Ungkapan UMNO Tolak Islam, BN Kejam dan Kerajaan Zalim seolah-olah sudah tersemat kuat di sanubari PAS. Kata-kata ini didendangkan bagai koir, diulang-ulang bagai zikir atau wirid untuk dijadikan makanan rohani juak-juak PAS seharian. Jika umat Islam disarankan mengisi hatinya dengan kalimah Allah SWT dan menghadapi hidup dengan penuh kesyukuran tetapi penganut PAS mengisi hati mereka dengan ungkapan-ungkapan di atas dan menghadapi hidup dengan bersifat kufur terhadap nikmat yang dikecapi.
Kerana percaya bahawa mereka adalah orang yang tertindas, teraniaya dan dizalimi, maka PAS sanggup mendoakan kemusnahan saudara seagama di dalam UMNO dalam solat hajat khas ketika Muktamar PAS baru-baru ini.
Bertitik tolak dari itu, para pemerhati tertanya-tanya, di mana zalimnya UMNO dan di mana sengsaranya PAS? Benarkah UMNO begitu buruk, begitu jahat dan begitu kejam? Apakah tiada satu pun kebaikan yang dilakukan UMNO untuk agama, bangsa dan negara?
Dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Ibnu Sirin, Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa, “Di antara bentuk kezaliman seseorang terhadap saudaranya adalah apabila ia menyebutkan keburukan yang ia ketahui dari saudaranya dan menyembunyikan kebaikan-kebaikannya.”
Logiknya, sekiranya benar UMNO itu zalim dan langsung tidak pernah berbuat baik, maka tidak mungkin pemimpin PAS lepas bebas selepas mendoakan dan menuduh pemimpin dan parti UMNO dengan seburuk-buruk fitnah.
Justeru, bagi mengelak sebarang kekeliruan, PAS wajib memperjelaskan definisi ‘zalim’ yang dituduh ke atas UMNO itu. Ini kerana dalam dalam Al-Qur’an zalim membawa kepada beberapa makna dan dijelaskan dalam beberapa surah seperti berikut:
Al Baqarah 165 dan Huud 101: orang-orang yang menyembah selain Allah.
Al Maa-idah 47: kerana menuruti hawa nafsu dan merugikan orang lain.
Al Kahfi 35: sebuah sifat keangkuhan dan perbuatan kekafirannya.
Al-Anbiyaa’ 13: Orang yang zalim itu di waktu merasakan azab Allah melarikan diri, lalu orang-orang yang beriman mengatakan kepada mereka dengan secara cemuh agar mereka tetap ditempat semula dengan menikmati kelezatan-kelezatan hidup sebagaimana biasa untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan yang akan dihadapkan kepada mereka.
Al ‘Ankabuut 46: orang-orang yang setelah diberikan kepadanya keterangan-keterangan dan penjelasan-penjelasan dengan cara yang paling baik, mereka tetap membantah dan membangkang dan tetap menyatakan permusuhan.
Jelas sekali bahawa Islam mengambil serius tuduhan zalim kerana jika ianya tidak ditafsirkan dengan tepat dan dituduh sewenang-wenangnya maka ia akan menjadi fitnah di mana akhirnya, si penuduh itulah yang sebenarnya yang berlaku zalim.
Berkata Imam Abul Hasan al-Asy’ari r.h: “dan kami berkeyakinan wajibnya mendoakan kebaikan bagi pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan kestabilan pemerintahan mereka serta menyesatkan sesiapa sahaja yang berpendapat bolehnya menderhaka kepada pemimpin yang zalim dan kami beriman haramnya memberontak dengan senjata dan kami beriman perlu meninggalkan berperang dalam fitnah”. [al-Ibanah, 1/11].
