Thursday, February 27, 2014

ANTI HADIS : ARTIKEL TERBARU TUN M...

1.      Saya tahu tulisan saya ini tidak akan dibaca oleh orang yang menghukum saya sebagai anti-hadis. Orang lain juga akan dilarang membaca tulisan ini. Mereka yang menghukum saya takut kalau-kalau hukuman mereka dipersoal. Mereka hendak segala-gala yang diperkatakan oleh mereka diterima bulat-bulat sebagai fatwa yang wajib diterima seperti firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran.
2.      Orang yang benar, berani. Orang yang takut, takut kerana salah atau mungkin didapati salah.
3.      Memberi label dan mengecap orang apabila kita tidak bersetuju dengannya memanglah satu cara orang yang tidak sanggup berhujah. Terima sahajalah apa yang didakwa oleh mereka tanpa berfikir. Jangan guna akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kerana ini kononnya  dilarang oleh agama Islam.
4.      Saya sekarang dilabel, iaitu diberi gelaran atau dicap anti-hadis kerana kononnya saya sudah jadi penyokong Kassim Ahmad yang telah diberi gelaran yang sama.
5.      Saya juga diberitahu bahawa sebagai seorang yang tidak tahu bahasa Arab maka saya tidak berhak bercakap berkenaan agama Islam.
6.      Hari ini kita lihat ummat Islam berpecah, bermusuh sesama mereka, berperang dan membuat kerja orang Yahudi dan Nasrani. Siapakah yang membawa malapetaka ini kepada orang Islam dan Negara-negara mereka. Bukankah mereka fasih dalam bahasa Arab bahkan penasihat dan pemimpin mereka terpelajar dengan dalamnya ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis Nabi. Saya sendiri sering mendengar mereka dari kedua-dua belah, mengeluarkan ayat Quran dan hadis bagi menghalalkan perbuatan mereka.
7.      Ya, saya tak tahu bahasa Arab. Justeru itu saya terpaksa terima apa sahaja yang diajar kepada saya dalam bahasa Melayu sebagai ajaran Islam. Apakah kerana saya menerima Islam dalam bahasa Melayu maka ia bukan Islam. Apakah saya tidak Islam. Apakah lafaz dua kalimah syahadat oleh saya tidak boleh diterima.
8.      Selain dari khatam Quran semasa umur belasan tahun, saya baca terjemahan Quran dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Ya, memang terjemahan Quran bukan Quran. Tetapi bolehkah kita kata terjemahan ajaran Islam yang diajar kepada kita dalam bahasa Melayu bukan Islam? Jika apa yang disampaikan dlam bahasa Melayu berkenaan agama Islam bukan Islam, majoriti orang Melayu bukanlah Islam.
9.      Saya dan rakan-rakan saya pernah dihukum kafir kerana sebagai ahli parti tertentu telah bekerjasama dengan orang kafir. Tidak ada siapa yang fasih berbahasa Arab dan mendalami ajaran Islam yang mempertahankan saya apabila dituduh kafir. Mungkin sebabnya ialah mereka bersetuju saya kafir.
10.    Kemudian orang yang mengkafirkan saya bekerjasama dan berpeluk-peluk dengan orang kafir. Tetapi tidak ada orang yang mendalami agama Islam yang fasih berbahasa Arab mendakwa mereka ini kafir. Saya tertanya-tanya apakah kelebihan mereka? Apakah mereka maksum?
11.    Orang yang fasih berbahasa Arab dan mengenal diri sendiri  sebagai ulama Islam dan mursyid telah berkata ia sanggup bekerjasama dengan syaitan jika syaitan menyokongnya. Orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu larangan dalam Al-Quran terhadap bekerjasama dengan syaitan, tidak membuat tuduhan apa-apa, jauh sekali dari memberi apa-apa label kepadanya. Kenapa?
12.    Bukan sahaja orang Arab yang fasih bahasa Arab yang berpecah dan bermusuh sesama Islam, tetapi di Malaysia juga perpecahan berlaku apabila orang yang digelar ulama dan fasih dalam bahasa Arab memisahkan diri dan memecahkan perpaduan orang Islam kerana tidak dapat tempat di dunia, tidak dipilih jadi Yang Berhormat. Sehingga sekarang perpecahan ini berlaku. Maka lemahlah orang Islam dan terpaksalah mereka mengemis untuk mendapat sokongan orang bukan Islam. Maka berpeluk-peluklah mereka. Tidak ada ulama yang berkecuali yang mendesak supaya semua orang Islam bersatupadu dan bersaudara semula.
13.    Orang yang sama juga mendakwa bahawa Allah s.w.t. mencarut. Tiada siapa dari orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu secara mendalam ajaran Islam yang menyangkal dakwaan ini. Mungkin ada hadis yang berkata demikian. Saya belum jumpa. Sila tunjuk kepada saya hadis yang berkata Tuhan mencarut.
14.    Dalam ajaran Islam, ada yang wajib dan ada yang sunnat. Kita diberitahu yang sunnat boleh kita terima dan tunaikan tetapi tidaklah kita bersalah jika kita tidak tunaikan. Tetapi ada gesaan bahawa yang sunnat itu wajib dan mesti diterima dan diamalkan walaupun bercanggah dengan firman Tuhan dalam Al-Quran.

