Tuesday, January 29, 2013

SELAMATKAN HAK BUMIPUTRA : GHANI OTHMAN DAN ZAKI ZAHID ULANGI KESILAPAN TINGKAT 4 ??


Ke Hadapan YAB Dato Haji Abdul Ghani Othman.



Isu penjualan KFCH yang mana JCorp mempunyai kepentingan majoriti kembali hangat menjelang pilihan raya umum ke-13. Sama ada ia dirancang oleh pihak tertentu atau atas “kebebalan” Lembaga Pengarah JCORP sendiri sukar dipastikan.


Setahun lalu isu Kentucky Fried Chicken (KFC) riuh-rendah apabila Johor Corp bercadang untuk menjual syarikat makanan terkemuka ini. Alasannya ialah Johor Corp memerlukan wang tunai segera untuk mengatasi masalah hutangnya yang bernilai RM 6 bilion.


Setelah mendapat bantahan dan kritikan pelbagai pihak, isu penjualan KFC Holdings ini tiba-tiba senyap tanpa sebarang berita. Orang awam terutamanya orang Melayu tertanya-tanya apa yang terjadi kepada KFCH. Apakah inisiatif penjualan ini telah dihentikan atau dijalankan di belakang tabir.

Menurut blog Sanggah Tok janggut, usaha-usaha ini terus berjalan sekarang. Jika ini benar ia merupakan satu keadaan yang sangat mendukacitakan. Lebih mengelirukan mengapa YAB Dato’ selaku penjaga ekuti Johor Corp membenarkan kegiatan seperti ini berlaku. Majoriti ahli UMNO, majoriti orang Melayu dan majoriti orang Islam tidak akan rela dengan keputusan menjual kepentingan majoriti KFCH ini kepada syarikat bukan Islam.

Jika suatu ketika dahulu Johor Corp sanggup bersepak terajang dengan usahawan Melayu lain untuk mengambil alih Kulim Berhad atas alasan untuk menjaga kepentingan bumiputera dalam industri makanan halal. Sekarang apa yang terjadi?

Banyak lagi aset lain Johor Corp yang boleh dicairkan atau dijual bagi membayar hutang berjumlah RM 6 billion itu mengapa KFCH menjadi pilihan.

Sebenarnya kedudukan KFCH sangat kompleks kerana ia tidak dimiliki secara langsung oleh Johor Corp. Ia dimiliki melalui Kulim Berhad. Dilaporkan JCorp hanya memiliki 53% saham Kulim. kulim pula memiliki 57.5% saham QSR. QSR pula memiliki 50.6% saham KFCH.

Bayangkan betapa kompleksnya pemilikan saham KFC dan tidak mungkin JCorp boleh mendapat kesemua wang penjualan KFC ini untuk membantunya melunaskan hutang. Jumlah yang akan sampai kepada JCorp mungkin tidak sampai separuh pun daripada harga jualan.


Bagaimanapun perkembangan terbaru menyaksikan JCorp bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan sebuah syarikat pelaburan Asing berjaya mengambil alih KFCH. Dengan kata lain proses penjualan kini menjadi lebih mudah dengan hanya tiga pihak perlu membahagikan keuntungan.

The RM5.2 billion privatisation of KFC Holdings (M) Bhd and its parent QSR Brands Bhd will be completed on Monday, subsequently paving the way for the delisting of both firms.
QSR Brands managing director Datuk Ahmad Zaki Zahid said KFC and QSR shareholders will be paid on January 23 and January 25, respectively.
“The RM5.2 billion privatisation cost is being paid by Johor Corp Bhd (JCorp), the Employees Provident Fund and CVC Capital Partners,” Ahmad Zaki told reporters here yesterday at the launch of Pizza Hut’s latest offering, the Golden Harmony Feast
Read more: QSR, KFC privatisation to conclude on Monday http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/20130118001028/Article/index_html#ixzz2JHIw7M8c
Melalui pengambilalihan ini ia akan memudahkan urusan jual beli pada masa akan datang. Oleh kerana JCorp berhadapan masalah kewangan kemungkinan besar transaksi ini melibatkan jumlah saham yang besar menjadi milik CVC Capital Partners dan EPF.

Pembabitan CVC Capital Partners menimbulkan syak wasangka yang sangat besar bahawa JCorp telah bersedia untuk menjual KFCH kepada pihak ketiga selepas selesai proses pengambil alihan ini. Jika tidak benar, Dato’ Menteri Besar perlu tampil menjelaskan kedudukan sebenar. Rakyat terutamanya ahli UMNO berhak tahu apa yang akan berlaku kepada KFCH yang berada di bawah jagaan JCorp.