Jawapan PAS bila ditanya mengenai kezaliman UMNO pula berubah-ubah mengikut sesuka hati yang memberi jawapan. Beberapa ahli PAS di laman sosial mentafsirkan UMNO zalim kerana menolak hudud. Nik Aziz menuduh UMNO zalim kerana menolak Islam. Seorang pensyarah UIA, Dr. Maszlee Malik pula menuduh UMNO zalim kerana menafikan hak Kelantan ke atas royalti minyak, menzalimi parti PAS, memfitnah dan menafikan kebebasan akhbar.
Apabila kita bercakap mengenai kezaliman, maka sudah pastilah ada yang melalui kesengsaraan.
Jadi, siapakah yang sengsara di dalam PAS akibat kezaliman UMNO? Jika kerana menolak hudud, maka apakah ada yang teraniaya secara khusus yang berpunca dari tiadanya perlaksanaan hudud di Malaysia?
Alasan Dr. Maszlee untuk membantu PAS menjawab isu ini juga langsung tidak membantu kerana beliau hanya memperkatakan kezaliman secara umum dan kesan secara umum juga iaitu kesukaran yang dihadapi oleh parti PAS, bukan kesengsaraan seseorang atau sekumpulan manusia secara spesifik kerana hakikatnya tiada ahli PAS yang sengsara secara spesifik akibat perbuatan UMNO.
Tuduhan Nik Aziz bahawa UMNO menolak Islam pula adalah satu fitnah yang nyata kerana ahli-ahli yang membentuk parti UMNO itu adalah Melayu Islam yang mengucap kalimah syahadah, yang beriman kepada Allah SWT dan Rasulnya, yang berpegang kepada Rukun Iman. Sepertimana lumrahnya manusia, mungkin ada di antara mereka yang jahil, mungkin ada yang kurang lengkap ibadahnya, namun tiada yang menolak Islam dan Rukun Iman.
Nik Aziz tidak mungkin dapat menafikan hakikat bahawa UMNO sebagai kerajaan telah melakukan sebaiknya bagi mendaulat, mempertahan dan menyebar syiar Islam. UMNO yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, yang mana sekutu PAS iaitu DAP bertekad untuk menukarnya.
UMNO tidak pernah lupa akan tanggungjawab menubuhkan masjid dan memperkasakan pembangunan Islam melalui berbagai-bagai program dan pertubuhan yang kemudiannya dipertanggungjawabkan untuk memelihara, mengkaji dan membuat penyelidikan mengenai Islam. Kerana UMNO, azan boleh berkumandang secara terbuka, surau ada di mana-mana, pengurusan zakat dipermudahkan malah Malaysia adalah satu-satunya negara yang menyediakan pengurusan haji paling canggih untuk rakyatnya.
Jika benar UMNO menolak Islam sehingga Islam tidak dibenarkan diamalkan sepertimana orang Quraisy yang menyiksa mereka yang masuk Islam di zaman Rasulullah SAW di mana Bilal bin Rabah dijerut lehernya oleh Umaiyah bin Khalaf, Keluarga Yassir dijemur di tengah padang pasir, Isterinya Sumaiyah mati syahid, Amir bin Fuhairah disiksa dengan kejam sehingga gila dan Zunainah disiksa Abu Lahab sehingga buta. Mereka ini dipaksa untuk kembali menyembah berhala dan meninggalkan Islam.
Sebaliknya, hakikatnya kerajaan UMNOlah yang memastikan undang-undang Malaysia menghalang umat Islam dari murtad, di mana sesiapa yang terpesong akidahnya akan ditangkap untuk difahamkan dan diperbetulkan.
Namun, apa yang terjadi ialah apabila ada di kalangan pemimpin PAS yang cuba menegakkan undang-undang murtad yang digubal UMNO ini, PAS telah memecatnya.
Jelas, yang zalim di sini bukan UMNO, tetapi pemimpin PAS. Sesungguhnya, pemimpin PAS telah menzalimi pengikutnya dengan memperdaya mereka untuk mengaminkan doa fitnah yang paling zalim.
