Tuesday, April 2, 2013

JANJI DICAPATI PAKATAN.


Pengumuman pimpinan pakatan pembangkang yang ingin menurunkan harga kereta melalui ‘Manifesto Bukan Janji’ yang dibentangkan baru-baru ini dilihat sebagai pendekatan populis semata-mata. Ini kerana ramai yang berpendapat ia bukanlah kaedah yang terbaik buat rakyat malah bakal memberikan impak besar kepada negara.

Ini kerana secara keseluruhannya penurunan dan pemansuhan cukai kenderaan belum tentu menurunkan harga kereta. Sebagai contoh kereta hibrid tidak dikenakan cukai, namun harganya tidak pula diturunkan kerana pengeluar juga perlu mengambil untung.

Malah di Amerika Syarikat kereta tersebut turut dikenakan cukai, namun harganya lebih murah kerana pasaran negara itu besar berbanding Malaysia.

Kerajaan secara dasarnya telah mengambil kira pelbagai faktor dalam usaha menurunkan harga kenderaan, termasuk syarikat pengeluar, pengusaha industri kenderaan terpakai serta kepentingan pengguna.

Adalah penting untuk mengimbangi semua ini, kerana jika harga kereta terlalu rendah syarikat pengeluar tidak akan mendapat keuntungan malah para pelabur pula akan lari dan tidak lagi membuka kilang di Malaysia. Tidak ketinggalan penurunan harga kereta secara mendadak turut akan menjejaskan pembangunan industri automotif tempatan secara keseluruhan.

Kesannya ialah ekonomi kita, kestabilan ekonomi negara bakal terjejas sekiranya harga atau duti eksais diturunkan seperti yang dikatakan oleh pembangkang jika berjaya menawan Putrajaya. Malah mereka-mereka yang terlibat dengan industri automotif ini akan berdepan dengan situasi gulung tikar dan muflis.

Itu belum lagi diambil kira faktor yang akan menyebabkan hasil negara berkurangan sebanyak RM7 bilion. Sekali gus ia pastinya akan merencatkan usaha kerajaan untuk membangunkan infrastruktur kepada rakyat khususnya di kawasan-kawasan pedalaman.

Menurut pakar ekonomi, apa yang penting ialah bukan menurunkan harga cukai, kerana harga kenderaan sebenarnya boleh turun tanpa perlu mengurangkan pendapatan negara. Iaitu melalui langkah yang diambil oleh kerajaan sebelum ini dengan melakukan rundingan dengan syarikat pengeluar kenderaan.

Ini kerana langkah tersebut jelas terbukti memberi hasil positif yang jauh lebih baik berbanding ‘manifesto bukan janji’ pakatan pembangkang. Malah usaha kerajaan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan awam agar lebih efisien, selamat dan dinikmati juga merupakan satu langkah yang dinamik.

Selain mengelakkan kesesakan jalan raya, kos perjalanan yang lebih murah ia juga mampu mengurangkan penceraman alam sekitar. Ini kerana hanya dengan menurunkan harga tidak akan mampu memberi penyelesaian terbaik kerana perlu mengambil kira faktor pengeluaran serta pendapatan rakyat.

Ia sekali gus menunjukkan bahawa pembangkang kini ketandusan idea sehingga membuat kenyataan tanpa kajian terperinci dan kesan yang bakal dihadapi negara jika ia dilaksanakan. Berbeza dengan kerajaan BN yang sentiasa mementingkan kebajikan rakyat dengan melaksanakan dasar-dasar yang mampu menjana ekonomi negara serta kemakmuran rakyat.

11 comments:

  1. Peminat Tessa FowlerApril 2, 2013 at 5:34 PM

    Kereta yang canggih dan berkualiti bukanlah satu keperluan hidup. Kalau nak pakai kereta import yang canggih dan berkualiti, cth : Honda Civic Hybrid - berusahalah cari duit banyak-banyak sama ada berniaga dan sebagainya.

    Inilah mentaliti bangsa pemalas semua benda nak murah tapi takde produktiviti. Kereta canggih, henfon pintar, PC tablet dan sebagainya bukan produk keperluan rakyat. Jadi kerajaan tiada hak untuk kawal harga barang-barang seperti ini.

