Thursday, February 28, 2013

LEPAS RAJA PETRA GAGAL BALA PULAK KANTOI !


malam tadi balasubramaniam ceramah . tajuk ceramah siapa bunuh altantuya..sayang 5 tahun punya tunggu bala gagal membuktikan secara lengkap siapa bunuh altantuya..

bodoh punya PI. 


Siapa Tanggung Bala Sepanjang 5 Tahun Menghilang?

Selepas lebih kurang 5 tahun penyiasat persendirian Balasubramaniam Perumal (PI Bala) menghilangkan diri bersembunyi di India, Ahad lepas bersamaan 24 Februari 2013, akhirnya PI Bala muncul di KLIA dengan sambutan hangat oleh kira-kira 50 penyokong PKR. 

Sambutan yang diberikan oleh PKR terhadap PI Bala itu mengesahkan lagi wujudnya peranan parti itu dalam merencanakan komplot jahat mereka memanipulasi dan mensensasikan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya untuk dikaitkan dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Lagi pun bila mana perkara pertama yang dilakukan PI bala ialah bersumpah bersaksikan kitab Hindu Bhagavad Gita bahawa Akuan Bersumpah (SD) pertama yang mengaitkan Najib dalam pembunuhan Altantuya kononnya adalah benar, manakala SD 2 pula dilakukan secara terpaksa, tambah jelas lagi peranan PKR dalam kes ini.

Sepatutnya jika PI Bala berhasrat menafikan pula SD2, bukankah lebih elok dilakukan pula SD ketiga. Alang-alang sudah berkali-kali buat akuan bersumpah yang saling bercanggah, elok juga buat sampai SD10, tak gitu?

Menarik untuk dilihat apa reaksi penerimaan orang Melayu Islam dalam PKR dengan sumpah PI Bala dengan kitab Hindu Bhagavad Gita itu, mungkin mereka teruja barangkali memandangkan Ketua Umum PKR sendiri sampai sekarang tak meyakini kebenaran sumpah laknat yang bersaksikan Allah s.w.t.

Semasa di temu bual oleh pihak media di KLIA itu juga PI Bala telah mengumumkan kesediaannya untuk membantu kempen Pakatan Rakyat (PR) dengan menjelajah ke seluruh negara konon bagi membongkar kebenaran di sebalik peristiwa tragis pembunuhan Altantuya Shariibuu.

Ia tidak pun mengejutkan khalayak, kerana umum tahu SD1 yang diikrarkan oleh PI Bala mempunyai kaitan rapat dengan pemimpin-pemimpin utama PKR yang sedari awal lagi mengharapkan manipulasi dan spekulasi mengenai kes pembunuhan Altantuya akan memalapkan sinar politik Najib.

Usaha PR gagal selepas SD2 oleh PI Bala menafikan pembabitan Najib, tambahan pula Raja Petra Kamaruddin yang pernah merekayasa fiksyen kisah Altantuya dengan memanipulasi kehebatan imaginasinya juga telah mengakui PM mahupun isterinya langsung tiada sangkut paut dalam kes tersebut.

Sebaliknya umum didedahkan pula dengan peranan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang pernah terlibat berusaha memujuk suspek pembunuhan, Azilah dan Sirul supaya sengaja membabitkan nama Najib dalam kes sensasi itu.

Sebetulnya apa sahaja gerak geri PI Bala selepas ini ia tidak membantu pun PR dalam usaha mereka untuk memporak-perandakan kepercayaan rakyat kepada PM, kerana keraguan umum terhadap kredibiliti penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh Razak Baginda teramat besar sekali.

Khalayak sebenarnya lebih tertarik untuk mengetahui kenapa PI Bala sanggup menggelapkan wang RM50,000 yang diamanahkan oleh Razak Baginda yang sepatutnya diberikan kepada Altantuya dan jika PI Bala tidak bermaksud menyonglapnya, sekurang-kurangnya khalayak umum ingin tahu di mana wang itu sekarang.