15.    Hadis adalah sunnah Nabi. Saya ingin tahu samada hadis wajib dan mesti diterima. Betulkan saya.
16.    Apa pula dengan orang yang utamakan hadis dari firman Allah s.w.t. yang terdapat dalam Al-Quran yang kita terima sebagai wahyu dari Allah s.w.t. Berkenaan dengan zina, apakah hukum yang terdapat dalam Al-Quran. Dan apakah yang terdapat dalam hadis. Yang manakah lebih utama, wahyu dan firman Allah s.w.t. atau hadis yang diriwayatkan oleh beberapa keturunan manusia biasa, yang dikaji, disah atau ditolak oleh pakar hadis yang juga manusia biasa 200 tahun kemudian. Salahkah jika kita pilih Al-Quran yang jelas dan satu yang tidak berbeza-beza dan oleh itu tidak merejam dan menembak mati dengan mesingun perempuan yang dituduh berzina.
17.    Bukankah Allah s.w.t. telah berpesan berpuluh kali bahawa “apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil”. Allah s.w.t. juga sebut sebagai tidak suka akan kezaliman.
18.    Apakah melabel iaitu menghukum seseorang selepas membaca akhbar atau mendengar lapuran T.V. mencerminkan keadilan yang dituntut dalam Islam. Apakah tanpa memberi peluang kepada yang tertuduh untuk mempertahankan diri, adil di sisi agama Islam. Apakah tanpa membincang dan membahas oleh badan yang dipertanggungjawabkan seperti mahkamah, yang terdiri dari orang yang tidak berkepentingan, adalah cara Islam mengadil.
19.    Kita lihat akan betapa buruknya keadaan umat Islam sekarang. Apakah ini kerana sudah ditakdirkan bahawa orang Islam akan ditindas dan agama Islam dihina.
20.    Tidakkah Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Quran bahawa Allah tidak akan menukar nasib sesiapa jika ia tidak berusaha menukar nasibnya sendiri.

