Wednesday, September 12, 2012

SUARAM : BURU SAMPAI LUBANG KUBUR ! ARTIKEL TERBAIK ZAINI HASAN.


SUARAM atau Suara Rakyat Malaysia adalah sebuah pertubuhan anti kerajaan Malaysia. Ia hanya anti kepada kerajaan yang diperintah oleh parti Barisan Nasional (BN) naungan UMNO.

Misinya hanya akan tercapai (accomplished) sekiranya kerajaan Malaysia sekarang jatuh ke tangan pakatan pembangkang naungan DAP, yang bonekanya terdiri daripada pak lebai Pas dan PKR.

Sudah lama Suaram ini bergerak. Sering membuat kacau, seolah-olah ia adalah badan hak asasi manusia. Tapi umum mengetahui, ia lebih bermotifkan politik haluan DAP.

Itu semua orang tahu. Orang media semua sedar perkara itu. Kami juga tahu lama dulu, sejak zaman Reformasi dulu yang mereka ini bergerak atas dana asing. Dana-dana asing ini yang dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu juga bermotifkan politik. Mereka mahu menukar rejim kerajaan Malaysia sekarang.

Pertukaran pemerintah itu dikenali sebagai Regime Change. Gelombang perubahan ini telah tercetus semasa krisis ekonomi dan bersekali krisis politik sekitar 1989 dan 1999. Ketika itu ekonomi dunia merudum. Ketika itu juga berlaku krisis politik di Malaysia, yang memperlihatkan Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Agenda besar (grand design) krisis politik ini sebenarnya cukup hebat. Semuanya sudah dirancang. Ikut perancangannya, Anwar sepatutnya menjadi PM Malaysia Ke-5, bukan Pak Lah. Pihak asing juga telah meletak harapan yang tinggi untuk melihat anak yang dibela itu menjadi PM.

Tapi Dr. Mahathir Mohamad bijak. Mungkin juga dia mendapat ‘ilham’ dari langit supaya memecat Anwar. Jika tidak dilakukan maka kuasa itu akan berjayalah menguasai tanah Melayu ini.

Dalam rantau ini, hanya Malaysia yang belum dapat dikuasai secara total. Myanmar, sebuah negara kuku besi dan berdindingkan waja itu pun, menjadi negara terakhir yang berjaya dirongkainya.

Singapura memanglah terlalu sekutu. Thailand walaupun tidak seteruk Singapura juga sekutu kuat. Filipina jangan cakaplah.

Indonesia sudah berjaya ‘ditakluki’ ekoran kejatuhan Suharto dulu. Suharto dijatuhkan kerana dipaksa menerima pinjaman IMF untuk menyelamatkan ekonomi negara itu. Harga minyak tiba-tiba naik melambung sehingga rakyat memberontak.

Anwar cuba cadangkan Malaysia juga ambil pinjaman IMF, tapi Dr. Mahathir tolak. Ketika Pak Harto dijatuhkan, Dr. Mahathir selamatkan Malaysia.

Vietnam, Laos, Kemboja dan lain-lain tidak begitu strategik bagi kuasa asing itu.

Perlu diingat Malaysia pernah menjadi anak harimau kuasa ekonomi Asia dan negara ini dianugerahkan Allah Taala dengan kemakmuran semula jadi. Ia juga dikelilingi dengan kawasan maritim yang strategik.
Selagi kerajaan BN, dinaungi UMNO ini belum dapat dijatuhkan, maka selagi itulah kuasa asing dan sekutu kuatnya tidak berpuas hati.

DAP jika berjaya menguasai negara ini kelak, berjanji akan melaksanakan dasar sama-rata seperti mana yang diamalkan oleh Republik Singapura. Tapi sayang di republik itu seorang Melayu pun tidak berada di posisi terpenting dan strategik, misalnya pertahanan dan lain-lain. Difahamkan waima juruterbang pun payah mahu dilantik. Mungkin juga orang Melayu Singapura memang tidak layak dari segi meritokrasi?

Dasar sama-rata atau Malaysia Malaysian itu ialah matlamat paling tinggi yang telah diletakkan DAP. Mereka sedang menunggu detik-detiknya sahaja. Buku Jingga, yang dicanang oleh Anwar itu hanyalah kacang putih. DAP, sebenarnya tak peduli pun buku itu.

