Thursday, July 25, 2013

AKU SOKONG IBU INI : ROTAN AMAT BERUPAYA MENDIDIK ANAK !


aku pernah kena rotan depan public masa sekolah.
pernah kena rotan dengan orang tua masa kecik.

hasilnya ia berjaya mendidik aku supaya PAHAM AJARAN dan patuh nasihat cikgu dan orang tua.

anak muda sekarang, yang pernah terajang dan maki hamum polis adalah didikan yang diasuh TANPA ROTAN.

anak muda biadap kerana masa kecik tak di 'ajar' rasa bertanggungjawap.

MELAYU BARU MEMERLUKAN KEMBALI AJARAN MELAYU LAMA SEPERTI INI.

tahniah kepada ibu ini, gap sokong tindakan ibu ini.


31 comments:

  1. masa skolah dlu, ako dan rotan bepisah tiada... hehehe... thanks mak ayah & cikgu... hahaha

    ReplyDelete
  2. patutlah skrang berak rasis, makan rasis dan tidor rasis, perlu intervensi peringkat tertinggi utk betulkan psikologi dan mental yang sudah kecacatan krn produk perotanan masa usia muda

    ReplyDelete
  3. GAP kena rotan depan public masa sekolah? Ni mesti nakal habis.

    ReplyDelete
  4. Pernah rotan / pukul anak, air mata sendiri yg mengalir, but have to do for a lesson.

    ReplyDelete
  5. Ya betui betui macam scene aku kecil kecil dulu kena taji ngan ayah aku pasai mandi sungai dan ponteng sekolah.Tajian AYAH Itu lah yang mendidik aku jadi berjaya sekarang ini

    ReplyDelete
  6. anak aku pasti akan kena rotan kalau beli di kedai cinabeng...aku nak dia jadi melayu baru sejak kecil lagi..

    aku nak bila dia tengok rotan ...dia ingat ABC...sebut ABC ..dia teringat rotan..

    ReplyDelete
  7. Kesian pulak tengok budak ni kena rotan camtu. Tapi mesti dia serik nak ponteng sekolah dan menipu lagi. Dia akan ingat sampai bila2. Jgn ada malaun yg nak jadika ini isu penderaaan kanak2 pulak, nak jadi hero. Ini memang cara lama mak bapak didik anak2. Zaman dulu lagi teruk dari ni pun ada. Bukan mudah nak didik anak2 jadi manusia berguna, bukan jenis gi demontrasi kat jalan mcm org hilang akal sampai kena buang or gantung kolej. Patut dia org ni kecik2 dulu kena rotan mcm budak tu baru ok kot

    ReplyDelete
  8. PADA PANDAPAT SAYA MEMUPUK/MEMBELAI/MANJAKAN ANAK DGN KASIH SAYANG DARI SEUSIA KECIL ADALAH JALAN TERBAIK DARIPADA MEMUKUL ANAK..JIKA ANAK MENDAPAT SECUKUP KASIH SAYANG DARI KEDUA ORANG TUANYA,MEREKA AKAN LEBIH BERHATI2 JIKA INGIN MELAKUKAN SESUATU TINDAKAN YANG SALAH/BENAR..JIKAKALAU IBUBAPA KURANG MEMBERI KASIH SAYANG/TUMPUAN/MENDERA PADA ANAK SEJAK DARI KECIL HINGGA MEMBESAR,ANAK MEREKA INI AKAN BERTUKAR ARAH MENCARI KASIH SAYANG/TEMPAT MENGADU PADA ORANG LAIN SEPERTI/RAKAN/JIRAN/KEKASIH/ SERTA AKAN BERSIFAT MEMBERONTAK TERHADAP KELUARGANYA DAN AKAN MUDAH TERJEBAK DGN GEJALA2 SOSIAL..MELENTUR BULUH BERSAMA KASIH SAYANG BIARLAH DARI REBUNGNYA..NESCAYA ANAK2 KECIL SEHINGGA DEWASA AKAN MENYAYANGI SERTA MENGHORMATI AHLI KELUARGANYA SERTA DAPAT MENGERATKAN SILATURAHIM SESAMA INSAN DIDUNIA INI..IBUBAPA ADALAH SAHABAT/RAKAN PALING RAPAT BUAT ANAK2 MEREKA DAN BUKANNYA INSAN YANG PATUT DITAKUTI..OLEH ITU BERILAH MEREKA LEBIH KASIH SAYANG SEPENUHNYA SEBELUM TERLAMBAT..SEKIAN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasih sayang perlu rotan pun perlu cuba tengok filem ankku sazali sebab xdirotanlah dia jadi setan filem tu sesuai utk ko tgk wahai anon 11.35pm.