    Harga kereta, henfon pintar dan sebagainya tertakluk kepada pihak pengeluar, bukan kerajaan. Produk-produk seperti ini harus dikenakan cukai kerana bukan keperluan hidup.

    ReplyDelete
  2. kalau harga kereta diturunkan segera, secara tak langsung kereta yg.kita sedang guna sekarang hilang harga..So,bila nak trade in tak laku..

    pi mai pi mai tang tu jugak..kita terpaksa buat down payment atau menghadapi bunga bank yg.lebih besar.

    papa homo tak kisah semua tu...duit yahudi bersepah sponsor.

    gen2felda

    ReplyDelete
  3. Tp bro GAP, isu sebenarnye bukan harga kereta, atau kekurangan untung dr pihak pembuat kereta. Tp ramai pertikaikan cukai kereta.. Kebanyakkan org sudah maklum, harga pengeluaran kereta tidaklah semahal mana.tp harga kereta+cukai tu yg membebankan.
    Sekadar pandangan

    *najibudin*

    ReplyDelete
  4. cehhhh.......

    hapus cukai belum tentu harga kereta turun sehingga orang miskin mampu belipun!!!

    adat orang berniaga.....contoh...bahan minyak naik 10 sen...,bukan main peniaga naikkan bahan makan naik 20 sen!!tapi bila minyak turun...peniaga tak pulak turun harga jualan....

    jadi...harga kereta turun dek kerna cukai dihapus..temberang terangsanglah!!!!

    yg nampak turun dan merudum..pendapatan negara,industri kereta tempatan dan pembangunan
    negara!!

    pemerintah hancus...pemimpin cuci tangan!!!

    yg nampak dorang nak tunjuk pandai...mansuh..mansuh...mansuh keputusan!!..heheheh

    ReplyDelete
  5. ala..belum cuba belum tahu..yg penting lepas pilihanraya,beban rakyat dikurangkan..bukan kenakan gst,naikkan tarif air,letrik..betul x umno boys,.....

    ReplyDelete
  6. GST TAHUN 1980 an Singapork dah buat...tu PAP DAP KO PUNYA OTAK tu

    NAIKKAN DAP NAIKAN PAP...SIAL LA PAKATON NI...

    ReplyDelete
  7. dulu masa aku balik dari oversea punya la tak nak beli kereta local sanggup beli honda civic 2nd hand...aku pikir2 balik kalo time tu Saga BLM dah kuar confirm aku beli punya....betul la kata comment #1, kereta mahal2 ni semua kehendak bukan keperluan...aku berani jamin 80% orang beli smartphone yang harga beriban2..main sms dengan telefon je...haha..

    ReplyDelete
  8. belum cuba belum tahu.? tengok penang dengan kedah je dah cacamarba tunggang langgang...er terima kaseh je la..

    ReplyDelete
  9. Kereta bukanlah satu benda yang mesti kita punyai. Ia bukan satu keperluan. Kalau kita mampu membelinya mengapa pula merungut tentang harga?
    Segala benda mewah yang kita beli mestilah ada tariff dan cukainya selari dengan keperluan kerajaan.Dari sinilah kerajaan dapat mengumpul dana untuk negara.
    Melalui tariff dan cukai juga kerajaan dapat mengawal bilangan kereta yang sedang meningkat di jalanraya negara.
    Belilah kereta mengikut kemampuan. Janganlah jadikan kereta sebagai beban dalam hidup.

    ReplyDelete
  10. Kereta bukanlah satu benda yang mesti kita punyai. Ia bukan satu keperluan. Kalau kita mampu membelinya mengapa pula merungut tentang harga?
    Segala benda mewah yang kita beli mestilah ada tariff dan cukainya selari dengan keperluan kerajaan.Dari sinilah kerajaan dapat mengumpul dana untuk negara.
    Melalui tariff dan cukai juga kerajaan dapat mengawal bilangan kereta yang sedang meningkat di jalanraya negara.
    Belilah kereta mengikut kemampuan. Janganlah jadikan kereta sebagai beban dalam hidup.

    ReplyDelete
  11. Awat fuckatan perintah sure ke boleh turun harga?, silap2 lagi pelingkup negara, tengok contoh Penang, Kelantan, Kedah dan Selangor dah tahu masa depan negara kalau fuckatan perintah.
    Manifesto bukan janji!

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.