Kenyataan Balasubramaniam A/L Perumal (Bala) dalam siasatan kes kematian Altantuya
i) Telah beri percakapan kepada pihak polis. Polis tidak memasukkan ceritanya berkenaan Datuk Seri Najib. Percakapannya kepada polis tidak nyatakan apa-apa berkenaan Najib.
ii) Percakapan telah dibaca semula dan diterangkan. Beliau diberitahu hak untuk membuat pindaan atau tambahan. Beliau telah mengakui benar dan menandatangani pernyataan tersebut. (Sebagai bekas anggota polis, beliau tahu hak beliau untuk menyatakan segala keterangan dengan benar dan mengubah percakapan jika ada)
iii) Balasubramaniam telah memberi keterangan sebagai saksi dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Beliau tidak langsung memberi keterangan berkaitan penglibatan Najib. Beliau telah disoal balas oleh peguambela dan tidak terdapat sebarang keterangan berkaitan perkara tersebut.
iv) Dalam keterangan Bala di mahkamah dalam kes pembunuhan Altantuya, isu USD500,000.00 diminta oleh Altantuya bersama 3 tiket kapal terbang ke Mongolia sebagai syarat Altantuya tidak membuat laporan polis terhadap Razak Baginda.
v) Timbalan pendakwa raya (DPP) tidak bertanya sebab sebab kepada Bala kerana beliau tidak sebut apa-apa perkaitan tentang Najib. Bala telah berkhidmat sebagai anggota polis selama 17 tahun dan jawatan terakhir adalah di Cawangan Khas.
Perakuan Bersumpah (SD) Balasubramaniam.
i) SD1 dibuat pada 3/7/2008.
ii) SD2 dibuat pada 4/7/2008.
2. Kenyataan Suresh A/L Subramaniam
i) Pada bulan Mei 2008, beliau berjumpa dengan Bala di sebuah Pub Bulldog di Hartamas. Di sana beliau telah diperkenalkan dengan beberapa orang termasuk Ahli Parlimen, Sivarasa Rasiah dan peguam Amrick Singh Sidhu. Mereka membincangkan kes Altantuya dan bertanya sama ada beliau tahu tentang kes tersebut. Suresh menyatakan beliau tidak terlibat dalam kes itu. Mereka meminta Suresh untuk membuat Pernyataan Bersumpah (SD) untuk mengaitkan Timbalan Perdana Menteri (Najib) dengan Razak Baginda dalam kes Altantuya. Suresh menyatakan beliau tidak berminat dengan cadangan mereka.
ii) Pada 2/7/2008, Bala meminta bantuan Suresh untuk menghantarnya ke Corus Hotel di hadapan KLCC. Dalam perjalanan telah singgah di DUO Residency yang mana Bala mengambil satu envelope yang ditinggalkan oleh peguam Amrick Singh. Bala memaklumkan “something big is going on tomorrow”. Suresh telah menonton berita dan mendapati Balasubramaniam telah membuat pengakuan bersumpah melibatkan Timbalan Perdana Menteri yang mana semasa itu Dato Seri Anwar Ibrahim berada di sebelah Bala.
iii) Selepas itu, Bala menghubungi Suresh menyatakan beliau takut dan telah pergi bersama ke pejabat Amrick Singh di Ampang. Amrick Singh memujuk Bala agar jangan takut dan meminta pembantu Bala bernama Suras Kumar juga membuat Penyataan Bersumpah bagi mengaitkan TPM dengan Altantuya dan Razak Baginda. Suras enggan walaupun Amrick Singh menyatakan akan membincangkan bayaran kepada Suras kemudiannya.
iv) Bala telah memaklumkan kepada Suresh bahawa pihak Amrick Singh dan PKR telah menjanjikan RM700,000.00 dan peluang perniagaan kepada Balasubramaniam bagi membuat Penyataan Bersumpah tersebut. Bala juga menyatakan beliau bersetuju memberi Penyataan Bersumpah tersebut kerana marahkan pihak polis yang telah menangkap beliau semasa siasatan kes Altantuya dan menyebabkan pendapatannya hilang.
v) Berkaitan USD500,000.00, Suresh dimaklumkan oleh Bala bahawa Altantuya mengugut untuk mendapatkan jumlah wang tersebut, jika tidak Altantuya akan mencolek anak Razak Baginda.
Kenyataan Suras Kumar (Pembantu Bala dalam tugas sebagai penyiasat persendirian)
i) USD500,000.00 – Altantuya sendiri memaklumkan kepada beliau bahawa Altantuya memerlukan wang itu untuk merawat anak dan emaknya serta membayar hutang.
ii) Sepanjang bertugas dengan Bala, beliau tidak pernah dimaklumkan apa–apa tentang penglibatan Najib.