21.    Jika kita ingin menukar nasib dan kita berusaha sehingga terselamat diri kita, bolehkah kita kata ini bukan takdir, atau ini bertentangan dengan kehendak Allah s.w.t.
22.    Kita tahu adanya hadis yang sahih dan yang lemah Apabila hadis berbeza atau bertentangan dengan firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran, yang mana satukah yang kita harus terima? Jika kita pegang kepada Al-Quran, apakah ini salah.
23.    Apakah kita wajib terima apa saja yang disampaikan oleh orang yang berbahasa Arab yang mempelajari agama walaupun jelas bertentangan dengan ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis. Apakah kita mesti iktiraf siapa sahaja yang mendakwa dirinya sebagai ulama. Apakah semua ahli persatuan ulama benar-benar ulama.
24.    Amatlah merbahaya dan mengelirukan apabila sesiapa sahaja, hanya kerana fasih dalam bahasa Arab dan mendapat ijazah sarjana dalam bidang agama Islam, diberi gelaran ulama.
25.    Perpecahan umat Islam kepada berbagai mazhab adalah disebabkan oleh orang seperti ini. Pengikut mereka turun temurun bermusuh dan membunuh. Tidak ada toleransi di kalangan mereka sedangkan Al-Quran tidak suruh kita bermusuh walaupun dengan penganut agama lain, melainkan mereka bermusuh dengan kita. Kepada mereka agama mereka. Lemahnya umat Islam dan terhinanya agama Islam ialah kerana ajaran mereka yang tidak boleh ditegur, yang tuntut kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi hanya kepada mereka.
26.    Saya tahu bahawa jawapan kepada tulisan saya ini ialah saya anti-hadis, anti Al-Quran bahkan kafir.
27.    Saya tidak lama lagi akan pergi menemui Tuhan saya, Allah s.w.t. Saya akan diadili oleh Kadzi Rabbul Jalil. Saya tidak tahu apakah akan disahkan segala tuduhan terhadap saya atau tidak. Tetapi yang saya tahu dan yakin ialah pengadilan oleh Allah s.w.t. tetap adil. Dan saya terima apa sahaja hukum yang dijatuhkan ke atas saya.

33 comments:

  1. Setuju sangat dgn Tun. Aku dah nampak lama perkara ni tapi biasalah....masyarakat kita sering mengutamakan tradisi dari Islam itu sendiri. InshaAllah...amalan dan fikiran Tun diterima oleh Allah. Inilah juga petunjuk yang aku dapat semasa berada di tanah suci Mekah.

    ReplyDelete
  2. Amatlah merbahaya dan mengelirukan apabila sesiapa sahaja, hanya kerana fasih dalam bahasa Inggeris dan mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang perubatan, diberi gelaran doktor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pirrah...bpe ramai doktor kat malaysia ni yg x fasih bi tp bleh je mrawat pesakit. Begitu jge doktor2 kat indon, jepun, korea, negara2 arab yg x fasih bi bleh bgelar n bkerja sbg doktor..bleh jer..

      Delete
  3. Selalunya pemimpin UMNO yang membuat kenyataan panas akan di labelkan dengan bermacam macam gelaran ,sedangkan dalam islam kita tak digalakkan mengelarkan seseorang dengan gelaran yang memalukan, tapi yang memberikan gelaran itulah orang islam sendiri,dan satu lagi kiranya yang membuat kenyataan panas itu datang dari puak mereka sendiri walaupun salah ,takda siapa yang berani tegur dan memberi komen cara terbuka , apakah pemimpin mereka tidak pernah melakukan sebarang kesalahan ,perfect macam nabi kita,sama samalah kita fikirkan nya

    ReplyDelete
  4. HAMBEK KAU! nak cakap orang "anti hadis, anti Al-Quran" tapi tak nak tengok dan faham dalam-dalam apa yang Tun cakap. Main tibia aje suruh orang "diam". Macamlah dia tu cukup ilmu, cukup faham bahasa arab, cukup segalanya.
    Tun M ni dia berkata salah apabila orang tu buat salah, walaupun orang tu ulama' tersohor. Dia kata betul apabila orang berbuat betul walaupun orang tersebut adalah dari kalangan mereka yang menentang arusnya. Tidak semestinya dia harus hipokrit untuk kepentingan sesuatu, macam al-juburi amalkan dari dulu kini dan selamanya.
    Lagipun, kalau al-juburi bercakap soal agama pun ada jugak manusia yang terima sedangkan manusia itu tahu siapa dan apa amalan si anwar al-jubur itu, ini Tun M yang bercakap tentang pandangan peribadinya...tengok dan fikirlah dulu dimana titik fokusnya. ini tidak...main bantai aje.
    Aku pun tak suka si kasim bongok tu, tapi kalau ada yang dicakapnya betul, aku terima..aku tak nak hipokrit. Kalau Tun M sendiri pun dah tak betul, aku tetap kata Tun bengong.
    Marilah kita ambil yang benar, jauhi yang salah. Tiada salahnya kalau kita muhasabah dulu.

