Thursday, September 5, 2013

KOMEN GODFATHER TENTANG PETROL DOPOSEN.. LUV U TUN !

69 comments:

  1. "Mula dia berasa pedih sikit la. tapi buat adjustment la sikit " .

    slow aje tun tegur . sebenarnya tun tegur sikap org melayu dalam negara ni.rumusan tun mudah je .MELAYU MESTI TINGGALKAN SIKAP "BIAR PAPA ASAL BERGAYA" TU . kerana sikap hodoh ini la org melayu selalu merasa panas punggung bila ade kenaikkan harga brg2 sensetif dalam negara ini.sikap BOROS dan membeli benda yg tak perlu atau berlebihan2 yg selama ini org melayu amalkan , hendaklah diberhentikan dgn segera.Agama kita sendiri menegah perbuatan memboros ini.hai anak melayu , duit itu kau punya. terpulanglah bagaimana cara pengurusan yg seperti mana engkau pilih. masih mahu menjadi "melayu poyo yg boros" atau pun mahu berubah menjadi "melayu cerdik yg berjimat" .tepuk dada , tanya selera masing2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanpa kita sedar selama ni kita suka membeli yg bukan bukan.. dah duit kita melayang kat cinabeng.. terutama jajan

      biskut.. kuih kuih ringan.. snack.. gula gula.. tu byk untung dibuat cinabeng.. jadi kontrol.. jgn membazir duit...

      Delete
    2. betullllll... anak anak kita beli jajan... kita pun sama... ice cream aje dah berapa..

      Delete
  2. sokong anon 3.52am cakap. ade kebenaran disitu. gaya hidup dan pengurusan kewangan kita org melayu ni, kita kena ubah.kena amalkn sikap skrg , beli bila betul2 memerlukan shj.kita jgn ikut cinabeng dlm soal belanja nie. dorg nk berlagak dgn keta besar , rumah besar , itu dorg punya pasal. mmg perlu follow saranan tun m pasal adjustment tu. 1.sikap kena adjust , 2.pengurusan duit kena adjust ,3.nafsu membeli belah tu pn kena adjust .
    lepas tu kita tgk hasilnya mendisiplinkan diri tu jadi cmne.

    ReplyDelete
  3. Aku nak share pemerhatian aku tentang sikap kebanyakan orang Melayu especially yang muda dan baru bekerja.

    Aku ada seorang sepupu, guru berijazah baru dua tahun kerja. Gaji standardlah baru kerja lebih kurang RM2,000 sebulan.

    Tapi macam yang aku cakaplah, perangai Melayu ni suka salahkan orang lain tapi tak pernah fikir kenapa hidup dia susah tak cukup duit pasal tak pandai belanja duit gaji tapi nafsu besar macam orang bergaji besar.

    Sepupu aku ni punyalah bangang pada mata orang ada financial IQ macam aku. Dia buat loan beli kereta import bayar sebulan lebih kurang RM1,000. Lebih 50% daripada gaji bulanannya.

    Mula-mula memang lah best dan boleh berlagak kat kampung pakai kereta canggih. Tapi bila ambil kira kos petrol, road tax, insurance, service, tayar, makan minum, sewa rumah, beli pakaian dan asas hidup yang lain, memang kesian aku tengok bagaimana sepupu aku ni terpaksa struggle setiap bulan sebab duit gaji tak cukup.

    Inilah contoh terbaik 'biar papa, asalkan bergaya'. Ramai orang kelihatan 'kaya' sebab berhutang keliling pinggang beb.

    Selalu juga aku perhatikan kalau ada orang Melayu yang muda pakai kereta import, bila aku selidik betul-betul bukan kaya mana pun tapi nak berlagak punya pasal sanggup korbankan belanja keperluan hidup yang lain untuk bayar hutang pinjaman kereta.

    Aku pun pakai kereta Proton bayar sebulan RM520 tapi alhamdulillah, boleh kata setiap hari aku makan kat luar at least sarapan pagi dan makan malam. Bagi aku kita kena bijak buat pilihan dalam perbelanjaan. Makan, pakaian dan beli rumah lebih penting daripada beli kereta canggih.

    Satu lagi aku nak tambah, sifat manusia ni tamak dan tak bersyukur. Apa sahaja yang dia dapat selalunya tak cukup dan nak yang lebih baik pada nafsu dia. Sebab tu Tuhan cakap dalam Al-Quran kebanyakan manusia sempit rezekinya sebab tak bersyukur.

    Manusia di Malaysia ramai yang menyembah kereta, sanggup berhutang besar semata-mata mahu kelihatan bagus di mata orang. Depa ingat harga diri manusia terletak kepada kereta yang dipandu. Kereta dah jadi berhala.....

    ReplyDelete
  4. bila kita dgr pelan pelan dan teliti kata kata Tun M.. walaupun secara berhemah... nampak mcm slow aje tapi dua belah kena balun bebbb..

    rakyat kena.. pemerintah kena...

    rakyat kena berjimat.. kena tau belanja duit.. jgn borosss..
    pemerintah... JGN BOROSSSSS... jgn asyik pinjam duit

    hehehehe... saya sebagai rakyat setuju kata Tun M.. kita kuatkan lagi kempen... beli brg perlu sahaja... secara tak langsung kita kurangi beri duit kita ke cinabeng... gunakan duit utk org melayu bumiputera sahaja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita abiskan duit utk gula gula dlm sebulan???? biskut??? coklat?? makanan ringan??? byk tu jika dikumpul berjuta rakyat beli.... kita tau makanan ni belum byk pilihan yg dibuat org melayu... yg ada mungkin mcm keripik.. bayangkan anak anak kecil...

      org merokok suka mkn gula gula.. gula gula getah.. byk tuuuuuu dikaut
      cinabeng... kurangi jajan buatan cinabeng... beli dr buatan melayu bumiputera aje...

      Delete
    2. ada sape yg nak tukar duit rokok dgn minyak?????? hehehehe

      Delete
    3. yaaaaaa... tukarkan duit rokok ke minyak.. amacam.... sanggup???????????

      Delete
  5. Sejak dari dulu lagi saya memang sentiasa mengamalkan 'adaptasi' suasana dan persekitaran dengan diri sendiri.

    Sudah berapa kali harga minyak naik tapi saya tak pernah melenting kerana kos sara hidup tidak pernah melebihi pendapatan. Ia adalah hasil 'didikan' dan pengalaman yang saya perolehi dari bekas majikan saya (Cina) dulu.

    Sebelum bekerja sebagai penulis skrip dan pengarah drama, dulu saya pernah bekerja sebagai despatch dengan seorang tauke Cina. Tauke saya ni pendapatan bulanan dia antara RM95k hingga RM100k sebulan, tidak termasuk sewa-sewa kondo miliknya yang dia sewakan pada foreigner. Walaupun dia mampu pakai Ferrari, tapi dia tak pakai Ferrari. Dia hanya memiliki sebuah BMW 5 series sahaja, yang mana monthly dia bayar kereta dia tu kat bank lebih kurang RM2000 sebulan. Dia masih ada lagi lebihan RM90k lagi baki pendapatan setiap bulan.
    Dia pernah bagitau saya, kalau kita nak pakai kereta, pastikan duit yang kita belanjakan untuk kereta kita tu tidak lebih dari 10% dari keseluruhan pendapatan kita

    Maknanya, jika di jalan raya kita nampak Cina guna kereta Perodua Kelisa, pendapatan Cina tu maybe antara RM7000 hingga RM10,000 sebulan. Kalau kita nampak Cina guna kereta Honda Civic 2.0 Type R, kita boleh anggarkan pendapatan dia lebih kurang RM15k hingga RM20k sebulan.