Kenyataan Abdul Razak bin Abdullah (Razak Baginda)
Dalam penyataannya kepada pihak polis, beliau menafikan dan menyatakan tidak memberitahu Bala sepertimana dalam SD1nya mengenai penglibatan Najib.
Penyataan Bersumpah Kedua
i) Menurut Bala, dalam siasatan peguam Arulampalam yang menyediakan Penyataan Bersumpah (SD2) tetapi disangkal oleh peguam tersebut. Bala menyatakan bahawa dia bertemu dengan peguam Arulampalam pada 3/7/2008 di Lotus dan peguam tersebut yang membawa ke Hotel Prince pada 4/7/2008.
Manakala peguam tersebut menyatakan dia bertemu kali pertama dengan Bala di Prince Hotel atas permintaan Bala dan di situ, Bala menunjukkan SD2 tersebut dan Bala memberitahu dia bahawa dia membuat atas paksaan (duress), oleh kerana itu Bala hendak menarik balik SD1.
ii) Menurut Bala lagi, beliau membuat SD2 kerana marahkan pihak PKR mengadakan kenyataan akhbar sepanjang penyataan SD1 bagi mempolitikkan perkara tersebut. Sebaliknya Peguam Amrick Singh Sindhu dan peguam Sivarasa menyatakan bahawa Bala sendiri bersetuju membuat kenyataan akhbar tersebut.
Perjumpaan di The Curve
i) Dalam kenyaaan Bala, beliau menyatakan terdapat 6 orang hadir dalam perjumpaan tersebut iaitu Bala, Suresh, Deepak, Dhanesh, Datuk Nazim dan isteri Datuk Nazim.
ii) Suresh menafikan ada perjumpaan di The Curve pada malam 3/7/2008.
iii) Dhanesh Jaikishan A/L Jaikishan Rewathand menafikan ada hadir perjumpaan tersebut.
iv) Deepak menafikan ada perjumpaan tersebut.
v) Datuk Nazim juga menafikan berlakunya perjumpaan tersebut.
Keterangan Pegawai–pegawai polis yang menjalankan soal siasat ke atas Bala dalam kes Pembunuhan Altantuya.
Mereka menafikan bahawa Bala ada menyatakan penglibatan Datuk Seri Najib dalam kes berkaitan Altantuya.
AIDC
aku cukup heran dgn lalat2 ijau PAS nih, camna la depa leh pcaya ckp paria x sunat nih..dh terang2 bkn org beriman paria ni.. bukti apa pun takdak depa buley pcaya tahap maut kat paria nih..peh mmg KAUM PAS nih sesat gamaknya..
ReplyDeleteكاو ني فون سام انتهكن لبيه
DeleteHAIRAN BEBAL NYA MELAYU DAN ISLAM SOKONG PELIWAT PENZINA ALJUBURRI.
ReplyDeleteOTAK DAH KENA DENGAN ALJUBURRI.
GUNA LAH OTAK ANUGERAH ALLAH DENGAN CERDIK........WALLAHUALAM
Dia tak bebal sebab dia orang tahu hukum Allah dia baca Alquran dia takut azab Allah. kalau aku kata kau yg bebal kau marah pulak kan , jadinya cuba lah kau google apa hukum orang jenis kau ni dalam Alquran. Alquran tu mukjizat kalam Allah, orang gunakan Otak anugrah Allah ini untuK memaham tapi memaham Quran ikut kepala lutut patutlah . . . kalau setakat orang kata kau banggang tak pe lagi tapi kalau Allah cop ko syirik amacam. . . ke tak tau baca Quran . . .
DeleteKo org ni slow la..kalau kalah sekali tu kira silap la..tapi dah kalah pru 12 kali..tu bukan silap.tu bodo..lepas tu kata lak pengundi hantu..abah ko pengundi hantu..allah tak benarkan..ko pakat la sembahyang 20 stadium..dan pakat nangis ramai2 mcm cina mati..pun allah tak benarkan..ko munajat.tanya allah..aku rasa allah akan bagi jwp an..ko org mmg sombong..allah bagi menang sikit masa pru12 dulu..bukan kemain punya sombong..aku pernah attack dgn komen ni di blog pas..tapi dia org tak keluarkan..pok nik tu mintak maaf la..aku tak caya la org tua tu..
ReplyDeleteBooo...karangan cm budak sekolah..kahkahkah..otak pencacai umno bleh la ko nk tapau.. ko ingt skrg ni ssh ke nk dpt fakta..ape punye bengap..dasar pencacai
ReplyDelete