerintah....kejujuran cina dap amat diragui walhal gelaran tokong dan jelas sombong dan angkuh guan eng setelah dpt kuasa di penang.

    ReplyDelete
  9. 10.15..
    ha yetakye kan...
    '''
    apsal tak minta pkr jadi KM dipenang


    Pening aku memikir oooo



    ReplyDelete
  10. Aku tak kesah UMNO kelantan takat macam ala2 perasan menang, tapi di Selangor aku nak sangat-sangat BN menang besar 2/3 supaya keunggulan dan imej negeri Selangor sebagai negeri terkaya di negara ini pulih seperti dulu. Sampah2nya dikutip dan dibuang dengan teratur, jalan2 di turap dengan sempurna, taman2 awam diselenggara dengan berhemah supaya kekal segar, hijau dan kerosakan kemudahan taman dibaiki seperti sediakala, air-air terjun dan pancur di taman dapat berfungsi, sekarang ni semua dah jadi macam rumah tinggal dan projek terbengkalai, hidup segan mati tak mahu, Selangor negeri miskin tidak cukup duit. Cukai yang kami bayar tu tah mana perginya, tak sempat nak investigate secara detail.

    ReplyDelete
  11. tak yakin pr menang 2/3 majoriti mudah.....kerna dulu bn menang tipis pasal undi protes pd paklah...kini pak najp jadi kepala pru13 serta slogan janji ditepati..tak di mungkiri..pasti bn cemerlang,gemilang dan terbilang bila berkuasa kembali....
    2/3 dlm genggaman!

    ReplyDelete
  12. Terus terang jgn yakin sgt dgn survey ni.. Risikan badan tertentu masih tidak menunjukkan hakikat ini... Bn kena usaha kuat di peringkat akar umbi... Kita kena tonjolkan lg bahawa PR sebenarnya tiada kualiti dan pemimpinnya suka bermewah naik jet sana sini.. Itu blm jd kerajaan lg..org kg perlu tahu itu semua ini..
    Penampilan ds najib dh terbaik..tdm kena bantu.. Badwi perlu hilangkan diri benci rakyat tengok..

    ReplyDelete
  13. kajian umcedel ni penipu laaaa, umno jgn lekas percaya

    ReplyDelete
  14. Undi BN teros!! hapuskan PASial!!

    ReplyDelete
  15. memanglah..survey beberapa pihak hanya ....tilikkan...serta pendapat 0.001%dr jumlah keseluruhan penduduk dewasa .....tujuan hanya syok dan populis sendiri......,pihak yg sebenar hanya parti yg bertanding utk berusaha lebih gigih utk
    mendapat sokongan rakyat....

    ReplyDelete

  16. Tak akan undi PR...x mau peliwat jadi pemimpin ku..

    ReplyDelete
  17. dalam sinar hari ini atok nik aziz lelong tonkat utk kumpul dana pilihanraya,kah kah kah kah kah tongkat tak berapa sen barapalah yang orang sanggup bayar agaknya.selipar tanak lelong ke

    ReplyDelete
  18. tak ada le bn boleh menang kat kelantan. susah......
    orang kelantan ni setia pada pas. tak ada air pun dia tetap pangkah pas.
    percaya le mike

    ReplyDelete
  19. SOALAN-SOALAN YANG MESTI DIJAWAB OLEH
    SETIAP PENGUNDI YANG BAKAL MENGUNDI DALAM
    PILIHANRAYA UMUM KE 13 NANTI

    1. Presiden parti manakah yang telah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew?
    A. Presiden DAP
    B. Presiden PAS
    C. Presiden UMNO

    2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk judi?
    A. DAP
    B. PAS
    C. UMNO

    3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera sejak merdeka?
    A. DAP
    B. PAS
    C. UMNO

    4. Siapakah yang menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan British hampir 50% sejak merdeka?
    A. DAP
    B. PAS
    C. UMNO

    5. Siapakah yang telah menyerahkan Pulau Batu Putih / Tanjung Pagar kepada Singapura baru-baru ini?
    A. DAP
    B. PAS
    C. UMNO

    6. Siapakah yang memberi arahan supaya membunuh orang-orang kampung di Memali, Kedah pada 19 Nov 1985?
    A. DAP
    B. PAS
    C. UMNO

    7. Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari bangsa lain?
    A. Negeri UMNO
    B. Negeri PAS (Kelantan)

    8. Siapakah yg menghilangkan RM 28 bilion setahun dgn audit negara mencatat audit yg pening kepala ?
    A. UMNO/BN
    B. PR