MYKMU
Terhijab rahmat Allah akibat hati yang terlalu kotor. Bawa2 bertaubatlah PAS oiiiiii
ReplyDeleteTerhijab rahmat Allah akibat hati yang terlalu kotor. Bawa2 bertaubatlah PAS oiiiiii
ReplyDeleteUMNO zalim kerana menolak islam. Tetapi TG Nik Aziz tidak menyatakan bahagian mana dlm islam yg ditolak oleh UMNO.
ReplyDeleteKlu tolak Islam, Islam jatuh. Ni aku tgk Islam x jatuh pun kan..
Deletebetul2 harapkan ulamak2, ahli2 agama, mufti2 dan yang seangkatan dengannya dapat membetulkan keadaan ini...dah kena all-out dan aggresive dlm menerangkan yang benar...setakat kita2 yang biasa ni, takut lambat or xberkesan...
ReplyDeleteHATI KOTOR, MULUT PUN KOTOR
ReplyDeleteJADILAH ORANG ISLAM YANG MULIADAN BUDIMAN.
JAUHKAN PERASAAN HASAD DAN DENGKI.
OANG SLAM DITUNTUT BERSATU. BUKAN BERPECAH.
SESUNUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI HATI BUDI KITA..........
Perjuangan PAS di bawah pengaruh makhlok yg menaruh hasad dengki dan dendam kesumat thdp saudara seagama nya UMNO...sbb itu PAS mnjadi kotor krn dah di pengaruhi oleh syaitan...
ReplyDeleteSemoga hati2 yg hitam itu akan menerima hidayah Nya...kembali bersatu utk mmprkuatkan dan mmprkasakn Islam dan umatnya di Malaysia...
Apa kata kita terbalikkan perkataan tolak islam kpd pas pulak.... Pas yang tolak islam , pertama pas kata hudud hanya 0.0001 peratus dari undang2, pas kata negara islam tiada dlm alQuran, pas memecat pemimpin yang membela umat islam yang cuba dimurtadkan di Selangor... Serta berpuluh fatwa nik aziz yang bersifat politik semata2. Maka layaklah dikatakan pas yang sebenarnya menolak islam.
ReplyDeleteMrk yg x melaksanakan keadilan itu sebenarnya melakukan kezaliman. Klu org yg bukan dr puak mereka yg melakukan kesilapan dikatakan taghut, berdosa, fasik, ahli neraka dsb tapi klu org dari pua2 mrk yg terang2 mempelpori pluralisme, lgbt, org2 pas pkr melakukan maksiat dgn bini org, x pulak menghukum dgn hukum islam. Dap & pkr yg terang2 menghina islam didiamkan saja. Amaran dr Allah " Inilah org yg menjual agama untuk kepentingan dunia, x ada bahagian mrk di akhirat dan balasan utk mrk adalah azab neraka" (maksud alquran).
ReplyDeleteKat jabatan kerajaan, ipta penuh orang kelantan. Apa kejadah yg zalimnya.
ReplyDeleteMemang umno zalim sebat hanya ambil org kelantan masuk gomen dan ipta. Sampai kami dr negeri umno tak diberi peluang.
Betul betul Bro.
DeleteMemang ramai org kelatan.
Mana zalimnya.
Lagu mana dia pikiaq..
BETUL GAP, PIMPINAN PAS SELALU TUDUH UMNO TOLAK ISLAM DAN ZALIM.
ReplyDeleteMEREKA HANYA MENUDUH.
NIK AZIZ WAJAR BUKTIKAN KAT MANA UMNO ZALIM, DAN KAT MANA UMNO TOLAK ISLAM.
BUKTIKAN, BUKTIKAN, BUKTIKAN.
ORANG ISLAM MESTI JUJUR DAN IKHLAS.
SILAKAN TUAN GURU..
kawe pilih pok najib arr...
ReplyDeletebdak2 kecik yg lahir thn 80an keatas mmg tak kenaii pas ni sapaa...
