PARTI-PARTI politik semakin rancak menjelajah ke seluruh negara kerana bahang pilihan raya semakin dapat dirasakan kepanasannya.
Tumpuan kini ke arah menyediakan bilik-bilik gerakan di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM). Setiap PDM telah tersedia senarai nama pengundi mengikut lokaliti, iaitu senarai pengundi mengikut alamat kampung, kawasan perumahan atau alamat mengikut jalan.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sibuk mengemaskinikan data pemilih yang telah dibersihkan bagi mengelak tuduhan terdapat 'pengundi hantu' yang kerap dilemparkan oleh pembangkang.
Dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara, SPR telah dapat membersihkan semua nama pendaftar yang telah meninggal dunia atau yang mempunyai pertindahan nama.
Hakikatnya, benarkah wujud pengundi hantu sebagaimana yang dituduh oleh pembangkang?
Pelbagai transformasi telah dilakukan oleh SPR demi memuaskan hati pelbagai pihak, termasuk NGO yang telah beberapa kali mengadakan demonstrasi jalanan kerana mempertikaikan ketelusan SPR dan menuduh kerajaan campur tangan dalam menentukan peraturan-peraturan SPR yang dituduh berat sebelah.
SPR telah menganjurkan beberapa kali majlis taklimat dan dailog, termasuk mewujudkan jawatankuasa peringkat Parlimen dengan mengundang semua parti politik untuk menganggotai jawatankuasa tersebut.
Namun usaha murni yang dilakukan oleh SPR tetap tidak sunyi daripada terus dipertikaikan, walaupun kebanyakan tuntutan transformasi yang dikemukakan oleh pembangkang telah dipenuhi.
Pembangkang turut menyarankan diwujudkan badan pemantauan antarabangsa bagi menentukan ketelusan proses pilihan raya. SPR sebaliknya telah menyarankan agar badan-badan NGO dalam negara dilibatkan sewaktu tempoh berkempen dan pada hari pembuangan undi.
Soalnya, apakah perlu badan pemantauan antarabangsa diwujudkan?
Badan-badan antarabangsa mungkin lebih munasabah dijemput untuk menjadi pemerhati dan bukan pemantau untuk memerhatikan perjalanan sepanjang kempen dan ketika proses pembuangan undi dilaksanakan.
Sistem demokrasi di Malaysia seharusnya mengikut acuan negara ini. Setiap negara mempunyai acuan politik yang disesuaikan dengan situasi dan kehendak rakyat negara berkenaan.
Tidak mungkin terdapat negara luar mengikut acuan sistem politik di Malaysia seratus peratus. Begitulah juga sebaliknya. Kerana sistem demokrasi amat luas pengertiannya.
Namun secara holistik, sistem demokrasi tercipta daripada hasrat untuk memberikan suara kepada rakyat bagi memilih kerajaan. Suara majoriti menjadi asas kepada sistem demokrasi di setiap negara yang demokratik sistem politiknya.
Mana mungkin SPR tidak telus dan menyebelahi pihak Kerajaan Pusat yang memerintah, jika dalam PRU Ke-12, Barisan Nasional telah kecundang dan kehilangan lima negeri; Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak.
Pembangkang amat teruja dengan kemenangan mereka yang amat luar biasa dalam sejarah pilihan raya umum di Malaysia. Sebenarnya mereka juga tidak menyangka kejayaan yang dicapai begitu memberangsangkan.
Kini mereka bercita-cita pula untuk menawan Putrajaya, biarpun mereka pernah berhasrat untuk melelong Putrajaya jika mereka memerintah negara ini. Nauzubillah.
Benarkah mereka mampu untuk menterjemahkan cita-cita menuju ke Putrajaya?
Terdapat dua kemungkinan. Pertamanya, jika pembangkang gagal merealisasi cita-cita serakah mereka, tentu sekali lagi mereka akan menuduh SPR tidak telus dalam melaksanakan amanah dalam pelaksaan sistem demokrasi di negara ini.
Keduanya, jika mereka berjaya sekalipun, adakah mereka mempunyai keberanian untuk merubah sistem dan peraturan SPR yang sedia ada dengan benar-benar telus sebagaimana yang mereka tuntut?