    9. Siapakah yg me'lego' telaga minyak pada Berunai berjumlah 300 billion ?
    A. PAS
    B. DAP
    C. UMNO

    10. Siapakah merampas Perak ala samseng dan mafia ?
    A. PAS
    B. DAP
    C. UMNO

    11. Siapakah yg memberi arah supaya menyumbat ke dalam ISA MP dan rakyat dalam operasi lalang dahulu ?
    A. Presiden PAS
    B. Presiden DAP
    C. Presiden UMNO

    12. Siapakah yg selalu menaikan harga barang ?
    A. PAS
    B. DAP
    C. UMNO

    13. Siapa yg menolak hukum HUDUD selama ini ?
    A. PAS
    B. DAP
    C. UMNO

    14.Siapakah yg memberikan subsidi insentif pada kroni IPP, RM 19 billion tetapi pada rakyat subsidi mahu di hapuskan terus ?
    A. PAS
    B. DAP
    C. UMNO

    15. Siapakah yang menghapuskan kekebalan dan kuasa Raja Raja melayu sehinggakan boleh dibicarakan Raja2 di Mahkamah?
    A. PAS
    B. DAP
    C. UMNO

    Dan soalan cepuemas
    Siapakah bela lembu dalam kondo?

    A. Anwar
    B Nik Aziz
    C Kak Ijat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembuat soalan ini seorang yg merasakan dirinya hebat atau perfect sgt atau pandai sgt memerintah mcm tokong guan eng dipenang.....ADAKAH DIA SEORANG UPAHAN PEMBANGKANG ATAU BAKAL AHLI SYURGA PAS.....ADAKAH DIA SUDAH MENILITI SEMUA FAKTA SEJARAH ATAU MENILITI SEMUA EKONOMI NEGARA DIDUNIA INI...

      Delete
  20. Soalan tambahan utk calon PMR

    Pemimpin Parti mana kuat meliwat/ kuat maen jubor ?

    a) Bomo Siam
    b) Musangka
    c) Ngeh, Nga , Lim Sialan & Co.
    d) Mata mata lebam
    e) Wali selipar Jepun


    keh...keh...keh...

    ReplyDelete
  21. Pemimpin Parti mana kuat beri rakyatnya minum Teh Tarik & Kopi O selama 25 tahun....keh..keh..keh ?

    ReplyDelete
  22. Parti mana yg mempunyai seorang ahli Parlimen yg berwatak & berfikiran ala ala Mr Bean ?

    ReplyDelete
  23. Soalan tambahan, parti manakah yang asyik menjerit2 berkenaan hudud tapi dah berpuluh tahun draf pun langsung tak kelihatan apa lagi nak melaksanakannya di 5 negeri yang dikuasainya. Asyik menyalak salahkan Tun M yang dah pencen tu.

    ReplyDelete
  24. MELAYU SOKONG DAP ADALAH MELAYU BAHALOL BIN TOLOL...
    SEMUA TAHU SIAPA DIA.
    BANGKAI BUSUK UMNO PUN ADA.

    ReplyDelete
  25. SOALAN TAMBAHAN.
    MELAYU MANA YANG TAK DAPAT JAWATAN MASUK DAP.

    PELIWAT NEGARA ANG MANA LAYAK JADI PERDANA MENTERI.

    .

    ReplyDelete
  26. Soalan Tambahan,

    Bini pemimpin manakah yang merelekan menyembabkan sebahagian tubuhnya ke muka pemain badminton negara dan melagakan pipi dengan aktor bollywood.

    ReplyDelete
  27. Nak menang kat kelantan,

    Jangan harap lah BN boleh menang.

    Sentimen kenegerian orang kelantan berbeza dengan negeri2 lain

    Satu2 satunya negeri yang mempunyai undang2 penguasaan tanah Rizab Melayu,,,

    ReplyDelete
  28. SOALAN TAMBAHAN UNTUK DIJAWAB SEBELUM PRU 13..(subjektif).

    1. Bontot siapa yg kena sebat oleh aljuburi?

    2. Selain pkr, parti manakah penjilat bontot DAP?

    3 Siapakah nk pergi mekah di sponsor oleh kroni?

    4. Siapakah pecat Hassan Ali yang menentang murtad dan rumah urut di selangor?

    5. Hudud sipakah yang benarkan suami liwat isteri?

    6. Siapakah yang songlap tabung memali?

    7. Siapakah yang kata negara islam sebenarnye tak de tapi dulu bermati matian nk tegakkan negara islam sampai berahim libya sanggup mati kerana nak tegakkan negara islam tersebut?

