Friday, March 29, 2013

ORANG BERILMU MACAM SIDEK BABA PUN TINGGALKAN ANWAR, KORANG BILA LAGI ?



 Tiga tahun lalu, bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba mengejutkan banyak pihak selepas bertindak meninggalkan Ketua Pembangkang itu meskipun lebih 30 tahun bersahabat.
Namun, punca sebenar mengapa beliau yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) demi mempertahankan Anwar meninggalkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak banyak didedah kepada pihak luar.
Malah, media sendiri jarang berpeluang menemu bual Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu yang bertanggungjawab membangunkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Anwar.
Walau bagaimanapun, hari ini, Sidek akhirnya mendedahkan, masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta kredibiliti antara tiga punca utama beliau bertindak meninggalkan Anwar.
Katanya, sebelum meninggalkan Anwar beliau menyiasat serta menemu bual 28 individu yang sangat rapat dengan Anwar dan kemudian membuat solat sunat istikharah bagi memohon petunjuk.
“Anwar ketika kami bersama-sama dalam ABIM dulu sentiasa mengingatkan saya bahawa seseorang pemimpin bukan sahaja kena bersih tetapi mesti kelihatan bersih dan saya pegang erat amanat itu sampai sekarang.
“Namun, dalam siasatan selama tiga tahun sebelum meninggalkan beliau, saya dapati terlalu banyak persoalan moral yang melingkari Anwar. Saya pegang kata-kata saya ini kerana kesemua 28 saksi itu masih hidup,” katanya.
Sidek berkata demikian ketika ditanya punca sebenar beliau meninggalkan Anwar dalam program Wacana Cuit: Dilema Melayu Moden di Menara Majlis Amanah Rakyat (Mara), di sini hari ini.
Selain Sidek, wacana itu turut menampilkan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin dan penganalisis politik, Yahya Ismail sebagai ahli panel manakala Prof. Madya Dr. Rahmat Ghazali selaku moderator.
Yang turut hadir, Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh, bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Glomac, Tan Sri Datuk FD Mansor serta Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan selaku penulis buku Cuit: Dilema Melayu Moden.
Kira-kira 1,000 kakitangan Mara hadir di majlis itu.
Dalam pada itu, Sidek menjelaskan, beliau juga kecewa selepas Anwar yang sebelum ini disanjung sebagai pejuang Islam ketika bersama ABIM kini berubah menjadi pendokong pemikiran liberal serta pluralisme agama.
“Anwar tidak boleh menafikan perkara ini kerana beliau sendiri menuturkan mengenai pluralisme agama ketika berucap di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010. Ini bukti nyata yang tidak boleh disangkal,” katanya.
Menurut Sidek, beliau juga meninggalkan Anwar disebabkan hubungan terlalu rapat Ketua Pembangkang itu dengan para pelobi Yahudi yang sangat berbahaya kepada keselamatan negara - Utusan

8 comments:

  1. Orang berilmu dan berprinsip mcm Sidek Baba. Dr Chandramuzaffar, YB Zulkifli Nordin, Ng Lum Yong byk lg mmg akan dan tlhpon meninggalkan ANUwar...yg tinggal kekal menjilat jubor ANUwar ialah ORG2 YG XBERILMU LAGI BAHALOL SAJE...mcm Sam Ketot, Cikgu BUTT, Rafizi Lemboooooooooooooooooooooooooooooooo

    ReplyDelete
  2. Mati katak sebab amanat syaitan

    http://www.1peluru.com/2013/03/memali-menyingkap-kebenaran-rakaman.html?m=1

    ReplyDelete
  3. Alhambulillah, lagi seorang menyelamatkan diri daripada bersubahat dgnya

    ReplyDelete
  4. Eloklah tu..ada lagi lepas ni yang akan pergi meninggalkannya kecualilah yang baru dok belajar mengenalinya

    ReplyDelete
  5. Anwar Ibrahim terkenal kerana pendirian redikalnya menentang establishment sebelum dia menyertai UMNO. Prof sudah pastinya dapat mengagak mengapa Anwar menjadi ahli UMNO dan tidak PAS walaupun pergerakannya lebih kepada ugama/keadilan.
    Dari situ kita sudah boleh mengagak bahawa kuasa adalah matlamat sebenar Anwar.
    Tak dapat di sangkal seorang yang bermatlamatkan kuasa akan berubah menjadi ganas dan cilik untuk mencapai tujuannya.
    Begitu jugalah yang terjadi kepada PAS ... sanggup mengetepikan perjuangan asalnya kerana hendak berkuasa di putrajaya.

    ReplyDelete
  6. PENCACAI2 PAPA HOMO NI MANA NAK TINGGALKAN PUJAAN HATI DIA ORANG SEBAB PENCACAI2 DAH KESESAPAN DI LIWAT STOR KUNYIT MEREKA!!

    ReplyDelete
  7. Yang tinggal kini hanya yg bodo bodo mcm Sam Ketot..cikgu Bad dan ada dua tiga ekor lagi yg sewaktu nya!

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. Allahuakbar. Satu demi satu petunjuk Allah beri kenapa masih ramai pengikut Nuar tak sedar??

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.