    Berbeza dengan Melayu, kalau kita nampak Melayu guna Honda Type R, tidak bermakna pendapatan Melayu itu menyamai contoh Cina yang gaji RM20k tadi. Mungkin gaji Melayu itu sekitar RM3000 hingga RM5000 sahaja.

    Inilah puncanya kenapa kita Melayu gagal menyimpan kerana kita lebih "bergaya, papa pun tak mengapa"

    Saya tengok penduduk Melayu flat Desa Mentari Taman Medan misalnya, kita tengok kereta diorang tak padan dengan umah yang diorang duduk. Melayu kita sanggup duduk umah flat sempit yang kurang baik untuk persekitaran anak-anak, asalkan lebihan pendapatan boleh buat bayar bulanan kereta yang mencecah RM700 - RM800 sebulan.

    Sikap buruk ini kita boleh lihat dari sebawah-bawah kelas masyarakat sehingga lah ke kelas elit Melayu. Sebagai contoh, Mat Rempit. Saya dulu banyak berkawan dengan Mat Rempit. Saya tengok di peringkat muda remaja macam mereka ini lagi sudah tunjuk sikap tidak matang menguruskan wang.
    Gaji RM1000, tapi dia angkat motor RXZ atau Yamaha LC yang mana bulanan nya cecah RM180 hingga RM200? Apa salahnya pakai Modenas Kriss yang bulanan nya hanya sekitar RM115? Yamaha RXZ bukan saja telan minyak kuat, malah nak kena pikirkan minyak 2T pula disamping minyak hitam. Malah pemilik Yamaha RXZ saya dapati kehidupan mereka sangatlah tidak tenteram kerana asyik risaukan motor takut dicuri. Baik pakai Kriss, kunci tengkuk saja, tak perlu risau apa-apa, solat pun khusyuk.

    Itu adalah cebisan contoh sikap orang-orang kita yang mana perlu kita ubah dari sekarang. Kenaikan harga minyak adalah di luar kawalan kita. Yang masih dalam kawalan kita ialah sikap kita.

    ReplyDelete
  6. *ralat

    Maaf, dalam tulisan di atas saya ada bagi contoh penduduk flat. Saya bukan nak hina penduduk flat. Kalau miskin, tak mampu tak mengapa.

    Yang saya tekankan kat atas tu ialah mereka yang mampu cari rumah lebih elok tapi sengaja duduk rumah flat sebab nak pakai kereta mewah.

    Sekian, terima kasih. Mohon maaf kalau tersalah kata..

    ReplyDelete
  7. jika nak makan buah jgn cari yg import dan mahal... cari yg murah tapi zat bagus mcm betik atau nenas.. sekali sekala nak rasa yg mahal boleh la... kita bagi cinabeng lingkup.. yg import buahkan byk cinabeng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu mkn epal washington sekarang betik..
      dulu mkn kiwi sekarang nenas madu..
      dulu mkn pizza sekarang pisang goreng
      dulu mkn kek sekarang mkn bubur.. pulut itam.. kacang ijau.. labu.. pisang

      sanggguppppp????? hehehe

      Delete
    2. Aku mkn.yg mcm tu,tp org melayu jual kiwi epal,aku beli lah,org melayu buat kek,aku beli la,apa yg susah nye nak berbelanja,pizza hut,mkn je la,ada duit lebih,apa takboleh nye?ada duit pun bkn mkn pizza hari2..mkn nasik jugak,nk lauk tempe belacan jgk..

      Delete
  8. ada satu idea bagus... yg selalu cinabeng buat.. kita selalu tengok cinabeng pakai kereta sedikit mahal atau semua ada kereta walau masih muda padahal ada juga cinabeng yg gaji sederhana..

    rupa rupanya cinabeng ni sewakan kereta tu tapi bukan sebulan penuh.. ada yg hanya utk cukup dpt bayar sebulan kereta kat bank.. beberapa hari sahaja.. jadi setiap bulan dah ada duit kereta.. tak sentuh gaji bulanan...

    masa tu kenalah berkorban sikit.. naik bas ke.. atau sewa hujung minggu ke... sewa waktu cuti ke... atau kita dpt duit tambahan selain duit gaji

    hanya pastikan kereta kita disewa org yg kita rasa selamat.. atau melalui tempat sewa yg dah kita kenal orgnya...

    ReplyDelete
  9. Aku tinggal di JB yg mana semua tahu sara hidup disana mcm mana.pendapatan isi rumah sekitar rm 3000 sebulan.ada anak 3 org yg masih bersekolah.masa zaman paklah yg mana kita tahu harga minyak dan brg melambung saya amalkan hidup sederhana,hasilnya skrg saya mampu memiliki 2 rumah di JB,pakai vios dan mampu beli tanah dikampung.pesan saya kalau nak hidup senang akan datang hiduplah dlm kesederhanaan mcm nabi muhamad kata..

    ReplyDelete
  10. Ni nak kongsi sikit episod saya. Mana lah tau boleh jadi ada yang mengalami cerita yang sama, atau hampir sama.

    Saya dan isteri dah bersara. Pencen berdua tangkap 6k jugak. Semua hutang dah dilangsaikan sebelum tutup kedai. Duduk kat KL. Pakai kereta kecik buatan tempatan je. Kereta Kelisa. Tak ada keperluan nak pakai kereta besar pun. Tinggal berdua je. Kat KL ni kereta kecik yang paling adeal. Senang park. Kaya tu tidak le (nanti ada yang kata menunjuk-nunjuk pulak). Tapi senang. Tak pening kepala. Nak pergi melancong dalam negeri atau luar negara pun, InsyaAllah dipermudahkan Allah.

    Cumanya, masa balik Hari Raya baru-baru ni berkumpul adik-beradik kat rumah Mak di kampung; Wow... terperanjat beruk Eden. Adik-beradik, sepupu-sepapat, ipar-duai, semuanya hebat-hebat belaka kereta mereka. Yang saya tahu mereka tu paling tinggi dalam 3.5k saja wang masuk bulanan. Dah tu bayaran bulanan untuk keperluan keluarga dan keperluan lain di keliling pinggang (bukan mengata. Ini satu realiti kerana saya juga pernah melaluinya).

    Dah tu ada anak-buah yang komen... "tak kan Kelisa je Pak Long". Tapi saya jawab slow je... "itu aje yang Pak Long mampu Jang..." Saya tak tahu lah sama ada dia faham ke tidak.

    Tapi sah... kalau pasal melaram serah kepada Melayu. Itu sebab cinabeng mainkan kita. That is the soft spot of the Malays. Kita kena berubah kalau nak hidup senang (bukan nak kaya ye...). Nak senang. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  11. Semasa saya mula bekerja dalam tahun 1970an dulu, bila balik kampung dan mengunjungi Pak Ngah, selalu dia tanya "... mana rokok?".