ReplyDeletekalo org tua mcm aku ni dah muak tgk pas yg kaki temberang secara konsistennya dari thn 70an sampai hari ni....
tp thn2 70an dulu byk dipengaruhi dari revolusi iran dan kebangkitan islam pada anak2 muda yg balik ngaji agama dari timur tengah, terpengarauh dgn gerakan ikhwanul muslimin..
zaman2 ni byk doktrin baru yg disampaikan seperti haram makan gaji dgn kjaan kerana akaun kjjan bercampur dgn halal dan haram...
doktrin kebangkitan islam melalui revolusi dan sikap ketaksuban melampau menular dan mengambil tempat dlm politik tanahair sehingga pada tahun 80an dan 90an..
sehingga la...akhirnya doktrin ini semakin lemah bukan kerana pendukungnya sudah tua tapi idealisma yg tak lagi relevan....
idealisma negara islam adunan revolusi dari tafsiran songsang semakin muak dan tak berupaya utk survive...
kita lihat keintelektualan islam dan islam salafi mengambil tempat dari tahun 2000 keatas dan secara teknikalnya pengaruh pas yg membawa islam taksub semakin berkurangan...
anak muda hari ini hanya mempelajari ilmu dari kaedah spoon feed yg kurang berfikir sendiri dan menganalisa maklumat...
molot mereka mudah disumbat dgn doktrin harakah dan maklumat palsu yg disumbat saban hari...
jadilah mereka manusia bebal yg layak dicucuk hidung oleh pemain2 politik yg tak bjawab...
sehinggakan kes di bukit jenalik dulu pun dikatakan sandiwara umno...kesiann pada pas yg sesat didlm mencari keredaan Allah swt.
spatial analyst
KLIA
aku dan keluraga aku TOLAK PAS dan PKR dan DAP...terutama PKR laknat
ReplyDeleteThose who claim Islam but do not obey the ayats of Al-Qur'an and the hadiths of Rasullulah s.a.w. shall be driven away from their land.
ReplyDeleteTaubah and don't pray like Chistians do. Stand up for Jihad against homosexuality, betrayal, lies and corruption
Kerajaan BN sangat adil mengambil siapa saja layak bekerja dalam perkhidmatan awam tanpa mengira ideologi politik. Cuma kerajaan sentiasa mengingatkan supaya menyampai dasar2 kerajaan mengikut peraturan yang betul.Kerajaan sentiasa berperasangka baik dengan semua kakitangan awam tetapi yang menyedih segelintir tiada kerja lain cuma kerja maki hamun. Dimana zalimnya tolong habaq mai?
ReplyDeletekalau betullah umno itu jahat, kalau betullah bn itu zalim, belumpun sempat adik nik aziz balik ke rumah, dh hilang ghaib. tak sempat nik aziz jual ceramah, muka dh tersembam ke tanah. belum sempat anwar jual temberang, tengkuk dh kena parang. hakikatnya, manusia2 yg disebut itu masih bebas mengutuk menghina umno/bn semaunya. jentikpun umno/bn tak buat. itu dikatakan zalim? itu dikatakan kejam?
ReplyDeleteORANG YANG TUDUH ORANG ZALIM, SEBENARNYA DIA LAH YANG ZALIM.
ReplyDeleteULAMAK YANG TUDUH UMNO TOLAK ISLAM SEBENARNYA DIA LAH YANG TOLAK ISLAM.
PERCAKAPAN DAN PERBUATAN MEREKA AALAH BUKTI.
KITA TAHU SIAPA MEREKA KAN.
MEREKA KAYA DENGAN DOSA FITNAH !
Selamatkan Islam, bawa perjuangan untUk Islam bersam umno. TiNggAl pas dengan pimpinan kininya yg dah tersesat.
ReplyDeleteNampaknya org PAS, dan PKR tak baca abis rencana ni. Memang dah ada dalam diri tu seketul hati yang busuk dan sentiasa dengki sesama islam dan melayu. Hidup Islam, Hidup UMNO, hidup BN.