      Delete
    2. Anon 11:35 ni islam ke apa ugama islam membenarkan kita merotan asal ada had nya

      Delete
  9. Subhanallah pernah kena sedemikian. Itu pilihan masing2. Merotan bleh tapi dlm agama Islam pun ada cara. Mulakan dgn nama Allah bukan utk mencedera tapi sebagai pengajaran. Moga2 anak ini mendpt pengajaran jgn simpan dendam pd mak bapa. Jgn plak di jadikn "heritage" utk mendidik anknya. Cari cara terbaik

    ReplyDelete
  10. dah jangka dah mesti ada yg kata

    "kesian, berilah kasih sayang, ini bukan cara Islam" etc...ok takpelah itu pandangan masing2

    & ini berdasarkan pengalaman sendiri bukan hipotesis/jangkaan/pemikiran kreatif & kritis semata2

    Situasi 1
    aku, & adik beradik lain sendiri bukan takat kena pukul, siap kena belasah....teruk dia jgn ckp la..berbirat berhari2....situasi sama dgn sepupu aku, sebelah rumah je....juga dibelasah sampai ble dgr terjerit2 k, bukan pukul2 manja....tapi kami tak pernah BENCI malah bila dah besar ni sgt SAYANG dgn mak & abah kami sbb mengajar kami berfikir sblm bertindak

    situasi 2
    anak jiran sendiri....aduuhhh, baling batu kat kereta orangpun jgn sesekali dimarah, dah la main baling2 dgn adik aku...apa lg berbirat la aku cubit suruh balik rumah....aku pulak yg kena marah dgn bapak bdk tu.....balik rumaah aduik aku dpt la sedas dua dgn mak aku.....apa jd dgn anak yg ditatang, sayang mcm tu?.....jd samseng skrg...sbb?....bukan takat pukul, cubitpun tak pernah

    tapi yg pasti sebelum maka ayah pukul kita dia akan beri amaran, bukan sekali buat terus dapat....dia akan ulang, ulang & ulang, sampai masanya berbirat la bdn.....tp mak biasanya akan letak ubat lepas tu & konfom bebelan jd makanan....hehe

    sapa yg x pernah kena rotan/pukul/belasah dgn mak pak mesti hatinya sgt sensitif...org tinggi suara sikit dah terasakan?...aktiviti lasak sikit x ble...apapun tak bleh...bosan la wei

    ReplyDelete
  11. Rotan the best untuk mendidik budak2 yang degil dan bingal.

    Dalam agama pun kalau tak sembahyang kena rotan.

    Gua kena public caning hanya kerana main dengan pembaris sedangkan pelajar lain berlakon baca buku bila Guru Besar membuat pemeriksaan ke atas kelas yang tiada guru. Pelajar lain terlepas walaupun ada yang pegang buku terbalik. Buta gua kena.

    Tapi gua no hard feeling dengan HM gua sebab dia mahu pelajarnya berjaya.

    Thank you Sirrrrr.

    ReplyDelete
  12. kalau GAP pernah kena rotan dpn public masa sekolah dulu ni kes besar ni....tak kantoi merokok, ponteng kelas...hehe

    ReplyDelete
  13. Aku selalu Kena rotan dengan arwah ayah ku jika lewat untuk sholat berjemaah ....aku rasa kalau arwah ayah tak Didik aku begini tak tahu apa jadi dgn aku sekarang...apa pun syukur Alhamdulillah kehadrat Allah SWT..berkat didikan ayah aku menjadi insan berguna dewasa ini...aku punyai apa yang aku impikan....tapi Allah SWT lebih menyayangi ayah dan ibu..keduanya pergi dahulu Belum sempat merasai apa yang aku miliki hari ini...hanya doa ku kirimkan setiap hari buat ayah dan ibu tersayang...aku amat merinduinya setiap waktu...Alfatihah Amin..

