Sunday, September 9, 2012

PAS MAKIN GILA BABI NAK MENYONDOL KE PUTRAJAYA !


Kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat baru-baru ini dilaporkan telah membuat ketetapan bahawa ruang bangsa dalam semua dokumen rasmi kerajaan seperti kad pengenalan, sijil kelahiran dan sebagainya akan diisi dengan perkatan Malaysia sahaja sekiranya mereka memerintah negara.  Alasannya ialah untuk memastikan keutuhan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

Menurut laman Suara PR, khabarnya juga, PR turut bercadang akan menghapuskan ruangan agama dan jantina bagi memastikan tiada perbezaan atau diskriminasi ke atas mana-mana pihak.  

Kita melihat bahawa rancangan PR ini tidak lain tidak bukan ialah untuk menepati matlamat akhir perjuangan sebenar mereka iaitu menghapuskan status ‘bumiputera’ serta menyebarkan fahaman pluralisme dan liberalisme total.   Tindakan PR menerima baik malah menjulang para pejuang murtad dan LGBT seperti Ambiga dan yang seangkatan dengannya, sebagai wira dalam menentang kerajaan, adalah buktinya.

Dengan kad pengenalan baru tersebut, pastinya sukar untuk mengenalpasti pertukaran agama mahupun jantina seseorang.   Bayangkan masalah yang bakal timbul jika jenazah seorang mualaf mungkin ditanam di perkuburan bukan Islam akibat tiada siapa dapat membuktikan agamanya.  Atau bagaimana jenazah seorang yang menukar jantina akan disembahyangkan apabila segala-galanya menjadi keliru antara kejadian alam semulajadi dengan peraturan ciptaan manusia.

Dan bayangkan juga nasib kaum Melayu tanpa status bumiputera.  Bagaimana agaknya peniaga-peniaga kita akan dapat bersaing dengan peniaga-peniaga Cina yang sedia mengawal ekonomi Malaysia?  Apakah jaminan mereka tidak akan didiskriminasi oleh peniaga, pengedar dan pembekal dari kaum Cina?  Bagaimana dengan anak-anak Melayu kampung yang miskin dapat menyaingi anak-anak bandar dan kaum lain dalam merebut peluang ke menara gading?    Bagaimana kita memastikan kaum Melayu yang rata-ratanya dari golongan pekerja dan pegawai kerajaan dapat mengimbangi jumlah penduduk di bandar-bandar besar jika tidak mampu membeli hartanah yang harganya menjulang tinggi?

Ini belum lagi dibincangkan mengenai senario kuasa politik yang sama kuat atau lebih berat di kalangan bukan Islam di dalam kabinet PR.   Dengan tekanan dari ‘pejuang hak asasi’ seperti Ambiga dan angkatannya, bagaimana kita memastikan yang pihak yang lemah terbela serta tuntutan Islam terlaksana dalam setiap krisis yang membabitkan Melayu dan Islam?

Begitu banyak persoalan dan permasalahan yang bakal timbul dengan cadangan kad pengenalan baru PR ini.   Tetapi, malang dan hairan sekali kerana PAS tidak pula membuat bising atau ‘berjihad’ menentang rancangan ini.  

Walaupun terdapat keraguan dan rungutan dari beberapa pihak di dalam PR tetapi tiada tentangan keras, dan akhirnya tenggelam begitu saja.

Sewajarnya perkara ini tidak ditenggelamkan kerana ia bakal memberi impak yang besar kepada negara dan rakyat perlu menelitinya supaya tidak terngadah di kemudian hari.   Begitupun, kita pasti, ramai dari kalangan penyokong PR sendiri yang musykil dan kurang percaya dengan laporan ini.

Tetapi, inilah yang disebut oleh pemimpin mereka dan ianya dilaporkan oleh laman web pro mereka.  Oleh itu, ia perlu diambil serius oleh setiap seorang dari rakyat Malaysia.   Jangan sampai tersilap memberi mandat kepada parti yang bertunjangkan liberalisme dan pluralisme.  Jangan sampai kita menangis air mata darah andainya generasi kita yang akan datang menghadapi krisis agama, bangsa dan juga jantina.

Alasan perpaduan yang digunakan oleh PR sebagai asas cadangan kad pengenalan ini tidak boleh dipakai sama sekali.  Ini kerana Rakyat Malaysia telah pun bersatu sejak berpuluh tahun lalu.   Kalaupun ada cabaran yang menggoyahkan perpaduan dalam negara sebelum ini, ia tidak lain tidak bukan, datangnya dari parti pembangkang juga, seperti DAP pada 13 Mei dan PAS yang pada satu ketika menganggap kaum bukan Islam itu najis malah UMNO juga sebagai kafir.  