    Rupanya dia membuat andaian bahawa apabila seseorang itu mula bekerja dan berpendapatan tetap bulanan, salah satu kemestiannya ialah, mula hisap rokok sebagai menandakan 'independent'. Merdeka gitu. Lepas daripada jagaan mak-bapak. Ia macam satu budaya.

    Saya beritahu Pak Ngah yang saya tak merokok. Dia tanya lagi, "... bila nak start?". Saya tak ada jawapan mengenainya kerana saya tidak bercadang menghisap rokok disebabkan kesan sampingannya yang sudah pasti buruk kepada kesihatan (oh ya... saya bertugas di hospital).

    Sehingga ke saat ini saya telah berjaya menghindari diri daripada terjebak dalam menghisap rokok, walaupun rakan-rakan serumah majoritinya perokok.

    Budaya mesti mulakan merokok apabila dapat kerja (dapat gaji tetap bulanan) harus dikikis daripada minda Melayu.

    ReplyDelete
  12. alangkah indah jika saudara tukar perkataan "godfather" ke Negarawan...

    ReplyDelete
  13. Pada saya, orang kita kebanyakan begitu.

    Bukannya saya nak skeptikal terhadap mereka. Baru bekerja terus nak beli kereta canggih, gajet canggih padahal kelebihan gaji yang sedikit lumayan sepetutnya dihala ke tempat bermanafaat.

    Cukup bulan terjadilah seperti yang dihujah Anon September 5, 2013 at 4:27 AM

    Macam saudara (1) saya, kereta canggih tapi 'loket haji bakil' kalau nak bergerak kemana-mana walau dengan ibunya sendiri. Tiap bulan mengeluh sana sini duit tak cukup. Golongan inilah yang sanggup beratur panjang mengisi minyak di malam hari setelah kerajaan mengumum kenaikan harga minyak doposen.

    Di sini saya ingin berkongsi kejayaan tentang seorang saudara (2) ni.

    Dia ni berpandangan jauh dan bijaksana. Baru bekerja 6 bulan dengan gajiRM2000, bergolok gadai membeli apartment di satu lokasi di KL. 10% pendahuluan, dibuatnya bayaran ansuran setahun. Bayangkan logik disini, bagaimana dia kawtim pemaju. Berkereta saga 'kereta kebal'. Lihat, bersederhana orangnya. Kini daripada kecil-kecil; lama-lama jadi bukit, beliau kini dah punyai 4 buah rumah yang disewa. Pakai handphone pun yang biasa boleh call dan sms je. Malah dia juga seorang pemurah... suka bantu saudara-mara yang lain.

    Bagi saya tak sepatutnya kita asyik menyalah kerajaan pasal kenaikan minyak. memang pada part tertentu kerajaan perlu menimbang dan perihatin denyut nadi rakyat dan mengambil berat nasib rakyat.

    akhir sekali, tepuk dada tanya kemampuan diri.

    Janganlah gajah berak besar, si kancilpun nak berak besar juga.



    ReplyDelete
  14. Mari kita bercerita. ceritakan pengalaman anda... apa2 pn mbazir amalam syaitan... btw dlm PaU akn dtg jgn lupa boikot kj, nazri & kerismudin. kasi depa ddk bwh diam2 selama2nya... ini kalilah!!!

    ReplyDelete
  15. Kenaikan minyak mmg kegagalan Najib-naik Petrol 95-Diesel, Petrol-97 hampir serentak suatu impak buruk pd kehidupan rakyat..

    manakalah rakyat pula sejak 10 thn kblkangn ini terutama bangsa Belacan bkn main mweah xsedar diri..

    AKU SETUJU dgn 4.27 AM, aku jg perhatikan hal yg sama.. bkn main skrg, bru keje pn xnk sebut lagi keta PROTON, xde class lah, xde kualiti.. so balun beli keta import/luar konon 'berkualiti' so hutang permulaan hidup sudah tinggi.

    bile dh tamak dn xsyukur, maka Tuhan pun akan dtgkn kesempitan. Sbrnya ada hikmah jg kenaikan harga minyak dr sudut muhasabah, betapa kehidupan rakyat skrg mewah, makan besar, ke sana ke sini xmcm org dlu2 fikir betul, spy manfaat ada.. skrg main blsah. buat loan utk dptkn kehendak, bkn keperluan.
    jd bila kena ujian mcm nih akn ade yg sewel dan jd naik minyak..

    org yg sederhana dn sentiasa syukur nikmat, berhemah, tidk kedekut bersedekah, Allah SWT lindungi kita drpd terjerumus dgn kesakitan ekonomi, wpun harga minyak nmpak naik, berkat dan rezeki adalah dr Yang Maha Kaya- Allah SWT, yakinlah jika kita byk berdoa dn bersyukur, tkkn ada mslh, malah kita akn diberikan jalan keluar dr tekanan..

    Insya Allah.

    ReplyDelete
  16. TUN bercakap sinis, menyindir tepat
    kena batang hidung sendiri pun terpalit sama....puuiii!!!.
    cakap berabuk penuh edia memajukan Negara dalam tempoh singkat, mana ada jalan kalau tak boros, jangan cakap lah, menyalahkan penyangak mata wang....Negara hampir bengkrap, deposit hutang tinggi, menteri keuwangan di pecat bagaikan anjing kurap.....
    kemudian lari letak jawatan, senangnya menyelesaikan masaalah negara......
    GOODFATHER?..........

    ReplyDelete
  17. Beli apa pun kecuali hartanah kalau boleh jangan berhutang. Tapi apa daya mungkin dah jadi budaya orang kita berhutang. Zaman Atuk aku beli segala keperluan harian pun hutang istilah lama disebut pakai Buku Tiga Lima atau masuk buku. Lepas tu masuk zaman loan, finance, credit card dan ah long. Sampaikan 7-8 tahun dulu sapa yang ada credit card tu dikira sukses. Ramai daripada kaum menengah Melayu hari ni bankrap dan hidup susah pasal hutang-hutang ni. Nasib baik kerajaan Malaysia perihatin wujudkan AKPK untuk bantu golongan ni. Dalam dunia aku rasa kerajaan Malaysia saja yang buat sistem AKPK (segala hutang individu akan ditukar menjadi term loan tanpa interest walaupun boleh dibayar ansuran bertahun-tahun) ni. Tu pun ramai yang tak sedar.

    ReplyDelete
  18. HARI RAYA LEPAS ORANG MELAYU BAKAR MERCUN GILA GILA SAMPAI JAM 2.00 PAGI !
    RAYA CINA , CINA KURANG BAKAR MERCUN. MEREKA BIJAK BERJIMAT......MELAYU BAKAR WANG !
    BAKAR MERCUN NI BUDAYA SIAPA. ?
    TULAH MELAYU KURANG BERFIKIR.....

    ReplyDelete


  19. naik doposen pon org melayu nk bising....'keep the change' bole dlm Bar,club2 mlm,kedai2 mamak...lima posen jatuh tknk amik...kereta nk yg brgaya mahal2..harga rokok smpai 80 sen bole beli...makan d KFC,MCD nk brlagak..
    ni bru naik doposen nk mengamuk...
    melayu-melayu...

    ReplyDelete
  20. Ya beli kereta import 2 bulan tak bayar datang pailang tarik kereta tarik. Jadi yang mana gaji lebih dari RM3000 tapi pakai kereta import dalam kepala perkara pertama dapat gaji ialah bayar hutang kereta dulu.

