MAZA
DAN MUSANG BERJANGGUT
Baru-baru ini, negara
digemparkan dengan panggilan dan cercaan seorang pemimpin besar dan tokoh
ulama’ Parti Islam Semalaysia yang menyamakan penerima BR1M seperti haiwan
ternakan. Nyatalah sekali, kejutan tersebut disambut pula oleh seorang ‘ulamak’
muda yang kontroversial, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, apabila
beliau beberapa hari lepas menyamakan kerajaan sebagai pelacur. Maka, penuhlah
facebook dan twitter menjadi mata rantai mencerca dan mengaibkan pemimpin negara
dengan menggunakan artikel tersebut, dan berseronoklah ‘ulamak’ muda tersebut
apabila kata-katanya dijadikan buah peluru untuk menghina pemimpin negara.
Menegur
Pemerintah
Acapkali, dalam
ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah beliau, beliau menasihatkan pendengar dan
pengikut beliau supaya berlaku adil dan rasional. Begitulah dalam sejarah
manusia, seringkali yang menasihatkan sedemikian adalah mereka yang bertindak
180 darjah bertentangan dengan apa yang didakyah oleh mereka. Contohnya,
seperti pihak komunis, seringkali menamakan diri merekalah yang paling
demokratik atau kepunyaan rakyat tetapi di bawah merekalah yang paling miskin
demokrasinya dan paling menderita rakyatnya.
Malang sekali, dalam
tulisan terbaru beliau, pemimpin kerajaan dituduh sebagai membolot wang rakyat
terlebih dahulu sebelum membahagikan kepada rakyat jelata. Digambarkan juga
seolah-olah isteri dan kawan-kawan pemimpin negara sedang memfaraidkan harta
negara dan menyamakan pemberian-pemberian dari kerajaan itu seperti hubungan
seks sebagai penambah perisa penulisannya.
Bukankah
tuduhan-tuduhan seperti itu adalah satu tuduhan yang berat? Sudah tentu
‘ulamak’ muda itu tahu bahawa di dalam Al Quran, Allah Taala telah berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada
prasangka kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu
mencari-cari kesalahan orang lain..” (Surah Al Hujurat, ayat 12).
Adakah
patut tuduhan yang tidak mempunyai bukti yang jelas itu, kita sebarkan dan kita
sambungkan kepada khalayak semata-mata untuk menjadi “hero” kepada pendengar
dan juga peminat kita? Adakah begitu murah ilmu dan kedudukan kita untuk
digadaikan semata-mata untuk mendapat sedikit pujian di atas dunia ini?
Penulis juga tertanya-tanya,
apakah dosa pemimpin kerajaan tersebut kepada ‘ulamak’ muda itu? Apakah pula
dosa dan salah isteri pemimpin negara tersebut terhadap Dato’ Dr. Mohd Asri
Zainul Abidin itu? Apakah penganiayaan yang pemimpin negara sekeluarga pernah
lakukan terhadap beliau ataupun mana-mana ahli keluarga dan sahabat handai
‘ulamak’ tersebut? Jika ada, alangkah baiknya jikalau beliau pergi bertemu
dengan mereka sesuai dengan hadith yang beliau sering ungkapkan semasa beliau
menjadi Mufti Kerajaan Negeri Perlis:
“Sesiapa yang ingin menasihati orang yang
memiliki kuasa, janganlah dia menampakkannya secara terang-terangan. Sebaliknya
hendaklah dia mengambil tangannya (orang yang memiliki kuasa) dan bersendirian
dengannya (menasihatinya dengan tidak didedahkan aib secara terbuka). Jika dia
terima maka dia berjaya, jika tidak dia (orang yang menasihati) telah
menunaikan kewajipannya”. (Riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah 507. Sanadnya
sahih seperti yang dinyatakan oleh al-Albani ketika mentahqiq al-Sunnah ini
(hlm 507).