Suaram atau Suara Rakyat, yang hanya mewakili suara jahat rakyat, telah ditempatkan secara strategik untuk menggerakkan strategi-strategi itu.

Namun, kita ucapkan tahniah kepada Datuk Ismail Sabri Yaakob, walaupun sedikit terlewat, namun, pendedahan demi pendedahan beliau mengenai tindak-tanduk Suaram sekurang-kurang melegakan keseluruhan rakyat. Rakyat sudah bosan dengan tindak-tanduk Suaram dan NGO-NGO tajaan kuasa asing itu.

Tindak-tanduk subversif mereka cukup berbahaya. Sepatutnya pihak berkuasa sudah membanteras mereka awal-awal lagi. Tapi ia tidak berlaku.

Kita tertanya-tanya apakah Kerajaan Singapura akan membenarkan pergerakan yang serupa seperti Suaram ini bergerak di negaranya? Jawapannya kita sudah boleh agak.

Kerajaan Malaysia selama ini terlalu berlembut. Portal-portal berita yang ditaja melalui dana-dana asing juga dibenarkan beroperasi, walaupun kesemua analisisnya mengutuk atau berpaksikan pembangkang dan anti pemerintah. Ia masih dibenarkan beroperasi, malah portal-portal itu kadang-kala dianggap seperti media arus perdana pula.

Itulah dasar toleransi kita, yang sedikit demi sedikit amalan baik itu memakan diri sendiri.

Marilah kita mendesak kerajaan bertindak segera. Selepas pilihan raya ini, jika kerajaan Putrajaya masih memerintah, laksanakan segera pembasmian dan pembersihan mutlak (a total crackdown) terhadap NGO-NGO parasit seperti ini.

Dakwalah penggerak-penggeraknya ke mahkamah di bawah hukuman paling keras kerana mereka telah menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong. Tindak-tanduk mereka menerima dana asing daripada pihak yang berkepentingan untuk menjatuhkan kerajaan semasa merupakan satu penderhakaan.
Haramkan mereka seperti mana kita pernah mengharamkan Parti Komunis Malaya (PKM) dulu. Jika mereka masih bergerak, kita buru mereka sehingga ke lubang cacing.

Jika kita gagal bertindak kali ini, kitalah yang akan ke lubang kubur!

ZAINI HASAN UTUSAN

18 comments:

  1. Kenapa regime Najib takut bertindak dari dulu lagi pada pengkhianat2 ini? Kenapa Najib terlalu berlembut dengan mereka? Tidak kah dia belajar daripada kesilapan yang dilakukan oleh regime Abdullah Badawi tempoh hari.Apakah dia mahu melihat negara ini dihancurkan oleh segelintir manusia parasit ini? Mana pergi penasihat2 Najib yang berkeliaran dikeliling dia selama ini?

    ReplyDelete
  2. KEPADA SEMUA PEMBACA, SILA ULANG CETAK ARTIKEL INI, COPY PASTE KAN KE SETIAP BLOG ANDA. SEBARKAN RISALAH2.

    "PERANG" SUDAH LAMA BERMULA!

    AYUH PERTAHANKAN NEGARA DARI ANCAMAN TANGAN2 ASING YANG MEMBELA BERUK2 PENDERHAKA DI TANAHAIR!

    -nik ajis mahafiraun-

    ReplyDelete
  3. .

    Merokok merbahayakan kesihatan ... kurangkan merokok .

    .

    ReplyDelete
  4. perkuatkan KDN..Insyallah masalah akan dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  5. AKU HENSEM

    FIRST
    GEMPUR WIRA!

    ReplyDelete
  6. anuwar pulak nak kelubang MANA?

    ReplyDelete
  7. SUARAM=SUARA HARAM JADAH!!!

    ReplyDelete
  8. Bertindak awal sebelum parah ...