    ReplyDelete



  21. duit raya bgi brbudak pon dh rm2-rm5....dulu doposen...biasalh...melayu manja sangat...dipijak cina bru padan muka....

    takbirrrrrrr.....

    ReplyDelete
  22. Sebenarnya saya malas nak cakap tentang perangai seorang kawan berjawatan guru yang mengamalkan 'biar papa asal bergaya' kerana itu dia punya fasal, orang ini berkereta besar hilux. Tetapi memandangkan kalau bulan pertengahan kadang kadang orang ini datang menyembah saya kerana nak pinjam 'wang sikit' maka saya anggap itu bukan lagi hal dia tapi hal saya juga. Jadi saya tak segan mengutuk perangai buruk kawan tersebut. Saya pun hairan juga kenapa orang yang berkereta besar meminjam sedikit wang dari orang yang hanya pakai kancil second hand. Risik dengan kawan kawan rupanya baki penyata gaji kawan ini tinggal'RM0000.00'. Tak masuk akal tapi itulah kenyataannya. Menghairankan bagaimana kawan ini hidup dengan pendapatan rm00000,00. Oleh itu benar kata Negarawan Dr Mahathir jangan amalkan 'biar papa asal bergaya'...orang Melayu mesti berubah...mungkin lepas ini saya pakai motor 70cc...

    ReplyDelete
  23. anak tokey minyak PETRON boleh poyo mahathir kutty ooii.....tunggu aje laaa...

    bahagian kau memang ada & sedang menanti....

    ReplyDelete
  24. Naiklah minyak 100% pun aku cam ni juga .. ada reta sikit, makan pakai cukup ..anak anak jadi orang..suami baik walaupun kekadang belit juga ..cuma aku risau akan nasib cucu cicit aku nanti dan bangsa melayu khasnya..masih ada lagi ke tempat MELAYU di Tanah Jawi ni..merempat kah mereka, tertindas kah mereka..apa apa pun itu qada dan qadar..reda aje lah..

    ReplyDelete
  25. dulu ada pengkomen yang salahkan kerajaan berbelanja besar,hutang sana sini,malah menyarankan kerajaan buang subsidi semua dan pemberian brim untuk jimat perbelanjaan.....

    sekarang kerajaan nak kurangkan subsidi minyak sikit sudah bising...riuh sana riuh sini....

    apa yang kerajaan buat semua tak betul....bagi subsidi salah...tak bagi salah....kurangkan salah....

    belajar lah jadi orang yang bersyukur sikit....

    ReplyDelete
  26. ramai yang komen dlm blog GAP ni menyentuh pasal sikap buruk org melayu...tanpa seorang pun yg menyentuh sikap melayu dipendalaman.
    Terasa kamu penduduk Bandar dan pinggir Bandar berkaitan harga minyak sebab anda2 semua berkereta besar, berumah besar, makan besar dan bergaji besar. Tak kurang juga dengan berperut besar.
    Tapi kami penduduk pendalaman ni, yg bergaji xberapa nak ada sedangkan kos sara hidup agak besar ni macamana. Dimana nk kena ejust wahai Tun? dulu ank2 kami boleh diberi belanja seringgit unt kesekolah (berjalan kaki) sekarang seringgit tu nk beli apa? Nak ejust dimana Tun? atau Tun boleh tolong ejustkan harga minyak naik tp harga barangan yg masuk pendalaman ni x naik-naik...boleh Tun? Dan Tun boleh tolong ejustkan gaji kami yg toreh getah, tanam padi, panjat kelapa ni boleh dinaikkan jugak serentak??
    Kalau Tun nak kami ejust, ok, boleh..tapi Tun nak kena sama ejustkan si en. najib tu sama. Mintak dia jgn tabor sana, tabor sini..BOROS gila. Lepas tu buat pinjaman luar banyak2. lepastu letak tanggung bayar pd rakyat yang dh pangkah dia dalam PRU13 baru2 ni.
    Sy tak menolak sikap melayu yang suka boros, berlagak lebih. Tp soalan sy, siapakah melayu yg berlagak lebih itu? Adakah mereka ini yg mencarut sana sini tentang kenaikkan harga barang langsung dr kenaikkan harga minyak? Mereka ini bergaji, ada pendapatan.mereka nak makan 2 tong sehari pun, itu mereka sukalah. Mereka nak pakai kapalterbang super jumbo pn depan rumah dia, mereka punya sukalah...tp dalam hidup harian dia, makan pakai mereka tetap boleh macam biasa...shoping Lot10, Mega Mall...sedang kami ni???
    Kalau Tun nak bandingkan harga minyak dgn Negara lain, baik Tun tukar aje Negara ni jd pulak sebahgian Negara Kuwait (MALKUIT) atau MALPORK (malaysiasingapork)contohnya...baru boleh sama harga minyak dgn diorang.
    Nampak mcm aku mengarut, tp en. najib jugak selalu mengutarakan idea-idea mengarut..Tun ejustlah kat situ baru kami rakyat kais pagi makan pagi ni boleh ejustkan.
    wlaubgaimanapun, sy tabik Tun sebab tegur secara lembut. Jasa Tun tetap sy kenang.
    Berbalik pada komen saudara2, Melayu seharusnya dididik, bukan mencemuh sesame melayu. Masih ramai diluar sana yg mempunyai tanggungan yg maha berat walhal mereka tiada sumber pendapatan lebih unt menghadapi kenaikkan harga barang keperluan..
    Maaf, sy hanya menyatakan pendapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau harga minyak ni tak naik,harga barang je naik,xkecoh pon..
      Harga ayam time raye je kecoh,hari biasa,xde org nk beli pn,xnk kecoh plak suh beli ayam belambak kt pasar tu ha..
      Pasal.minyak sume nak kecoh,tuhan hentikan kluaran minyak kt malaysia ni barulah ada akal sikit..
      Org susah slalu nya dia lg dekat kt tuhan,bukan lg jauh...rugi lah org susah dah susah kt dunia,takut2 susah jgk kt akhirat..

      Delete
    2. Anon11.29 ..... Org susah ada internet seh.... Susah la sangat!!!!! Buek!!!

      Delete
  27. Di England harga seliter pertrol hanyalah RM8.50.

    ReplyDelete
  28. Bising rakyat nie bukan nya apa sangat.Bab adjus tu mahu tak mau memang kerap dilakukan oleh golongan rakyat2 yang sering tersepit dengan tindakan kerajaan.
    Mereka sekedar mengingatkan sahaja,janganlah pula salahkan rakyat kerana KEBOROSAN KERAJAAN ..islam tu Tidak DIGARISKAN KEPADA RAKYAT SAHAJA ,ia juga untuk pemegang AMANAH yak ni KERAJAAN yang dilantik oleh rakyat.PEMBAZIRAN dalam urusan PENTADBIRAN harus juga diadjus.Sikap BIAR BERGAYA asalpapa Tidak tertakluk pada rakyat semata. ingat2lah sikit..oramg di PENDALAMAN tu

    ReplyDelete
  29. PEMBETULAN
    BIAR PAPA ASAL BERGAYA Tidak tertakluk pada rakyat semata. ingat2lah sikit..orang di PENDALAMAN tu.