    8. SELAIN PKR DAN DAP, parti manakah yg menyokong dan bersengkongkol dengan ambiga yg menyokong lgbt dan sex bebas?

    9. Parti islam manakah yang bersekongkol dgn kapir harbi tapi dulu dia kata haram bekerjasama dengan kapir utk memerintah negara?

    10. Selain dap, Parti manakah yg menyokong kaki zina, liwat dan pro yahudi?

    11. Selain dap dan pkr, Parti manakah yang menyokong seorang munafik yang menipu kes 16 sep, kg buah pala, kes puluhan kotak fail dan tipu tak bg air free kepada rakyat selangor?

    12. Selain pkr, parti manakah yang bersahabat dengan orang yg kata langkah mayat aku dahulu sebelum hudud boleh dilaksanakan?

    13. Parti manakah yang menjamin sorga kpd orang yang mengundinya walaupun tak sembahyang?

    14. Parti manakah yg membenarkan penyokongnye menyerang polis di memali untuk menegakkan negara islam palsu (negara kebajikan je sebenarnya yang ada)?

    15. parti manakah yang paling baghal memerintah di mana hal air untuk rakyat pun tak boleh diselesaikan walaupun dah 22 tahun memerintah?

    16. Parti manakah yang mengondolkan bumi kelantan utk mendapat hasil balak apabila tiada hasil lain yang boleh dicari untuk menampung perbelanjaan kerajaan baghalnya?

    17. Parti manakah yang memerintah negeri yang paling banyak terdapat kes aids?

    18. Parti baghal manakah yg bagi hakmilik tanah di perak selama 999 tahun kepada cina?

    19. Parti manakah yang bagi hak memajukan tanah negerinya termasuk di lojing kepada cina?

    20. dari parti manakah ahlinya sanggup berbaring di atas jalanraya menghalang kenderaan raja nak lalu?

    21. Parti manakah yang nak mengurangkan kaki tangan kerajaan yang tak menyokongnya jika berkuasa di putrajaya?

    22. parti manakah yang kata komunis macam mat indera adalah pejuang kemerdekaan manakala anggota polis yg mempertahankan bukit kepong adalah talibarut british?

    23. pemimpin dari parti manakah yang menggelar anuar ibrahim sebagai aljuburi?

    24. Pemimpin dari parti manakah yg di tangkap khalwat dengan bini orang di hotel di kota bharu?

    25. Dari negeri manakah rakyatnya banyak berhijrah keluar untuk mencari rezeki?

    26. Parti manakah yg memberi bantuan kepada rakyat kena tunjuk kad ahli parti dahulu?

    27. parti manakah yang tak mendirikan masjid di negerinya tapi ada patung budha duduk, baring dan berdiri yang terbesar di dunia?

    28. Negeri manakah yang nak hasil minyak tetapi bukan dalam perairannya? (tak malu)

    29. Pemimpin parti manakah dulu zuhud tapi sekarang rumah macam istana dan ada bersepah kereta di halaman rumah?

    30. Parti manakah yang memomok kan hudud setiap kali nak pilihanraya, lepas dah menang senyap seribu bahasa?

    31. Parti manakah yang menggunakan islam untuk mainan politiknya?

    Banyak lagi soalan yang ingin dikemukakan tapi bagi Bomo Siam jawab dulu soalan ini, sebelum soalan lain dikemukakan.

    .OEJ.

    ReplyDelete
  29. September 30, 2012 2:58 AM...ada jawab soalan diatas nk suruh plk jwbn awk.bukan kah semua umno yg terlibat.

    ReplyDelete
  30. betul ataupun tak kajian tu,tunggu je la keputusan pru 13 nanti.cerita sekarang pun tak guna pasal belum nampak hasilnya..tunggu je la.

    ReplyDelete
  31. betul ataupun tak kajian tu,tunggu je la keputusan pru 13 nanti.cerita sekarang pun tak guna pasal belum nampak hasilnya..tunggu je la.

    ReplyDelete
  32. Soalan tambahan untuk bomo?

    1. Parti manakakah yang suka menyalahkan UMNO dan spin isu apabila berlaku masalah dalam partinya dan tak pernah buat apa2 pun untuk kebaikan islam?