ReplyDeleteubat yg paling mujarab untuk dihadiahkn kpd pas ialah dengan mane2 tmapt PAS letak calun..jgn diberi undi..kabarkan kpd saudara2 mu wahai kawan2..mentelah lg PKR dan DAP.jgn..jgn..masa nak undi jgn layan semua umpan dan mulut manis dri syaiton2 tersebut..aku dh lama kim salam kat parti tu....pembawa sial yg amat sgt...muka2 yg jdi calun nanti semuanya xde cahaya islam...ingat wahai kawan2....
ReplyDeleteJika konsep al walaa wal baraa diguna pakai Melayu Islam perlu kedua-duanya sekali. UMNO doa sejahtera untuk rakyat, PAS doa kehancuran untuk musuh rakyat. Kalu UMNO+PAS memang musuh Islam akan lari tak cukup tanah, terkencing-kencing. Tapi orang cakap kerja melaga lagi mudah dari menyatukan, tak gitu?
ReplyDeleteUtk UMNO dan PAS bersatu, yg perlu berusaha kearah itu ialah pemimpinnya. Anak buah yg taat akan mengikut apa jua keputusan pemimpin. Pemimpin perlu bersatu lebih dahulu, barulah pengikut akan bersatu.
ReplyDeleteKalu dah pemimpin sesat penyokong lebih gila babi!
ReplyDeleteUlamak yg sokong perpaduan ummah pas dan umno mcm ust nasha dan hassan ali boleh kena buang tapi ulamak gila babi mcm mat sabu main bini orang sokong komunis di angkat dan n ajis kawan setan tuduh allah mencarut di bagi jawatan dan gaji buta pimpin negeri yg tk maju2!
Umno zalim kerana banyak memalukan pas dengan membina terlalu banyak masjid,sekolah,universiti,jalanraya,hospital,bankislam
Dll?
Sebagai seorang yang pernah menetap di Negara arab selama 21 Tahun...saya dapati Malaysia ialah sebuah negara yg TERBAIK.
ReplyDelete-HAJI MUAALIM -
tERBAIK PUNYA ARTIKEL
ReplyDeleteSEMOGA ALLAH MEMBERI PETUNJUK DAN HIDAYAH KEPADA PEMIMPIN2 PAS UNTUK MELIHAT BAHAWA PEMIMPIN DAN AHLI UMNO ADALAH ORANG ISLAM DAN TELAH BANYAK MEMBUAT KEBAJIKAN KEPADA ISLAM DENGAN MENDIRIKAN MASJID, SURAU, SEKOLALAH AGAMA, UNIVERSITI ISLAM DAN INSTITUSI ISLAM LAIN.
ReplyDeleteKALAU PEMIMPIN DAH SEDAR MAKA PENGIKUT MUDAR DISEDARKAN. KERANA YANG MENGHASUT PENGIKUT ADALAH PEMIMPIN.
AMIN!
DOA ORANG PAS, UNTOK NIK AJIS. 'BERSEDIA'.
ReplyDeletePAS memang ZALIM
ReplyDeletePAS memang ZALIM
PAS memang ZALIM
PAS memang ZALIM
PAS memang ZALIM
PAS memang ZALIM
PAS memang ZALIM
PAS memang ZALIM
PAS memang ZALIM
PAS memang ZALIM
PAS memang ZALIM
PAS memang ZALIM
PAS memang ZALIM
PAS memang ZALIM
PAS memang ZALIM
PAS memang ZALIM
PAS memang ZALIM
PAS memang ZALIM
PAS memang ZALIM
PAS memang ZALIM
PAS memang ZALIM
Paku dulang, paku serpih
mengata orang, HADI yang lebih...