    ReplyDelete
  14. kalo bukan kerana didikan mcmni...aku dah lama jadi pencuri dan pembelot...terima kasih ibu bapa,guru2 dgn ulama` yang menyusun hukum bagaimana rotan ntuk mendidik...

    ReplyDelete
  15. Budak tu buat kesalahan yg banyak, kira baik jgkla mak dia..klu aku mmg sebat non-stoplah.. dr nk jd setan leib baik aku balun dulu.


    : TAK PI SEKOLAH,
    TAK PI MENGAJI,
    CILOK DUIT MAK DIE,
    CURI PEGI CYBER CAFE (pusat budak mula nak jadi rosak)
    LEPAK RUMAH MEMBER MLM2,
    BOHONG MAK DIA last sekali..nangis mendayu2 hehe bg kesian, padahal kena rotan mcm tu besa saja..

    Nasib bek MAK dia tegas, bijak dn kenal sifat kelentong anak dia. Kalau biar menyesal lah nnti.besar jd mcm ANwar Ibrahim.. Raja Kelentong.. then boleh melawan balik. Ibu bapa skrg jentik anak pn tidak.. kasi makan mahal2 kenyang2.. itu jd mcm setan, Cg rotan sikit saman.. itu anak2 jahat diluar, balik umh tnjuk baik. Apapun SYABAS pd IBU ini!

    NO MORE 'ANAK KU SAZALI'!!!

    Congrats pd Ibu ini!

    ReplyDelete
  16. Lirik Anak-Anak Kita - M.Nasir
    Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
    Di bawah mentari sumbing
    Sambil bernyanyi lagu
    Ketakutan hari-hari ini

    Anak-anak kitakah yang memikul beban
    Kesilapan kita
    Hingga dia tak kenal budaya
    Canggung bangsa sendiri

    Selamatkan anak kita
    Dari padang jerangkap samar
    Selamatkan anak kita
    Orde baru politikus usang

    Anak-anak kitakah yang bermain
    Di hutan belukar
    Dengan senapang kayu ubi cambah
    Tak kenal bahaya

    Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
    Bila petang
    kerana terlalu sibuk main lastik
    Dan berpistolan
    Pistol-pistolan

    Jaga-jaga anak kita
    Jangan sampai jadi hamba
    Jaga-jaga anak kita
    Kita ini orang merdeka

    Panggillah mereka pulang
    Ayah nak ajar
    Tentang kurang ajar
    Jadi mereka takkan sendiri lagi

    Panggillah mereka pulang
    Ayah nak ajar
    Tentang kurang ajar
    Jadi mereka takkan dimomok lagi

    Fikir
    Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
    Fikir
    Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
    Fikir
    Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
    Fikir
    Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
    Fikir
    Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
    Fikir
    Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu

    ( Lagu : M Nasir - Lirik : M Nasir )

    ReplyDelete
  17. SOKONG 100%. Adakan 'public canning' semula disekolah...rekrut guru-guru disiplin yang boleh mengajar murid-murid disiplin ala military!

    ReplyDelete



  18. Lirik Lagu "Bonda" – M Nasir
    (Iterpretasi Wak Domo)

    Kengapa kan kayu 'ni masih berkaca
    >(KENAPA BANGSAKU MASIH LEMAH KURANG BERDAYA?)
    Sedangku telah pun terima di dalam redha
    >(SEDANGKAN NEGARA TANAH MELAYU DAH LAMA MENCAPAI KEMERDEKAAN)
    Segala kepahitan
    >(PERJUANGAN)
    Pengalaman menjadi penawar
    >(USAHA & KEJAYAAN SELAMA INI MENJADI KEBANGGAAN & KESYUKURAN)
    Mengejar impi ke pintu Syurga
    >(TETAPI, IMPIAN UNTUK KEMAKMURAN & KEUTUHAN JATI BANGSA BELUM BENAR-BENAR TERCAPAI)