Rakyat Malaysia kekal bersatu di bawah BN hari ini walaupun pihak pembangkang yang bertopengkan NGO terus berusaha menghancurkannya.   Di bawah slogan 1Malaysia, rakyat Malaysia akan terus bersatu tanpa perlu menghapuskan identiti semulajadi di dalam kad pengenalan kita.   Penentuan bangsa adalah penting bagi mengenalpasti keturunan, mengenalpasti penyakit dan sebagainya.  Kepastian agama juga penting, walaupun ia bersifat spiritual dan bukannya fizikal namun ia wajib bagi menentukan struktur kehidupan dan kematian seseorang.  

Jelas, penghapusan ruang agama, bangsa dan jantina dalam kad pengenalan adalah tidak perlu sama sekali kerana ia bukan ramuan kepada perpaduan.  Ia hanyalah penyamaran yang digunakan untuk pembangkang bagi melindungi matlamat sebenar iaitu sebagai platform kepada fahaman pluralisme dan liberalisme di negara ini.



24 comments:

  1. Aku tak sedih kalau melayu miskin harta kerana keadaan yang membuatkan kita terus miskin, tetapi bila miskin maruah dan harga diri aku amat terkilan kerana orang melayu kampung ramai yang miskin tapi ramai melayu2 miskin ini memusuhi kerajaan sekarng yang berusaha untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Sudahlah miskin tida bermarauh pulak alahai teruknya melayu ni....Cuma lihat serata dunia adakah sesuatu bangsa itu menjadi maju kerana dibantu secara total oleh orang yang bukan sebangsa dengan mereka tidak ada bukan, walaupun sama2 beragama islam nanum masing2 mengutamakan bangsa sendiri dulu,lainlah dizaman nabi dulu keimanan mereka berada ditahap tinggi. Bangsa kita sendirilah yang akan membantu secara total bangsanya...oleh itu buat kaum melayu hanya UMNO dan Bn sahaja yang dapat membantu orang melayu kini dan selamanya, bangsa lain membantu juga tapi hanyalah memenuhi tuntutan bermasyarakat sahaja.

    ReplyDelete
  2. Wahai Melayu Islam Malaysia...khas buat PR

    Tolonglah jangan jadi bodoh nak mampos!!! Semua plan ni PAP & DAP lakhanat punya usaha. Korang tahu apa yg dah jadi kat Singapore? TAK ADA LA CHANCE NAK RASA DUIT CPF (EPF) bila umur 55 tahun.

    Simpanan Wajib Singapore ambil ialah SGD 129k

    1. Kalau CPF ada SGD 131k - amek la balance SGD 2k buat joli

    2. Kalau CPF tak cukup 129k? Jangan takut..kerajaan akan amek dari nilai harta2 lain especially rumah.

    Pastu tiap2 bulan...makan lah pencen.

    Bagi org melayu, jangan berangan la nak tunggu pencen baru boleh pegi Mekah. Jangan berangan la nak kasi anak cucu.

    So apa pilihan org melayu singapore? DOWNGRADE rumah jadi lagi kecik pasal nak rasa duit sendiri.

    BABI TAK BABInya PAP.

    Tatkala Pencuci Bontot PAS dan PKR berjaya bantu DAP jadikan Malaysia republik..Melayu Malaysia akan rasa apa yang melayu Singapore rasa sekarang.

    Betapa sialnya korang...tak nak pikir masa depan anak cucu...

    Aku undi UMNO

    ReplyDelete
  3. PENENTUAANNYA HARI INI


    >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
    buang nasa undi naik 20%
    kasi malu naik 15%
    reda saja undi turun -10%
    sokong nasa undi jatuh -10%

    kasi rendahkan moral dap undi jatuh -20% >>>>>>>>>>'>>''''''>>>>>

    ...... aku percaya most melayu pkr/pas akan tetap mahu mengutamakan TUAN mereka DAP LAKNATULLAH..Syirik dgn Dap boleh masuk neraka oooo...KEKAL OOOO..

    komen: jgnkan syirik ..batuk pun xboleh oo dgn Dap...kena hudud ooo..
    ......

    RAMALAN AKU MEMANG AKAN TERJADI MALAPETAKA DI MESIA

    KRN YG ISLAM BERDEGIL
    KRN YG MELAYU BERKERAS

    org mcm mat sabu ..dah xnampak apa da

    apalah tuhan nak ajar org islam kat sini...luar negeri perang2 apa pun xambil pengajaran

    note:jgn lupa kwn2 13 sep..ni

    ReplyDelete
  4. sila tengok video ini....

    http://abuaqifstudio.blogspot.com/2012/09/ufb-merasmikan-persidangan-perwakilan.html

    didalamnya ustaz fathul menerangkan jika hukum hudud takut dilaksanakan boleh guna hukum takzir....

    kalau tiada 4 saksi boleh digunakan kalau ada cctv dan panggil 4 saksi untuk mengesahkan....

    senang saja begitu puak pas yang timbulkan persepsi hudud susah dilaksanakan....