Pukul
Anak Sindir Menantu
Penulis sebenarnya agak
hairan kerana tuduhan-tuduhan dan keperihatinan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
terhadap pemberian ikhlas pemimpin kepada rakyat adalah bermusim. Maklumat yang
penulis perolehi daripada sahabat-sahabat di Perlis, mengatakan bahawa Dato’
Seri Dr. Shahidan Kassim sewaktu menjadi Menteri Besar Perlis adalah sangat
pemurah kepada rakyat terutamanya sewaktu bulan Ramadhan. Rakyat miskin di
Perlis sudah merasai BR1M sebelum adanya program seumpama ini oleh kerajaan
Pusat. Pada waktu yang sama, Dr Mohd Asri sudah menjawat jawatan Mufti Kerajaan
Negeri Perlis.
Setiap malam semasa
bulan Ramadhan di Perlis, DS Shahidan telah bermurah hati memberikan wang
saguhati dan juga hadiah-hadiah berbentuk bekalan makanan dan peralatan
elektrik kepada rakyat Perlis terutamanya yang miskin dan berpendapatan rendah
selepas solat terawih. Inilah contoh pemimpin yang berjiwa rakyat.
Ironinya, di manakah
suara ‘ulamak’ muda ini sewaktu menjawat Mufti Negeri Perlis sewaktu peristiwa
ini berlaku? Tidak muncul pula bait-bait dari kitab As-Siyasah asy-Syar’iyyah fi Islah ar-Ra’i wa
ar-Ra’iyyah oleh Ibnu Taymiyyah oleh Dr Mohd
Asri untuk memperingatkan
Dato’ Seri Shahidan supaya terselamat dari fitnah dan ‘mulut hodoh’ parti
pembangkang. Walhal, inilah formula yang sama yang digunakan oleh Dato’ Seri
Najib Tun Razak untuk menawan hati rakyat jelata sesuai dengan semangat
demokrasi yang mengambil kira kehendak rakyat. Maka, janganlah perbuatan Dr.
Mohd Asri ini laksana pukul anak sindir menantu ataupun kelak, habis madu sepah
dibuang.
Jangan
Jadi Seperti Datuk Nikah Kahwin
Melihatkan perbuatan
Dr. Mohd Asri ini, mengingatkan penulis terhadap watak Datuk Nikah Kahwin dalam
filem Musang Berjanggut oleh Tan Sri P Ramlee yang berkata:
“Tapi tidak mengapa. Undang-undang dalam
negeri ini kanda yang bikin. Itu semua boleh padam.
”
Ayat Al-Quran,
hadith-hadith dan pendapat–pendapat ulama’, sudah wujud ratusan malahan ribuan
tahun. Namun, janganlah kita menjadi seperti Datuk Nikah Kahwin, yang mana
hukum agama itu seolah-olah bikinan mereka semata-mata. Apabila mahu, diambil
dan dicatit apabila terasa tidak kena dengan kepentingan tembolok, maka dibuang
dan dipadam.
Oleh itu, sukalah
penulis mengingatkan kepada Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, sejarah akan menilai
samada kita akan menjadi seorang yang berpendirian teguh seperti Ibnu Taymiyyah
dan Imam Ahmad Ibn Hanbal ataupun seperti sesumpah yang mengikut selera ramai
seperti penentang-penentang kedua-dua tokoh ulama’ besar yang disebutkan tadi.
Jika sekiranya pilihan kedua yang dipilih, maka sudah pasti Dr. Mohd Asri akan
tercatat di dalam sejarah seperti watak Datuk Nikah Kahwin dan akan diingati sehingga
akhir zaman sebagai musang berjanggut.
Janda
Berjaya
Memang UMNO ni anti-Ulamak sebab dia jahil-waltuki. Dasr partiny kebangsaan.
ReplyDeletemaza eluk je trus masuk arena politik. ulamak apa kalau xmau menjadi pendamai kpd sesama agama yg bersengketa. ada phd. ada ilmu. tp gagal sama sekali menjadi untuk menjadi contoh. xada pendirian . sekejap itu sekejap ini. adakah dlm hati dia dah ada tanda2 hitam phd yg dia bawa dah jd pembawa hasad dengki agaknya..
ReplyDeleteAku dah mula mmeluat dengan dia ni.
ReplyDeleteAku dah mula mmeluat dengan manusia ni.