PAS memang ZALIM
PAS memang ZALIM
PAS memang ZALIM
PAS memang ZALIM
PAS memang ZALIM
PAS memang ZALIM
PAS memang ZALIM
KESIAN NIK AZIZ, WALAU PUN CLAIM DIRINYA BERILMU DAN BERBAGAI-BAGAI ILMU MATIKLAH ILMU TAHSAUT KER, SEMUA DIA TERPERINCI, NAMUN OLEH KERANA HATINYA BUSUK DAN BERCAMPUR GAUL DENGAN MANUSIA-MANUSIA DURJANA ALJUBORI, MAT SABUN, DAP DAN RASA BANGGA DIRI, MATANYA MENJADI KABUR TAK DAPAT MELIHAT, TELINGANYA MENJADI PEKAK, HATINYA MENJADI HITAM DAN PAHIT SERTA AKALNYA YANG DAH OVER LIMIT DAN EXPIRED MENYEBABKAN SEGALA PERKATAAN DIA TIDAK BOLEH DIPAKAI. PADA MEREKA YANG MASEH TERPENGARUH DAN TAKSUD KEPADANYA ADALAH LEBIH TERUK DARIPADA ITU. KESIAN.......SEMOGA ALLAH MEMBERI CAHAYA DAN HIDAYAH KEPADA MEREKA INI.
ReplyDeleteAnonymous said...
ReplyDeleteKat jabatan kerajaan, ipta penuh orang kelantan. Apa kejadah yg zalimnya.
Memang umno zalim sebat hanya ambil org kelantan masuk gomen dan ipta. Sampai kami dr negeri umno tak diberi peluang.
December 4, 2012 10:04 PM
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
AKU SOKONG PENDAPAT KAU 100%
MEMANG BETUL SEMUA USTAD/USTAZ J QAF DAN KAFA ADALAH PENYOKONG PAS,KERAJAAN SENGAJA MELANTIK DIAORANG YANG LAMA MENGGANGGUR UNTUK JADI USTAD/USTAZAH TAPI DIAORANG KUTUK BALIK KERAJAAN, AKU CAKAP MACAMTU KERANA AKU RAMAI KAWAN DARI PUAK TU,KAWAN2 KITA YANG JADI PENYOKONG TEGAR BN SUSAH DAPAT JADI USTAZ/USTAD KERANA PUAK2 DIAORANG YANG JADI PENEMUDUGA MENGUTAMAKAN ORANG2 DIA SAJA
inilah manusia akhir zaman..doa kehancuran sesama islam dah jadi halal..fahaman syiah kalo dah terap dlm kepala ini la jadinya...Nabi tak suruh kita doa kehancuran sesama islam...nk cuci otak syiah yg dh berkarat ni susah...keras kepala..Allah bgi fikiran dia tak nk fikir..
ReplyDeleteimam al-barbahari berkata " Apabila kamu melihat orang mendoakan keburukan bagi pemimpin/pemerintah maka ketahuilah bahawa dia seorang yang pengikut hawa nafsu.Apabila kamu melihat orang mendoakan kebaikan bagi pemimpin, maka dia adalah ahli sunah " - insya Allah ( syarhus sunah )
PAS septutnya menjadi penawar kepada umno..itu mandat yang diberikan untuk digalas..kerana PAS adalah parti yang mendukung nama islam yang sngat tinggi disisi Allah..keluarla dari kerakusan manusia tamak dari pimpinan keluarga pkr dan dap..klupun umno xbagi apa2 kemudahan, biarkan kerana bila paksi kita betul kerana Allah dan rasul yakinlah kuasa dan kekayaan Allah lagi hebat dari umno..teruskan membawa mandat rakyat untuk terus menghalang umno dari orang2 rakus dan bersyukurlah bila umno buat kebaikan klupun kita tahu ada udang disebalik batu..kerana janji Allah jika kamu syukur Allah tambah lagi nikmatnya..ini janji Allah bukan janji umno..x taulah klu umno x takut pada Allah lebih dari takut hilang kuasa..kita sama-sama tunaikan amanah..insyaAllah
ReplyDelete