Paling penting khalayak ingin tahu siapakah dalang utama yang menaja, menanggung dan menampung segala kos kehidupan PI Bala di luar negara sejak lebih kurang 5 tahun lalu? 

Tidak sedikit kos tanggungan tersebut, dari hal upah tutup mulut, kos perumahan, makan minum dan kenderaan serta kos harian lain, jumlahnya besar, setakat RM50,000 yang disonglap oleh PI Bala dari Razak Baginda tentunya tidak mencukupi.

Tentu sahaja penajanya dari kalangan pemimpin utama PKR, kerana parti ini juga sebelum ini menaja kehidupan kekasih gelap Elizabeth Wong iaitu Helmi Malik di Indonesia dalam usaha mereka ‘menyejuk bekukan’ kisah hubungan sulit kedua-dua mereka dari terus menjadi perhatian umum.

Persoalannya siapa nama pemimpin itu dan dari manakah sumber kewangan yang diperolehnya?

18 comments:

  1. so apa lagi saman lah si Bala ni....jgn ckp2 je....itu pun KALAU ADA TELOR LAH....JGN JADI MCM NAJIB TAK ADA TELOR AJAK BERDEBAT DGN ANWAR PUN TAKUT....Maka para pencacai UMNO kalau ada telur apa lagi saman si Bala ni....biar terdedah di Mahkamah...betul atau tidak....Nak tau jugak siapa yg benar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banggangnya ko ni kan dah ada org yg buat laporan polis pasal penipuan si bala ni tungu la kesudahannya nanti banggang punya penyokong Penipu Rakyat niii......

      Delete
    2. bala is TH


      = Txxxxx Hxxxx


      kah kah kah

      Delete
  2. anon 2:34pm kalu betol itu bala bohong sama rakyat msia,apa mcm lu punya muka?

    ReplyDelete
  3. ape yg anon 2.34 meroyan? kenapa sibuk nk berdebat? baik ko suruh anwar bersumpah yg dia tak pernah menutuh jubur jantan, aksi video seks dgn pelacur cina, berzina dgn shamsidar dan tunjukkan jam omeganya dulu!

    ReplyDelete
  4. kalau anuwar terer sangat, naik kan la taraf ekonomi selangor. tunai kan la janji. jgn asyik naik kan telor dia utk china doll saja.

    Maka setelah terkedu, pencacai PKR terpaksa ambik hindraf yg dulu di benci.

    bila dah kalah, suruh saman. suruh debat. cari idea lain la bro.
    najib dah letak dlm manifesto dia utk berdebat... tapi bukan janji tau.

    ReplyDelete
  5. Saman menyaman bukan budaya orang BN, yang banyak menyaman adalah orang PR terutamanya Anuar..saman dulu lepas tu tarik balik, supaya kes tidak dibicarakan oleh orang ramai dan menghina mahkamah...BERDEBAT tidak akan menyelesaikan masalah, yang penting jika BALA ada fakta yang benar dan KUKUH tunjukkan kepada RAKYAT..Kenapa semasa perbicaraan Sirul dan Azilah tidak ditunjukkan bukti2 ini...RAKYAT dah kenal siapa BALA yang pembelit ini...checkmate..TQ

    ReplyDelete
  6. najib perdana menteri, anwar rakyat biasa buat apa nak debat. tak pikiaq hang buang masa aje!..

    ReplyDelete
  7. kalau bala ade bukti buat ape merepek dipentas ceramah je.. buat report terus dan sy percaya peguam2 PR akan memastikan org yg dituduh bala dgn bukti yg ade padanye menerima hukuman..

    ReplyDelete
  8. Balik-balik suruh saman..balik-balik suruh saman...itu jer la modal cai-cai Pakatan..samer jer la dgn masternya...ikut perangai partai PAP dari Singapura tu...x der kerja melayan semua benda ni..baik ditumpukan perhatian untuk kerja-kerja pembangunan negara dan Ummah...

