Di sebalik keghairahan jentera propaganda PR memfokuskan isu Zulkifli Noordin mengenai agama Hindu, diam tak diam sebenarnya ia sengaja disensasikan kerana PR menyedari amat perlu untuk meraih semula sokongan majoriti masyarakat India.
Sebab itu Anwar Ibrahim sendiri selaku Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang juga turut memfokuskan isu tersebut dalam setiap ceramahnya. Ia nyata satu strategik yang bijak disamping dapat menutup isu penghinaan yang pernah diucapkannya terhadap orang India dan agama Hindu sebelum ini.
Semasa Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri, pernah diperlekehkan agama Hindu apabila mengeluarkan ungkapan akan memansuhkan loceng kuil Hindu, demikian jaminannya kepada sekumpulan penduduk Melayu Islam Kampung Jawa sewaktu krisis dan pergaduhan kaum di Pulau Pinang tika itu.
Anwar juga meyakinkan penduduk bahawa sekiranya berkuasa kelak dia akan memastikan tidak ada lagi loceng kuil yang berbunyi di seluruh Pulau Pinang.
Sampai sekarang Anwar berdiam diri dari mengulas isu ini sedangkan sebagai seorang pemimpin politik sepatutnya wujud perasaan rendah diri dan redha mengakui kesilapan lama. Jika Zul Noordin yang pernah tersasul sewaktu beliau bersama PAS dan PKR dulu pun sanggup memohon maaf atas kesilapannya, kenapa tidak Anwar melakukan tindakan sama?
Demikian juga sewaktu berucap di salah satu ceramah PR yang disertainya, Anwar juga pernah melabelkan penganut agama Hindu sebagai tak guna. Katanya, "ini pun ada Hindu pi sokong dia, apa tarak guna punya Hindu ini budak."
Manakala Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pernah melabelkan orang India di Malaysia sebagai "pariah" namun sampai sekarang sepatah perkataan mohon maaf atas keterlanjurannya pun tak pernah keluar dari mulut Azmin.
Naib Presiden PAS, Salahhudin Ayub pula pernah menganggap perayaan Thaipusam sebagai demonstrasi jalanan, sedangkan ia adalah ritual keagamaan penganut Hindu. Pernahkah pemimpin PAS yang telah dihalau dari Kelantan ini mengakui kesilapannya? Tiada.
Begitu juga bila mana pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan rasis "Undi Keling Siapa Mahu?" yang jelas merendahkan martabat orang India, apakah terdetik di hati pemimpin DAP itu untuk memohon maaf? Patutkah perkara ini didiamkan sahaja?
Banyak sebenarnya kenyataan rasis oleh pemimpin PR tetapi sengaja dipejamkan mata seolah-olah tidak nampak oleh penyokongnya, sedangkan umum tahu selepas PRU 12 2008 selesai, sejak itu kaum India bagaikan terpinggir dari perhatian Kerajaan Negeri yang dikuasai PR terutama sekali di Pulau Pinang.
Lihat sajalah apa yang berlaku kepada penduduk keturunan India di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang apabila Anwar hanya mendiamkan diri tanpa tindakan, sedangkan sebelum PRU-12 2008 Ketua Umum PKR itu berjanji untuk membantu penduduk Kampung Buah Pala.
Adakah Kampung Buah Pala masih wujud sekarang ini? Lupakah masyarakat India dengan kekejaman PR waktu itu? Tentunya semua ini masih diingati oleh masyarakat India, justeru itu berhati-hatilah dengan mainan emosi dan propaganda PR yang terdesak untuk meraih semula undi orang India.
Andainya PR serius menolak politik perkauman, tentunya sejak dulu lagi mereka mendesak Zul Noordin meminta maaf, tapi sayangnya bila Zul Noordin kini menyedari keterlanjurannya dulu, PR pula sibuk mensensasikan isu untuk kepentingan politik. Buruk benar sikap PR.
Apa pun, kita ucapkan syabas kepada Zul Noordin kerana sedar kesilapan lamanya meski pun ucapannya itu berlaku sewaktu beliau yakin dengan perjuangan PAS yang mana tika itu juga Zul Noordin adalah Peguambela kepada Anwar Ibrahim.
http://www.youtube.com/watch?v=527Ccty8AhY
http://www.youtube.com/watch?v=1hmlGFO9pqA
http://www.youtube.com/watch?v=j1qOsJ7vP_Y
http://www.youtube.com/watch?v=4DnVxLTqAZY
https://www.youtube.com/watch?v=wnY4u1B0_AM
Kuda nuar ekor panjang tapi bengkok
ReplyDeleteKuda stopa ekor kontot
Kuda sabu pilih bulu
Kuda tokong jadi rebutan
Kuda raspussy suka dibelai
Kuda pok nik, karpal dan kit siang dah lama pencen.
Video xxx Mustafa Ali Bahagian2 Panasssssssss........ >>> lawati http://bnbesut.blogspot.com/2013/04/video-mustafa-ali-bahagian2-ke.html
ReplyDeleteblog dr.mim 'diam' krn beliau excident'
ReplyDeletehrp beliau cpt sembuh..insyAllah...tenga nya diperlukan
lol
ReplyDeleteAnuWow memang sentiasa menghina rakyat Malaysia!
ReplyDeletePenghinaannya bertempat dan ikut situasi.. kalau ada kaum India kat situ dia akan puji melambong kaum tu.. kalau depan kaum Melayu dia puji kaum Melayu dan hina kaum lain.. depan kaum Cina dia pun buat tindakan yg sama jugak.. dia di spesis talam banyak muka.. hipokrit.. jenis sialan yg tak layak langsung dipandang atau didengar celoteh murahannya!
JOM KITA TOLAK MANUSIAN JENIS INI!!!!
zul noordin ni pegi mampos lg baik...mmg tak de harapan nk menang kat shah alam..
ReplyDeleteHaha..goyang nampak..
Deletebaca la mcm mana chui soi lek hina Islam...
ReplyDeleteAnwar did it in the shitta hole..., shitta hole..., shitta hole...
ReplyDeleteAnwar did it in the shitta hole..., in Saifuls pretty buttock.
(Song: The three little pigs, check youtube)
Pig 1: Anwar Ibrahim
Pig 2: Lim Guan Eng
Pig 3: Hadi Awang
Terdapat tiga orang dari pembangkang yang akan dihadapkan ke mahkamah selepas PRU13 ini selesai, kata menteri pertahanan Zahid Hamidi. Ini yang membuatkan anwar tak senang tidur.
ReplyDeleteKe mana dia nak bersembunyi?
Kedutaan Turki lah, mana lagi.
Mungkin kedutaan India?
Teruk nanti.