ReplyDeleteAku dah mula meluat dengan manusia ini.
ReplyDeleteMAZA ni mmg org yg tak boleh dipercayai... seorang olamak politik bukanya ulama sebenar...
ReplyDeleteSaya dah lama meninggalkan dan tidak lagi membaca tulisan dan komen Dr MAZA. Bagi golongan 'Arrosikhuna fil ilmi', tiada masaalah kerana mrk boleh membezakan kebenaran, kepalsuan dan kekeliruan. Tp bg golongan awam biasa, dlm beberapa isu boleh mengelirukan dan lebih banyak menimbulkan persoalan. Cadangan saya, toksah layan !
ReplyDeleteRamai yg tak faham ngan opurtunist wahab untuk wahab.
ReplyDeleteDr MAZA adalah ulamak jenis lalang!!
ReplyDeleteSaya rasa MAZA pukul brim sindir Nik Ajiz kot...
ReplyDeleteZaman dulu mana ada wang kertas makanya rakyat diberikan buah khurma dan binatang ternakan.
ReplyDeleteSekarang dah ada wang kertas, takkan nak beri rakyat beras dan kerbau, dah tentulah lebih mudah berikan wang kertas.
1. Dr Asri apabila ditanya oleh wartawan Yong Yen Nie dari akhbar Straits Times Singapura pada hari Ahad (24th Feb) lalu menyatakan beliau belum lagi membuat keputusan untuk menyertai parti politik, walau pun beliau di tawarkan oleh ketiga-tiga parti – Parti Kencingkan Rakyat, Parti Ajaran Sesat atau Parti Umno. Sebabnya jikalau beliau menyertai satu parti politik, beliau tidak dapat memberi komen-komen yang bebas dari fikirannya, atau masyarakat akan memandang beliau berat sebelah. Dari itu, beliau akan berhati-hati membuat keputusan.
ReplyDelete2. Berbeza daripada Dr Juanda, katanya beliau amat berminat untuk menyertai parti politik, keputusan akan dihebahkan dua minggu lagi. Beliau menegaskan akan menyertai parti Pakatan Rosak, sama ada di Perlis atau di Sarawak, beliau akan ditawarkan tanggungjawab yang berat.
3. Terdapat dua pemimpin ulamak yang sakit jiwa dan tenat akal menasabah; memerlukan rawatan saikoloji yang berat dan mendalam.
• Yang satu menyokong penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh puak Kristian termasuk scholars luar Negara, yang bersetuju orang Kristian boleh menggunakanya.
• Yang satu lagi mahu berdiri sama tegak dengan pemimpin homoseksual, memasuki pasukan yang membiakkan ajaran songsang.
Jom kita tgk Video MAZA beraksi..
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=joo01j5s7nE
Boleh taruh dalam tulisan ni kot, GAP???
Budak maza ni mempunyai masalah. Kesian mungkin dia tersalah makan ubat seperti yang di katakan oleh Mursidul Am TIBAI.
ReplyDeleteSeorang bekas mufti takkan begitu dangkal fikirannya. Dia tidak dapat praktikkan dan mempertahankan kedudukannya sebagai bekas mufti yang segala kata-katanya sepatutnya senang diterima masyarakat amnya.
Kata-kata yang keluar dari mulutnya adalah satu perasaan yang sedia terpendam di hatinya yang sebenarnya bukan ditujukan kepada Najib.
AKU TAK PERNAH ADA RESPECT KAT DIA NI.
ReplyDeleteCAKAP IKUT SEDAP MULUT, BUKAN CAKAP IKUT ILMU.....JIJIK LAGI MENJIJIKKAN.
AKU TAK PERNAH ADA RESPECT KAT DIA NI.
ReplyDeleteCAKAP IKUT SEDAP MULUT, BUKAN CAKAP IKUT ILMU.....JIJIK LAGI MENJIJIKKAN.
aku ckp terus terangg laaa.....
ReplyDeleteaku langsung tak minat dgn mamat perasan baguihh ni ...
kata bwk ilmu ulamak salaf...
tapi ckp mcm ulamak salah....
pegii daaa bdak kecikk... balik minum susu lagi laaa..
otai
subang
OTAK STANDARD DR BEAN, TAPI LAGAK MACAM HEBAT SANGAT.
