Tuesday, February 19, 2013

HADI MAT LEBONG NAK KELENTONG APA LAGI.



Kenyataan Presiden PAS, Ustaz Hadi Awang bahawa PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat sekiranya didapati gabungan itu merugikan Islam dan Melayu boleh dianggap sebagai satu kenyataan bahawa PAS seolah-olah baru sedar dari tidur nyenyak yang panjang.
Pertamanya, saya melihat kenyataan itu tidak lebih daripada usaha terdesak untuk menenangkan hati ahli dan penyokong PAS yang sebahagiannya mula bangkit dan mengambil tindakan drastik meninggalkan parti yang mereka telah mereka bersama-sama untuk mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu.
Kedua, kenyataan itu juga sebagai melunakkan komponen parti dalam Pakatan yang di asak bertubi-tubi oleh ahli dan penyokong PAS dalam berbagai isu. Sehingga kini pimpinan tertinggi parti-parti tersebut tidak mampu memberikan jawapan terhadap beberapa isu besar yang timbul seperti isu Kalimah Allah.
Ketiga, kenyataan tersebut mungkin didorong oleh kumpulan parasit yang kini tersepit dan mereka memerlukan tali hayat untuk menjadi terus relevan mewakili PAS dalam PRU ke 13 yang akan datang.
Keempat, kenyataan tersebut dilihat seolah-olah untuk mengesah dan menyokong tuntutan pimpinan ulama seperti Timbalan Mursyidul Am dan Ketua Dewan Ulama yang mengambil pendirian yang tegas dan dicisiveterhadap beberapa isu diakhir-akhir ini.
Kelima, kenyataan tersebut dilihat sebagai satu usaha untuk melunakkan pekerja jentera pilihanraya PAS supaya memberikan khidmat yang terbaik kepada semua parti komponen Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU ke 13 yang akan diumum pada bila-bila masa sahaja.
Dan keenam, kenyataan tersebut boleh ditafsirkan sebagai usaha untuk memancing semula undi pengundi-pengundi Melayu Islam yang telah mula berpaling daripada PAS di kawasan-kawasan majoriti Melayu Islam di mana PAS dijangka meletakkan calon.
Bagi saya kenyataan Presiden PAS itu tidak mempunyai kekuatan disebabkan telah terbukti sejak PAS menyertai Pakatan Rakyat , idealisme perjuangan PAS hampir diketepikan sepenuhnya atas keinginan yang melonjak untuk ke Putrajaya.
Hampir dalam semua isu baik yang kecil dan terpencil hinggalah yang besar melibatkan aqidah dan syariah, PAS di dapati tidak mempunyai kekuatan langsung untuk mempertahankan prinsip perjuangan asal parti tersebut iaitu mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu.
Kita tidak perlu mengulang dan mendetailkan satu persatu isu-isu tersebut. Yang jelasnya pimpinan PAS perlu menununjukkan kepada ahli dan penyokong PAS isu yang mana yang melibatkan PAS dalam mana parti tersebut mampu berdiri tegak mempertahankan asas-asas perjuangan parti Islam itu. Pun begitu masih ada pimpinan PAS yang cuba meyakinkan ahli dan penyokong parti bahawa negara Islam dan hudud akan terus dilaksanakan setelah Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.
Seandainya soal kecil seperti penggunting rambut wanita di Kota Bharu, soal papan iklan dan pusat-pusat hiburan beroperasi dalam bulan Ramadhan di Kedah pun tidak dapat dipertahankan, mana mungkin PAS mampu dan dapat melaksanakan agenda Negara Islam dan hudud di Putrajaya nanti.
Saya ingin melontarkan beberapa soalan yang menyentuh berbagai isu seperti di bawah :
a. Apakah kenyataan Karpal Singh bahawa langkah mayatnya dahulu jika PAS berhajat untuk melaksanakan Negara Islam dan hudud itu menguntungkan Islam?;
b. Adakah persetujuan Pakatan Rakyat untuk membolehkan kalimah Allah diguna oleh bukan Islam khususnya penganut Kristian yang jelas tujuan tersiratnya adalah untuk menyebarkan fahaman Kristian di kalangan orang Melayu menguntungkan Islam?;
c. Adakah Buku Jingga yang tidak langsung memberi peruntukan kepada Islam dan hudud yang menjadi “kitab” rujukan utama komponen Parti Pakatan Rakyat menguntungkan Islam?;
d. Adakah amaran dan ugutan pimpinan tertinggi DAP untuk meletakkan jawatan secara beramai-ramai (en-block) sekiranya PAS melaksanakan hudud menguntungkan Islam?;
e. Adakah usaha membawa fahaman Pluralisme Agama dan Islam Liberal serta percubaan untuk mengiktiraf LBGT menguntungkan Islam?