    ReplyDelete
  30. Satu, belajarlah memberi walaupun sedikit (kena ikhlas), nescaya kalau beri satu dapat ganjaran tujuh...
    Dua, belajarlah bersyukur kerana Allah akan tambah nikmat kepada yang bersyukur...
    Kesannya... mana ada masalah hidup sebab kita selalu bersyukur...

    Wallahualam...

    ReplyDelete
  31. Tun mmg pemimpin bijaksana, menegur cara lembut tp tajam. Dia tegur kerajaan, kemudian nasihat rakyat. Tun kata rating negara jatuh & kerajaan mengalami defisit, knp? kerajaan belanja terlalu byk, maka kna kurangkn berbelanja. Dengar tu Ahjibgor?! Untuk kita semua Tun nasihat utk berjimat cermat dan pandai2 adjust.
    Saya setuju dgn pengomen diatas ttg budaya org kita yg suka berbelanja melebihi kemampuan. Tp jgn harapkn rakyat je berubah sikap, kerajaan juga harus belanja berhemah, jgn tabor duit sesuka hati kalau hasilnya xmenjana ekonomi utk negara & kesejahteraan rakyat utk jangkamasa panjang.

    ReplyDelete
  32. Bila harga minyak dunia naik, bukan ke sepatutnya Malaysia sebagai negara pengeluar yang mengekspot juga perolehi keuntungan di atas kenaikan harga minyak ni? Sepatutnya di atas keuntungan ni, bukankah sepatutnya kerajaan menambah jumlah subsidi atau mengekalkan jumlah sedia ada dan bukannya mengurangkan jumlah subsidi???

    ReplyDelete
  33. Anon. 11:51.

    Tuan, ia bukan dipanggil PENDALAMAN... Yang betul PEDALAMAN.

    Ada bezanya tu, Tuan.

    ReplyDelete
  34. Aku suka komen rakan2 hari ni rata2nya positif dan bermuhasabah diri, beginilah sepatutnya kita bertukar2 komen. Semoga kita teruskan kajian dan perkongsian fakta berkenaan topik minyak ni supaya dakyah2 halus yang berbentuk spekulasi2, tanggapan2 negatif berasaskan emosi dan sentiment dapat disaring dan diasingkan dari minda kita. Aku suka cara Tun Mahathir cakap penuh isi dan tidak berbunga2.
    Syukur pada Allah SWT yg telah mengangkat martabat dan memberi laluan kepada Tun Mahathir menjadi PM kita sebelum ini.
    Teruskan perjuangan wahai rakan2 sekelian. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah redha dan naungan rahmat Allah SWT hendaknya. Amin.

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum....
    masa kcik dulu haku dok kg jauuuuuuh pedalaman...nak p pekan kna naik bot..pastu ubah ckit naik basikal ikot jln balak bertanah merah 20 batu....kuarga cuma ada 1 beskal jew...bila xdew lauk haku mancing klo musim kemarau haku menimba..bapak haku sporting giler kau sbb dia tak marah haku berusaha tp jgn abang haku nampak...ngan pak aku sekali kna marah sbb haku pempuan he he he...berasap kepala abg haku nengok haku menimba...ki ki ki...moral dr pengalaman haku...
    kelemahan haku tidak suka cerewet,serba tak kena,menerima se adanyew...tp haku ingat baik tarik teros sucd minyak neh...pasai pa...yg berduit smpi xto nak buat apew pown pakai ron 95..kedekot taik idong masin kan kan kan...kereta kan main mewah....duit yg dh xbg subcd minyak tu bley tulun warga emas yg sebatang kara repot yg xdew inkam bulanan atau kwsp dia bawah 200hibu hengget atau bantu kuarga yg caruman kwsp dia bawaah doploh henggit sebln terus dlm ekon bank dia...bley tak....ki ki ki...sori pendapat tadika haku lew..ki ki ki....

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum....
    masa kcik dulu haku dok kg jauuuuuuh pedalaman...nak p pekan kna naik bot..pastu ubah ckit naik basikal ikot jln balak bertanah merah 20 batu....kuarga cuma ada 1 beskal jew...bila xdew lauk haku mancing klo musim kemarau haku menimba..bapak haku sporting giler kau sbb dia tak marah haku berusaha tp jgn abang haku nampak...ngan pak aku sekali kna marah sbb haku pempuan he he he...berasap kepala abg haku nengok haku menimba...ki ki ki...moral dr pengalaman haku...
    kelemahan haku tidak suka cerewet,serba tak kena,menerima se adanyew...tp haku ingat baik tarik teros sucd minyak neh...pasai pa...yg berduit smpi xto nak buat apew pown pakai ron 95..kedekot taik idong masin kan kan kan...kereta kan main mewah....duit yg dh xbg subcd minyak tu bley tulun warga emas yg sebatang kara repot yg xdew inkam bulanan atau kwsp dia bawah 200hibu hengget atau bantu kuarga yg caruman kwsp dia bawaah doploh henggit sebln terus dlm ekon bank dia...bley tak....ki ki ki...sori pendapat tadika haku lew..ki ki ki....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taw xpa,tarik je subsidi minyak trus,xpayah pening2 kepala,subsidi tu bg kt rakyat tiap2 hari mcm bayar subsidi petrol sehari brapa?
      bg lah kt rakyat setahun 365 keluarga buleh bantu jd kaya sekelip.mata.kalo banyak sgt kurangkn sikit jd lg banyak keluarga boleh dbantu.bg perniagaan tnpa rugi..senang cerita..

      Delete
  37. Ni cerita pasal adik beradik aku….bapak kami jual nasik lemak, berasnya dari padi yang ditanam sendiri, ikan bilisnya hasil tangkapan sendiri, cili dan timun pun hasil tanaman sendiri, daun pisang diambil dari pokok sendiri. Aku masih ingat bapak cakap, “nak, ini nasi lemak untuk kita makan, sebagai langkah berjimat cermat, sehari bapak peruntukan kepada kamu 2 bungkus, satu makan tengahari dan satu untuk malam, yang lebih kita jual dan untungnya kita guna untuk bayar lain-lain perbelanjaan”.
    Satu hari bapak pulang ke rumah dan minta kami berkumpul, kata bapak, “nak, kita kena berjimat cermat, kalau dulu bapak bagi kamu 2 bungkus sehari nasi lemak, sekarang bapak terpaksa bagi satu je, ini disebabkan harga pasaran nasi lemak sudah naik”.
    Abang sulung aku tak puas hati dan mengamuk, katanya “ aik, bapak, kalau harga nasi lemak naik maknanya kita dapat untung lebih tetapi nape peruntukan makan nasi lemak kami perlu dikurangkan???
    Abang ngah yang sememangnya tak berapa kisah sebab baginya sehari makan satu bungkus pun dah cukup, hanya diam sahaja.
    Adik bongsu aku pulak yang memang 2 bungkus sehari pun tak pernah cukup (maklum le badannya besor) meraung menangis berguling-guling.
    Aku pulak yang cerdik sikit bertanya bapak, “bapak, kalau harga nasi lemak naik, maknanya kita dapat untung lebih kan? Kalau kita dapat untung lebih kenapa bekalan nasi lemak, kita perlu dikurangkan?”
    Mak dari bawah rumah jawap, “bapak kamu dengor nasihat Ah Jib Gor”. Kata mak lagi, “kamu kena le biasakan diri makan nasi lemak sebungkus sehari, lama-lama kamu biasa le…”

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga kos nasik lemak tu xnaik ke?