    ReplyDelete
  5. Salamunalaikum Ayahanda Tun M,
    Terlebeh dahulu saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kerana berani melaksaanakan sesuatu tanggongjawab bagi menyedarkan umat Islam sejagat dengan secara penuh hemat dan berilmiah.Perlu diingat kebenaran itu adalah dari Allah swt.dan tiada sesiapa boleh menyangkalnya.Pada hemah saya apa yang di lalui oleh ayahanda boleh dikaitkan dengan bagaimana Nabi Allah Ibrahim(PBUH) menongkah arus menerangkan kesucian Islam kepada ibubapanya,Nabi Musa(PBUH)menerangkan kepada Firaun,Nabi Esa(PBUH) kepada kaumnya kaumnya,Nabi Muhammad(PBUH)kepada kaumnya.Kesemua Nabi dan Rasul Allah ini mendapat tentangan dan ancaman dari umat di zaman mereka hanya kerana menyampaikan kebenaran firman Allah swt melalui kitab2 yang di turunkan termasuk AlQuran NurKarim.Mereka2 yang engkar menerima perintah2 melalui kitab2 yang diturunkan akan menggunakan authoriti,dan autokrasi mengikut fahaman2 mereka melalui kitab2 palsu buatan tangan mereka sendiri dan mengatakan ini dari Allah swt.Terdapat banyak firman yang jelas dan konkrit dalam AlQuran yang mengesahkan perkara ini.Saya sangat2 berharap ayahanda Tun M banyak2 bersabar dan anggaplah semuanya sebagai satu nikmat dari Allah swt yang membuat kita lebih bertakwa terhadap Nya.Salam

    ReplyDelete
  6. AYAHNDA KU MEMANG CLASS.

    ReplyDelete
  7. takdelah, mana ada org kata tun anti hadis. mungkin org pertikai pasal kepercayaan tun bahawa rambut wanita bukan aurat dan lain2 yg berkaitan dengan hukum yg diterima majoriti ahli sunnah waljamaah. pasal rambut wanita bukan aurat, sdr kassim ahmad berhujah bahawa rambut perlu didedahkan kepada udara agar menjadi sihat. itu hujah yg amat dangkal! berapa ratus juta wanita didunia ini yang berhijab atau sekadar bertudung atau menutupi rambut mereka dengan pakaian ketika berada di luar rumah atau di hadapan bukan muhrim? adakah rambut dan kepala mereka berpenyakit? tun adalah seorang yang berfikiran jauh dan percaya bahawa sesuatu pendapat itu benar jika berdasarkan kajian dan aplikasi. ini bermaksud bahawa rambut dan kepala wanita menjadi tidak sihat jika ditutup adalah pendapat yang tidak benar. bukan begitu tun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun kata " betulkan dia".. bg la hujah yg berlandaskan fhman islam yg sbnr.