Perlu juga dibangkitkan di sini mengenai pemecatan saya dan YB Ust Nasharudin Mat Isa . Saya dipecat bukan atas sebab saya terlibat dengan mana-mana kegiatan yang bertentangan dengan syariat. Saya dipecat antara lain disebabkan tindakan saya untuk mencegah arak, judi, rumah urut dan percubaan mengkristiankan orang-orang Melayu Islam di negeri Selangor. Kesemuanya dilakukan atas sifat saya sebagai Exco Hal Ehwal Islam yang memang portfolio tersebut menghendaki saya memainkan peranan itu. Adakah tindakan saya itu merugikan Islam?
Mengenai Ust Nasharudin pula adakah usaha beliau untuk menjalin ukhuwwah dan mahabbah antara pimpinan umat Islam dan juga diperingkat antarabangsa yang melibatkan para pemikir Islam dan di kalangan mereka yang tertindas seperti di Palestin itu merugikan Islam?
Sebenarnya hati kecil saya cenderung untuk menerima kenyataan Ust Hadi itu lantaran saya mengenali beliau secara dekat buat sekian lamanya. Tetapi kenyataan itu tidak mudah untuk ditelan akibat daripada tindakan PAS menangani isu-isu Islam yang ramai berpendapat PAS sudah sama sekali kehilangan daya juang dan semangat jihad.
Ada pihak yang mengatakan PAS seolah-olah seperti sudah dirasuk makhluk halus dan kelihatan terpukau dengan mainan politik Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guang Eng dan ramai lagi. Sebab itu dikatakan di awal tadi bahawa pimpinan PAS seolah-olah tidur lena buat sekian lamanya. Tiba-tiba tersentak bangun membuat kenyataan seperti yang dibuat oleh Presiden PAS itu.
Akhirnya, atas nama kejujuran dan keikhlasan serta atas nama semangat perjuangan Islam yang ditiupkan kepada ahli dalam usrah, tamrin, rehlah, munaqashah, ijtima’, PAS perlu melakukan sesuatu yang decisive dengan meninggalkan Pakatan Rakyat sekarang juga. Gesaaan-gesaan ke arah ini sudah terdengar sekian lamanya khususnya dikalangan pimpinan ulama di dalam PAS.
Kenyataan seperti yang dikeluarkan oleh Presiden PAS itu bagi sesetengah pihak dianggap sebagai anti klimaks. Klimaks sebenarnya ialah tinggalkan Pakatan. Hanya selepas itu rakyat dapat melihat jantannya pimpinan PAS. Rakyat juga dapat melihat tindakan decisive PAS itu nanti menatijahkan betapa haru birunya DAP dan PKR dalam menghadapi PRU ke 13 terutama dalam menggarap sokongan pengundi Melayu Islam.
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
17 Februari 2013

11 comments:

  1. One more thing missing.... " Eggless"

    ReplyDelete
  2. Klu brsama PR sbgai kepala, kami bule gk terima. Tp sekadar mnjadi spt melukut ditepi gantang- tukang hangguk kpd DAP & Anwar mmg tidak salah jika kami beranggapan otak ahli PAS ni samada berada dikepala lutut atau buntut. Klu dibuntut ditakuti nanti pak lebai & mat janggut PAS ini dibuntuti oleh PaKaR, Anwar al Buntuti. Tunggu & lihat sj...

    ReplyDelete
  3. Bro

    zaman Pak Lah dan kuncu kitolnya dulu, orang Umno dan orang Melayu berkorban undi dengan memprotoes menentang umno dan BN dengan mnegundi parti lawan demi agama, bangsa dan negara.

    KIni tiba pula masa orang PAS berkorban demi agama, bangsa dan negara apabila pucuk pimpinan mereka tunduk kepada puak chauvinist (dap) dan zionis (pkr)

    ReplyDelete



  4. PAS standard hanjeng busuk

    selayaknya hanya sebagai penghisap kote aku


    ReplyDelete
  5. Lagu utk hadi..Demo lening tok supo mulo..xbrani ckap nok beno..ari2 kuat lebong..ari2 kuat lebong..itu loh dio si aji hadi.

    ReplyDelete
  6. hadi awang apa pun tak boleh. meranapkan Islam kat Malaysia.

    ReplyDelete
  7. Hadi awang kalau depan org melayu kampung, cakap nak tubuh negara islam la.., nak hudud la..., akan keluar pakatan la kalau islam tak terbela.....NAK sedapkan hati aje..

    Tapi kalau depan Anwar, depan Karpal sink, senyap, bodoh dan penakut... hanya angguk kepala aje...

    Mcam ni punya pemimpin nak jadi PM Malaysia????..mintak simpang...

    PAS memang dah hancur

    ReplyDelete
  8. terbukti "mereka" ini hanyalah manusia biasa. serban hanya perhiasan kepala. janggut sekadar perhiasan wajah.

    di harap jangan berselindung lagi di sebalik agama. matlamat tidak menghalalkan cara. itu asas seorang manusia beragama islam.

    ReplyDelete
  9. Pennyless President (terjemahannya: Presiden tak ada "kote" atau telor"). Belum pernah saya jumpa dimana-mana dalam dunia Presiden Parti tak ada "kuasa". Sebagai pemimpin No wahid, dia sepatutnya memimpin. Sebaliknya dia dipimpin dan menjadi "kuda tonggangan, macam kerbau dicocok hidung. Hitam kata Nuar/Karpal/LKSial/LGE hitamlah kata dia. Buat U-Turn pun kerana terpaksa.Orang jenis ni tak layak diangkat jadi pemimpin ummah.

    ReplyDelete
  10. PAS tinggalkan Pakatan Haram Jadah, dia mamposss . . .

    PAS kekal dalam Pakatan Haram Jadah, dia mamposss juga.

    Jadi baik mamposss . . .

    ReplyDelete
  11. pas hanya ANJING dlm pr.

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.