      Delete
  38. Minyak dan subsidi: penipuan? - sinar harian 2011
    Apa Kesan Harga Minyak Naik?

    Pakar Matematik Gunaan dedah fakta sama ada impaknya untung atau rugikan negara

    Penyelarasan subsidi ke atas bebearapa bahan keperluan seperti petrol dan gula bukan sahaja memberikan kesan kenaikan harga keperluan asas lain, malah, pelbagai pihak dari sektor perkhidmatan juga menaikkan cas atas alasan tersebut.

    Dalam keadaan yang semakin tertekan ini, kakitangan kerajaan yang bergaji RM3,000 sebulan pun sudah boleh dikategorikan miskin, apatah lagi yang tidak bekerja.

    Ironinya, setiap kali kenaikan harga barang, golongan ini disaran berjimat cermat. Bagaimanakah lagi caranya hendak berjimat? Adakah sehingga makan sekali seminggu itu yang dikatakan berjimat? Semua saranan ini tentu sekali tidak akan meredakan kemelut sara hidup yang menyeksakan.

    Bagi merungkai permasalahan kenaikan harga ini, ikuti wawancara khas wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN (Sinar Harian: 5 Januari 2011) dengan Pakar Matematik Gunaan, Prof Madya Hamid Yeop Yeop Zainuddin. Beliau menggunakan pendekatan Matematik untuk meneliti fakta apakah kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia benar-benar merugikan negara sehingga terpaksa mengurangkan subsidi rakyat.

    1) Bolehkah harga bahan api ini diturunkan?

    HAMID YEOP:

    Ya boleh! Malah boleh diturunkan kepada 30 sen sahaja seliter jika menggunakan formula menurunkan harga minyak dan barang-barang yang sekaligus menghapuskan kemiskinan. Formula ini ditemui semasa kajian pada 2008 yang lalu.

    Di pasaran dunia harga bahan api turun dan naik tetapi di Malaysia boleh dikatakan tidak pernah turun asyik naik sahaja.

    Sesiapa pun faham ini membuktikan harga minyak di Malaysia tidak ditentukan oleh pasaran dunia. Ketika kita RM2.70 seliter, ada negara lain jual hanya 16 sen seliter (Venezuela).

    2) Bagaimanakah boleh dijual begitu murah sekali?

    HAMID YEOP:

    Untuk memudahkan orang awam faham, ambil contoh kelapa sawit. Kita adalah negara pengeluar. Kalau dulu harga sawit RM1,000 satu tan, sekarang dah naik RM3,000. Kita untung atau rugi? Sudah tentu untung 3 kali ganda.

    Begitu juga minyak mentah. Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dan menganggotai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC). Jika Malaysia jual kira-kira 700,000 tong minyak mentah sehari pada kadar USD130 Setong (dengan kadar tukaran mata wang RM3.80 untuk USD1 satu ketika dahulu), ini bermakna perolehan setahun adalah USD33 billion iaitu melebihi RM126 billion. Dengan anggaran perolehan melebihi satu trillion ringgit untuk 10 tahun pada kadar disebutkan tadi, bolehkah Malaysia menurunkan harga bahan apinya? Jika benar rakyat didahulukan maka sudah tentulah jual murah didalam negara tetapi jual ikut harga pasaran di luar negara. Ini adalah hasil negara yang sepatutnya dinikmati rakyat.

    3) Maknanya, kenaikan harga minyak mentah dunia tidak merugikan negara?

    HAMID YEOP:

    Ya benar. Bukan sahaja tidak merugikan Malaysia, tetapi sebaliknya mendapat keuntungan berganda. Seperti kelapa sawit, ramai yang tahu tetapi tidak ramai yang tahu pasal telaga minyak. Kita rujuk data 2008 dengan anggaran jualan minyak mentah Malaysia sebanyak 700,000 tong sehari. Oleh kerana minyak dijual dalam dollar Amerika, bagi memudahkan perbandingan, anggapkan kadar tukaran RM kepada USD ialah RM3.50 untuk USD1.

    Harga minyak pada Januari 2007 adalah USD50 iaitu RM175 setong. Justeru perolehan setahun bagi 2007 adalah melebihi RM44 billion. Jun 2008, harga minyak telah naik kepada USD138 iaitu RM483 setong. Justeru perolahan setahun sehingga Jun 2009 adalah kira-kira RM123 billion. Ini memberikan tambahan lebihan untung sebanyak RM78 billion. Keuntungan tambahan ini tidak termasuk keuntungan lain seperti petrol dan diesel. Oleh itu, keuntungan sebenar hasil kenaikan harga minyak dunia adalah jauh lebih tinggi.

    ReplyDelete
  39. 4) Dengan RM78 billion lebihan untung, lebih banyakkah subsidi?

    HAMID YEOP:

    Kalau tiada subsidi pun harga minyak boleh diturunkan, apatah lagi jika ada subsidi. Tetapi rakyat kini menanggung beban kenaikan harga minyak yang kononnya disebabkan kenaikan harga minyak dunia. Ramai yang ingin tahu kemanakah perginya lebihan untuk RM78 billion ini? Lagilah tidak logik kita terpaksa pula mengurangkan subsidi. Kita bukan Singapura dan kita tidak boleh ikut Singapura kerana ia negara pembeli bukan pengeluar. Harga di kilang tidak sama dengan harga di kedai.

    5) Benarkah ada subsidi dan siapakah yang menerimanya?

    HAMID YEOP:

    Ketika minyak mentah berharga USD130 setong (RM455 pada kadar tukaran RM3.50 kepada USD1), kerajaan mengumumkan harga sebenar petrol di Malaysia adalah RM3.00 seliter dan diberikan subsidi RM0.30 sen menjadikannya RM2.70 seliter.

    Jika benar ada subsidi, adakah subsidi diberikan kepada semua syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, Esso, Caltex, BHP dan lain-lain? Tanpa subsidi atau suatu bentuk persetujuan bayaran tertentu kepada syarikat asing tersebut mustahil mereka mahu jual dengan harga sama seperti dijual Petronas, iaitu RM2.70 seliter.

    Sekiranya syarikat asing itu tidak mendapat sejumlah subsidi (sama ada daripada kerajaan atau Petronas atau kedua-duanya), tentu mereka menjual mengikut harga yang memberikan keuntungan masing-masing sebagaimana yang dijual di negara lain. Sebab itu harga Shell di Singapura jauh lebih mahal.

    Tinjauan saya mendapati stesen minyak membayar tunai dengan harga RM2.70 daripada pembekal syarikat asing. Daripada jumlah itu, mereka hanya memperolehi komisen RM0.095. Ini bermakna, pengusaha stesen minyak bukan penerima subsidi. Justeru kemungkinan besar subsidi tersebut dibayar terus kepada syarikat asing. Lebih 80 peratus daripada RM33 billion subsidi dibayar kepada syarikat asing.

    6) Jadi berapakah sebenarnya subsidi minyak kepada rakyat?

    HAMID YEOP:

    Berdasarkan RM33 billion yang dikatakan tadi, kita boleh mengetahui penggunaan petrol negara ini dalam setahun adalah kira-kira 110 billion liter. Lebih kurang 301 juta liter sehari.