YAB Dato’ Menteri Besar,

Saya percaya kerja-kerja penjualan dan pengambil alihan aset sebegini sebenarnya dirancang dan dilakukan oleh “penyangak-penyangak” (crooks) perniagaan yang akan membuat keuntungan melalui proses penjualan ini. Mereka yang mencadangkan kepada Tan Sri perkara ini sama ada mempunyai kepentingan dalam pengambil alihan atau mempunyai tujuan membuat keuntungan sekelip mata dalam proses penjualan ini. Banyak cara untuk kumpulan ini membuat keuntungan untuk transaksi ini.

Proses pengambil alihan korporat sebegini selalunya lebih menguntungkan lembaga pengarah dan individu tertentu yang merancang proses ini.

Adalah lumrah perniagaan bahawa JCORP berhak untuk menjual mana-mana kepentingannya bagi tujuan pengembangan atau proses rasionalisasi perniagaan. Cuma janganlah diberikan alasan-alasan bodoh seperti mahu membayar hutang JCorp yang akan matang pada Julai 2013.

Khabar angin bertiup kencang bahawa cadangan penjualan ini timbul selepas kemasukan beberapa nama dari pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi dan Ethos ke dalam KFCH terutamanya Datuk Ahmad Zaki Zahid. 

Memang nama Zaki Zahid dibawa oleh “orang yang lebih besar” daripada Menteri Besar, namun sebagai Menteri Besar yang telah berpenggal-penggal apakah Dato sanggup membiarkan hal ini terjadi?

Apalah sangat kehilangan jawatan Menteri Besar berbanding Dato mengakhiri kerjaya dicemuh oleh ahli UMNO dan orang Melayu keseluruhannya?

Seelok-eloknya, adalah lebih wajar JCorp mengarahkan KFCH menjual cawangan-cawangan KFC kepada usahawan kecil bumiputera untuk dijalankan secara sistem franchaise seperti mana yang dilakukan oleh McDonald.

Ingatlah JCorp ditubuhkan atas iltizam dan kehendak orang Melayu Johor dan UMNO untuk menjaga kepentingan bumiputera. JCorp bukan syarikat korporat biasa yang menjadi alat lintah-lintah kapitalis membuat keuntungan pelbagai peringkat untuk diri mereka sendiri.

Inilah yang sepatutnya ditegaskan oleh Dato Menteri Besar kepada lembaga pengarah JCorp yang rakus dan berfikiran kapitalis tulen.

Nota Untuk Ahmad Zaki Zahid:

Cukuplah apa yang terjadi kepada pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sepatutnya saudara selaku Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang berada dalam KFCH sekarang ini perlu mencari jalan membantu usahawan bumiputera berkembang di bawah payung KFCH bukannya melingkupkan pula KFCH.

Terdapat 500 outlet KFCH ini jika saudara cadangkan kepada sistem franchaisee ia boleh yang boleh dijual sekitar RM 2 juta sebuah. Dalam masa yang singkat KFCH boleh mendapatkan sekitar RM 1 bilion. Dalam masa yang sama saudara boleh mewujudkan 500 usahawan bumiputera baru.

Melalui kaedah ini juga KFCH dapat mengatasi masalah pengurusan outlet-outletnya yang sangat teruk sekarang ini. Layanan, servis dan penyelenggaraan outlet-outlet KFC jauh ketinggalan berbanding saingan utamanya McDonald mahu pun syarikat makanan segera lain.

Ini kerana KFCH masih lagi mengamalkan kaedah Master Franchaise menguasai semua outlet. Akibatnya ia dilihat berhadapan dengan masalah pengurusan sumber manusia. Pengurus outlet tidak melihat outlet tersebut sebagai perniagaannya tetapi sekadar makan gaji daripada KFCH. Hasilnya banyaklah insiden-insiden yang tidak enak mengenai KFC muncul di dalam ruang siber.

Cukup-cukuplah kerja buat untung atas angin. Buatlah kerja untuk orang Melayu sama.


26 comments:

  1. KALAU BETUL ADA ANAI ANAI DALAN PERBADANAN JOHOR...atau DALAM ANAK SYARIKATNYA IANYA WAJAR DIHAPUSKAN !
    IT TOOK YEARS FOR TAN SRI MOHD ALI TO DEVELOP J CORP AS ONE SUCESSFULL STATE AGENCY.........AND SHOULD WE ALLOW ONE MAMAT TO JUST DESTROY IT.
    A WORK OF ANOTHER FOURTH FLOOR BOY...........COMEON....WE SHOULD LEARN FROM THE PAST...