      Delete
  8. Kasihan ayahanda Tun M. Saya melihat isu penglabelan ayahanda Tun M sebagai antihadis hanyalah bermotif politik yg mengatasnamakan agama.
    Meskipun ayahanda Tun M tersilap menilai Pak Kassim, itu bukan alasan pihak lawan untuk mengantihadiskan ayahanda Tun M.
    Pak Kassim dilabel antihadis kerana ajaran yg dibawanya memang ajaran antihadis yg ditentang oleh seluruh ulama dunia.
    Islam tak larang pun menggunakan akal. Mentafsir al-Quran dengan ikut akal fikiran sendiri semata itu yg dilarang. Mentafsir al-Quran ada adab dan disiplinnya.
    Pak Kassim pernah ditahan ISA. Ajarannya sudah difatwakan sesat. Sepatutnya ayahanda Tun M merujuk dahulu kepada JAKIM, Majlis Fatwa, dan mana-mana pihak berwajib.
    Saya tau yg ayahanda Tun M perasmi majlis itu. Itu bukan dalil atau petunjuk keantihadisan ayahanda Tun M, tapi dalam politik banyak politikingnya. Persepsi dicipta untuk merendah-rendahkan pihak lawan.
    Kepada ayahanda Tun M, bersabarlah dengan karenah lawan.
    Kepada pihak lawannya, jangan suka bermain dengan api.

    ReplyDelete
  9. Well said tun ...well said..

    ReplyDelete
  10. Allah swt Maha Pengampun,
    Allah swt Maha Pengasih,
    Allah swt juga Maha Adil.
    Yg baik dibalas baik,
    Yg buruk juga diberi balasan,
    Yg layak diampun, diampun,
    Yg layak dihukum, dihukum,
    Allah swt Maha Mengetahui,
    Allah swt Maha Bijaksana,
    Yg taqwa ke Syurga,
    Yg kufur ke Neraka.
    Moga kita terselamat.

    ReplyDelete
  11. belajar kat india ulamak pala butuh apa?

    mamat pil kuda boleh taksub dengan hang!

    dasar pemecah umat!

    ReplyDelete
  12. Semoga Allah memberkati umur Tun M dan diberi keselamatan dunia dan akhirat.

    Amin.

    OM

    ReplyDelete
  13. Kita mudah saja menghukum orang sedangkan Allah Taala lah yang maha mengetahui apa di dalam hati hambaNya dan Dialah sebaik-baik dan seadil-adil hakim.

    Kita amat sinonim dengan pengaruh penglihatan luaran contohnya kalau kita melihat orang berserban sebesar bakul dan jubah yang panjang bermeter-meter kita akan kata itu ialah orang yang alim. Sedangkan Allah maha tahu amalan dan keikhlasan nawaitu hambaNya bukan terletak di atas cara pemakaian.

    Kajilah dan bermesyuarahlah dengan mereka yang terlibat terlebih dahulu sebelum menghukum seseorang demi mengelak dari tersalah beri hukuman. Ditakuti jika tersalah beri hukuman itu akan dipertanggungjawabkan oleh Allah ke atas kita di akhirat nanti.

    Janganlah kerana ketaksuban kita tergelincir dari kebenaran seperti yang banyak terjadi dalam negara kita ketika ini. Wallahualam.

    ReplyDelete
  14. SBOS_5805: Islam adalah BENAR selagi berpandukan Al_Quran dan Hadis. Tertibnya Al_quran diikuti Hadis. Yang menjadi cabaran kita adalah di kalangan mereka yang mendapat pendidikan formal dalam bidang pengajian Islam merasakan mereka lebih Islamik dari golongan lain (bukan semua). Bukan ajaran Islam yang menjadi masalah tetapi penganut Islam semestinya bersaudara tidak sepakat hanya kerana bukan "Islamic scholar".

    Kembalilah kepada tertib ajaran Islam berlandaskan Al_Quran dan Hadis. Bukan sebaliknya berlandaskan Hadis dan Al_Quran. Tertib amat penting.

    Pengalaman penulis sering bertanya " Rukun yang mana menentukan sahnya solat?." Ada sebahgian yang menjawab niat. Alasan yang diberi adalah niat paling penting. Saya sangah dengan alasan...jika niat betul tetapi berniat diakhir solat apakah sah...spontan mereka mejawab tidak sah. Jadi saya katakan rukun ke 13 perlu dipatuhi iaitu TERTIB.