    ReplyDelete
  9. ceramah yg aku dgr smalam dlm you tube lain. ulasan gap lain pulak. nape tak sama ni? mana satu yg betul. pelik jugak bila bala yg telah lama menghilangkan diri balik semula ker malaysia semata2 nak memburukkan najib. najib pls do something. skrang kte tgk saper yg betul2 takde telor..hahaha

    ReplyDelete
  10. Eleh relax beb... Inikan game politik. Anwar sendiri tahu kes ini hanyalah fitnah asal RPK yg takda buktipun utk dakwa di mahkamah. Semua watak adalah direka.

    Tapi knape dia masih nak guna cerita yg sama? Antara jawapannya..
    Fitnah ini antara yg terawal direka Anwar KHAS utk Najib sebelum jadi PM. Yang terbaru ini adalah kesinambungan dan pelengkap cerita rekayasa yg ditulis dari era RPK, Bala episode I, SUARAM, Deepak, Bala episode II. Tapi "the problem is" ceritanya jelas hilang arah tuju dan sering berubah ubah. Setuju GAP cerita 50k Bala itupun masih tergantung.

    Seperti yg kita tahu selain serangan cerita Altantuya serangan hebat yg lain adalah serangan terhadap isteri PM! Tapi rasanya kalau Anwar study sendiripun dia tahu fitnah ini mmg bangang sebab Najib masih lagi selamat dan ehemm.. Imej Najib dikalangan wanita tetiba naik mencanak dan dianggap suami penyayang he he he. Fitnah tersebut kini diHENTIkan media PR.

    Anon diatas, kenapa Najib nak dakwa seseorang atas sebab politik. Ingat der, Najib sendiri sudah berjanji amalkan politik terbuka tanpa sekatan. Jika ia babitkan YDP Agong atau badan tertentu lain cerita. Tapi dipihak Kerajaan, seperti yg dijanjikan pasti lebih terbuka dan bebas dikritik.

    Penyokong PKR mungkin tengah CHEERS! dgn DAP waktu ni. Enjoy sakan macam mambang mabuk minum brandi atas kepulangan Bala. Tapi jangan lupa PRU 2008 UMNO terjejas kerana masalah dalaman. So cukup ke dgn fitnah kali ni..? Strategis la sangat.

    Ahli mesyuarat tingkap.
    Tapi takda parti...

    ReplyDelete
  11. Najib dah sumpah muhabalah,anwar bila lagi sumpah.sebagai orang Islam mesti meyakini sumpah tersebut kerana Allah Maha Besar akan membalas sumpah tersebut jika Najib membunuh Altantunya.Sehingga sekarang Najib masih kekal sihat dan wajah berseri-seri bukannya macam Anwar muka keruh dan menakutkan

    ReplyDelete
  12. Eleh..ye ye je mamat / minah anon kat atas ni..suruh saman konon...bila org cuba nak jelaskan, korang langsung x bagi peluang utk dengar..lepas tu, dok sumbat kepala korang dgn cite2 dari belah korang jer..itu yg berkarat punya kepala otak..bg la peluang diri korang utk dgr cite dari the other side atau nak lagi bagus..cari cite2 dari byk sumber...baca,dgr, fahami dgn hati yg terbuka..pastu, buat la nilaian korang sendiri..mcm tu baru dikatakan adil..bukan takat adil pd org2 yg terlibat dlm skandal tu tapi berlaku adil jugak la dgn diri sendiri...jgn zalim dgn diri sendiri..

    ReplyDelete
  13. 2.34
    NAK MUNTAH AKU
    DENGAN KOMEN KO

    ReplyDelete
  14. woii mangkuk hayun..utk ape azilah dan sirul bunuh altantuya tu yee???

    ReplyDelete
  15. Bala dah sumpah laknat dgn kitab Hindu, Najib dah bersumpah dgn nama ALLAH dalam masjid, ANWAR BILA PULAK NAK BERSUMPAH LAKNAT,itu pun KALAU ADA TELOR LAH....ATAU PUN ANWAR TAK ADA TELOR, SURUH BERSUMPAH PUN ANWAR TAKUT

    ReplyDelete
  16. Aku ingat siNuar nie lebih suka MENUTOH apa saja yg BERLUBANG sebenarnya dari yg lain....

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.