Lihatlah di negeri-negeri yang mereka kuasai, adakah mereka telah melakukan sistem dan peraturan yang lebih baik, telus dan adil sepenuhnya berbanding dengan ketika Barisan Nasional mentadbir negeri-negeri berkenaan?
Jika ketelusan yang mereka harapkan daripada SPR, bagaimanakah mereka melaksanakan ketelusan dalam sistem pemberian tender dan penganugerahan pasir dan tanah di Selangor atau di Kelantan? Mengapa kawasan hutan yang selama ini menjadi kawasan tadahan air telah digondolkan dan merosakkan eko-sistem sebagaimana yang berlaku di Empangan Pedu, Kedah?
Sememangnya menjadi lumrah politik, sebelum kuasa berada di tangan, mereka menghamburkan pelbagai taburan janji yang muluk-muluk kepada pengundi dengan janji mahu menghadiahkan bulan dan bintang, malah syurga kepada pengundi yang menyokong mereka.
Sekali lagi, SPR hanya dijadikan kambing hitam, jika mereka gagal mencapai nafsu serakah politik mereka.
SPR telah menyediakan tataetika pilihan raya sebagaimana tercatat melalui buku kecil Tataetika Pilihan Raya yang bertujuan untuk menyemai semangat dan sikap serta tatalaku yang terbaik dalam kalangan semua mereka yang terlibat semasa pilihan raya.
Dalam usaha SPR untuk mewujudkan pilihan raya yang berintegriti, tataetika yang digaris dengan pelbagai panduan dan peraturan telah disediakan untuk dijadikan rujukan umum, khususnya pihak-pihak yang terlibat dalam urusan pilihan raya.
Melalui pendekatan mikro, SPR umpamanya telah menentukan, perarakan calon dan penyokong-penyokongnya ke pusat penamaan calon tidak digalakkan. Bagaimanapun, jika perarakan perlu juga diadakan, maka pihak penganjurnya hendaklah mematuhi peraturan, prosedur dan arahan oleh SPR dan pihak polis.
Peraturan tidak membenarkan penganjur mengadakan ucapan atau ceramah semasa berarak atau berkumpul. Mereka juga tidak boleh mengunakan alat muzik atau pembesar suara.
Turut dilarang, penyokong tidak memasuki sempadan dalam jarak 50 meter atau dalam mana-mana jarak kawasan dari pusat penamaan calon tertentu. Hanya calon, pencadang dan penyokong penamaan calon serta mana-mana orang lain yang diberi kebenaran.
Tataetika juga turut menggariskan tatalaku ketika hari pengundian, di mana parti- parti politik dilarang daripada menggunakan 'barung panas' untuk merayu undi atau menyemak nama pemilih di sekitar kawasan pusat mengundi.
Peraturan telah menentukan, tidak dengan apa cara jua pun anggota parti-parti politik boleh menghalang, menggalang, mengugut atau menakut-nakutkan pemilih daripada datang mengundi.
Turut disentuh termasuk tatalaku ketika pengiraan dan penjumlahan rasmi undi, di mana calon dan ejen pilihan raya diminta untuk memastikan agar petugas-petugas parti politik hadir pada masa yang ditetapkan di tempat pengiraan undi atau pusat penjumlahan rasmi undi agar tidak timbul dakwaan ketidak-telusan dan penyelewengan.
Malah calon yang bertanding atau ejen pilihan raya yang berkenaan diminta dan sewajarnya hadir semasa penjumlahan rasmi undi dan pengisytiharan keputusan pilihan raya.
Jelas sekali transformasi yang telah diperkenalkan merupakan suatu tindakan proaktif oleh SPR termasuk menentukan pengundian awal bagi anggota tentera, polis dan keluarga dan tidak lagi mengunakan kaedah undi pos.
Sewaktu pengundian dilakukan, wakil- wakil calon turut menyaksikan dan berada di tempat pengundian bagi mengelakkan tuduhan oleh pembangkang, kononnya pengundian dilakukan oleh pegawai atasan.
SPR juga telah memberi peluang kepada warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pengundi dan berkelayakan untuk menjadi pengundi, walaupun mereka berada di luar negara. Namun berapa ramaikah kalangan mereka yang telah berbuat demikian?