ReplyDeleteSHAME ON YOU !
dia marah sebab najb tak bawak ikut sama pegi gaza hari tu... itu pasal jadi camtu
ReplyDeleteTuan, dulu kawan saya pernah menulis berkenaan Dr. Maza, tapi telah kena maki hamun. Maklum lah orang kata dia ni ulamak.
ReplyDeleteSekarang dah tau perangai dia kan.. Jangan percaya dia ni, hipokrit paling besar. Dia minta seorang artis datang jumpa dia untuk beri nasihat. Artis yg ada masalah rumah tangga pergi la.
Tapi bila dah nasihat -bertukar pula sesi hantar dan balas membalas sms sebagai peminat. Kemudian sms berbaur menggoda dengan kata kata lucah..sms seks... untuk menawan artis yang cantik jelita ini. Walaupun artis ini baru berumah tangga. Suami artis ini yang syak sesuatu dengan percakapan talipon bisik bisik, membuka mesej artis bila handphone tertinggal.
Alangkah terperanjat suami sebab dia tak kenal siapa Maza. Bila sms itu dia tunjuk pada kawan, kita tengok , kita sendiri terkejut dan terpegun. Ustaz bukan saja menggoda tapi lucah.
Aduhai, kenapa la... lagi bersongkok dan lagi kunun alim, lagi teruk, lagi gila seks. Ini misteri sebab dah jadi macam satu ciri pak lebai macam Maza ni.
bagi canlah kat dia.....kalau tak keluar kenyataan macam ni nanti tak glamourlah......heheheheh.Antara insan-insan yang kecewa.
ReplyDeleteDIA ADA PENDIRIAN, BUKAN DIA TIDAK ADA PENDIRIAN, PENDIRIAN DIA IALAH MANA YANG MENGUNTUNGKAN BELIAU!!! kALAU DIA NAMPAK PIHAK YANG AKAN MENDATANGKAN KEUNTUNGAN PERIBADINYA PASTI DIA AKAN PUJA DAN PUJI DAN PIHAK SATU LAGI SUDAH PASTI BELAIU AKAN KEJI. ITULAH PENDIRIAN DIA. JADI ORANG MACAM INI KER LAYAK DIPANGGIL ULAMAK? KESIAN ORANG MELAYU ISLAM, ADA JER PHD UGAMA DIPANGGIL ULAMAT WALAUPUN IANYA PULAMAK. BERHATI-HATILAH DALAM MENERIMA APA YANG DIA KATA, KERANA PERWATAKANNYA TIDAK ADA INTEGRITI DAN SUKAR UNTUK DIBERI KEPERCAYAAN DAN DIA TIDAK DESERVE UNTUK MENDAPAT SEBARANG PUJIAN
ReplyDeletepeninnnnn dengan golongan ugamawan....mendengar nasihat pencuri agar tidak mencuri seperti beliau adalah lebih baik....
ReplyDeleteUlamak gila glamor macan dr maza ni tak layak diberi gelaran prof. Dia boleh merosakkan minda pelajar. Lebih baik cegah sebelum parahg. Jika dia hendak jadi ahli politik silakan, tinggalkan dunia pendidikan. Prof haprak macam ni memang tak oleh dipercayai.
ReplyDeleteNagaman,
ReplyDeletetolong dedahkan sms tu biar dia tahu diri.
Jika wahab mufti bapak join pkr, itu tandanya politi bukn keutamaan bagi mereka, wahab anak masuk umno bukan politik keutamaan....sibapak sokong lgbt n kalimah Allah untuk semua ke.
ReplyDeletetidakah ada di dalam sejarah islam bagaimana saidina umar memikul guni gandum untuk diberi kepada rakyatnya yang miskin demi kelansungan hidup ... adakah sejarah ini tidak dilihat oleh dua ulamak berkenaan ... atau mereka menjadi buta hati kerana syak wasangka yang mendalam di dalam diri mereka ...
ReplyDelete