    ReplyDelete
  9. salaam

    langkah pertama yang perlu dibuat agar badan2 seperti SUARAM SDN BHD tidak mengacau dan campur tangan di dalam politik Malaysia ialah :

    letakkan seorang menteri lain di Kementrerian Dalam Negeri

    menteri yagng memegang portfolio tersebut boleh ditukarkan kpd Kementerian Masak Memasak dan Jahit Menjahit atau

    di gugurkan terus dari kabinet

    ReplyDelete
  10. Suara Anak Haram ni mmg patut dihalang secepat mungkin dari menyusahkan kita semua. Tapi alang2 dah bogel kan dia suruh dia cerita mana dia perbicaraan Paris?

    ReplyDelete
  11. Selagi Menteri KDN Hisham Lembik pegang jawatan menteri KDN...susahlah nak buat apa-apa kat PENYANGAK dan BARUA NEGARA ASING tersebut. Tengok sajalah Menteri KPDNKK sampai kena suruh letak jawatan Bos SSM barulah berani nak keluar kenyataan macam takut kena balun oleh si Anwar dan mungkin takut tidak kena pilih jadi calon PRU13 nanti. Itulah masalah pemimpin yang ada dalam UMNO...ada ISA dicadangkan hapus dan Demo dibenarkan guna undang mahkamah untuk charge jika ada kesalahan, puak PR semua Lawyer-lawyer belaka macam-macam cara nak lepaskan penyokong mereka daripada didakwa di mahkamah..Buktinya Kes Anwar dengan bahan bukti berlori termasuk kondo pun boleh lepas.Entah apa lagi yang akan dihapus nanti...kita sama tunggu apa tindakan oleh Bank Negara terhadap transaksi dana asing keakaun Suaram...beranikah Bank Negara Charge suaram atas kesalahan Pengubahan Wang secara Haram...? Tapi kalau pemimpin UMNO pasti kena dakwa segera...Inilah dikatakan Terlalu berlembut akan dipijakl Kepala seperti kejadian ketika Malam DiAmbang Merdeka..Sudah ada Penyokong PR yang pijak kepala PM walaupun Gambar..Oleh Mat Bond.

    ReplyDelete
  12. Moga tindakan tegas perlu diambil keatas SUARAM!!!

    ReplyDelete
  13. ingat jadi menteri KDN mudah ker..?....semua nak ikut rule of law...

    berdiplomasi bercakap kan bagus..klu cakap keras.. tindakan dari pihak berwajip tanpa penyiasatan dan bukti..buat gelak jer....

    bertindak sblum terjadi.tak tau pulak nanti sape musang berblu ayam dan tak pecah tembelang pembangkang!!

    tenguklah nanti sape keji sape puji..bila tindakan keras diambil....tunggu!!!

    (mana ada menteri komen dlm blog gap nie...)

    bp dato' kdn

    ReplyDelete
  14. Meliwat tidak membahayakan kesihatan,teruskan meliwat.

    ReplyDelete
  15. Penasihat atau Punaisihat?Jangan diungkit zaman rejim Pak Lah krn semua sudah berlalu.Skrg kita kena maju kehadapan bagi kearah menukar kerajaan selepas pru13 ini.Buang yang keruh ambil yang jernih.Kita telah sedia maklum bak kata mantan PM kita Tun Mahathir,kita telah kenal mana syaitan dan mana malaikat.Kita sokong dan pilih malaikat(Pakatan).GAP pulak pilih BULU,sal tak papar komen pro Pakatan.Dah tak meriah la GAP.

    ReplyDelete
  16. nak jadi menteri KDN? senang jer tugas tu

    JAGA KEAMANAN & KESTABILAN NEGARA

    payah ker?

    kalau payah...gantikan dgn org lain yang BUKAN PONDAN

    kalau tak boleh buat kerja...kasi jawatan kpd org lain yg boleh buat

    setakat tengok SUARAM, BERSIH, HINDRAF dan entah apa2 lagi tu..

    AKU PUN BOLEH BUAT!

    ReplyDelete
  17. tukar saja najib dari jawatan pm jika dia masih playsafe tak sudah2 dari dulu kini selamanya.. pm lembek sebenarnya bantu pembangkang gali lubang kubor utk tanam bangsa melayu idup2..

    pertualang negara wajib digangtung kerakyatan 20 tahun... cegah sebelum parah beb..



    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.