    Mengikut laporan pada tahun 2007, terdapat 3,098 stesen minyak di seluruh negara dengan 40% daripadanya, terutama yang di bandar besar dan lebuhraya beroperasi 24 jam.

    Ini memberi gambaran purata jualan harian bagi setiap stesen minyak adalah sebanyak 97 ribu liter sehari, atau hampir 3 juta liter sebulan. Suatu angka yang sukar diterima untuk sebuah stesen minyak kerana, secara purata jualan harian mereka tidak melebihi 20,000 liter.

    Jika benar ada subsidi maka angka-angkanya mesti selari dengan pengiraan matematik tadi, tetapi kerana angka-angkanya tidak sekena, maka keputusan ini‘menidakkan dan menolak kewujudan subsidi petrol berjumlah RM0.30 sen seliter atau RM33 billion setahun.’

    Ada atau tidak subsidi minyak untuk rakyat? Andalah yang menentukan jawapannya.

    7) Jika tiada subsidi, rakyat terpaksa membeli dengan harga yang mahal?

    HAMID YEOP:

    Sepatutnya tidak. Salah satu cara terbaik untuk menurunkan harga minyak adalah dengan menyerapkan terus keuntungan Petronas ke dalam hasil minyak (petrol dan diesel) yang dijual di dalam negara.

    Penyerapan keuntungan ini akan membolehkan Petronas menjual Petrol dengan harga lebih rendah. Secara langsung akan menaikkan lagi keuntungan Petronas dengan peningkatan penjualan minyak.

    Tindakan inilah yang sebenarnya menangkis persoalan ke manakah perginya keuntungan Petronas.

    Lagipun bukan semua pengusaha syarikat asing seperti BHP, Esso, Caltex, Shell dan Mobil membeli minyak mentah dari Petronas. Itupun Petronas tetap mengaut untung berbillion ringgit. Sedangkan dengan harga USD50 setong kerajaan mampu menanggung subsidi berbillion ringgit, inikan pula USD138 setong (RM483).

    Bila untung 2 kali ganda sepatutnya turun separuh harga.

    ReplyDelete
  40. Benarkah stok minyak kita akan habis?

    HAMID YEOP:

    Tuhan jadikan Malaysia unik. Laluan gempa bumi pun tidak menempuh Malaysia. Telaga minyak kita macam telaga air di kampung, dicedok banyak mana pun tidak akan habis. Minyak kita, kalau ambil satu tong dia boleh keluar lagi sehingga tiga tong. Saya banyak mmendapat maklumbalas daripada ramai bekas pelajar saya yang menjadi jurutera di Petronas dan di kawsan carigali.

    Untuk satu jangka yang amat lama lagi dakwaan ini tidak benar. Kalau habis pun, saya percaya ketika itu minyak bukan lagi merupakan sumber utama tenaga.

    9) Formula ini telah Prof cipta semenjak 2008 tetapi tidak diterima kerajaan. Apa komen Prof?

    HAMID YEOP:

    Sebagai rakyat biasa yang prihatin saya hanya membantu dan mencadangkan setakat yang termampu. Asalnya pun daripada permintaan salah seorang menteri kabinet. Pada pendapat saya, model ekonomi yang digunapakai sekarang adalah betul pada mereka tetapi salah pada rakyat.

    10) Akhirnya apakah harapan Prof?

    HAMID YEOP:

    Menurunkan harga barang menjadi harapan sebahagian besar rakyat. Saya sedia berkongsi formula ini dengan mana-mana pihak terutamanya perti politik yang berhasrat memerintah negara ini, supaya penjelasan dapat diberikan kepada rakyat jelata. InsyaAllah jika pemerintah melaksanakan formula ini, semua rakyat akan jadi kaya dan dalam tiga tahun Malaysia akan jadi ‘World Reserved Bank’.

    Sisipan: SINAR HARIAN (5 Januari 2011)

    oleh wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN

    PENGIRAAN YANG MASUK AKAL - CAHAYA AL MAJID

    ReplyDelete
  41. Negara Britan satu liter satu paun. Eyyy waaaa eii waaa...orang punye pendapatan per kapita berapa, orang punya disposable income berapa....hahhh! Benda simple pun tak faham...adjust sikit....you know that...org yg berpendapatan kurang daripada RM500 sebulan tu...nak adjust macam mana ya Pak.....korek bontot keluarkan mas ke???

    ReplyDelete
  42. aku hanya seorang surirumah lulusan spm, tak reti nak cakap pasal ekonomi. tetapi aku tetap yakin, ekonomi negara kita akan lebih baik, sekiranya dari dulu kerajaan bertegas memastikan hanya rakyat malaysia yg menikmati subsidi. sekarang pati dan rakyat asing yg dtg cara halal kat malaysia pun menikmati subsidi pada minyak masak, gula, tepung, roti, beras,petrol dan pelbagai lagi.....paling sakit hati tgk cina singapore isi minyak kat sini....

    ReplyDelete
  43. Bang, kalau motor biasa, tangki penuh 4.3 liter. Kalau naik 20 sen, bermakna utk sekali isi penuh kena bayar xtra lebih kurang 90 sen. Ala....korban kan le 2 btg rokok...settle le. Pasal minyak berkira, psl rokok xpe lak, psl sisha x pe lak. Apa kata masa pegi kedai mamak tu, mkn pagi, pesan je air kosong, daripada amik teh tarik. Boleh cover minyak naik tu. Lagi sihat ape, minum air kosong, dari teh tarik.

    ReplyDelete
  44. BAGUS pengalaman sedara/sedari ttg kenalan2 yg BOROS/BIJAK mengurus kewangan....tp jgn lupa pesanan Tun Mahathir....perkara awwal dia sebut apa?....KERAJAAN TERLALU BYK MEMINJAM & BERBBELANJA...kalau asyik RAKYAT yg kena kena berjimat & kena sesuaikan diri, di mana tanggungjawab kerajaan utk berjimat???....rakyat insyaAllah boleh berjimat sbb TERPAKSA ttp adakah kerajaan boleh berjimat?

    jgn hanya rakyat diminta bersyukur dgn apa yg dianugerahkan Allah....seolah2 lontaran kenyataan menunjukkan rakyat yg marah atas peningkatan kos tidak bersyukur kpd Allah & berterima kasih pd kerajaan

    ReplyDelete
  45. jikalau betul kerajaan mengalami masalah kewangan sehingga perlu memotong subsidi minyak tidak menjadi masalah....tetapi jika subsidi minyak dikurangkan semata2 utk melunaskan janji pemberian BR1M sbyk RM1200 tindakan itu adalah tidak munasabah

    kerajaan nak berJIMAT dgn mengurangkan subsidi, tetapi duit subsidi yg dikatakan utk penjimatan disalurkan utk meningkatkan BR1M??

    spttnya, jika kerajaan tiada duit, hentikan sementara BR1M....sekiranya kerajaan dgn kewangan negara, barulah disalurkan BR1M.

    Tahun 2012, RM1.92Bilion utk 3.8juta isi rumah

    tahun ni?...mesti meningkat lg dgn pertambahan pemohon & RM yg diberi.....jd sebenarnya tiada penjimatan yg terjadi.