    ReplyDelete
  2. inilah komen sy kepada blogger parpukari. sama utk anda juga:

    salam buat bro parpukari. first of all sy menghormati anda sbg senior antara blogger2 yang ada ..sebagai orang baru dlm dunia alam maya ini, sy rasa saya perlu menegur anda. Ini kerana isu yg anda mainkan ini mengenai Datuk Zaki dan KFC jelas anda tidak faham selok belok urusan syrkt korporat dan ditambah juga ini bukanlah spt jual beli barang tepi jalan. Terlalu byk prosedur yg perlu dilakukan serta bukanlah Datuk Zaki ini seorg sahaja yang buat keputusan.. Ada lagi major shareholders yg terlibat. Klu sy tulis pjg sgt pun nnt xde org nk baca, dipendekkan cerita, jual beli ini melibatkan sebahagian shj dan tak kan lah Sultan Johor bodoh? Masih ada BOD yg turut serta dlm urusan ini, diingatkan BUKAN D.Zaki punya keputusan semata2. Klu kita tidak faham, eloklah kita belajar or tanya org yg lebih faham, krn hasil tulisan anda dibaca org dan persepsi akan wujud. jgnlah anda menjadi blogger yg tidak bermaruah krn org UMNO bukan mcm tu. sy org UMNO begitu jg Dzaki. Org UMNO MELAYU dan Islam sma sekali tidak akan mengkhianati bangsa dan ugama sendiri. kalau sdr ada masalah peribadi dgn beliau mahupun sdr memerlukan dana, pergilah berjumpa dgn beliau. jgn buat tohmahan spt ini. ok Sdr.Parpukari. Sy pecaya blogger UMNO di luar sana lbh bermaruah demi UMNO itu sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro, dlm dunia ni , tuhan hanya letak 2 jalan dlm semua kehidupan. Contoh nya muslim @ kapir ,benar @ salah , rela @ terpaksa dansebagainya. Bro gua bukanya otak koprat, tp sekiranya saudara zaki melakukan urusan dgn betul dan iklas, dia tak akan menbuat keputusan yg boleh merugikan ekonomi org islam itu sediri. Melainkan dia punya rancangan lain, sbb benda mcm ni aku dah tgk depan kapala aku sendiri, bagaimana bos aku yg berbangsa cina mengkhianati rakan kongsinya sendiri utk menjadi pemilik mutlak kilang.sekarang dia menjadi pemilik mutlak kilang tersebut. Walaupun bukanya bernilai bilion tp hanya belasan juta Operasinya simple, bagaimana dia melemahkan operasi dan selepas tu bgtahu partner , bisnis ni tak de masa depan, seterusnya dia offer beli shareholder. Dan aku tgk KFCH hampir sama dgn taukey aku megenakan partner dia. Munkin saudara org kuat zaki, sbb tu saudara bermati2an menbelanya Alankah bagus saudara jumpa dgn zaki dan suruh dia bersumpah dgn nama ALLAH adakah dia mendapat manfaat disebalik penjualan KFCH atau tidak.

      Delete
  3. MEGIKUT CERITA, KEGAGALAN ZAMAN PAKLAH DISEBABKAN OLIH KEGAGALAN THINk TANK TINGKATAN 4.
    KALAU BETUL CERITA INI, MACAMANA ZAHID BOLIH DI BERI KEPERCAYAAN DALAN PERADANAN JOHOR !
    KALAU GINI lah cara Nya KEPENTINGAN melayu DI APUSKAN....Aku tak Akan UNDI BARISAN lagi.
    PENTINGKAH ORANG YANG TELAH GAGAL , DIBERITAHU KUASA LAGI M
    Why why why !

    ReplyDelete
  4. Aku pon dah lama rasa tak sedap hati dgn JCorp ni.Aku pecaya yg usaha jual-beli KFCH ni tetap berjalan dn terus berjalan.

    Sejak menyingkirkan Tan Sri Ali Hashim,JCorp semakin jauh tersasar arah tujunya.Statement Zaki Zahid saling tak tumpah spt statement Nur Jazlan yg jelas berpegang kpd sistem kapitalis yg hanya mementingkan untung rugi semata.