Desakan penggunaan dakwat sebagai tanda kepada pengundi yang telah membuang undi turut dilayani oleh SPR, biarpun kaedah sedemikian hanya digunakan oleh negara-negara yang sedang membangun. Sedangkan Malaysia telah menjadi sebuah negara yang sedang menuju ke arah sebuah negara maju.
Pelbagai transformasi telah dilaksanakan oleh SPR, semata-mata bagi memenuhi permintaan pembangkang.
Ada kemungkinan permintaan pembangkang yang mendesak SPR melakukan pelbagai perubahan dalam kaedah dan peraturan pilihan raya demi melayani selera mereka, kerana pembangkang semakin terdesak dan menyedari kemerosotan pengaruh mereka dalam kalangan rakyat.
Rakyat semakin sedar dan mulai merasakan janji-janji pembangkang banyak yang tidak ditepati berbanding dengan janji Barisan Nasional yang ditepati.
Malah banyak perkara yang tidak dijanjikan pun dalam PRU-12 telah dilaksanakan oleh Barisan Nasional sesuai dengan program transformasi yang digagaskan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai seorang Perdana Menteri yang prihatin kepada keperluan rakyat.
Langkah-langkah melaksanakan ketelusan sebagaimana yang dilakukan oleh SPR semakin merimaskan pembangkang.
Pembangkang harus mengakui hakikat, SPR merupakan sebuah badan bebas telah melakukan sebaik mungkin semua langkah transformasi sebagaimana yang dikehendaki oleh rakyat yang semakin terdedah dengan maklumat-maklumat yang mudah diperolehi hanya di hujung jari,
Semoga transformasi berterusan akan dapat dilakukan oleh SPR bagi mempertingkatkan kredibiliti sebagai sebuah badan bebas bagi menterjemahkan makna demokrasi mengikut acuan Malaysia.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130211/px_01/Ketelusan-SPR-rimaskan-pembangkang#ixzz2Kal3DEft
© Utusan Melayu (M) Bhd
1. Dalam laporan akhbar Straits Times Singapura pada 1st February lepas, mengatakan Singapura menghadapi kesusahan mendapatkan pasir dari Indonesia dan Malaysia. Mereka sudah luputkan ekspot pasir ke Repablik itu. Ini sengaja ditonjolkan untuk melaporkan berita palsu. Percayakah anda ? Bohong, sentiasa pembohongan dilapurkan dari Singapura oleh wartawan People Asshole Party.
ReplyDelete2. Kenapa sekarang ada banyak pasir bergunung-gunung dikumpulkan di Tampines Avenue 10 dilonggokkan HDB. Dari mana pasir ini datang ?
3. Lebih dua tahun lalu mantan menteri Tun Mahathir kata setiap hari ada 700 lori pasir dihantar keSingapura melalui Causeway.
4. Sekarang Singapura hendak naikkan penduduk purata sehingga 6.9 juta pada tahun 2030. Tujuh belas tahun lagi akan datang. Umur seorang remaja lelaki atau perempuan akan mengharungi pesatnya negara Singapura dengan penduduk 6.9 juta.
5. Macam mana hendak menampong penduduk yang ramai, jika pasir tidak mencukupi untuk membina rumah pangsa penduduk ? Bagaimana boleh mendapat kelulusan pasir dari Indonesia dan Malaysia diekspotkan kenegara Singapura ? Itu sebab dari sekarang kerajaan Singapura dan penyokong DAP mahu perintah Malaysia supaya dapat untung, jual pasir ke Repablik di selatan, Pakatan Racun akan jadi kaya raya, kerana permintaan pasir ke Repablik.
6. Lagi satu, DAP boleh keluar masuk dari Singapura ke Malaysia senang sahaja, di Malaysia ada tanah besar, bekerja di Singapura jadi pensyarah universiti, penganalisa politik, dah tu mahu undi DAP dari Singapura.
7. SPR mesti awas!! Jabatan Immigresyen, Kedutaan Malaysia di Singapura..!! Jangan terlalu lemah dengan pensyarah universiti Singapura yang menyokong DAP dan menghentam BN atau Umno. James Chin, Ooi Kee Beng, Oh Ei Sun, Melissa Goh, Carolyn Hong, ramai lagi, penghasut Dalang Api Perkauman.