    Duhai Bonda
    >(DUHAI BANGSAKU)
    Bilakah akan ku kecapi kasturi
    >(KECAPI KEJAYAA SEBENAR)
    Penebus maruah
    Dan semangat lama
    >(SEMANGAT TOK JANGGUT, DATU PATINGGI GAPUR, DLL - MELAYU+ISLAM SEJATI)

    Mengapa sinar neon dan gedung indah
    Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
    Sejuta haruman
    Kini menjadi penjara jiwa
    >(MELALAI & MEROSAKAN ANAK MELAYU)
    Ku yang merindukan ketenangan
    >(YANG INGINKAN KEJAYAAN & KEMERDEKAAN SEBENAR)

    Duhai Bonda
    Hari-hariku kini berlalu
    Bagaikan bahtera
    Tanpa layar dan kemudi
    >(TERUMBANG AMBING - TANPA WAWASAN)

    Bonda
    Akhirnya terbongkar jua rahsia
    Tangisan dan gurindam
    Keramat kasih sayangmu
    >(RAHSIANYA: ILMU TANPA BATASAN & DIDIKAN AGAMA YANG PERNAH DINAFIKAN KEPADA ORANG MELAYU)

    Bonda
    Saat dan pertemuan semula
    Kita kali ini
    >(KEBANGKITAN SEMULA DENGAN KEFAHAMAN & KESEDARAN - BERTERASKAN AGAMA, ILMU & KEPAKARAN)
    Akan ku abadikan
    Keramat kasih sayangmu
    >(SEBENAR-BENAR MENYAHUT PANGGILAN 'MERDEKA'!)

    Oh! Bonda
    Bonda
    >(OH NEGARAKU, BANGSAKU)

    ReplyDelete
  19. Getah paip adalah kawan ku dulu...tp kini hasil libasan itulah aku jadi insan berguna...boleh beli umah...pakai 2 kereta...alhamdulillah..syukur...terima kasih kasih ma & abah & guru.... kasih sayang, kegarangan & libasan mu untuk ku BERJAYA HARI INI...biar sakit dulu jgn KURANG AJAR SKRG....aku sokong...biar parut tu menjadi kenangan kehidupan ma keatas anak itu.Itu tanda SAYANG & KEJAYAAN...

    ReplyDelete
  20. Getah paip adalah kawan ku dulu...tp kini hasil libasan itulah aku jadi insan berguna...boleh beli umah...pakai 2 kereta...alhamdulillah..syukur...terima kasih kasih ma & abah & guru.... kasih sayang, kegarangan & libasan mu untuk ku BERJAYA HARI INI...biar sakit dulu jgn KURANG AJAR SKRG....aku sokong...biar parut tu menjadi kenangan kehidupan ma keatas anak itu.Itu tanda SAYANG & KEJAYAAN...

    ReplyDelete
  21. mungkin itu cara lama da tak berapa sesuai. bole rotan tapi jgn sampai cedera. rotan hanya utk mendidik terutama yg sgt degil dan terlalu malas utk sembahyang, iaitu anak yg lebih 10 thn