    Kpd manusia2 spt Zaki Zahid,yg bila berhujah mengalahkan tokoh korporat dunia Donald Trump,jika anda rasa diri anda terlalu HEBAT sila letak jawatn dlm syarikat yg dibinia di atas keringat org MELAYU.Sila pergi mencari makn dgn konglomerat cina spt YTL,SP SETIA,Genting dll.Kita tgk samada anda mampu mendapat apa yg anda dpt sekrang!

    ReplyDelete
  5. sape yg lantik zz jd Group MD KFCH?semua org tau dia budak tingkat 4 era Pak Lah termasuklah menantu PL di PUNB.jgn salahkan ZZ atau KJ godam org yg lantik mereka krn tak teliti..

    ReplyDelete
  6. bersepah la taik pak lah ni... dah pencen pun membusukkan melayu

    ReplyDelete
  7. bbbbbbbbbbbbbbbbbnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn ........................ mmmmmmmmmmmmmm

    ReplyDelete
  8. Hangin pulak aku dgn Gani dan Zaki ni... kalo la betul2 dorang jual sebab nak UNTONG jee.. mmg ramai la sumpah buruk2 kat dorang ni...

    ReplyDelete
  9. Jgn hilang fokus Bro.

    Org2 semua skrg dlm mode menyerang...kiv dulu masalah dalaman hingga selesai PRU!

    ReplyDelete
  10. HE!HE!HE!

    MAAF CAKAPLAH. BUDAK ZAKI NI EXCO PEMUDA. KORANG TANYA DIA, DIA TAHU KER UMNO NI APA?

    AKU NAMPAK DIA NI MACAM MACAI NUAR BRAHIM, SABOTAJ PARTI TAK HABIS HABIS!

    ReplyDelete
  11. PAS dan UMNO harus bersatu .

    ReplyDelete
  12. Lepas ni pastikan MB Johor dan Zaki Zahid undur cara terhormat... Mereka telah mengkhianati perniagaan KFCH hak bumiputera... Serah atau jual KFCH kepada Syed Mokhtar Bukhari yang salah seorang tokoh bumiputera yang berjaya dalam perniagaan... Rasa2nya MB Johor dan Zaki Zahid bukan berlatarbelakangkan peniaga... sebab tu lah pelan mengarut2 punya dicadangkan. Baginda Sultan Johor ka masalah ini. Harap masalah ni dikemukakan kepada baginda sultan. Sekian saja cadangan saya... mohon diluluskan... cehhh macam dalam dalam parlimen lak...

    ReplyDelete
  13. Lepas ni pastikan MB Johor dan Zaki Zahid undur cara terhormat... Mereka telah mengkhianati perniagaan KFCH hak bumiputera... Serah atau jual KFCH kepada Syed Mokhtar Bukhari yang salah seorang tokoh bumiputera yang berjaya dalam perniagaan... Rasa2nya MB Johor dan Zaki Zahid bukan berlatarbelakangkan peniaga... sebab tu lah pelan mengarut2 punya dicadangkan. Baginda Sultan Johor ka masalah ini. Harap masalah ni dikemukakan kepada baginda sultan. Sekian saja cadangan saya... mohon diluluskan... cehhh macam dalam dalam parlimen lak...

    ReplyDelete
  14. Lepas ni pastikan MB Johor dan Zaki Zahid undur cara terhormat... Mereka telah mengkhianati perniagaan KFCH hak bumiputera... Serah atau jual KFCH kepada Syed Mokhtar Bukhari yang salah seorang tokoh bumiputera yang berjaya dalam perniagaan... Rasa2nya MB Johor dan Zaki Zahid bukan berlatarbelakangkan peniaga... sebab tu lah pelan mengarut2 punya dicadangkan. Baginda Sultan Johor ka masalah ini. Harap masalah ni dikemukakan kepada baginda sultan. Sekian saja cadangan saya... mohon diluluskan... cehhh macam dalam dalam parlimen lak...

    ReplyDelete
  15. Aku rasa Ghani nk kena sepak dh kot ngan org Johor. Jgn igt bila dok atas...leh wat ape saje. Org melayu bangga KFC dipegang oleh Jcorp. Kalau nk jual, jual la kt Syed Mokhtar ke. X kira le sape2 pn, asalkn Melayu/Islam.

    ReplyDelete
  16. ghani hebat kau si z tiul kau kitol umno bodoh - ghani ni takut bini kot atau tak ingat mati

    ReplyDelete
  17. kalau ianya betul benar dan sahih...ianya amat mengecewakan rakyat johor dan tidak mustahil dan percaya dun johor akan kehilangan majoriti kerusinya dalam pru 13 ....MB johor tidak ambil iktibar dari pru 12 dan isu ini telah dimainkan oleh pembakang....