    Berbalik kepada masalah hadis, maka tertibnya ikut Al_Quran dan Hadis. Bukan menafikan salah satu dari pesanan Nabi Muhammad saw sewaktu khutbah wida. Ingatlah....selagi berpandukan AL-Quran dan Hadis maka selamatlah.

    Tertibnya Al_ Quran dan Hadis. Sekalipun mereka yang pakar Hadis tetap Al_Quran dahulu baru Hadis, bukan sebaliknya. wallahualam.

    Apa saja dalam Al_ Quran adalah Benar. Akhlak nabi adalah AL_Quran. Apa yang dikatakan oleh manusia hanya berperingkat betul. Jika ikut al_Quran dan Hadis mesti benar.

    BENAR SEMESTINYA BETUL. BETUL BELUM TENTU BENAR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun kata " betul kan dia" jd tun bcalah komen ni. Moga dpt manfaatkan tun. Sy doa agar tun sntiasa brada dilandasan yg bnar.

      Delete
  15. Yang Berbahagia Tun,

    Hakikatnya setakat ini tidak ada sesiapa yang dapat memberikan penjelasan tentang siapa sebenarnya ulama, mengapa mereka layak dipanggil ulama. Yang berlaku ialah gelaran ini diberikan oleh orang atau kelompok tertentu untuk tujuan tertentu. Barangkali JAKIM boleh perjelaskan perkara ini.

    ReplyDelete
  16. Subhanallah.....masyaAllah tabarakallah....rasa hati insan yang ikhlas dah berprinsip...semoga Allah merahmati mereka yg beriman .....aamiin...

    ReplyDelete
  17. hadis tu wajib lah sama dengan al quran. mana boleh tolak........

    ReplyDelete
  18. Pemimpin yang aku paling respek dalam Malaysia ialah ayahanda TDM. Pemimpin sebenar ,satu dalam berjuta-juta rakyat Malaysia.Amat membanggakan.

    Cara dia bercakap menunjukkan intelektual dan tahap pemikiran yang tak mungkin boleh tercapai akal kita semua. Seorang yg sangat mengkagumkan. Susun kata diatur dan diolah dengan baik kerana TDM berfikir dulu apa impaknya sebelum mengeluarkan kata-kata.

    Mak aku selalu kata kita boleh nilai peribadi orang melalui percakapan. Kalau kita lihat, TDM mengakui TDM manusia biasa. Disebalik ketegasan, wujud rendah diri. Rendah diri sebagai makhluk Allah yang tak terlepas dari melakukan kesalahan. Tidak maksum.

    Yang kita sedih, ada sesetengah org yang rasa bangga diri, kerana orang mengagungkannya sehingga selipar dicuri kononnya ambil berkat, gambarnya digantung disurau (Nauzubillah, nabi pun tak minta dipuja sebegitu rupa) tapi mengaku ulama. Rasa diri lebih islam dari org lain.Sungguh hairan, orang yang dikatakan "ulama" ini takkan tak menyedari sifat bongkak itu sifat syaitan? Bermusuh dengan sesama islam, tetapi kafir harbi yang terkenal dgn sifat tegarnya boleh pulak berkawan. Perkataan yang dikeluarkan pun tidak cermin islamnya- kata kesat, bongkak dan takbur. Amat memalukan.

    Mungkin ini yang dikatakan ulamak akhir zaman.

    ReplyDelete
  19. tahniah tun ....tun berani kerang benar....sekarang banyak dah berlaku semua ucapan dan tuduhan sudah berbalik pada diri mereka.....