    2. Pemimpin parti manakah yang membenar perkataan Allah dignakan oleh orang kristian sesat?

    3. Parti manakah yang dulu kata wanita haram jadi pemimpin tetapi sekarang melantik calon wanita sebagai wakil rakyat dan akan datang janjikan mereka bagi jawatan exco?

    Jawab la bomo satu persatu. jgn spin?

    ReplyDelete
  33. satu je nak tahu,

    yg menaip soalan2 ni dah pasti ka syahadah kamu tu betul & yakin sgt ka masuk syurga pas?

    semuanya kamu nak kata salah UMNO tp pas berjaya buat apa? masuk kelambu dap???

    kamu katalah apapun, selama ni pas tidak pernah membantu melayu. pas hanya kutip duit masuk poket pemimpin2nya shj. kalku tak betul, TUNJUK MARIM PENYATA @ KIRA2 KUTIPAN BERJUTA2/MILLION DUIT AHLI PAS & ORANG2 YG BERSIMPATI DGN PAS SEJAK MULA PAS DITUBUHKAN HINGGA KINI!! MANA PENYATA KUTIPAN DUIT TU? TAKKAN RAKYAT TAK BERHAK TAHU?

    SEGALA PENYELKEWENGAN YG KAMU TUDUH TU SB BADA KIRA2, ADA PENYATA, HASIL UNTUNG & RUGI TP KAMU HANYA SENARAIKAN YG RUGI???

    BAGAIMANA DENGAN KEUNTUNGAN, KEBAIKAN & KEBAJIKAN BERBILLION2 RINGGIT YG RAKYAT DAPAT SELAMA NI? KENAIKAN GAJI? ELAUN2 PENJAWAT AWAM? IMAM? PENGHULU? PENGGAWA? POLIS BANTUAN SBLM MERDEKA? PESARA2? BANTUAN2 BIASISWA PENDIDIKAN? BANTUAN2 SUBSIDI MAKANAN? KESIHATAN? PERKHIDMATAN? KESELAMATAN? BANTUAN BRIM? KR1M? TUKAR? 1M4U? BAUCER2 PELAJAR?

    SEMUA KEBAIKAN & KEBAJIKAN INI KAMU GAGAL SENARAIKAN SEDANGKJAN SEBAHAGIAN BESARNYA KAMU DAH MAKAN MASUK TEMBOLOK KAMU ANAK BERANAK SEKELUARGA SELAMA NI!!!!

    CUBA NAFIKAN SEGALA KENAJIKAN NI JIKA KAMU MAMPU?
    DIMANA KAMU DILAHIRKAN TANPA MENDAPAT RAWATAN KESIHATAN KLINIK KERAJAAN MAHUPUN HOSPITAL?
    DIMANA KAMU DAH BELAJAR TANPA MENDAPAT SEDIKITPUN BANTUAN PENDIDIKAN? BUKU TEKS? BAUCER KELAS TAMBAHAN? PINJAMAN PELAJARAN? PELUANG2 KEMENJADIAN PELAJAR?
    DI MANA KAMU TINGGAL? TIDAK ADAKAH KHIDMAT RONDAAN POLIS? KHIDMAT RUKUNTETANGGA BANTUAN KERAJAAN? KHIDMAT SOSIAL & AWAM?
    DIMANA KAMU KERJA? TIDAK ADAKAH PELUANG PEKERJAAN DARI KERAJAAN PEMERINTAH? TAK DAPAT GAJI DARI PEMERINTAH? TAK DAPAT KEBAJIKAN SOKSO? PERKESO? KWSP? CUEPECS?

    JIKA SEMUA NI & SEBAHAGIAN BESAR LAGI KHIDMAT2 & BANTUAN2 YG KERAJAAN PUSAT SEDIAKAN TP KAMU TAK PERNAH RASA, MUNGKIN KAMU BUKAN RAKYAT NEGARA NI!!!!!

    ReplyDelete
  34. kajian UMCEDEL tuu ada kemungkinan... perlu penelitian.. PAS/PR jangan lagha dan take for granted!

    melayu yg ada prinsip tak terikat dengan parti.. UMNO atau PAS atau PKR atau DAP ....... kita akan nilai dari aspeks AMANAH dan ADIL... (rujuk surah anNisa' ayat 58)

    ReplyDelete
  35. Macam ayat bomo siam apabila tkde benda/modal nk jawab..

    Tau sgt taktik hang..

    ReplyDelete
  36. kajian umcedel ni penipu laaaa, umno jgn lekas percaya

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.