    ReplyDelete
  18. Asalamualaikum....
    melayu yg mcm ni yg patut kita kuburkan dari tanah melayu....melayu mcm ni yg buat yg berjati diri membenci umno....
    klo gitu gitu...kuburkan juga mb tu...

    ReplyDelete
  19. Asalamualaikum....
    err luper lak....klo nak duit banyak tingkat usaha dgn berkerja bkn makin banyak nak cong sana sini
    dgn menipu sesama bangsa n agama...
    org bangsat jew buat pangai mcm ni...uupsss...hehehe..terlebih sudah...maaf....hangin 3 badan...

    ReplyDelete
  20. Asalamualaikum....
    isi2 cenggini lew mesti diketengahkan utk pengetahuan pm...
    seterusnyer pm mesti bersuara bkn senyap sunyi mcm selalu...klo mcm tu mm sahih akan ilang 1 undi tuk bn.....haku benci abdullah kerana
    dia merosakkan apa yg dah di teroka dan di bina oleh pm terdahulu dan dia nampaknyer lbh berminat jd bapak dr jd pm....
    di harap najib dpt belajar dr kelenaan abdullah.....

    ReplyDelete
  21. apa masalah isu KFC ini yg digembar-gemburkan.

    silalah baca penerangan dgn rasional..jgn nak jatuhkan dan create isu utk menjahanamkan UMNO dan BN di Johor menjelang pru ke 13.

    penjelasan isu KFC.: bole didapati dgn jelas di blog BIGCAT

    wallahualam

    drmuzi

    ReplyDelete
  22. Saya sebagai rakyat Johor rasa panas seluruh badan, MB johor ni memang dah expired, idea merapu, kalau nak duit yang banyak dan perniagaan yang berjaya bukan menjual harta yang ada tetapi merancang balik perniagaan dan bekerja kuat supaya dapat banyak duit dan harta benda sediada berkembang terjaga. Semua syarikat di Malaysia sedang pulih dari kemelesetan ekonomi, Jcorp pulak nak bungkus, agak2 la kalau bodoh pun, ramai orang Johor yang cerdik2, bagi jawatan tu pada mereka, kalau dah bodoh dan otak tak berkembang, asyik tidur dan otak beku, letak jawatan sebelum kami jatuhkan.

    ReplyDelete
  23. Anal Jati Johor

    MB Johor dah terasa nak ditendang keluar.Mk cri jalan nak melingkupkan JCORP. Baik-baik ada Tan Sri Mat ali ditendangnya.Malanglah dapat MB camni. Cepatlah PM tahu.Sedih aku rasa... Zaki tu bukan anak Johor kot anak mamak mana entah. Jaga JCORP dan terbaring jangan terlinkup terus.

    ReplyDelete
  24. ASSALAM. ghani osman dh terlebih penggal jd MB johor. sudah sampai masanya beliau melepaskan jawatan tersebut, paling lewat ialah pada penghujung penggal ini. selepas PRU13 jika bn kekal menguasai johor, beliau wajib, saya ulangi wajib berundur utk memberi peluang org lain yg mempunyai idea lebih segar demi pembangunan infrastruktur dan insan johor. wilayah iskandar adalah tugas berat kpd johor demi menseimbangkan antara pembangunan material, insaniah dan cabaran dari seberang tambak.
    ....bekas pemustautin johor

    ReplyDelete
  25. Jangan korang sume tak tau. Ghani, Zaki, Lim semuanye akan jd kaya raya setelah Triple Platform (sykt. yg beli KFC & QSR) di IPOkan dalam 4 tahun lagi. tak payahlah nk pertahankan Zaki atau Ghani. Depa ni sume mata duitan. Sanggup gadaikan harta bumiputera kpd Lim (agen S'pore) semata-mata utk kepentingan sendiri. Dan ini bukan pertama kalinya dan bukan juga yang terakhir! Inilah UMNO Baru... kita bagi mereka kuasa, mereka jualkn kuasa yang ada kpd Cina dan S'pore demi kepentinga sendiri. Tak lama lagi tunggulah Kulim (M'sia) Bhd pula akan dijual kpd Lim dan S'pore. Menangislah orang2 Melayu Johor kehilangan 60k ha tanah ladang sawit kpd Lim!

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.