    ReplyDelete
  20. Salam Tun M ...perenggan 27 menyedihkan sebak gak.rasanya tp mati itu pasti...moga Tun M sehat sekeluarga...meroyan tul depa ni ada ka Tun M depa kata anti hadis...sembahyang jumaat Tun M smpai sblm khatib baca khutbah...magrib n isya kompem ada di.masjid..subuh Tun M sampai sblm qamat..syahadah Tun M pun srupa cam TGNA..ustaz hadi awang adakah orng cam ni d kata anti hadis x paham tul....apa pun saya mohon maaf pd Tun M zaman zaman 98 dulu banyak wat dosa kering..rasanya ramai juga cam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun macam tu! Semoga tun teruskan berkongsi kebenaran dengan rakyat Malaysia seluruhnya.

      Delete
  21. Syabas Tun... seorang pemimpin itu adalah pembela kejalan kebenaran dan pasti sentiasa bersikap berani dan disegani.

    Sekarang ni pemimpin disanjung kerana membawa kejatuhan iman dan gejala sonsang... hak yg termaktub pun sampai menjadi propaganda mereka...
    Astaghfirulloh Al Azeem....

    Wahai pemimpin Islam bukalah hati dan mata... jgn jadi buta d bebal..buat kajian dan jangan ambil mudah jika sudah memegang mandat...banguk d berani bersuara.

    Lihatlah nama saja konon ulama tersohor tetapi tak dak standard...semakin menjadi2 dan nyanyuk pulak tu....tak rasa bersalah dan berdosa gulungan ini agaknya...

    Maka semoga kita sentiasa menambah ilmu demi dunia yg semakin dicabar dan hidup diakhirat yg abadi.

    ReplyDelete
  22. anti-Otak Kepala LututFebruary 28, 2014 at 11:15 AM

    Memang betoi apa yang Tun M tu tulis. Hanya orang yang melihat tapi buta, mendengar tapi pekak, bercakap tapi bisu saja yang tak faham2 dan dok bertongkatkan makhluk perosak yang merosakkan.

    ReplyDelete
  23. di Malaysia ni, siapa saja yang jadi PM, nak jadi PM atau ada potensi jadi PM, dari kalangan barisan nasional akan mendapat bala berupa fitnah. bukan dia saja, anak isteri dia akan mendapat perkara yang sama. Gambaran yang boleh dikatakan ialah, BN syaitan dan iblis, manakala pembangkang adalah wali. kalau terdapat bukti kejahatran dikalangan pembangkang, I mestilah fitnah BN. tapi jika ada dikalangan BN didapati bersalah, ia adalah biasa kerana BN syaitan dan iblis. Malaysia mempunyai warga yang pelik. minda warganya sangat mudah diracun supaya sentiasa membenci dan berdendam. tidak perlu mengenang jasa orang.

    ReplyDelete
  24. Komen semua nak angkat tun m sahaja...
    Kalau betul nak tegakkan agama islam...kenapa x bermuzakarah dgn pihak ulama...
    Ulama wajib pahama bahasa arab...kerana bahasa arab pun macam bahasa melayu...ada pelbagai dialek...
    Contoh..alquran dr bahasa arab quraisy...walaupun tun mungkin paham terjemahan bahasa melayu nya...tapi konteks terjemahan dr bahasa arab itu mungkin lain tafsiran nya...sebab itulah..hal agama ini...mesti diserahkan kepada yg layak...bukan kepada yg difavor oleh certain pemimpin...
    Sebagai pemimpin islam...wajib pelajari bahasa alquran...
    Yg dalam tv dan semua media menghukum ulama2 parti pembangkang sebagai menggunakan islam sebagai pelantar perjuangan...
    To me...its better than using race...
    Jangan nanti terjerat...mamak mengaku melayu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamak mengaku Melayu. Kamu perli dalam keadaan hati kamu songsang. Kamu ada baca perlembagaan tak?

      Delete
  25. Aku tak tahan ayat terakhir Tun tu. Rasa sedih sangat...

    ReplyDelete
  26. Anon 10.30. Hang pi baca tafsiran melayu dlm perlembagaa. Tau baca tak atau tak pernah pegi sekolah. Bunyi mcm melayu. Buat malu.

    ReplyDelete
  27. Tun dulu kini dan selamanya.. .

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.