    BR1M hanya melibatkan sstgh pihak manakala kenaikan minyak melibatkan SEMUA pihak

    ReplyDelete
  46. Prof Yeop PENIPU:
    1)..."Sesiapa pun faham ini membuktikan harga minyak di Malaysia tidak ditentukan oleh pasaran dunia. Ketika kita RM2.70 seliter, ada negara lain jual hanya 16 sen seliter (Venezuela)"

    -harga minyak Malaysia mmg terikat dgn pasaran dunia...hanya menunjukkan negara yg jualan minyaknya lg MURAH....itu tak adil...berlambak negara harga minyak lg mahal....nak tipu org kg dgn gelaran Prof boleh la

    ReplyDelete
  47. "Begitu juga minyak mentah. Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dan menganggotai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC)"

    -Malaysia BUKAN negara OPEC Prof....taraf Prof. tp boleh kata Malaysia menyertai OPEC

    ReplyDelete
  48. .."Kalau tiada subsidi pun harga minyak boleh diturunkan, apatah lagi jika ada subsidi. Tetapi rakyat kini menanggung beban kenaikan harga minyak yang kononnya disebabkan kenaikan harga minyak dunia. Ramai yang ingin tahu kemanakah perginya lebihan untuk RM78 billion ini?..."

    -ingat duit untung tu hanya utk subsidi je?....mana bayar kat pekerja, kos cari gali telaga baru, pengurusan & pembelian aset, pelaburan etc....la ni pembangkang nak guna lg utk bayar duit PTPTN utk pelajar mcm .....

    ReplyDelete
  49. "..Tinjauan saya mendapati stesen minyak membayar tunai dengan harga RM2.70 daripada pembekal syarikat asing. Daripada jumlah itu, mereka hanya memperolehi komisen RM0.095..."

    -kalaupun wawancara ni tahun 2011 buatla sikit homework....ngko tu Prof...tahun 2008, stesyen minyak dpt 12.19sen

    ReplyDelete
  50. ..." Ini bermakna, pengusaha stesen minyak bukan penerima subsidi. Justeru kemungkinan besar subsidi tersebut dibayar terus kepada syarikat asing. Lebih 80 peratus daripada RM33 billion subsidi dibayar kepada syarikat asing..."

    -pengusaha stesyen minyak adalah PENERIMA SUBSIDI walaupun sedikit iaitu 12.19sen SELITER.....ingat sikit 12.19 tu?...mrk hanya perlu jual, tak perlu gali, proses minyak, buat pengiklanan etc...sudah tentu syarikat pemprosesan minyak ni yg dpt byk subsidi sbb mereka adalah PENGELUAR PRIMER...dgn pembayaran subsidi ni, maka dptlah rakyat merasa minyak dgn harga yg berpatutan walaupun tak diberi subsidi scr DIRECT oleh pihak kerajaan

    ReplyDelete
  51. "FAKTA" Prof
    1)subsidi minyak = 30sen
    2)Jumlah subsidi setahun = RM33 Bilion
    FAKTA SEBENAR
    - subsidi RON97 = 83sen (sblm naik)
    - subsidi Diesel = 95sen (sblm naik)...jd mana dtg 30sen????
    2)Jumlah subsidi adalah hasil tambah subsidi Petrol, Diesel & LPG

    "FAKTA" Prof

    3)Penggunaan petrol setahun = 110bilion liter
    4)Petrol sehari = RM301 juta
    5)Stesyen minyak = 3098 buah, 40% (1239buah) beroperasi 24jam di bandar besar & lebuh raya
    6)Jualan stesyen minyak = 97 ribu liter sehari, atau hampir 3 juta liter sebulan

    FAKTA SEBENAR
    3)+4)+5)+6) = MENGARUT...cara pengiraanpun salah..pakai lenjan nak kata 3098stesyen TIADA yg berniaga 24jam sdgkan 40% berniaga 24jam?
    BUKTI?....3098 x 97ribu=301juta
    mana kiraan utk yg berniaga 24jam???....FAIL!!!!

    "FAKTA" Prof
    7)Jualan stesyen minyak ikut kajian Prof = 20,000 liter

    FAKTA SEBENAR
    7)Ambil contoh isi minyak kereta 40liter...maka 20ribu/40=500 buah kenderaan (LOGIK)....tp ingat, ini utk petrol & motor serta stesyen yg 24jam tak dikira, x termasuk diesel yg digunakan lori, bot, bas etc & juga x termasuk gas LPG....ATAUPUN kenderaan dr Ssingapura, Thailand & yg diseludup.

    aku pernah kerja stesyen minyak, jd tau jugalah berapa jualan minyak2 kat stesyen ni....berkoyan2...mmg Prof ni PENIPU!!!

    ReplyDelete
  52. tun tetap terbaik. berpandangan jauh. tak pentingkan diri sendiri

    ReplyDelete
  53. Ala nak berjimat tak kena tempat lah ngok,pi la keja naik bas dan makan nasi bergaram je...simpan duit gaji banyak banyak, mati bawak le dalam kubur berbelanja dialam brazah, kan ada kemudahan shopping.......
    zaman mencabar kalau semua berjimat,
    majukah NEGARA?......lau tak berhutang, berhartakah?.....
    jangan ikut mantan PM, dia dah kaya bekedudukan........petik jari
    tersedia semuanya.

    ReplyDelete
  54. kepada SEMUA PEMBACA sila pergi ke blog Tun M utk teliti apakah pandangan SEBENAR Tun M berkenaan pengurangan subsidi ni

    samada Tun beri penekanan pd kaedah perbelanjaan rakyat atau Tun beri penekanan CARA BAGAIMANA kerajaan mengurus kewangan

    BACA, TELITI & SELAMAT MEMBUKA MINDA

    jgn pulak nnt ada yg anggap Tun M RBA ke or join pembangkang pulak....hehe

    KLIK: http://chedet.cc/?p=1056

    ReplyDelete
  55. prof penyokong pembangkang memang lah akan salahkan kerajaan..fakta merapu jer prof ni bagi..tunggulah baget nanti pasti kerajaan akan cover balik kenaikan ni..kerajaan perlukan wang untuk beri kembali pada bajet akan datang...indon pun baru jer naik kan harga minyak...

    ReplyDelete
  56. Buat apa susah susah, harga petrol naik bayar je ,kalau tidak apa guna kita sokong BN . Jangan bising bising. Kita kan ke akan dapat BRIM lagi.
    Kata orang petrol naik 20sen bising , teh tarik naik 20 sen minum juga dikedai.

    ReplyDelete
  57. anon 7.16 diatas tu TAIK AMENO/BN.
    komen tak tengok perkembangan semasa dan tak pakai otak. Orang macam inilah pemusnah bangsa. en. najib suruh terjun lubang taik pn dia sanggup.
    wei angok, internet sape2 pn bleh capai skrg ni..org ketinggalan zaman mcm ko sj yg cakap org yg bleh masuk blog GAP, ada internet maka kayalah org itu!
    Ape punya rakyat mcm ni???

    ReplyDelete
  58. inilah 'padahnya' nak jd negara maju. semua kos naik. ramai mrungut gaji dh tk cukup. produktiviti krja tak tambh, gaji nak tambah mcmana? bljr la dr orang jepun. kos sara hidup tinggi pun dorang tenang, sebab dorang RAJIN!

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.