    ReplyDelete
  22. SAYA HANYA MEMBERI PENDAPAT IKHLAS SEKADAR PENGALAMAN YANG PERNAH SAYA LALUI DALAM HIDUP SAYA..SAYA AMAT SETUJU JIKA MEROTAN ANAK ADA HADNYA..DIMALAYSIA KHASNYA ORANG MELAYU SELALU TERJADI APABILA IBUBAPA MEREKA MEROTAN ANAK HINGGA X INGAT DUNIA DAN SELALUNYA TERJADI DIKALANGAN KELUARGA YANG BERPENDAPATAN RENDAH SERTA KURANG DAPAT MELUANGKAN MASA BERSAMA ANAK2 MEREKA, KERNA HARUS KELUAR MENCARI REZEKI UNTUK MENAMPUNG KELUARGA..MEMBERI KASIH SAYANG SEPENUHNYA SERTA MERAPATKAN PERHUBUNGAN DGN ANAK2 DIMASA TERLUANG ADALAH AMAT BERHARGA DARIPADA PEMBERIAN WANG RINGGIT SEMATA2..JIKA KITA MELIHAT PRESTASI PELAJAR YANG BERJAYA DALAM PELAJARAN SELALUNYA MEREKA ADALAH DARI KALANGAN KELUARGA YANG MENDAPAT DIDIKAN YANG SEMPURNA SERTA KASIH SAYANG YANG SECUKUPNYA DARIPADA IBUBAPA SERTA KELUARGA MEREKA DAN TIDAK AKAN MUDAH TERPEGARUH DARI MELAKUKAN PERKARA2 YANG TIDAK MENDATANGKAN FAEDAH SERTA SELALU BERFIKIRAN POSITIF...AGAMA BUKANLAH PENENTU SESEORANG PELAJAR ITU LEBIH BERJAYA DALAM PELAJARAN/KEHIDUPAN...DI NEGARA KITA MALAYSIA TELAH TERBUKTI PERATUSAN TERTINGGI PELAJAR2 YANG CERDIK PANDAI ADALAH KALANGAN YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM...KITA HARUS MENGKAJI DGN LEBIH MENDALAM LAGI SERTA DAPAT MEMPERBAIKI PRESTASI ANAK2 MELAYU ISLAM KAUM MAJORITY DI NEGARA SENDIRI...CONTOH TERBAIK YANG TELAH TERBUKTI TERJADI DIKALANGAN KELUARGA SAYA ADALAH 4ORANG ANAK BUAH SAYA TELAH MEMASUKI UNIVERSITI TEMPATAN MALAYSIA...DAN MEREKA INI TELAH DIPUPUK DGN KASIH SAYANG SERTA KAWALAN YANG SEMPURNA DARIPADA IBUBAPA MEREKA IAITU ABANG /KAKAK SAYA...KAMI TELAH MEMPERBAIKI KEADAAN HIDUP KAMI DARIPADA PENGALAMAN BAPA KAMI YANG BERSIFAT TERAMAT GARANG TERHADAP ANAK2 MEREKA...ALHAMDULILAH....KEPADA MEREKA YANG HANYA PANDAI BERCAKAP DAN MENUNDING JARI KESALAHAN SESEORANG ITU DIHARAPKAN ANAK2 MEREKA AKAN BERJAYA DALAM PELAJARAN/KEHIDUPAN SETELAH MEMBELASAH ANAK MEREKA SEPUAS HATI SERTA DAPAT MEMPERBAIKI JUMLAH PRESTASI PELAJAR YANG CEMERLANG BERBANDING KAUM MINORITY DINEGARA MALAYSIA.TQ

    ReplyDelete
  23. Paparan video ini to public... Harap tak memberi kesan emosi kepada anak ini. Maruah anak ini perlu dijaga. Tk

    ReplyDelete
  24. SITY NORHALYZAHXxXJuly 26, 2013 at 8:16 PM

    BIARLAH RAHSIA

    ReplyDelete
  25. patutlah skrang berak rasis, makan rasis dan tidor rasis, perlu intervensi peringkat tertinggi utk betulkan psikologi dan mental yang sudah kecacatan krn produk perotanan masa usia muda

    - haah patutla ko pon baghal sebab ko mesti anak orang kaya lepas cikqu sound kat sekolah pasal buat hal lepas tu balik report mak bapak..lepas tu mak bapak datang sekolah maki hamun cikgu ..lepas tu main ugut2 nak saman sekolah.lancau la lu..

    ReplyDelete
  26. DALAM SETANDAN PISANG BUKAN SEMUA ISINYA BAIK TERDAPAT JUA ISINYA ROSAK AKAN TETAPI HANYA KERANA NILA SETITIK HABIS ROSAK SUSU SEBELANGA.....KAMI PERCAYA KEDUA2 MASALAH ITU ADA JALAN PENYELESAIAN YANG TERBAIK....KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN SERTA KASIH MENGASIHI SESAMA INSAN UMPAMA KUNCI KEJAYAAN HIDUP...SUBAHANALLAH....WASALLAM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hasil kna rotan aku jadi org yg berpelajaran jadi org baik tahu menge.ang budi dan berahukur atas nikmat allah klu tidak mungkin kutu rayau

      Delete
  27. Lagu ni la aku kena tibai dengan rotan dgn ayah aku sampai carit seluaq...

    ReplyDelete
  28. Alhamdullilah...la ni jd budak baik. Terima kasih ayahhhhhh...

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.