    ReplyDelete
  5. SEBILANGAN BESAR NEGARA ISLAM BERADA DALAM KEADAAN BERGOLAK HANYA MALAYSIA DIANTARANYA YANG KEKAL AMAN DAMAI DARI DAHULU HINGGA SEKARANGA DI BAWAH PIMPINAN BN. ADAKAH DENGAN BERTUKARNYA KERAJAAN PENYAKIT SEPERTI RASUAH AKAN HILANG 100%. MUSTAHIL KERANA YANGA BERTUKAR ADALAH KERAJAAN DAN ORANG YANG MELAKUKAN RASUK TETAP BERADA DI SEMUA PENTADBIRAN KERAJAAN DAN SWASTA. TERPAKSA BILA TUKAR KERAJAAN MAKA TUKAR JUGALAH KAKI TANGAN KERAJAAN. ADAKAH MANUSIA YANG BARU AMBIL ALIH ITU BERSIH DARIPADA RASUAH? FIKIR FIKIRKAN LAH. YANG ADA DIKENDUNGAN JAGALAH AGAR TIDAK TERCICIR DALAM MENGEJAR YANG BELUM PASTI.

    ReplyDelete
  6. Hanya mereka yang datuk nenek mereka KAUM PENDATANG saja yang tidak mahu adanya pengenalan RACE dan RELIGION. Mereka MALU untuk mendedahkan bahawa datuk nenek mereka adalah PENDATANG.

    65% dari penduduk negara ini berbangga dengan pengelalan RACE dan RELIGION, kerana mereka bangga dengan asal usul nenek moyang mereka sebagai Melayu/Bumiputra.

    Apakah kerana nak jaga hati kurang dari 35% penduduk negara ini, yang 65% kena mengenepikan identiti mereka.

    Tidak ada bukti bahawa sistem pengenalan berasaskan RACE dan RELIGION menjadi halangan kepada perpaduan kaum. Selama 50 tahun selepas merdeka, penduduk Malaysia dari berbagai bangsa dan agama hidup dalam aman dan harmoni.

    Cuma setelah Anwar Ibrahim dikeluarkan dari penjara Sungai Buluh pada tahun 2004,dan mula membuat 'pakatan' jahat dengan Lims Father & Son, barulah ketegangan antara kaum mula ketara.

    Kalau ikhlas nak satupadukan kaum, langkah pertama ialah dengan MENUTUP SEKOLAH CINA, dan kerah semua rakyat menghantar anak-anak mereka ke sekolah KEBANGSAAN.

    ReplyDelete
  7. SAYA TAK NAK HINA NASIB ANAK YATIM PIATU, SAYA AK NAK HINA AGAMA, TAK NAK HINA SULTAN, JADI SAYA NAK HINA SIAPA???

    ReplyDelete
  8. Hapuskan SJK baru leh ckp pasai perpaduan la sial

    ReplyDelete
  9. Hapuskan SJK baru leh ckp pasai perpaduan,pki 1 sistem sekolah sj

    ReplyDelete
  10. kalau betullah PR bersetuju dengan cadangan tiada status agama dalam K/P, makanya adalah jelas bahawa:

    1. cadangan berkenaan sebagai persiapan untuk jadi sekular 100% yakni tiada teokrasi, tiada dudud.

    2. tanpa status agama, makanya jabatan agama tidak diperlukan lagi kerana pihak yang melakukan kebobrokan disisi agama A boleh saja berkata saya bukan beragama A tetapi agama B. yakni mudah saja nak lepas dari dakwaan berkaitan agama.

    wow, bior bebenor, kome

    ReplyDelete
  11. AsSalam...

    Wahai GAP yg budiman, saya hanya ingin mencadangkan penapisan penggunaan perkataan seperti memaki hamun dsb supaya lebih selesa bg pembaca seperti saya membaca artikel Tuan dan komen-komen dari pembaca laen.

    ReplyDelete
  12. Kalau benar status agama akan dihapuskan, siapa saja boleh masuk keluar masjid ...iaitu bebanan berganda untuk pentadbiran menguruskan aliran trafik dan pematuhan perhadap peraturan. Haru-biru. Bagaimana dengan lain-lain agama....apakah gereja evangelis tak kisah siapa jua keluar masuk gereja mereka?

    ReplyDelete
  13. mungkin bagi PAS tugas org islam ialah melaksana fardhu ain saja. soal memperjuangkan nasib org islam bukan tugas PAS. Bagi PAS, Islam itu mahu ditayangkan kpd org bukan islam sebagai adil dan samarata. PAS lupa ayat dkm quran yg menyarakan org bukan islam tidak akan puashati selagi org islam tak ikut telunjuk mereka.

    ReplyDelete
  14. lebih baik hapuskan hasad dengki dan bodoh bongkak dalam diri ~ esalhata

    ReplyDelete
  15. DULU heboh nak lelong PutraJaya sekarang kemaruk pula nak PutraJaya..

    ReplyDelete
  16. Tuan, kalau betul PR nak "perpaduan" dan slogan "Satu Bangsa, Satu Jiwa dan Satu Negara", mengapa tak bermula dengan Satu Sekolah, Satu Negara dulu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Andai P.R berjaya, saya akan ucapkan, "Tahniah pada Lim Kit Siang. Akhirnya misi Malaysian Malaysia anda berjaya. Kami sudah hilang status melayu dan islam kami seperti yang tertera pada kad pengenalan. Walaupun kami bebas memilih menganut agama yang kami sukai, tetapi taraf bumiputra kami akan terbatal termasuk hak hak keistimewaan yang kami nikmati. Kami hilang sesuatu yang penting yang membezakan islam dan bukan islam." Melayu akan hilang di dunia...

      Delete
  17. 25 tahun dulu org Melayu majoriti agak miskin, nk ada sebuah motor pun xmamou, tp zaman tu Alhamdulillah org Melayu kuat jatidiri, agama dijunjung wpun xde bising hudud, adab dijaga, tp skrg, org Melayu xubah spt binatang, bunuh bayi, bunuh ibu bapa, smseng, dadah, kaki rogol, peliwat, mnakala yg bergelar org PAS sudh buang agama, jilat komunis, ganas! Ini tnda gagal MERDEKA wpun bangunan cajar langit dn keta mewah menjlar di jln cukup byk... Tlglah kembali spt dulu...aku rindu zaman dulu2!!
    SUBHANALLAH

    ReplyDelete
  18. Bro GAP, buleh tak publish infi pasal BOMO SIAL tu?? Gmbr ke, lokasi IP die... ?? Melampau dh hasutan dia. Puak PAS jika dibiarkan akn brtukar jd SYAITAN GANAS!

    ReplyDelete
  19. Semkin rasa xselamt dh ketinggian agama Islam dn hak Melayu di Malaysia ini melalui kuasa Jahat Syaitan bertopeng manusia Pakatan Haram! Mereka dgn terang cuba mensekularkan negara tnpa ada beza lg dgn agama sesat lain..AllahuAkbar... Apa nk jd dgn masa dpn anak2 kita nnt... ?!?! Sudah jatuh HARAM jika mengundi puak laknatullah PR ini!

    ReplyDelete
  20. SAKI BAKI ULAMAK DLM PAS TOLONGLA SEDAR.KELUAR LA DARI PAS/PAKATAN DAN LAKUKAN SESUATU SEBELUM TERLAMBAT.TINGGALKAN AJIS,HADI,SABU,MAHPUH,BOB,EBY DLL PENJILAT DAP DGN ANGAN2 KE PUTRAJAYA SEHINGGA SANGGUP MENGGADAIKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA.

    ReplyDelete
  21. ANON 10.53 AM...ULAMA2 LEBIH ARIF BAGI MENILAI YANG MANA INTAN DAN YANG MANA KACA.MEREKA TAK RELA BERSUBAHAT DENGAN GOLONGAN MANUSIA YANG MEMBELAKANGI HUKUM DAN AGAMA ALLAH.MEREKA SENTIASA MENDOAKAN GOLONGAN2 YANG MASIH ALPA LAGI LAGHO DIBERI PETUNJUK DAN KESEDARAN BAGI MENYELESAIKAN SESUATU DALAM APA JUA KEADAAN.SEMOGA KAMU DIBERI PETUNJUK.

    ReplyDelete
  22. Haiii tak fahamlah .. kenapa masih nak sokong orang yang terang terang menghancurkan agama, bangsa dan negara sendiri... tolongggggg laaa... apa jaminan yang mereka boleh membela bangsa mu sendiri... tengoklah kat tempat dia org memerintah, kat mana bangsa mu mereka tempatkan... pakai laa otak sikit... hargailah keamanan dan kesejahteraan negara kita sekarang... tolongggg laaa...sibuk mengata orang ni rasuah orang tu .. kalau dia orang memerintah pon , tak ker sama gak hal nye.... jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga... sekurang kurangnya negara kita tak mcm kat Syria dan negara timor tengah yang bergolak... tolonggg la sedar wahai bangsa ku... jangan alpa dengan janji janji MUNAFIK... kelak kau akan menyesal bila merempat kat negara sendiri...

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.